Terpesona dan ghairah terhadap sandiwara  dunia mencacatkan  kredibiliti ummah malah menyemarakkan barah Al Wahnu .  Ketika ditanya  mengenai  Al Wahnu (    الوهن ) , Baginda Rasul menjawab  :
 حب الدنيا و كراهية الموت .
 “ Cintakan dunia dan takut mati “
Firman Allah swt :
اعلموا   أنما الحيوة الدنيا لعب و لهو و زينة و تفاخر بينكم و تكاثر فى  الأموال و  الأولاد كمثل غيث أعجب الكفار نباته ثم يهيج فتراه مصفرا ثم يكون  حطاما و  فى اللأخرة عذاب شديد و مغفرة من الله و رضوان و ما الحيوة الدنيا  إلا  متاع الغرور
( الحديد  20 )
“  Ketahuilah bahawa sesungguhnya  kehidupan dunia itu hanyalah permainan  dan suatu yang melalaikan ,  perhiasan dan bermegah - megah antara kamu  serta berbanga - bangaan  tentang banyaknya harta dan anak , seperti  hujan yang tanam - tanamannya  mengkagumkan para petani , kemudian  tanaman itu menjadi kering dan kamu  lihat warnanya kuning kemudian  hancur . Dan di akhirat nanti ada azab  yang keras dan ampunan dari  Allah serta keredhoanNya Dan kehidupan dunia  ini tidak lain hanyalah  kesenangan yang menipu .”
Sabda Rasulullah saw. 
 حب الدنيا رأس كل خطيئة . 
( أخرجه ابن أبى الدنيا و البيهقى فى شعب الإيمان)
 “ Cinta dunia adalah kepala segala kejahatan .”
Firman Allah swt :
إن  الذين لا يرجون لقاءنا  و رضوا بالحيوة الدنيا و اطمأنوا بها و الذين هم   عن ءاياتنا غافلون . أولئك مأواهم النار بما كانوا يكسبون
( يونس  7 - 8 )
“  Sesungguhnya orang - orang yang  tidak mengharap pertemuan dengan kami   dan merasa puas dengan kehidupan  dunia serta merasa tenteram dengan  kehidupan itu dan orang - orang yang  lalai dari ayat - ayat kami ,  mereka itu tempatnya ialah neraka di  sebabkan tindakan mereka .”
Kehancuran  dunia hari ini berpunca dari kerakusan dan sikap tamak haloba   segolongan manusia yang berusaha membolot kemewahan dunia . Masalah   penghakisan tanah , kepupusan hidupan liar , ketipisan lapisan ozon   adalah antara permasalahan yang mengancam kestabilan dunia angkara   tindakan mereka . 
Firman Allah swt :
 ظهر الفساد فى البر و البحر بما كسبت أيدى  الناس ليذيقهم بعض الذي عملوا لعلهم يرجعون . 
“  Telah zahirlah kerosakkan di  daratan dan di lautan angkara tangan  manusia , supaya Allah merasakan  kepada mereka sebahagian daripada  akibat  perbuatan mereka . Semoga  mereka kembali ( ke jalan yang benar )  . ” 
Cinta dunia menjadi satu vacum yang  membekukan daya juang dan kepekaan  ummah  terhadap rentak tari musuh  .  Faktor ini mengekalkan ummah di  bawah paras ‘ lemah ’ seterusnya  menggagalkan strategi pembinaan  khilafah Islamiyyah . Sementara  pelupusan iman , taqwa , tawakkal dan  tawadhu’ yang mengakibatkan  keonaran sosial juga bertunas cambah dari  sentimen cinta dunia yang  tidak berkesudahan .
 قال أبو سليمان الدرانى : إن كانت الآخرة فى القلب  جاءت الدنيا تزاحمها فإذا كانت الدنيا فى القلب  لم تزاحمها الآخرة
 لأن الآخرة كريمة و الدنيا لئيمة . 
“   Jika akhirat berada didalam hati , akan datang dunia mendampinginya ,   jika dunia berada didalam hati , akhirat tidak akan mendampinginya   kerana akhirat adalah kemuliaan sedang dunia adalah kecelaan .”
  Keindahan dunia sebagai satu saringan , yang sengaja dibentangkan oleh   Allah untuk menguji siapakah mereka yang layak menduduki Jannatul   Firdaus .
 إنا جعلنا  ما على الأرض زينة لها لنبلوهم أيهم أحسن عملا . 
 ( الكهف  7 )
  “ Sesungguhnya kami telah  menjadikan apa yang ada di bumi sebagai  perhiasan baginya , agar kami  menguji mereka siapakah diantara mereka  yang terbaik perbuatannya.”

No comments:
Post a Comment