1. Pendahuluan
- Syahadah bermakna ilmu makrifat dan keterangan 
Iaitu  mengetahui tentang perkara-pekara yang wajib diketahui, contohnya  seperti mengetahui keTuhanan Allah SWT, dan keRasulan Nabi Muhammad SAW.  Tetapi, masih tidak cukup sekiranya kita hanya mengetahui sahaja tanpa  mengikuti atau berpegang dengan kepercayaan ini semata-mata. Oleh itu  kita perlu berikrar dan berpegang dengannya.
- Ia juga mengandungi makna ikrar kepatuhan dan pegangan 
Sepertimana  yang disebutkan syadahah juga bermaksud ikrar kepatuhan dan pegangan  terhadap perkara-perkara yang disebutkan sebelum ini. Orang yang tidak  mengetahui siapakah tuhannya, atau tidak tahu siapakah utusan tuhannya,  maka ia tidak dianggap beriman. Manakala mereka yang sudah mengetahui  tentang kedua-dua perkara tersebut, tetapi masih tidak mahu berpegang  dengan keTuhanan Allah dan keRasulan Nabi Muhammad SAW, maka ia juga  tidak dikira beriman.
2. Pengertian Kalimah Syahadah
- Bahagian Pertama : Mengiktiraf bahawa segala bentuk perhambaan tidak layak melainkan untuk Allah sahaja
Hari  ini, bentuk kekafiran yang “tidak disengajakan” atau disengajakan  berlaku disebabkan manusia bertuhankan duit, pangkat, perempuan dan  sebagainya. Bagi fahaman Atheis, mereka bertuhankan kepada deria  semata-mata. Sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera, dianggap  tidak wujud. Oleh itu mereka menolak kewujudan Allah SWT. Mereka ini  digelar sebagai “kafir mulhid”.
“Kafir musyrik” pula ialah mereka  yang mengetahui kewujudan Allah sebagai Pencipta, Tuhan, Pentadbir dan  sebagainya. Tetapi mereka menyembah bukan hanya pada Allah sahaja,  bahkan mereka menyembah patung-patung, menyembah laut, pokok, matahari  dan sebagainya. Ini kerana mereka mendakwa laut itulah yang memberi  rezeki, matahari itulah yang memberi kehidupan dan sebagainya.
Kafir  musyrik di zaman ini ialah mereka yang menjadi hamba bagi wang,  sedangkan mereka tahu bahawa Allah itu sahajalah yang layak disembah.  Disebabkan wang, tergadai ibadah kepada Allah. Sanggup menerima sogokan  wang untuk “menolak” kebenaran Islam. Bahkan, mereka juga berpegang  bahawa wang itu adalah segala-galanya. Takda wang, tak boleh hidup..  kata mereka.
- Bahagian Kedua : Pengabdian itu mestilah dilakukan berlandaskan ajaran Rasulullah SAW
Bahagian  kedua yang perlu dipegang oleh kita melalui ikrar kita dalam syahadah  ialah pengabdian kepada Allah itu hendaklah berlandaskan ajaran  Rasulullah SAW. Memuja kubur dengan tujuan mendapatkan rezeki adalah  haram dan boleh jatuh akidah. Satu ketika dahulu pernah sekumpulan  ajaran sesat yang mendirikan solat (seperti biasa) dengan membelakangi  kiblat.
Walaupun solat itu cukup sempurna seperti ajaran Nabi  SAW, tetapi membelakangi kiblat dalam solat, bukanlah ajaran Baginda  SAW. Sekiranya diniatkan menghina Islam, maka boleh jatuh kafir. Kahar  Ahmad (mengaku sebagai rasul melayu), mengajar pengikut-pengikutnya  mendirikan solat hanya 2 waktu sahaja sepertimana ajaran Nabi Ibrahim  AS. Ini juga bentuk kesesatan yang jelas.
