Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Wednesday, April 20, 2011

Hayat Manusia

Semakin hari semakin bertambah umur kita dan semakin bertambah umur kita bermakna semakin singkatlah hayat kita di dunia ini. Maka bekalan di dunia ini patut disempurnakan dengan lengkap kerana untuk singgah ke R&R Al-Maut itu perlukan modal yang besar. Kita perlu mendapatkan pointer-pointer yang terbaik di dunia ini untuk dinobatkan sebagai mukmin first class di akhirat kelak.

Sudah menjadi kebiasaannya, apabila tibanya hari ulang tahun kelahiran maka suatu parti akan diadakan. Maka kek akan disediakan dan dialungkan dengan lagu dan perkara-perkara yang melalaikan. Itulah yang sering dipraktikkan oleh masyarakat sekarang. Adakah kita tahu bahawa kita sebenarnya telah mengikut budaya barat? Kalau sudah tahu orang kafir amalannya begitu, kenapa harus diikuti?

Dalam hadith ada disebutkan:
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun nescaya kamu akan mengikuti mereka.”
Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang engkau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka".

(H.R. Muslim)


Allah s.w.t juga telah berfirman :
“Tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu ikut jejak langkah mereka itu.”
Allah s.w.t berpesan pada kita dalam Al-Quran bahawa, “Orang yang sangat memusuhi orang-orang yang beriman ialah Yahudi.”

Mengapa kita perlu ikuti lagi amalan tersebut? Bukankah kita boleh menukarkannya kepada sambutan yang lebih bercirikan Islam? Kita boleh menyambutnya dengan membuat kenduri kesyukuran. Dengan amalan-amalan membaca Ya siin dan solat hajat. Bukankah itu lebih mulia dan ada ganjarannya daripada menyambut dengan pesta-pesta yang melalaikan dan menjauhkan kita dari menginggati akhirat?
Tapi orang lain tak buat... Orang lain tak buat? kita buat!! Usah pedulikan kata-kata orang lain selagi apa yang kita buat tidak bercanggah dengan ajaran Islam. 



Akhir kata, sedarlah wahai saudaraku, peningkatan umur kita itu adalah ingatan kepada kita bahawa singkatnya hidup kita di dunia ini. marilah kita sama-sama menambah dan memperelokkan amalan kita dari semasa ke semasa. dan jauhilah daripada mengikut dan meniru gaya dan cara hidup orang bukan Islam.. Islam itu suatu cara hidup yang lengkap dalam hidup kita dan bukan sekadar melibatkan spiritual sahaja. Jadilahkanlah diri kita sebagai FULL TIME MUSLIM.. THERE'S NO SUCH THING AS A PART-TIME MUSLIM...

"Selama mana hayat kita di dunia ini bukannya ukuran, tetapi sejauh mana keberkatan hidup kita itulah yang menjadi persoalan."
Wallahu ‘alam..

No comments:

Post a Comment