Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Friday, April 29, 2011

Kau Yang Bernama Wanita


Kau yang bernama Wanita
Andainya suatu hari nanti kita ditakdirkan
Melayari bahtera bersama
Usah kau mimpikan selaut sutera keindahan
Usah kau igaukan kasih sayang yang menggunung tanpa puncak

Kau yang bernama Wanita,
Mengertilah dengan waras keislaman
Aku hanyalah lelaki akhir zaman
Yang masih cuba pertahankan Islam
Serta sunnah baginda
Dan kesucian diri sebagai Muslim
Berlandaskan garisnya
Dalam menghadapi kegawatan dunia masa kini
Yang serba palsu lagi menjijikkan
Dengan kemampuan diri
Yang sekuntum cuma

Kau yang bernama Wanita
Mengertilah aku dikurniakan akal
Serta nafsu penyeri hidup
Aku bukannya maksum sebaris Anbiya
Sering terpesong dari landasan sebenar
Tapi aku bersyukur masih dikurniakan iman
Serta isteri solehah sebagai dorongan
Andai kita ditakdirkan bersama….

Kau yang bernama Wanita
Demi kerananya semata-mata
Tidak kutagih apa-apa darimu
Cuma ku pohon sebuah pengertian
Dan kasih sayang yang suci
Bahawa aku adalah pembimbingmu
Menuju ke jalan bahagia
Yang diredhai dunia dan akhirat
Seandainya kita ditakdirkan bersama

4 comments: