Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Wednesday, April 27, 2011

Muamalah Sesama Pendakwah

Sesungguhnya di antara kewajipan-kewajipan yang utama bagi para pendakwah ialah menegakkan Agama dan tidak berpecah belah, dan kebanyakan daripada para pendakwah bersungguh-sungguh untuk menegakkan Agama, sedangkan dia tidak pula meletakkan kesungguhannya di dalam mengelakkan perpecahan.

Di dalam hal ini, Allah SWT telah menyebut dua aspek ini, bahawa kedua-duanya adalah di antara syariat yang berterusan yang dilaksanakan untukNya. Dan ia juga tidak pula berpisah salah satunya daripada yang lain, kerana sesungguhnya tiadalah yang dikatakan sebagai menegakkan agama sekiranya di sana berlaku perpecahan pada agama tersebut.

Lihatlah Firman Allah SWT :

Allah telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu : “Tegakkanlah pendirian Ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisih pada dasarnya”. (Surah as Syura : 13)

Berdasarkan ayat inilah, menjadi satu kemestian, terdapat keselarian di antara kesungguhan menegakkan Agama dan kesungguhan mengelakkan perpecahan pada Agama tersebut, dengan cara menghilangkan semua perkara yang memecahbelahkan tersebut samada yang terdapat di sana tersasul lidah ataupun kelemahan jiwa. Oleh itu, maka wajiblah bagi para pendakwah supaya menjauhkan diri daripada semua perkara yang boleh memecahbelahkan samada hasad dengki, kezaliman ataupun selain daripadanya.

Sesungguhnya biasa terjadi pada kebanyakan pendakwah, merendahkan-rendahkan sesama mereka, dan perkara ini adalah sesuatu yang merbahaya, maka ia adalah satu umpatan (menyebut sesuatu yang bukan pada hakikatnya tentang seseorang) , memusuhi wali-wali Allah, menjahanmkan kepercayaan terhadap seseorang, dan jarang di kalangan mereka (pendakwah), yang menjauhkan perkara tersebut dengan cara adab yang mulia, menjadi tuntutan kepada seseorang pendakwah itu untuk menyebut-nyebut kebaikan saudaranya (pendakwah yang lain), dan tidak pula menyebut-nyebut keaiban-keaiban mereka, melainkan disebabkan kewajipan yang telah diletakkan oleh Syariat, dengan niat yang betul kerana Allah SWT dan menjauhkan daripada diketahui oleh orang lain tentang perkara tersebut.

Sesungguhnya mereka (pendakwah) telah berkata :

“Ilmu itu mengikat di antara ahlinya (ahli ilmu)”
Maka hubungan di antara para pendakwah hendaklah lebih akrab daripada hubungan persahabatan, maka apabila persahabatan itu adalah tahap yang terendah yang mewajibkan di kalangannya orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya hubungan di antara pendakwah wajiblah padanya satu hubungan persahabatan dan saudara mara.

Hubungan saudara mara membawa kepada pelaksanaan dengan haknya, maka apabila ilmu itu adalah pengikat di antara ahli-ahlinya, maka hubungan sillaturrahim adalah memberi salam, berbual, menziarahi, menghantar surat, memberi hadiah dan selain daripadanya.

Sesungguhnya kerap terjadi, bahawa di antara perkara yang memecahbelahkan di antara pendakwah ialah saling berlumba-lumba merebut kepimpinan, dan ini adalah penyakit yang merbahaya. Maka seseorang pendakwah itu hendaklah mengetahui kemampuan dirinya, dan kemampuan orang lain (di kalangan pendakwah), dan meletakkan dirinya bukan pada tempatnya bahkan meletakkan orang lain pada tempat mereka, ataupun melebihi pada tempatnya. Sekiranya tiada penghayatan setahap ini, maka akan berpecahlah para pendakwah.

Dan sesungguhnya di antara perkara yang memecahbelahkan para pendakwah ialah saling berlumba-lumba mencari anak murid atau pelajar (anak buah). Maka perlumbaan mereka ini akan menyebabkan mereka merendah-rendahkan sebahagian daripada mereka (pendakwah), dan ia adalah kesan daripada penyakit hasad, sedangkan sesungguhnya kerap terjadi, sebahagian daripada tok-tok guru kita, apabila mendapati salah seorang anak muridnya cenderung untuk mendapatkan sesuatu pengajaran daripada orang lain, mereka (tok-tok guru) akan menyokong tindakan mereka untuk mempelajari dengan orang lain, walaupun mereka (tok-tok guru) lebih banyak menyumbang ilmu dan lebih banyak memberi faedah kepadanya (anak murid).

Dan sesungguhnya kecenderungan berpuak lebih kelihatan pada sebahagian pendakwah, maka golongan ini akan membenci mereka yang bukan dari kalangan mereka ataupun tidak bersama dengan mereka, dan mereka inilah telah keluar daripada diri mereka sebagai seorang pendakwah kepada Allah SWT untuk menjadi pendakwah bagi diri mereka sendiri dan bagi puaknya sahaja.

Lihatlah perbuatan yang dilakukan oleh para pendakwah yang sempurna seperti Hasan al Banna RA, yang memberi peluang kepada anak-anak muridnya mendapatkan kebaikan di mana sahaja mereka temui, walaupun mereka memberi kebaikan ketika mana mereka sendiri tidak mendapatnya (mengutamakan orang lain), dan mereka melebihkan kasih sayang terhadap orang lain daripada diri mereka sendiri, dan tidak menyakiti mana-mana individu dan orang lain. Maka di manakah akhlak yang sedemikian pada sebahagian manusia yang menyakiti saudara-saudara mereka dan memamah daging-daging mereka?

Sesungguhnya sekiranya para pendakwah berusaha untuk mewujudkan cabang daripada ikatan-ikatan yang ada pada sesama mereka, maka demikian itu (tidak menyakiti hati) adalah serendah-rendahnya. Ini kerana orang-orang yang beriman itu seperti sebatang tubuh yang satu. Apabila mereka tidak mampu untuk menghindarkan perkara tersebut, maka tiadalah yang paling sedikit itu daripada tanda-tanda persaudaraan, berkasih sayang, berkomunikasi, saling menasihati, saling meminta pandangan dan saling berhubung, akan tetapi kebanyakan di kalangan manusia telah kehilangan yang pertama (persahabatan) dan mereka tidak mampu untuk yang kedua (persaudaraan), maka mereka bukanlah pendakwah yang sempurna.

Dan bersesuaian dengan perbincangan tentang hubungan ikatan yang bersistem di antara para pendakwah, maka kita menyeru kepada hubungan ikatan yang bersistem, yang lebih hampir kepada fitrah, tiada padanya sesuatu yang mengikat ikatan itu, bahkan ia terikat dengan fitrah, dan tidak juga terdapat kesombongan diri, dan tidak terdapat hubungan ikatan yang bersifat atas, sesungguhnya kedua-duanya adalah hubungan ikatan di antara perkongsian (tiada yang lebih, bahkan semuanya sama), dan ia juga bukanlah hubungan di antara pengikut dan orang yang diikuti.

Dan ini adalah Syeikh Ahmad ar Rifa’ie, ulama’ yang terdahulu, berkata kepada anak-anak muridnya :
“Aku akan dihimpunkan (di hari kiamat) bersama Firaun dan Haman sekiranya aku melihat diriku lebih baik daripada salah seorang dari kamu”

Maka apabila ini adalah kata-kata syeikh di dalam perumpamaan timbangan Syeikh ar Rifa’ei dengan anak muridnya (yang jauh lebih mulia, iaitu hubungan tok guru dengan anak murid), maka bagaimanakah pula hubungan di antara pendakwah dengan pendakwah yang lain?

Dan ini adalah Syeikh Sa’id Badi’uzzaan an Nursi ulama kontemporari berkata kepada anak-anak muridnya :

"Bergaullah terhadap sebahagian daripada kamu"

Sekiranya ini adalah nasihat bagi anak-anak murid, bagaimana pula ia tidak menjadi nasihat kepada para pendakwah?

Sesungguhnya kami (penulis) telah menyeru di dalam risalah kami yang bertajuk (ikatan kurun ke 15) seruan kepada membentuk kesatuan antarabangsa bagi ulama’-ulama’ Islam dan para pendakwahnya. Dan kami telah menyenaraikan sebahagian bentuk yang menghala kepada hubungan-hubungan ikatan dan kewajipan-kewajipan bagi kesatuan ini.

Dan di sini kami (penulis) berkata :

“Sesungguhnya di sana mestilah terdapat sesuatu yang membanyakkan garis-garis sempadan yang terendah (hubungan persahabatan) bagi keanggotaan kesatuan ini.”

Dan sesungguhnya apa yang telah kami nyatakannya di dalam risalah ini membaiki garis sempadan yang terendah itu (hubungan persahabatan) untuk pelaksanaan tersebut. Demikian daripada perkara ini, maka sesungguhnya kami menyeru setiap muslim supaya menggolongkan diri mereka menjadi seorang pendakwah yang sempurna, dan menghabiskan upaya untuk perkara tersebut. Kemudian dia akan menggolongkan diri mereka ke dalam bentuk yang bersistem, yang digunakan di penempatan-penempatan di seluruh dunia, dan bentuk yang bersistem ini hendaklah menerima perkembangan yang berterusan dan bentuk tersebut adalah lembut yang melentur lagi berhikmah (berubah mengikut peredaran semasa).

*Petikan ini telah diterjemah daripada salah satu artikel yang telah dikarang oleh Sa'id Hawwa di dalam Kitab Kai La Namdhi

No comments:

Post a Comment