Mengharungi pasca moden , mencetus  komunikasi berani antara  manusia . Sopan susila , adat budaya dan adab  bangsa kian diketepikan .  Susila barat , budaya hippies dan adat rimba  dibangga - banggakan  sebagai trend dunia terkini. 
Muda   mudi adalah agensi yang terlalu ketara membantu penguatkuasaan gejala   keruntuhan moral . Pergaulan bebas menjadi slogan perjuangan mereka .   Hidup mereka hanyut ke tengah gelombang ganas yang membunuh aqidah .   Realiti ini suatu tragedi yang mencuit perasaan . 
Cinta  dikalangan muda mudi turut tercemar oleh wabak jijik yang   bermaharajalela . seringkali percintaan antara mereka berakhir dengan   kekecewaan dan maksiat yang keji .
Filem -  filem cinta yang kini laris di pawagam - pawagam seluruh negara  antara  saham pihak berwajib dalam membentuk masyarakat muda mudi yang  mabuk  cinta tanpa peduli halal dan haram . Harus diingati bahawa kita  selaku  mukmin tidak sebebasnya bertindak sesuka hati . Sabda Rasulullah  saw :
 الدنيا سجن المؤمن و جنة الكافر . 
 ( أخرجه مسلم )
“ Dunia ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”
Realiti sebuah tragedi .
 Asy - Syaqi bersyair  :
  نظرة فابتسامة فسلام فكلام فموعد فلقاء                                                          و قال الشاعر  : و ما الحب إلا نظرة اثر نظرة       تزيد نموا إن تزده لجاجا .
Maksudnya :
  1.         Main mata dan senyum lirik sebagai agenda pertama dalam aksi       mengurat . Sekiranya ada respon , pasangan semakin bertindak .
2.          Bersahut suara dan saling hubung - menghubungi melalui surat ,      telefon dan sebagainya . Kesempatan ini akan digunakan oleh kedua -      dua pihak untuk berbuat sesuatu agar hubungan semakin erat       termasuk penggunaan mentera .
3.          Merancang pertemuan ( dating ) di tempat - tempat umum untuk         meluahkan perasaan masing - masing . Bungaan ayat diluahkan demi     memaut hati pasangan .
Contoh : 
a . Lautan api sanggupku harungi .
b . Kalau tak percaya belahlah dada .
c . Berkorban apa saja , sanggup sehidup semati .
d . Sanggupku serahkan tubuh demi cinta .
4.          Tatkala kemesraan kian bersemi , pasangan bercinta teramat   sukar            untuk tidak ‘ menyentuh ’ antara satu sama lain .   Tindakan minima  , mereka akan bersentuhan bahu dan berpegangan tangan   ketika  berjalan .Tindakan mereka lebih berani apabila mereka beraksi di   tempat sunyi seperti kelab istirehat , kelab malam , di tepi pantai  dan  seumpamanya .
5.         Sentuhan  demi sentuhan disiri pertemuan berikutnya akan  mematikan        rasa  malu yang ada pada pasangan tersebut . Nokhtah  inilah bermula         sebuah cinta bernoda . Palitan kotor dan lumuran  jijik melingkari          cinta mereka . Namun pasangan sebegini sering  beralasan sekadar ‘           ringan - ringan ’
6.          Sentuhan mula dilakukan dilakukan di bahagian yang paling  biasa              seperti mengurai rambut dan mengusap tangan . Fenomena  yang             dianggap biasa ini jarang dibantah oleh pihak gadis .
7.         Akhirnya rentetan sebuah realiti membawa satu tragedi hina dek     rangsangan nafsu rambang .
  Begitulah gelumang cinta penuh noda lakonan muda mudi yang tidak   berpedoman . Nafsu dan syahwat menjadi kriteria utama hidup mereka .   Sedangkan Allah telah memperingatkan dalam firmanNya :
 إن النفس لأمارة بالسوء 
 ( يوسف 53 )
 “ Sesungguhnya nafsu menganjur kejahatan ”
Gejala  bohsia dan bohjan yang melanda negara kita hari ini , satu  realiti  yang mencemaskan . Nafsu mengatasi malu . Inilah bahana cinta  nafsu  yang tidak dibendung , malah ada pihak yang sengaja mencurah  minyak di  atas api yang sedang marak . Pencerobohan konsert Salem cool ,  Scorpion  , Micheal Jackson , Inul Daratista dan lainnya ke negara kita  tanpa  restu dari orang yang beriman telah cukup membuktikan jenis minyak  yang  mereka curah ke atas api nafsu remaja yang sedang marak .