Hari ini, politik tidak  lagi mengikut ajaran Rasulullah SAW. Pengabdian kepada Allah SWT dalam  segenap sudut, termasuk cara berpolitik. Islam juga mengajar tentang  politik. Tetapi apabila ia dilakukan tidak berlandaskan ajaran  Rasulullah SAW, maka ia jelas tertolak. Rasuah adalah haram, sekiranya  kita berpegang bahawa ia adalah halal, boleh menyebabkan jatuh kafir,  nauzubiLlah.
Mereka yang mengucap syahadah, tetapi melanggar  etika berpolitik dalam Islam, maka syahadahnya hanya pada lidah.  Sedangkan syahadah itu menuntut kita berpegang dengan hati, dan  melaksanakannya dengan anggota. Mereka yang melanggar etika berpolitik  dalam Islam, dikira berdosa (belum dikatakan kafir) selagi mana tidak  “berpegang” bahawa politik Islam adalah salah, dan cara Baginda SAW  berpolitik tersilap.
3. Erti Ilah
- Bermaksud “yang disembah”
- Tidak kira yang disembah itu benar atau tidak
Penggunaan  perkataan “Ilah” di dalam al Quran membawa banyak maksud. Hasil  daripadanya, ia bermaksud “yang disembah, samada yang disembah itu  adalah benar, atau sesat”. Di dalam Surah al Jathiyah ayat 23, terdapat  sesetengah manusia yang menjadikan hawa nafsu mereka sebagai tuhan atau  ilah. Iaitu mereka berpegang dengan nafsunya sehingga menolak Allah SWT.
Oleh  itu, di sana terdapat banyak golongan-golongan yang sesat, yang  mencipta tuhan-tuhan mereka. Mereka juga turut menggelarnya sebagai  “ilah”. Kesimpulannya, golongan-golongan sesat ini menganggap “ilah”  tersebut mengikut klasifikasi di bawah..
- Ilah
: Sebagai matlamat pengabdian
: Sebagai tempat perlindungan
: Sebagai tempat kecintaan
: Sebagai tempat rezeki
: Sebagai tempat perundangan 
4. Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah
-  Tauhid Rububiyyah ialah Iqrar (pengakuan) bahawa Allah SWT Dialah yang  melakukan segala sesuatu secara mutlak, mencipta makhluk, mentadbir dan  mengubahsuai sesuatu, mempermudah, menambah, mengurang, menghidupkan,  mematikan dan perbuatan-perbuatan lain. Tiada sesuatu yang bersekutu  denganNya dalam perbuatanNya
- Tauhid Uluhiyyah ialah Iktiqad  yang mantap bahawa Allah SWT, Dialah Tuhan yang sebenarnya (Hak) tiada  Tuhan yang selain daripada-Nya dan mengesakan-Nya dalam beribadat  kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya
Di sana terdapat  segolongan manusia (bukan Islam) yang mengimani hanya salah satu  keimanan ini sahaja. Mereka mempercayai bahawa Allah itulah yang  mentadbir alam ini, tetapi mereka tidak menyembahnya, atau mereka  menyembah patung-patung sebagai tuhan mereka. Mereka berpegang dengan  “rububiyyah”, tetapi mereka menolak “uluhiyyah” Allah SWT.
5. Tugasan Para Rasul
- Menanamkan pegangan Islam dalam hidup semua manusia
- Mengajak mereka yang sudah menerima Islam, supaya membentuk hidup mereka mengikut corak Islam
- Menubuhkan Daulah Islamiah 
Para  Rasul diutuskan untuk menanamkan pegangan Islam di dalam semua manusia,  dan mengajak mereka supaya mencorakkan kehidupan mereka dengan cara  Islam. Para Rasul bukan hanya mendidik semata-mata, kemudian membiarkan  umat Islam dengan pembawaan masing-masing.
