Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Friday, April 29, 2011

Best Ke Couple??? (Siri 2)


 


Kamu berzina?


Jawapan :

Kami tidak berzina !
Maaf, saya tidak menuduh kamu berzina tetapi perbuatan kamu itu menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual,berbincang,bertanya khabar,minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?

Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke arah lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini kamu berkata ya.Tapi esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu daya iblis sangat halus.Ia telah menipu moyang kita yg pertama Nabi Adam dan Hawa.Iblis amat licik.Ingat pesanan Rasulullah s.a.w : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yg ketiganya,syaitan ( At-Tabrani ) .Kita sememangnya lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan.Ada yg bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja.Tidak pernah bersua muka pun!

Ya betul.Tetapi itu adalah salah satu yg dimaksudkan dengan menghampiri zina.Memang pada awalnya tidak pernah bersua muka.Akan tetapi perasaan itu pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan.Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah,ia akan berlanjutan.Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh?Itupun zina ke?
Zina ada berbagai-bagai jenis dan peringkatnya.Ada zina betul,ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan,ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi.Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih seperti yg digambarkan oleh Rasulullah s.a.w : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh.Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan.Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman ( Muslim dan Abu Daud ).Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak.Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke?Bincang pelajaran sahaja!

( Bagi kes belajar berdua-duaan sahaja ) Betul ke diskus pelajaran?Jangan tipu.Allah s.w.t. Maha Mengetahui apa yg terselit di dalam hati hamba-hambaNya.Kita belajar nak keberkatan.Kalau cemerlang sekalipun,kalau tidak diberkati oleh Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan.Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat apatah lagi.Jangan berselindung disebalik pelajaran yg mulia.Allah s.w.t. suka kepada orang berilmu.Jadi belajar hendaklah mengikut batas dan ketentuan Allah.Belajar akan jadi ibadat.Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Betul!Sungguh!Bincang pelajaran sahaja.Ini Study Group.

( Bagi kes berdua-duaan sahaja ) Betul ke study group?Lain macam saja,manja,senyum memanjang,tak nampak gaya study group.Takkan study group berdua sahaja?Pergi mana-mana pun berdua.Kalau betullah study group,carilah group study ramai sikit.Kalau duduk berdua-duaan macam ni,betul ke bincang pelajaran?Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,yg lain tu banyak masa dihabiskan dengan alam fantasi cinta!

Tidaklah.Sungguh kami berbincang pelajaran.

Baik sungguh nawaitu kamu berdua.Takkanlah kot kamu berdua tak ada perasaan apa-apa?Kamu tak sihat ke?Ingat,kita ini bukan malaikat,tak ada nafsu.Kita manusia.Jangan menafikan fitrah manusia.Kita ada nafsu,keinginan. Itulah manusia yg sebenarnya.

Kami berdua sama-sama belajar,study group,saling memberi semangat dan motivasi.

Kenapa?Tak ada kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar?Tak ada sangat ke kaum yg sejenis yg boleh memberikan motivasi?Jangan hina kaum sejenis kita.Ingat,banyak orang cemerlang yg belajar hanya dengan kaum sejenis.Lebih tenang perasaan,tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah kot tak ada langsung ruang yg dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?

Adakah Islam menghapuskan terus naluri cinta?Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki itu adalah fitrah.Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya.Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu!Jangan nafikan naluri ini.Jangan menipu pada diri sendiri.Tidak salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang.Itu adalah fitrah.Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah.Jadilah manusia yg sihat nalurinya.Jangan jadi malaikat!Kerana Allah s.w.t. jadikan kita sebagai manusia.Dunia dan segala isinya akan sunyi tanpa naluri atau nafsu.

Dalam Islam memang tak ada ke couple-couple ni?

Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan.Cinta berlaku setelah ijab kabul,cinta selepas kawin.Itulah cinta yg qudus.Cinta yg bermaruah.Bukan cinta murahan.Inilah kemuliaan Islam.Apabila Islam menegah sesuatu perkara, sudah tentu ia gantikan dengan sesuatu yg lebih baik.Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yg lebih baik.Sabda Rasulullah s.a.w : Tidak ada yg lebih patut bagi dua orang yg saling mencintai kecuali nikah.( Ibnu Majah ).Cinta adalah maruah manusia.Ia telalu mulia.Kalau begitu cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?Ya,kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik.Kemudian perasaan dilayan.Kemudian teringat,rindu.Kemudian diatur pertemuan.Kemudian duduk berdua-dua.Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.Hubungan makin akrab dah berani pegang tangan,duduk makin dekat.Kalau tadi macam kawan tapi sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan?Berapa ramai orang yg bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan.Kasihanilah diri dan ibu bapa yg melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk!!