(  Kajian terhadap pekerja kilang di Lembah Kelang membongkarkan : 21 %   daripada mereka pernah berlaku sumbang . 14% sering melakukan hubungan   seks dan 21 % lagi pernah melakukannya . “ Keruntuhan moral remaja ini   banyak dipengaruhi oleh media massa , kemudahan mendapatkan video lucah ,   percampuran bebas lelaki dan perempuan serta sikap tidak ambil peduli   jiran sekeliling .” ) 
Penyelesaian
  الإسلام هو الحال  demikianlah slogan kebenaran . Pemendapan syariat   Islam dalam mengemukakan teori penyelesaian  terhadap krisis moral muda   muda hari ini merupakan satu jenayah yang terlalu kejam . Lantaran   tindakan itu mencetuskan pergeseran jiwa dan fitrah muda mudi tanpa   panduan .
1. Mendalami urusan  ugama . ( تفقه فى الدين  )
 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من يرد الله به خيرا يفقه فى الدين .
 ( رواه البخارى و مسلم)
“ Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah nescaya diberi faham tentang ugama”
  Pendidikan Islam selayaknya dijadikan asas pendidikan dalam sebuah   negara yang mengaku Islam sebagai ugama rasmi sementara ugama - ugama   lain tetap dirai’ sistem pendidikan mereka . Sikap double standard  yang   meletakkan institusi pengajian Islam awam di kelas bawah punca   kemelesetan ilmu dan aqidah .
Alasan  masyarakat majmuk yang memaksa sistem pendidikan Islam tidak  dijadikan  asas pendidikan negara adalah alasan yang karut . Mengapa  ugama rasmi  negara yang majmuk ini di sebut sebagai Islam ? Kenapa  tidak disebut ‘  ugama majmuk ’ ? dan kenapa pula pendidikan negara tidak  disebut  pendidikan Islam ? Soalnya , keseriusan dalam menangani ehwal  ugama  Islam masih bersifat pinggiran .
 
فمن  يرد الله أن يهديه يشرح صدره للإسلام و من يرد أن يضله يجعل  صدره ضيقا  حرجا كأنما يصعد فى السماء كذالك يجعل الله الرجس على الذين  لا  يؤمنون . 
 ( الأنعام 125 )
“  Barangsiapa yang Allah  menghendaki akan memberi petunjuk padanya ,  nescaya Ia melapangkan  dadanya untuk Islam . Dan barangsiapa yang  dikehendaki Allah kesesatan ,  nescaya Allah menjadikan dadanya sesak  lagi sempit , seolah - olah ia  sedang mendaki ke langit . Begitulah  Allah menimpakan siksa kepada orang  - orang yang tidak beriman .”
2. Tidak bergaul bebas . ( عدم الإختلاط المذموم )
Suasana  percampuran lelaki dan perempuan tanpa kawalan syariat wajib  dibasmi .  Bermula dari sekolah hingga ke pusat hiburan . Pergaulan tanpa  batas  inilah punca menularnya gejala free sex atau zina terkutuk .
Firman Allah swt :
 ولا تقربوا الزنا إنه كان فاحشة و ساء سبيلا . 
 ( الإسراء 32 )
“ Dan jangan kamu hampiri zina maka sesungguhnya zina adalah perbuatan yang amat keji dan suatu jalan yang buruk.”
3. Membentuk keperibadian . ( تشكيل الشخصية  )
 قد أفلح من ذكاها و قد خاب من دساها . 
 ( الشمس 9 )
“ Sesungguhnya beroleh kejayaanlah siapa yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah siapa yang mengotorinya .”
Empat unsur pembentukan syakhsiyyah Islamiyyah .
 a . Aqidah Rabbaniah  ( العقيدة الربانية )
 b . Komited dengan syariat Allah swt.  ( الإلتزام بشريعة الله  )
 c . Melawan nafsu . ( المجاهدة بالحق )
 d . Sabar menghadapi tentangan dalaman atau luaran.  ( الصبر و المصابرة  )
4. Berkomitmen dengan Jamaah Islam . (  الإلتزام بجماعة المسلمين )
Penglibatan  dengan gerakan Islam dan aktivitinya sebagai benteng kukuh  dari  ancaman gelombang sosial yang tidak menentu . Dasar dan prinsip  gerakan  Islam mampu memandu jiwa ke jalan yang lurus sekaligus menanam  rasa  benci meluat kepada maksiat dan kebathilan .
