Artikel ini ditujukan khas buat diri sendiri dan rakan-rakan lain. Mungkin ramai antara kita yang masih samar-samar tentang, Hukum bersalaman dan juga aurat mereka dengan ipar. Ada setengah mereka yang masih samar tentang siapa mahram mereka.
Sebelum itu, saya selitkan sedikit berkaitan dengan aurat antara seorang wanita dengan abang@adik iparnya(yg lelaki)
disini saya bawakan 2 dalil dari Al-Quran, yang menyenaraikan kepada siapa wanita boleh mendedahkan aurat mereka.
Surah An-Nur, ayat 31,
Kemudian didalam surah Al-Ahzab, ayat 55,
Sesudah dari itu, kita akan membincangkan tentang hukum bersalam dengan ipar, adakah ia dibolehkan atau tidak.
1. Secara umumnya, apakah hukum bersalaman dengan perempuan bukan muhrim
Masalah bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan bukan mahram atau ajnabiah ini (iaitu boleh berkahwin), memang sudah jelas haramnya tanpa ada khilaf lagi. Seluruh ulama’ empat mazhab memutuskan haram bersentuhan kerana tegahan ini terdapat di dalam hadis-hadis shahih.
dari Ma'qal bahawa, Nabi SAW bersabda,
"Jika ditusuk besi dikepala seseorang adalah lebih baik, dari memegang-megang wanita yang tidak halal baginya"
(Hadith riwayat At-Tabrani, dishahihkan oleh Syeikh Nashiruddin Al-Albani didalam Shahih Al-Jami')
Pendapat ulama' yang lebih ringan@mudah, seperti pendapat Dr. Yusof Qaradhawi dan Syeikh Abdul Halil Abu Syuqqah, didalam buku mereka,Fatwa Muassirah dan Tahrir Mar'ah, dibolehkan dalam keadaan,
Terhindar dari fitnah dan suasana yang memerlukan,
seperti untuk menunjukkan rasa ukhuwwah atau kasih sayang atau simpati. contoh yg diberi adalah,
i. Mengucapkan selamat jalan untuk perjalanan yg jauh
ii. menyambut kepulangan dari perjalanan atau kembara yg lama.
iii. mengucapkan takziah atas sesuatu musibah.
Syaikh Athiyyah Saqqar menyatakan,
"Jika hendak bersalam, hendaklah berlapik"
(Al-Hijab Bayna Tasyri' Wa Ijtima')
Fatwa terkini Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat): dalam bab bersalaman dengan wanita:
1.Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut)
2.Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan.
3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana RasuluLlah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.
4.Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.
5.Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.
Perbahasan dalam bab ini sungguh panjang, maka Qardhawi telah merumuskan untuk kita.
Rujukan lanjut: alQardhawi, Prof.; Fatawa Mu'asirat (Fatwa-fatwa Semasa).bab wanita dan kekeluargaan
2. Bersalaman dengan Abang atau Kakak ipar
Hubungan iparduai adalah mahram sementara sahaja, jadi, bersalaman dengannya juga hendaklah dijauhkan dalam amalan harian, kecuali dalam keadaan yang terhindar dari fitnah seperti diatas,
Didalam sepotong hadith,
Semoga apa yang dibincangkan diatas dapat mencerahkan kekaburan yang ada. Semoga apa yang dibincangkan dapat diamal dan dikongsi dengan rakan-rakan yang lain.
Wallahua'lam.
(Allah jualah yang lebih mengetahui)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
Kemudian didalam surah Al-Ahzab, ayat 55,
Tidak ada dosa atas isteri-isteri nabi (untuk berjumpa tanpa tabir) dengan bapak-bapak mereka, anak-anak laki-laki mereka, saudara laki-laki mereka, anak laki-laki dari saudara laki-laki mereka, anak laki-laki dari saudara mereka yang perempuan yang beriman dan hamba sahaya yang mereka miliki, dan bertakwalah kamu (hai isteri-isteri Nabi) kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha menyaksikan segala sesuatu.
Sesudah dari itu, kita akan membincangkan tentang hukum bersalam dengan ipar, adakah ia dibolehkan atau tidak.
