Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Wednesday, April 20, 2011

Layakkah Aku???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Ya Allah,
Aku selalu mendambakan teman hidupku nanti seorang hamba yang solehah... namun kini baru ku sedar bhw aku sbnrnya hanya berangan-angan kosong... bagaimana aku boleh menyunting seorang hambaNya yang solehah jika diriku ini tidak dapat dekat dengan Tuan empunya hambaNya itu??? bukankah Tuan nya nanti akan menyerahkan hambaNya yg dikasihi itu kpd seseorang yg paling layak untuk dirinya... maka seseorang yg mendapat perhatian untuk diberikan hambaNya yang solehah itu pastilah insan yg terbaik pada pandanganNya dan insan itu bukanlah diriku ini...

Ya Allah,
Aku selalu mendambakan kejayaan di dunia ini... namun kini baru ku tahu bhw cita-cita ku itu hanya lah sebuah angan-angan kosong... bagaimana aku boleh mendapat kejayaan andai semua perlakuanku bukan keranaNya, semua ucapanku hanya berlandaskan nafsu dan untuk mendapat perhatian serta semua pemikiranku hanyalah untuk memuaskan nafsu berahi ku??? bukankah Tuan pencipta Kejayaan itu akan memberikan kejayaan kpd hambaNya yg bersungguh berjuang di jalan Nya dan akan memberi kemenangan kpd hamba-hambaNya yg ikhlas berjuang di jalanNya... maka pasti seseorang yg akan diberikan kejayaan itu seorang insan yang betul-betul thabat di jalanNya dan insan itu bukanlah diriku...

Ya Allah,
Aku sering bermimpi untuk mendapat syurga di akhirat kelak... namun baru kini ku akui bhw aku sebenarnya hanya mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin ku perolehi... bagaimana aku boleh mendapat syurga di akhirat kelak andai diriku sering lalai mengingati Tuan empunya syurga tersebut dan bagaimana mungkin aku mendapat syurga Nya apabila aku sering meninggalkan suruhanNya dan selalu melakukan apa yg dilarangNya??? bukankah Tuan empunya syurga itu akan hanya memberikan nikmat terbesarNya itu kpd seseorang yang selalu mengingatiNya dan selalu melakukan suruhanNya serta meninggalkan segala laranganNya walaupun terlalu pahit untuk menyelesaikan tugasnya itu... maka seseorang yang akan mendapat syurga Nya itu pasti seorang insan yang mampu mengalahkan nafsu amarahnya dan insan itu bukanlah diriku...

Ya Allah Ya Tuhanku,
hambaMu ini terlalu mengharapkan perhatianMu... aku redha atas segala takdir yang telah Engkau tentukan buatKu... aku tahu Ya Allah bhw diriku ini bergelumang dgn dosa dan aku tahu bhw diriku ini tidak layak untuk memiliki hambaMu yg solehah... tapi aku akan cuba sebaik mungkin untuk memperbaiki diriku walaupun aku tahu aku tidak mampu untuk menjadi hambaMu yg soleh... dalam sisa-sisa hidupku ini aku memohon kpdMu supaya Engkau berikan kekuatan untuk aku melakukan perkara-perkara yang Engkau redhai Ya Allah dan tergolong dalam kalangan hamba-hambaMu yg mendapat nikmat...
AMIN YA RABBI..

(Nukilan daripada seorang hamba yg slalu melakukan dosa)

No comments:

Post a Comment