GOLONGAN WANITA
Wanita mengikut definisi ulama' : Seorang manusia yang sudah baligh secara mutlak iaitu sama ada sudah berkahwin atau pun belum.
AYAT AL-QURAN BERKENAAN GOLONGAN WANITA
1) Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 1
يَاأَيُّهَا  النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ  وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالا كَثِيرًا وَنِسَاءً  وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ  كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا 
 Wahai  sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan  kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada  (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari  keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan  bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut  namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana  Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. 
2) Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 124
وَمَنْ  يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ  فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا 
Dan sesiapa  yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia  beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan  dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun. 
3) Firman Allah SWT dalam surah al-A’raf ayat 189
هُوَ  الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا  لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلا خَفِيفًا  فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَتْ دَعَوَا اللَّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ  آتَيْتَنَا صَالِحًا لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ 
Dialah (Allah)  yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan ia  mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk  bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami  mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan,  serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). kemudian ketika  ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada  Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Tuhan  kami) mengurniakan Kami nikmat Yang baik, tentulah Kami menjadi  orang-orang Yang bersyukur". 
 HADIS NABI SAW BERHUBUNG GOLONGAN WANITA
1) Daripada ‘Aisyah RA, sabda nabi SAW
إنما النساء شقائق الرجال 
Sesungguhnya wanita adalah sebahagian daripada lelaki. (Riwayat daripada Imam Ahmad, Abu Daud dan Imam Tirmizi) 
PERBAHASAN ULAMA' BERKENAAN GOLONGAN WANITA
Terdapar segolongan masyarakat yang mendakwa bahawa golongan perempuan adalah sama dengan golongan lelaki. Apa yang boleh dilakukan oleh lelaki, wanita juga boleh melakukannya. Mereka mnggunakan hadis yang disebutkan di atas tadi sebagai hujah untuk menyokong apa yang meraka dakwakan.
Sesungguhnya hadis tersebut bukanlah menunjukkan bahawa wanita itu adalah sama seperti lelaki pada setiap sesuatu.Bahkan terdapat riwayat lain yang menjelaskan berkenaan dengan maksud hadis tersebut sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Imam Tirmizi. (Nabi SAW ditanya berkenaan dengan mimpi bagi seorang lelaki (iaitu tanda baligh). Lalu Ummu Salamah berkata : Begitu juga bagi perempuan. Adakah wajib keatasnya mandi? Nabi SAW menjawab “Ya, sesungguhnya wanita adalah sebahagian daripada lelaki”).
Kalaulah hendak disokong, banyak lagi dalil lain yang boleh digunakan untuk menguatkan hadis tersebut. Terdapat beberapa ayat al-Quran sepertimana firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 195
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ 
Maka Tuhan  mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku  tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu,  sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah  keturunan) dari setengahnya yang lain 
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 1
يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ 
Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam). 
Kita tidak sepatutnya hanya berpegang dengan dalil-dalil yang disebutkan tadi sahaja sementara meninggalkan sabahagian dalil lain yang menjelaskan berkenaan persamaan lelaki dan wanita. Firman Allah SWT lagi dalam surah an-Nisa’ ayat 11, 32 dan 34
لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الأنْثَيَيْنِ 
Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. 
 وَلا  تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ  لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبُوا وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا  اكْتَسَبْنَ 
Dan janganlah  kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah  telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka)  melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan  atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada  bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula  ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. 
الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ 
Kaum lelaki itu  adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum  perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan  beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana  orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari  harta mereka. 
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 228
وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ  
Dan  isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang  ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan  tidak dilarang oleh syarak); Dalam pada itu orang-orang lelaki  (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang  perempuan (isterinya). dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha  Bijaksana. 
 Sabda Nabi SAW
ليس منا من تشبه بالرجال من النساء , ولا من تشبه بالنساء من الرجال 
Bukanlah dikalangan kami bagi golongan wanita yang menyerupai lelaki, begitu juga bagi golongan lelaki yang menyerupai wanita. 