Beberapa kesilapan  kita hari ini, kita melaksanakan yang pertama, tetapi mengabaikan yang  kedua. Segelintir di kalangan kita berkata “saya ni, luar je nampak  macam ni, tapi belajar agama ..” atau “saya ni, nampak je merokok,  tengok cerita bukan-bukan, tapi saya tak masyi (lancar) satu quran..”.  Ini hanya sekadar contoh sahaja. Orang makan cili terasa pedasnya. Buat  malu je..
Adakah kita hanya berpegang dengan Islam hanya pada  hati semata-mata? Ada juga yang mengatakan bahawa “saya ni tanak pakai  kopiah, saja tak nak tunjuk alim..” Fikir-fikirlah sendiri. Di manakah  corak Islam yang ingin dipamerkan supaya Islam itu terserlah. Ingat,  Islam bukan hanya pada hati semata-mata.. “Saya ni, nampak je tudung tak  pakai, tapi hati saya baik.. Allah tak tengok luaran, tapi tengok  hati..” ini adalah ayat seorang perempuan yang tidak memahami Islam,  bahkan berbaur penghinaan terhadap Islam.
Antara tugasan Para  Rasul yang dilaksanakan ialah menegakkan Negara Islam (Daulah Islamiah).  Inilah peranan yang sering diabaikan oleh mereka yang mengaku sebagai  pewaris bagi Nabi dan Rasul.
6. 8 Tuntutan Syahadah
Setelah kita mengucap syahadah, maka kita dituntut untuk melaksanakan 8 perkara ini..
- Menjadikan Allah SWT sebagai Tuhan dengan mengesakanNya
- Menjadikan Allah SWT sebagai matlamat pengabdian
- Menjadikan Allah SWT sebagai tempat perlindungan
- Menjadikan Allah sebagai tumpuan kecintaan
- Menjadikan Allah sebagai punca penggantungan hidup dan rezeki
- Menjadikan Allah sebagai sumber perundangan yang mutlak
- Menjadikan Rasulullah SAW sebagai pimpinan contoh
- Menuntut supaya kita menjadikan hidup sebagai perjuangan dan jihad 
Jangan  sekali-kali “membanyakkan” tuhan, dengan beriman dengan kekuasaan duit,  pangkat dan sebagainya. Untuk apakah kita beribadah? Untuk apakah kita  melaksanakan dan menegakkan Islam.. ? Kesemuanya kerana Allah kerana Ia  adalah matlamat pengabdian kita. Kepada siapakah perlu kita minta  pertolongan dan pengharapan? Kepada Allah, kerana Ia adalah tempat  perlindungan.
Kita dituntut supaya meletakkan cinta kepada Allah  dan Rasul melebihi yang lain. Adakah kita ingin mengikut telunjuk taukey  yang menyuruh kita meninggalkan solat kerana mengganggu waktu kerja?  Tidak sekali-kali. Kepada siapakah perlu kita minta rezeki? Laut? Pokok?  Matahari? Atau bos kita? Tidak. Kita minta kepada Allah SWT sebagai  Tuhan yang memberikan rezeki.
Undang-undang siapa kita nak ikut?  Undang-undang Allah.. kalau nak pertikai, ingatlah.. Dari dulu lagi  manusia mempertikaikan al Quran. Di zaman Nabi SAW, manusia  mempertikaikan ayat-ayat Allah, akhirnya mereka sendiri tidak mampu  menandinginya. Hari ini, manusia comfirm tidak mampu untuk menandingi  undang-undang Allah.
Siapakah yang perlu kita contohi? Rasulullah  SAW. Bukanlah artis-artis yang berstyle tak tentu pasal. Manusia lebih  suka mencontohi artis, pelakon, model dan sebagainya. Apa yang bagusnya  mereka itu? Khatan pun tidak! Untuk apa kita hidup? Kita hidup untuk  memperjuangkan Islam. Kalau hidup hanya untuk tidur, lebih baik mati  sahaja. Tapi, HARAM bunuh diri... Janganlah “membunuh diri” anda dengan  tidur yang menyebabkan diri anda ada macam takda.. Wallahua’lam.

No comments:
Post a Comment