1. Secara umumnya, apakah hukum bersalaman dengan perempuan bukan muhrim
Masalah bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan bukan mahram atau ajnabiah ini (iaitu boleh berkahwin), memang sudah jelas haramnya tanpa ada khilaf lagi. Seluruh ulama’ empat mazhab memutuskan haram bersentuhan kerana tegahan ini terdapat di dalam hadis-hadis shahih.
dari Ma'qal bahawa, Nabi SAW bersabda,
"Jika ditusuk besi dikepala seseorang adalah lebih baik, dari memegang-megang wanita yang tidak halal baginya"
(Hadith riwayat At-Tabrani, dishahihkan oleh Syeikh Nashiruddin Al-Albani didalam Shahih Al-Jami')
Pendapat ulama' yang lebih ringan@mudah, seperti pendapat Dr. Yusof Qaradhawi dan Syeikh Abdul Halil Abu Syuqqah, didalam buku mereka,Fatwa Muassirah dan Tahrir Mar'ah, dibolehkan dalam keadaan,
Terhindar dari fitnah dan suasana yang memerlukan,
seperti untuk menunjukkan rasa ukhuwwah atau kasih sayang atau simpati. contoh yg diberi adalah,
i. Mengucapkan selamat jalan untuk perjalanan yg jauh
ii. menyambut kepulangan dari perjalanan atau kembara yg lama.
iii. mengucapkan takziah atas sesuatu musibah.
Syaikh Athiyyah Saqqar menyatakan,
"Jika hendak bersalam, hendaklah berlapik"
(Al-Hijab Bayna Tasyri' Wa Ijtima')
Fatwa terkini Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat): dalam bab bersalaman dengan wanita:
1.Harus berjabat tangan ketika tidak disertai dengan syahwah, rasa kenikmatan atau rasa teransang. Ia juga mesti aman daripada fitnah. Jika disertai dengan syahwah dan teransang gelora seks, maka haram hukumnya walaupun dengan mahram (ipar duai, mertua, anak saudara dan lain-lain) atau lelaki remaja yang belum tumbuh janggut)
2.Berjabat tangan hendaklah pada tempat yang perlu sahaja, contohnya: suasana hari raya, ramai sahabat handai, saudara mara yang datang yang kebanyakannya adalah saudaramara samaada melalui nasab atau perkahwinan.
3. Ia pada kadar yang tidak keterlaluan dan berlebihan sebagai langkah berjaga-jaga kerana RasuluLlah saw tidak pernah berjabat salam dengan wanita bukan mahram.
4.Lelaki beriman yang menjaga agamanya seharusnya tidak memulakan salam (kepada wanita). Ia bersalaman bila pihak wanita yang memulakan dahulu.
5.Hukum bersalaman dengan wanita ini terhad dan khusus bagi siapa yang memerlukan sahaja.
Perbahasan dalam bab ini sungguh panjang, maka Qardhawi telah merumuskan untuk kita.
Rujukan lanjut: alQardhawi, Prof.; Fatawa Mu'asirat (Fatwa-fatwa Semasa).bab wanita dan kekeluargaan
2. Bersalaman dengan Abang atau Kakak ipar
Hubungan iparduai adalah mahram sementara sahaja, jadi, bersalaman dengannya juga hendaklah dijauhkan dalam amalan harian, kecuali dalam keadaan yang terhindar dari fitnah seperti diatas,
Didalam sepotong hadith,
Nabi SAW bersabda,Imam Al-Syawkani dalam memberi komen tentang hadith ini menyatakan, maksud ipar adalah maut adalah, dikhuatiri terjadi sesuatu yg tidak diingini, Oleh itu, hendaklah ditutup segala pintu-pintu yang membawa kepada fitnah, seperti bergurau,bersalaman, berpeluk, dan berkhalwah (bersendiri dengan ipar sahaja).
"Al-Hammu, Al-Maut"
maksudnya,
"Ipar itu adalah maut"
(hadith riwayat Al-Bukhari)
Semoga apa yang dibincangkan diatas dapat mencerahkan kekaburan yang ada. Semoga apa yang dibincangkan dapat diamal dan dikongsi dengan rakan-rakan yang lain.
Wallahua'lam.
(Allah jualah yang lebih mengetahui)
No comments:
Post a Comment