Kesemua dalil al-quran serta hadis nabi SAW di atas menunjukkan terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuan. Walaupun begitu terdapat juga beberapa kesamaan antara 2 golongan tersebut. Sepertimana yang dibahaskan oleh Sheikh ‘Athiah Saqr, terdapat 3 perkara yang sama antara lelaki dan wanita
1) Kedua-duanya diciptakan oleh pencipta yang satu iaitu Allah SWT.
2) Kedua-duanya berasal daripada tubuh yang satu iaitu nabi Adam AS
3) Kedua-duanya diberikan oleh Allah SWT peluang yang sama banyak untuk merebut ganjaran pahala yang dijanjikan.
Sepertimana golongan lelaki dilebihkan oleh Allah SWT berbanding wanita, mereka juga dilebihkan oleh Allah SWT berbanding lelaki daripada beberapa sudut. Allah SWT memuliakan golongan wanita yang digelar ibu dengan memerintahkan hambanya untuk berbuat kebajikan kepada mereka.
Bahkan agama Islam menyuruh supaya dilebihkan kebajikan tersebut berbanding seorang ayah. Hal ini kerana agama Islam melihat kepada pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya ketikamana mengandung, melahirkan, menyusu, memelihara serta mendidiknya sehinggalah besar.
Sebab itulah ulama' ada menyebut : sekiranya kita mempunyai harta yang hendak diserahkan kepada salah seorang daripada keduanya, maka dahulukan ibu berbanding ayah. Jikalau bertembung kehendak antara keduanya, maka dahulukan kehendak ibu berbanding ayah. Sesungguhnya berbuat kebajikan kepada seorang ibu itu lebih diutamakan daripada keluar berjihad di jalan Allah SWT.
Sekiranya seseorang yang sedang solat, tiba-tiba ibunya menyeru, maka hendaklah dia menjawab seruan ibunya dan meninggalkan solatnya. Perkara tersebut hanya dibenarkan pada solat sunat sahaja. Kata Imam Haramain, bahkan perkara tersebut wajib dilakukan walaupun pada solat fardhu.
Walaupun ibunya adalah seorang yang kafir atau golongan yang sering melakukan maksiat, syariat tetap mewajibkan untuk melakukan kebajikan kepadanya. Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 15
وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا 
Dan  jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu  sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh  adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan  mereka di dunia dengan cara yang baik. 
Agama Islam juga melebihkan hak seorang ibu itu melebihi hak seorang isteri. Terdapat satu riwayat daripada Hakam dan disahihkan oleh Imam az-Zahabi, sabda nabi SAW
أعظم الناس حقا على المرأة زوجها , و أعظم الناس حقا على الرجل أمه 
Orang yang paling berhak keatas seorang wanita adalah suaminya dan orang yang paling berhak keatas seorang lelaki adalah ibunya. 
Kata Imam al-Bughawi dalam kitab Masabih as-Sunnah, sabda nabi SAW
إن إكرام الزوجة على الأم و الصديق على الأب من علامات الساعة 
Sesungguhnya  kemulian seorang isteri yang melebihi seorang ibu dan kemulian seorang  kawan yang melebihi seorang ayah adalah antara tanda-tanda kiamat. 
Akan tetapi ketaatan yang diberikan bukanlah pada perkara yang maksiat atau perkara yang tidak mampu dilakukan tetapi adalah sebaliknya. Ketahuilah bahawa redha Allah SWT itu terletak pada redha kedua ibu dan ayah.
Terdapat juga riwayat daripada Imam Ahmad, an-Nasaie, Ibnu Majah, Hakam, daripada Mu’awiyah bin Jahimah dalam hadis yang panjang, sabda nabi SAW
الجنة تحت أقدام الأمهات 
 Syurga terletak dibawah telapak kaki ibu. 
Kata Imam al-‘Ajluni, hadis ini bermaksud sikap tawaduk serta merendahkan diri terhadap ibu, berkhidmat kepadanya, mentaati perintahnya kecuali kepada apa yang dilarang oleh syarak merupakan penyebab untuk masuk kedalam syurga Allah SWT.
Wallahu'alam


No comments:
Post a Comment