Firman Allah swt :
 ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير و يأمرون بامعروف و ينهون عن المنكر و  أولئك هم المفلحون . 
 ( ال عمران  104 )
“  Dan hendaklah ada dari kalangan  kamu segolongan ummat ( Jamaah ) yang  menyeru kepada kebajikan  ,  menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah  kemungkaran . Mereka orang -  orang yang beruntung .”
5. Membentuk suasana yang baik . ( تكوين البئة الصالحة )
Mencipta  lokasi solehah yang jauh dari agenda - agenda Iblis yang  memukau ummah  . Reka cipta ini mestilah di pandu oleh alim ulama’ dengan  penuh sedar  dan insaf .
Pembangunan Insan terlebih  utama dari pembangunan metarial justeru yang  akan mengendali metarial  kelak ialah insan . Apakah ertinya pembangunan  metarial yang serba  terkini dengan bangunan puluhan tingkat dan sistem  komunikasi canggih  tetapi dihuni oleh mat - mat rock yang bermatlamatkan  hiburan “dunia  rock ” dan mereka yang korupsi aqidah .
Merealisasikan  amal soleh dalam pelan pembangunan Insan dan metarial  sayugianya  ditangani oleh semua pihak bermula dari Dewan Rakyat  sehinggalah ke  Warung Rakyat .Firman Allah swt :
 كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف و تنهون عن المنكر و تؤمنون بالله
 ( ال عمران  110 )
“  Kamu adalah sebaik - baik ummat  yang dilahirkan untuk manusia ,  menyuruh yang ma’ruf dan mencegah dari  yang mungkar dan beriman kepada  Allah ”
6. Memuliakan sunnah perkahwinan . ( اشراف الزواج  )
Perkahwinan  sebagai institusi pembentukan dan pengurusan ummah yang  bermoral .  Sewajarnya ia menjadi program yang menggalakkan . Fenomena  hari ini  mendedahkan kepada umum bahawa perkahwinan amat sukar  dilaksanakan  dengan pelbagai peraturan ketat yang tidak munasabah dan  adat yang  keterlaluan  seperti mensyaratkan khatam Al quran , hafal  surah , mas  kahwin terlalu tinggi dan sebagainya [11]. Memadailah syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam .
a. Muslim
b. Wali
c. Saksi
d. Ijab dan qabul
e. Mas kahwin .
Kesempurnaan  rumahtangga muslim yang memerlukan kepada pengawalan dan  penghayatan  amal Islami merupakan suatu didikan yang berterusan ,  tidaklah ia  menjadi semata - mata syarat untuk berkahwin . (Maksudnya :  Kahwin atau  tidak , amal Islami mesti dilaksanakan . )
Harus  diinsafi , jangan sampai penzinaan itu menjadi lebih mudah dari   perkahwinan sedang penzinaan mengundang murka Allah yang tidak dapat   dibendung lagi melainkan taubat dan menjalani hukuman hudud . Sementara   perkahwinan , walau asasnya serba lemah dan kurang , namun ia halal dan   boleh diselamatkan dengan bimbingan dan pedoman amal Islami .
Kesukaran  berkahwin menyebabkan muda mudi hari ini mengadakan “Majlis   perkahwinan ” sendiri berwalikan janji - janji manis dan bersaksikan   gelora nafsu bejad serta penyerahan ‘mahkota’ sebagai mas kahwinnya .   Berlakulah penzinaan sebagai ijab dan qabul yang amat keji dan terkutuk .   Soalnya siapa yang bertanggungjawab ??
Sabda Rasulullah saw :
 يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر و أحصن للفرج  و من لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء 
 ( رواه البخارى و مسلم )
“  Wahai pemuda , barangsiapa yang  mampu dikalangan kamu maka hendaklah  berkahwin kerana sesungguhnya  perkahwinan itu menundukkan pandangan dan  memelihara kemaluan dan  barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia  berpuasa kerana  sesungguhnya puasa itu ada tutupan ( menutup nafsu ) ”
(Antara  agenda yang membantu perkahwinan ialah menggunakan institusi “  orang  tengah ” yang bersih dari pakatan noda dan dosa untuk menjayakan  proses  perkahwinan)

No comments:
Post a Comment