1. Ikatan Aqidah . (  رابطة العقيدة  )
 فإن تابوا و أقاموا الصلوة و ءاتوا الزكوة فإخوانكم فى الدين و نفصل الأيات لقوم يعلمون . 
 (  التوبة  11 )
  “ Jika mereka bertaubat ,  mendirikan solat dan menunaikan zakat maka  mereka adalah saudara kamu  seagama dan kami menjelaskan ayat - ayat itu  bagi kaum yang mengetahui  .”
2. Kebahagiaan Insaniah  (  سعادة البشرية ) 
إن المتقين فى جنات و عيون . ادخلوها بسلام ءامنين . و نزعنا ما فى صدورهم من غل إخوانا على سرر متقابلين
( الحجر  45 - 48)
  “ Sesungguhnya orang bertaqwa itu  berada dalam syurga ( taman ) dan  berhampiran mata air yang mengalir .  Di katakan kepada mereka :  Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi  aman . Dan kami lenyapkan  segala rasa dendam yang berada di dalam hati  mereka , sedang mereka  merasa bersaudara, duduk berhadap - hadapan .”
3. Masyarakat  soleh . (  اصلاح المجتمع  )
 إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم و اتقوالله لعلكم ترحمون . 
 ( الحجرات 10 )
  “ Sesungguhnya orang -orang yang  beriman adalah bersaudara maka  damaikanlah antara kedua saudaramu dan  bertaqwalah kepada Allah supaya  kamu mendapat rahmat .”
4. Persaudaraan yang erat . (  أخوة الرفيقة  ) 
 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : والذى نفسى بيده لا يؤمن عبد حتى يحب  لجاره - أو قال - لأخيه ما يحب لنفسه 
 ( أخرجه البخارى - فتح البارى  13 )
  “ Demi Tuhan yang diriku berada di  dalam genggamanNya , tidak beriman  seseorang hamba sehingga ia kasih  kepada jirannya ( atau ) saudaranya  sebagaimana ia kasih kepada dirinya  sendiri .”
5. Selamat dari azab . (  رفع العذاب  )
 قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : سبعة يظلهم الله يوم لا ظل إلا ظله ( و منهم )
رجلان تحابان فى الله اجتمعا عليه و تفرقا عليه
 
 ( متفق عليه )
“  Tujuh golongan akan dinaungi oleh  Allah di bawah  naunganNya pada hari  tiada naungan kecuali naunganNya (  sebahagian daripada mereka ) ialah  dua lelaki yang berkasih sayang  kerana Allah dan mereka bertemu serta  berpisah berasaskan kasih sayang  kerana Allah swt.”
Integrasi cinta mukmin .
Cinta  mukmin antara priority pelengkap gerakan Islam yang berwibawa .  Duat  yang berkasih sayang sebagai tenaga dinamis membina keutuhan tanzim   sementara budaya  berpesan - pesan dengan kebenaran dan kesabaran   beroperasi lancar di atas nama cinta sedangkan ia adalah sumber kekuatan   dalaman .
Seringkali tercetusnya  pertelingkahan yang menggugat kekuatan dalaman  dikalangan ahli gerakan  Islam dalam persoalan kecil yang melibatkan  perasaan dan peribadi .  Pertelingkahan ini pula jika tidak dibendung  akan terus menyalakan api  permusuhan dan semangat berdendam . 
Fenomena   ini berlaku dek kerana terlalu rapuh nilai kecintaan sesama mereka .   Ukhuwwah Islamiyyah hanya menjadi teori haraki dan idea pidato sedang ia   tidak di terjemahkan dalam kehidupan perjuangan mereka .
Tidak  dinafikan untuk membina kasih sayang dan membentuk persaudaraan  adalah  terlalu sukar . Ianya memerlukan hati yang bersih , niat yang  suci dan  pengalaman bergaul serta mengenal hati budi saudara kita . 
Saksikanlah  betapa ramai mereka yang mendakwa sebagai anggota gerakan  Islam tetapi  lebih ringan lidah untuk menikam dan membicara perihal  saudara  semuslim dari belakang daripada menutur bahasa lunak untuk  menasihati  dan menegur secara berdepan ( terus terang ) . 