Masih ramai manusia yg bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina.Kami tahan diuji.Allah s.w.t. yg menciptakan manusia,Dia lebih Maha Mengetahui kekuatan dan kelemahan manusia.Manusia tidak tahan ujian.Oleh itu Allah s.w.t. memerintahkan supaya jauhi perkara yg ditegah takut manusia akan kecundang dan tewas.Jadi manusia itu tidak tahan diuji?Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa.Sejak dari awal penciptaan manusia,Allah s.w.t. takdirkan satu peristiwa untuk dijadikan iktibar kepada manusia.Allah s.w.t. menegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga.Buah yg lain boleh makan.Allah s.w.t. tahu kelemahan pada ciptaan manusia.Tidak tahan diuji.Oleh itu Allah s.w.t. berpesan kepada Adam dan Hawa,jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah s.w.t : Wahai Adam!Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini.( jika kamu menghampirinya ) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. ( Surah al-Araf:19 ) Tegahan yg sebenarnya adalah memakan buah khuldi.Jika menghampiri perkara tegahan,takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina.Ditega berzina.Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang.Takut apabila berhadapan dengan godaan zina,kedua-duanya akan kecundang dan tewas.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Lagipun cinta selepas kawinkan banyak masalah.

Kita tak kenal pasangan kita secara dekat.Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta?Bercinta penuh dengan lakonan yg dibuat-buat dengan kepura-puraan dan kedustaan.Masing-masing akan berlakon dengan watak terbaik.Penyayang,penyabar, pemurah dan bermacam-macam lagi.Masa bercinta merajuk ada yg pujuk.Jangan harap lepas kawin,bila merajuk akan ada yg pujuk.Banyak orang yg kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta.Perangai pasangan jauh berbeza.Macam langit dan bumi.Masa bercinta dialah seorang yg amat penyayang,penyabar,sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam.Tapi bila dah kawin,lewat lima minit dah kena tengking.Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai.Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.

Tolonglah percayalah,kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?

Kebahagiaan adalah anugerah Allah s.w.t. kepada hamba-hambaNya yg terpilih.Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.Manusia hanya merancang kebahagiaan.Allah s.w.t. yg menganugerahkannya.Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah s.w.t..Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yg betul.Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini.Allah s.w.t. tidak meredhai percintaan ini.Cinta yg diredhai Allah s.w.t. adalah cinta selepas kawin.

Nak cuba tanyalah siki…adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke?Ganti bercinta

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan.Hakikatnya adalah sama saja.Cinta yg diberi bernafas baru.Kulitnya nampak berlainan tetapi isinya adalah sama.Istilah adik angkat, kakak angkat,abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan.Manusia yg terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan.Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.Namakan apa nama sekalipun,abang angkat ke, motivator ke semuanya adalah sama.Kesudahan akhirnya akan bertemu dengan zina.Jadi seolah-olah orang yg bercinta telah hilang maruah diri?Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yg sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yg bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya.Manakala bagi orang yg menjaga diri tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kawin akan mengatakan orang yg bercinta sudah tidak bermaruah lagi.Cintanya ditumpahkan kepada orang yg belum layak menerima cinta.

Adakah orang yg bercinta itu hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya.Orang yg bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan.Manakala orang yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yg pernah berzina. Allah s.w.t. berfirman :

Lelaki yang berzina ( lazimnya ) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.

( Surah An-Nur: 3)

Jadi,orang yg pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkawin dengan orang yg tidak pernah bercinta.Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?Jadi orang yg bercinta hanya layak berkawin dengan orang yg pernah bercinta juga?

Itulah hakikat pasangan yg layak untuk dirinya.Kerana wanita yg baik adalah untuk lelaki yg baik.Lelaki yg baik untuk wanita yang baik.

Tapi kami telah berjanji untuk sehidup semati

Apa yg ada pada janji cinta?Berapa banyak sudah janji cinta yg musnah?Lelaki,jangan diharap pada janji lelaki.Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja.Habis madu sepah dibuang.Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yg lain.Dia lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki?Sejahat mana lelaki apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya,dia akan memilih wanita yg baik.Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya,lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yg menguntungkan.Itulah rahsia lelaki.

Jadi,perempuan yg bercinta jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Sudah tentu!Mana ada orang lelaki yg normal suka pada barang yg “musta’mal ” atau second hand sedangkan barang yg baru masih ada.Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yg diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yg boleh cuba untuk memandunya.Ada pula yg kata sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung,bawalah ke hulu ke hilir.Sedihkan?Itulah yg hakikatnya!

Adakah masih ada lagi orang yg tidak bercinta di zaman ini?

Masih ada!Masih ada orang suci dalam debu.Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil.Mereka akan bertemu suatu hari nanti.Mereka ada pasangannya. Firman Allah s.w.t :

Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya ( yang memelihara dirinya dari melakukan zina )… Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar.

( Surah Al-Ahzab : 35 )

Bagaimana dengan kami sekarang ni?
Kamu masih ada peluang.Bertaubatlah dengan taubat nasuha.Berdoalah serta mohon keampunan dari Allah s.w.t. . Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.Kami ingin mendapat keredhaan Allah s.w.t. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.Taubat yg suci murni.Taubat yg sebenar-benarnya.Taubat yg memenuhi tiga syarat ini iaitu :

i) Meninggalkan perbuatan maksiat.Memutuskan hubungan cinta yg tidak diredhai Allah s.w.t. ini.

ii) Menyesal dan menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yg menjurus diri dalam percintaan.

iii) Berazam dan bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yg bernama isteri atau suami.Saatnya adalah selepas ijab kabul.

No comments:

Post a Comment