Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Friday, April 29, 2011

Best Ke Couple??? (Siri 3)

Bila dah terlanjur apa perlu dilakukan??

Bagi hamba Allah yg masih belum terjebak,dinasihatkan jangan sesekali menjerumuskan diri ke lembah percintaan yg seperti ini.Cinta terlarang yg mengundang kepada kemurkaan Allah s.w.t.Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya.Silap hari bulan boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi mereka yg sudah terjebak,sedang terjebak,akan terjebak ataupun yg mula berjinak-jinak dengan percintaan seperti ini,sedarlah dan segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yg tidak diredhai lagi dimurkai Allah s.w.t. ini.Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yg hanya sementara ini.Hanya satu jalan sahaja yg menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bagi pasangan-pasangan yg benar-benar serius,diingatkan disini semakin manis hubungan sebelum berkahwin semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti.Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita,keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yg diimpikan remaja-remaja kini.

Sudah semestinya setiap dari kita mengidamkan pasangan hidup yg baik dan soleh solehah.Kita tidak mahu pasangan kita seorang yg tidak beriman.Seburuk-buruk perangai manusia,dia tetap menginginkan seseorang yg baik sebagai teman hidupnya.

Apa kata kita hayati firman Allah s.w.t. ini.Firman Allah s.w.t :
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji ( pula ) dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik ( pula ) "

( Surah An-Nur : 26 )

Itulah sebenar-benar janji Allah s.w.t. kepada hambaNya.Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada lelaki yg baik-baik dengan perempuan yg baik-baik.Dan begitulah juga sebaliknya.Allah s.w.t. akan memberikan yg baik denagn syarat kita juga berusaha menjadi baik serta memilih jalan yg baik serta diredhaiNya.Mana mungkin kita hendak mendapatkan sebuah keluarga yg bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang,tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah s.w.t?Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yg kita lakukan ini cukup baik,nawaitunya yg baik,caranya pun kita rasakan cukup baik.Akan tetapi sebenarnya ia adalah rencana syaitan yg membuatkan kita kabur memandang perbuatan yg kita lakukan itu.

Mari sama-sama kita tenungkan firman Allah s.w.t. ini :

" Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka,lalu ia menghalangi mereka dari jalan ( Allah ),sedangkan mereka adalah orang-orang berpandangan tajam "

( Surah Al-Ankabut : 38 )
Dalam syariat,lelaki dan perempuan sebenarnya tidak dibenarkan bergaul terlalu rapat sehingga menjadi teman karib dan sebagainya.Lelaki tidak boleh menghampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab.Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yg benar-benar perlu.Misalnya apabila ditugaskan mengadakan munaqosyah dalam kumpulan besar yg melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yg penting.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yg berbeza.Memang tidak salah sekali bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tetapi,perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ia merupakan hasutan syaitan yg membawa kepada zina hati.Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini,kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah :

" bila mereka ditimpa was-was dari syaitan,mereka ingat kepada Allah,maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya "

( Surah Al-A’raf : 201 )

Marilah sama-sama kita kembalilah ke jalan yg sebenar,jalan Allah iaitu jalan yg diredhai.Kita tinggalkan perkara-perkara maksiat yg telah kita lakukan sebelum ini.Marilah kita sama-sama bertaubatlah sementara kita masih lagi diberikan peluang oleh Allah s.w.t.,jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah s.w.t. sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran.Firman Allah s.w.t :


" Dengan Yang demikian bagaimana fikiranmu ( Wahai Muhammad ) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya : Tuhan yang dipatuhinya dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya ( bahawa ia tetap kufur ingkar ) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya ?maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah ( menjadikan Dia berkeadaan demikian )? oleh itu,mengapa kamu ( Wahai orang-orang yang ingkar ) tidak ingat dan insaf ? "

( Surah Al-Jathiyah : 23 )

Kita tidak menafikan pada permulaanya memang agak sukar bagi kita untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini akan tetapi kita harus ingat bahawa ia masih wajib dan adalah satu kewajipan bagi kita sebagai hambaNya meninggalkan larangan Allah s.w.t..Ingatlah firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran :


" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi ( pula ) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui "

( Surah Al-Baqarah : 216 )

Akhir kalam di sini ingin menegaskan bahawa percintaan yg menggunakan jalan “ bercouple ” itu sebenarnya adalah jalan syaitan dan nafsu semata-mata yg membawa kepada hampiri zina.Ia adalah perbuatan yg dilarang sama sekali dalam Islam dan hukumnya adalah haram!!!

No comments:

Post a Comment