1. Cinta harta .
Harta sering  membuat manusia menjadi lupa diri dan tanggungjawab . Harta  jugalah  sering menewaskan kekuatan pejuang . Justeru itu Baginda Rasul  saw.  bersabda :
 فو الله ما الفقر أخشى عليكم ولكنى أخشى عليكم أن تبسط عليكم الدنيا كما بسطت على من كان قبلكم
 فتنافسوها كما تنافسوها فتهلككم كما أهلكتهم 
( متفق عليه )
“  Demi Allah , bukan kefaqiran yang  aku takut menimpa kamu , tetapi aku  takut kamu di bentangkan dengan  kemewahan dunia seperti dibentangkan  kepada ummat dizaman dahulu , lalu  kamu bergelumang dengan dunia dan  merebutnya sebagaimana mereka sebelum  kamu lalu kamu binasa   sebagaimana mereka binasa .”
  ( Memiliki harta tidak dihalang oleh syara’ sebaliknya cinta harta   itulah yang di pandang keji . Harta bermanafaat apabila ia menjadi alat   bantu perjuangan menegakkan agama Allah swt .)
 انفروا خفافا و ثقالا و جاهدوا بأموالكم و أنفسكم فى سبيل الله ذلكم خيرلكم  إن كنتم تعلمون 
( التوبة 41 )
“  Berangkatlah samaada ringan atau  berat dan berjihadlah dengan harta  dan jiwa kamu di jalan Allah ,  sedemikian itu terlebih baik bagi kamu  jika kamu mengetahui .”
2. Cinta pangkat dan kedudukan .
Cinta  pangkat dan kedudukan , jika turut melanda  individu dalam gerakan   Islam akan menyuburkan lagi persengketaan dingin yang melambatkan   proses mencapai kemenangan . Jika disedari , satu soalan akan menerjah :   untuk apa mengejar pangkat , kedudukan dan publisiti sedang di akhirat   kelak kita akan menjadi manusia yang hina dina ? 
 Al Fudhail telah mengingatkan kita : 
لو كانت الدنيا من ذهب يفنى و الأخرة من خزف يبقى لكان ينبغى لنا أن نختار خزفا يبقى على  ذهب يفنى 
“  Kalaulah dunia ini terdiri dari emas yang akan binasa dan akhirat dari   tanah bakar ( tembikar ) yang kekal , sayugianya kita memilih tanah   bakar yang kekal berbanding emas yang binasa.”
3. Cinta keturunan ( Asobiyyah )
Sabda Rasulullah saw. :
 ليس منا من دعا إلى عصبية و ليس منا من قاتل على عصبية و ليس منا من مات على عصبية . 
 ( رواه أبو داود )
"Bukan  daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada  assabiyyah dan bukan  daripada kalangan kami orang yang berperang atas  dasar assabiyyah dan  bukan daripada kalangan kami orang mati kerana  assabiyyah"[HR Abu  Dawud]
4. Cinta nafsu .
Firman Allah swt :
 ولو اتبع الحق أهواءهم لفسدت السموات و الأرض . 
 ( المؤمنون 17 )
“ Jika sekiranya kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka nescaya hancur berkecai langit dan bumi ”
Firman Allah swt :
 و أما من خاف مقام ربه و نهى النفس عن الهوى فإن الجنة هى المأوى . 
 ( النازعات 40 - 41 )
“  Dan adapun orang - orang yang  takut kepada kebesaran tuhannya dan  menahan keinginan hawa nafsu maka  sesungguhnya syurgalah tempat  tinggalnya .”

No comments:
Post a Comment