Tidak   kurang juga mereka yang lebih ringan tangan untuk menuding saudara   semuslim berlaku salah dan sebagainya daripada berpegang tangan penuh   mesra untuk membimbing dan memandunya .
 Lebih  parah apabila ada dikalangan mereka dengan hanya sedikit  pertelingkahan  yang berlaku , mereka mula menarik muka masam mencuka dan  tidak  memberi salam . Sedang Rasulullah saw. bersabda :
لا تدخلون الجنة حتى تؤمنوا و لا تؤمنوا حتى تحابوا  أ و لا أدلكم على شئ إذا فعلتموه تحاببتم افشوا   السلام بينكم
(رواه مسلم فى كتاب الإيمان باب لا يدخل الجنة إلا المؤمنون )
“  Kamu tidak dapat memasuki syurga  sehingga kamu benar - benar beriman  dan tidak kamu beriman sehingga kamu  berkasih sayang . Mahukah kamu Aku  tunjukkan sesuatu yang apabila kamu  melakukannya kamu akan berkasih  sayang : Mengucap salamlah dikalangan  kamu .”
Persefahaman , perseimbangan , pengorbanan dan persaudaraan pula merupakan intisari cinta mukmin . Sabda Rasulullah saw .
  قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مثل المؤمنين  فى توادهم و  تراحمهم  و   تعاطفهم كمثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر و  الحمى  . 
 (  متفق عليه  )
  “ Perumpamaan orang - orang yang  beriman ,  pada kasih sayang ,  silaturrahim dan sikap lemah lembut  mereka seperti tubuh badan yang  satu , apabila satu anggota terasa sakit  maka seluruh tubuh turut  merasa sakit dan demam .”
Al Imam Hassan Al Banna ketika menafsirkan Islam , menyentuh perihal ukhuwwah Islamiyyah : 
إن الإسلام عقيدة و جنسية ليست جنسية الدم و الأرض و لكنها الأخوة و الروح وهى أقوى و أفضل .
  “ Sesungguhnya Islam adalah Aqidah  dan kebangsaan , bukan kebangsaan  yang berdasarkan darah dan sempadan  geografi tetapi kebangsaan yang  berasaskan persaudaraan dan roh justeru  ia lebih kuat dan afdhal .”
Baginda  Rasul saw. di ambang pembentukan Daulah Islamiyyah Al Fadhilah   terlebih dahulu mempersaudarakan Al muhajirin dan Al Ansar agar mereka   saling cinta menyintai di antara satu sama lain sebagai asas kombinasi   padu ke arah pembinaan daulah .Sabda Rasulullah saw :[7]
ثلاث  من كن فيه وجد حلاوة الإيمان أن يكون الله و رسوله أحب إليه  مما سواهما و  أن يحب المرء لا يحبه إلا لله و أن يكره أن يعود فى الكفر كما  يكره أن  يقذف فى النار . 
 ( رواه البخارى )
“   Sesiapa yang ada padanya tiga  perkara , nescaya ia mendapat kemanisan  iman iaitu : Allah dan Rasul  terlebih ia kasih dari keduanya , Ia  tidak menyintai seseorang melainkan   kerana Allah dan ia benci kembali  menjadi kufur sebagaimana ia benci  dicampakkan kedalam neraka .”
Menzahirkan rasa cinta sesama mukmin .
Sebahagian  daripada adab Islami , apabila kita kasih kepada sahabat  seperjuangan  kita ( kerana Allah ) sewajarnya kita memberitahu bahawa  kita  menyintainya . 
 Sabda Rasulullah saw :
 إذا أحب الرجل أخاه فليخبره أنه يحبه . 
 ( رواه أبو داود فى كتاب الأدب )
 “ Apabila seseorang mengasihi saudaranya  maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mengasihinya ”
  Ikatan cinta yang disedari bersama ini akan menambahkan semangat   bekerjasama dan saling teguh meneguh diantara satu sama lain dalam   menghadapi tribulasi perjuangan menegakkan ugama Allah swt . sekali gus   dapat menghalang hasutan syaithan jin dan syaithan manusia yang  berusaha  memutuskan tali persaudaraan sesama mukmin .

No comments:
Post a Comment