Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Wednesday, April 27, 2011

Keimanan Para Sahabat ra Dalam Tiga Peristiwa (Badar, Uhud Dan Baiah Ridhwan)

1. Para Sahabat RA sanggup mati untuk menyelamatkan Agama Islam.

  • Saidina Umar al Khattab berikrar supaya bersama dengan Baginda SAW berhadapan dengan apa sahaja rintangan, di dalam Perang Badar. Manakala Saad bin Muaz pula sanggup berperang walaupun kekurangan kelengkapan, sekiranya itu adalah perintah Baginda SAW
  • Saidina Ali, Hamzah dan Ubaidah bingkas bangun apabila diberi arahan untuk beradu kekuatan dengan pahlawan Musyrikin di dalam Perang Badar
  • Beberapa orang yang masih muda, telah disuruh supaya pulang kerana kemampuan mereka yang kurang dalam Perang Uhud. Mereka ialah Abdullah bin Umar al Khattab, Usamah bin Zaid, Usaid bin Zahir, Zaid bin Thabit, Zaid bin Arqam dan beberapa orang lagi.
  • Samurah, seorang muda telah menunjukkan kehebatannya di hadapan Rasulullah, semata-mata untuk turut serta dalam peperangan. Hasilnya beliau dibenarkan walaupun umurnya masih muda.
  • Anas bin an Nadr tetap meneruskan perang walaupun umat Islam lemah disebabkan berita kewafatan Baginda SAW. Saad bin Muaz bertanya kepadanya : Ke mana kamu hendak pergi? Beliau menjawab : Ah, bau syurga wahai Saad. Aku menghidu baunya di sebali Uhud. Beliau syahid dengan 80 kesan tusukan dan rupa jezanahnya tidak dapat dikenali.
  • Mus’ab bin Umair terputus dua belah tangannya kemudian dipancung semata-mata untuk menyelamatkan panji tentera Islam. Ini kerana, panji tersebut merupakan nyawa bagi perjuangan di dalam Perang Uhud ini.
  • Abu Sinan al Asadi dan beberapa orang sahabat yang lain, sanggup berikrar setia untuk sanggup mati dalam memperjuangkan Islam, di dalam peristiwa Bai’ah ar Ridhwan.

2. Keberanian Para Sahabat RA dalam memperjuangkan Islam dan menghadapi musuh Allah.

  • Saidina Hamzah syahid dalam Perang Uhud sebagai seorang pahlawan. Beliau dibunuh secara curi-curi. Keberaniannya di dalam Perang Badar dan Uhud tidak dapat dihalang oleh sesiapa.
  • Auf bin Harith menerjah ke pihak musuh tanpa memakai baju besi kerana berani untuk syahid di jalan Allah, walaupun pada mulanya beliau memakainya.
  • Muaz bin Amru dan Mu’awwidh bin Afra telah membunuh Abu Jahal, dan ketika itu mereka berdua terlalu muda. Akhirnya Muaz terputus tangannya, dan Mu’awwidh pula terbunuh.
  • Abu Dujanah memakai serban merahnya di dalam Perang Uhud, sebagai tanda keberaniannya berhadapan musuh, dan kesanggupannya untuk mati di jalan Allah.
  • Az Zubair menerkam Talhah bin Abi Talhah yang berada di atas kuda. Beliau mencabar umat Islam di awal Perang Uhud, sehingga menyebabkan kepalanya dipancung oleh az Zubair disebabkan keangkuhannya.
  • Talhah bin Ubaidillah mengalami 35 tusukan dan jari jemarinya terputus kerana berhadapan dengan 11 tentera Musyrikin sekaligus ketika melindungi Baginda SAW di dalam Perang Uhud.
  • Saidina Uthman al Affan sanggup menjadi Duta kepada Rasulullah SAW untuk berbincang dengan pimpinan Quraisy di dalam peristiwa Bai’ah ar Ridhwan, sedangkan nyawanya dalam keadaan terancam.

3. Kesungguhan Para Sahabat RA dalam memperjuangkan Islam

  • Umair bin al Hammam baru sahaja ingin memakan beberapa biji kurma, tetapi apabila mengetahui bahawa dia telah dijanjikan syurga, segera dia ke medan Peperangan Badar, tanpa menghiraukan kurma tadi.
  • Apabila hampir terjadinya Perang Uhud, Hamzah berkata : Demi Tuhan yang menurunkan al Quran kepadamu, aku tidak akan menjamah makanan melainkan setelah aku libas mereka (orang kafir) dengan pedangku ini di luar Madinah (Uhud)
  • Abdullah bin Haram memaki dan menghina golongan munafik yang berpaling tadah daripada menyertai tentera Islam dalam Perang Uhud, setelah diperingatkan berkali-kali.
  • Hanzalah yang baru sahaja berkahwin, apabila mendengar seruan berperang di Uhud, segera ditinggalkan isterinya walaupun sedang berada dalam keadaan berjunub. Lalu beliau digelar Hanzalah al Ghasil kerana beliau dimandikan oleh para Malaikat.
  • 9 Orang daripada 50 pasukan pemanah di dalam Perang Uhud, tidak terpengaruh dengan harta material yang berada di hadapan mata. Ini kerana mereka mengikut arahan oleh Rasulullah SAW supaya tidak meninggalkan posisi mereka.
  • Thabit bin Dahdah memperingatkan kepada orang Islam setelah tersebarnya berita kewafatan Baginda SAW : Wahai sekalian kaum Ansar, kalau benar Muhammad telah terbunuh, sesungguhnya Allah hidup dan tidak mati... Akhirnya beliau terbunuh di tangan Khalid al Walid yang masih kafir ketika itu.
  • Salamah bin al Akwa’ berbai’ah sebanyak tiga kali untuk berjuang bersama Islam dan menghadapi sebarang ancaman di dalam peristiwa Bai’ah ar Ridhwan.

4. Keyakinan dan kecintaan terhadap Rasulullah SAW

  • Ukasyah bin Mihsan telah terpatah pedangnya di dalam Perang Badar. Lalu Baginda SAW memberikan sebatang kayu supaya dia menggunakannya untuk berperang. Setelah menghayun beberapa kali kayu tersebut, ia bertukar menjadi sebilah pedang. Pedang inilah yang digunakannya di setiap peperangan.
  • Saad bin Muaz, Usaid bin Hudair, dan Saad bin Ubadah bertindak sebagai pengawal Baginda SAW sebagai persediaan menghadapi serangan hendap musuh sebelum Perang Uhud.
  • Ketika bermalam di antara Uhud dan Madinah, Muhammad bin Maslamah seorang jaguh telah dilantik sebagai pengawal khas Baginda SAW.
  • Abu Dujanah membenteng dirinya semata-mata untuk melindungi Rasulullah SAW di dalam Perang Uhud.
  • Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar al Khattab dan Saidina Ali yang berada di barisan hadapan di dalam Perang Uhud, segera meluru ke belakang apabila mendapati keselamatan Baginda SAW dalam bahaya disebabkan serangan melalui belakang oleh pihak musuh.
  • 9 orang yang bersama Baginda SAW berjuang bermati-matian sehingga 7 daripadanya terkorban Ketika itu Nabi SAW sedang dikepung oleh tentera berkuda.
  • Saad bin Abi Waqas dan Talhah bin Ubaidillah melindungi Nabi SAW berhadapan dengan tentera berkuda sehinggalah para sahabat yang lain datang memberikan bantuan di saat genting ini.

No comments:

Post a Comment