Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Wednesday, April 27, 2011

Fiqh Aulawiyat : Pengukur Kematangan Fikrah

3 unsur utama di dalam fiqh muwazanat merupakan neraca penting bagi menilai maslahat dan mudharat. Namun, tidak memadai setakat bijak menilai sahaja. Apa yang penting selepas itu ialah menguasai fiqh aulawiyat.

Fiqh aulawiyat merupakan pengukur bagi kematangan sesuatu kepimpinan di dalam meletakkan keputusan selepas melakukan pertimbangan di antara 2 maslahat, 2 mudharat atau pertembungan di antara maslahat dan mudharat.

Ramai yang bijak mengenal pasti mana satu maslahat atau mudharat, namun tidak semua yang matang dalam menetapkan keputusan bagi menyusun apa yang mesti didahulukan dan apa yang sepatutnya dikemudiankan. Justeru, sebagaimana yang telah saya kisahkan bagaimana Imam Ghazali mengkritik masyarakat pada zamannya itu yang terlalu asyik mendalami furu' fiqh sehingga mengabaikan perkara yang lain.

Justeru, penguasaan fiqh aulawiyat sangat berkait rapat dengan fiqh muwazanat di dalam memberikan suatu keputusan yang matang dan tepat ; -

- mendahulukan usul, diikuti furu'
- mengutamakan menolak mudharat sebelum membawa maslahat.
- mendahulukan kefahaman berbanding hafalan...

Maka, tanpa penguasaan fiqh aulawiyat akan menyebabkan perlaksanaan kaedah " Sekiranya tidak dapat melakukan semua, jangan ditinggalkan kesemuanya " menyeleweng daripada kehendak yang sebenar.

Justeru, pengabaian penguasaan ilmu ini menyebabkan ramai yang sanggup meninggalkan peperiksaan dengan alasan nak menambah ilmu di luar.

Ramai yang tidak turun berjuang di dalam melaksanakan amal makruf nahi mungkar ekoran fahaman yang salah terhadap kenyataan mesti mempunyai ilmu ' yang secukupnya' sebelum berjuang.

Ramai yang pandai bertazkirah dan berceramah tanpa melibatkan sekali usaha berpenat lelah dan bermandian peluh di dalam membanteras maksiat dan mengembangkan syariat Islam. Mendahulukan nahi mungkar melalui hati sedangkan mampu dengan lisan.

Mendahulukan nahi mungkar dengan lisan sedangkan mampu dengan tangan.

Itu adalah contoh penyelewangan yang berlaku... Namun adakah kita masih tidak sedar..

Ingat, penyusunan tertib di dalam gerak kerja amat penting apatah lagi yang melibatkan maslahat dan mudarat. Jadi apa yang dapat disimpulkan adalah orang yang bijak bukanlah mereka yang tahu apa itu maslahat apa itu mudharat. Akan tetapi, orang yang bijak ialah mereka yang menilai dan bagaimana menyusun apabila bertembung di antara 2 maslahat, atau 2 mudharat.

No comments:

Post a Comment