“  Barangsiap diberi Allah seorang isteri yang solehah,sesungguhnya telah  ditolong separuh agamanya dan hendaklah bertaqwa kepada Allah separuh  lainnya ”
Begitulah  kata-kata Nabi s.a.w. dalam hadisnya yang ringkas tetapi mengandungi  intipati yang cukup bermakna buat para isteri yg di sebut sebagai ”  Qurrota A’yun ” iaitu penyejuk mata memandang bagi suami.Bila mana di  terikatnya ijab kabul antara pasangan suami isteri maka telah  sempurnalah sebahagian dari agamanya.Dan bermulalah pelayaran bahtera  rumah tangga.
Bagi  mereka yang bergelar isteri,gelaran " isteri " sebenarnya adalah cukup  sinonim bagi mereka dan amat bermakna dalam erti bergelar sebagai isteri  yg mukminah dan dalam masa yg sama menjadi isteri yg solehah.Seperti  yang dilakarkan oleh Nabi s.a.w dalam hadisnya
" Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah "
Bagi  wanita yang Allah berikan keistimewaan kepada mereka sebagai seorang  isteri,Islam mengajar kepada kita bagaimana seorang isteri harus taat  dan berbakti kepada suaminya.Dan begitu juga sebaliknya bagi seorang  suami melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isterinya dengan baik  sebagai amanah yg Allah taklifkan pada dirinya sebagai pemimpin rumah  tangga.Di dalam agama digariskan beberapa ciri-ciri sebagai panduan  sebagai seorang isteri : 
1. Taat dan kasih kepada Allah dan Rasul
Ketaatan  kepada Allah akan dapat dilihat iaitu segala perintah dan larangan yg  telah ditetapkan agama dipatuhi dengan sebaik-baiknya.Menunaikan apa yg  diperintahkan Allah dan meninggalkan apa yg dilarangNya.
2. Akhlak mulia dan sempurna
Bagi  seorang yg isteri yg mempunyai akhlak yg baik dan diasuh dengan  nilai-nilai agama dalam diri mereka mengetahui akan batas-batas mereka  ketika mana bergaul sesama rakan,suami, keluarga dan juga saudara-mara  yg lain.Dalam erti kata yg lain mereka tahu batas-batas perhiasan mereka  dan bentuk-bentuk gaya pemakaian yang perlu dititikberatkan dalam  keadaan tertentu,berupaya untuk mengawal budi bicara dan mengetahui  batas-batas pergaulan antara sesama rakan,suami,keluarga dan  saudara-mara yang lain.
3. Menitik berat kewajipan rumah tangga
Disebut  dalam satu hadis Nabi s.a.w. " Mahukah aku berikan kepada kamu  sebaik-baik benda yang disimpan ?iaitu wanita yang solehah.Apabila  suaminya melihat kepadanya,girang dia, apabila suaminya perintah akan  dia,taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan  memelihara nama baik suami "
Melalui  gambaran hadis ini diceritakan oleh Nabi s.a.w. ukuran bagi seorang  isteri yg baik.Ia mampu melayan suami dengan sebaik yang mungkin dalam  segala hal dan aspek dalam masa yang sama ketaatannya pada suami tidak  berbelah bagi asalkan ia diredhai Allah dan boleh mengawal harta benda  dan nama baik suaminya ketika suaminya tiada.Selain itu juga,kecekapan  dan kebijaksanaan seorang isteri yg solehah dalam melayani suaminya dan  menjaga serta mendidik anak-anak,menyediakan makan minum dengan  sebaiknya,mengemas tempat tinggal dengan baik adalah juga sebagai ukuran  bagi seorang isteri yang baik dalam menunaikan kewajipan rumah  tangganya.
4. Malu dan taat 
Sifat  dan perasaan malu adalah fitrah semula jadi yg sudah Allah kurniakan  kepada seorang wanita. Malu seorang isteri kepada suaminya sebenarnya  adalah tanda rasa hormat dan taat yang sebenarnya kepada suami selagi  mana suaminya taat kepada Allah dan RasulNya. 
Diceritakan  oleh Nabi s.a.w. " Ketahuilah dan hendaklah kamu berpesan-pesan kepada  kaum wanita dengan baik-baik kerana sesungguhnya mereka itu tawanan bagi  kamu,tidak ada kekuasaan sedikit pun bagimu daripada mereka itu selain  yang demikian itu kecuali jika mereka itu mendatangi atau mengerjakan  sesuatu kedurhakaan yang nyata.Jika mereka berlaku curang, berbuat  derhaka, hendaklah kamu tinggalkan tempat tidurnya dan berilah pukulan  yang tidak menyakitkan.Kemudian bila mereka patuh dan taat kepadamu  janganlah kamu cari jalan yang bukan-bukan untuk berbuat tidak senonoh  kepada mereka.Ketahuilah sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas  isteri-isterimu dan ister-isterimu ada kewajipan pula ke atas kamu.  Adapun kewajipanmu ( suami ) atas isteri-isterimu ialah mereka itu  janganlah menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak kamu  sukai,dan mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu tidak  sukai masuk ke rumahmu dan kewajipan mereka ( isteri ) atas kamu ialah  kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu dalam urusan pakaian dan  makanan mereka."
Dapat  dilihat disini bahawa sifat malu dan taat kepada suami adalah perkara  yang berkaitan dan bersangkut paut dalam pergaulan rumah tangga 


No comments:
Post a Comment