Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Wednesday, April 20, 2011

Matlamat Hidup Seorang Muslim

Pernahkah terlintas di fikiran kita untuk merenung semula apakah matlamat hidup ini? Adakah semata-mata mengikut setiap kata-kata hati kita tanpa berfikir sehingga menghubungkan kehidupan dengan syariat? Atau mengikut peredaran zaman dan katanya orang ramai “up to date”. Sehingga kita dapat lihat pelbagai masalah yang timbul kerana tidak mempedulikan batas-batas agama. Kalau macam inilah pegangan kita, hidup kita itu ibarat lalang.. mengikut setiap arah gerakan angin.. Pabila ditiup ke kanan kita ke kanan, apabila ditiup ke kiri kita ke kiri..
Sedangkan perjalan sebuah kenderaan di jalan raya pun ada peraturan dan undang-undangnya. Jikalau lampu isyarat tidak dipatuhi maka bertembunglah pelbagai kenderaan. Ramai yang akan menjadi mangsa nahas jalan raya. Inikan pula manusia. Untuk mencapai kepada destinasi yang semua kita tujui, ada landasan dan syariat dan telah ditetapkan oleh pencipta kita, Rabbul ‘Izzati.

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan jika kita mempunyai cita-cita. Kebiasaannya, apabila ditanya apakah yang anda mahukan dalam hidup ini? Jawapan yang semestinya kebanyakan orang akan jawab:
1)      Saya mahukan kerja yang dapat gaji yang lumayan. (kekayaan)
2)      Nak beli kereta mahal dan rumah yang mewah.
3)      Lepas itu, nak kahwin… nak isteri yang cantik/suami yang hensem.  (kecantikan)
4)      Lagi??  Tak adalah kot..
Itulah skema jawapan yang biasa kita temui.. semua jawapan lebih menjurus kepada dunia semata-mata. “Fail to plan, plan to fail”. Itulah pepatah Inggeris. Tetapi sebagus mana pun perancangan kita, jika ianya hanya menjurus kepada dunia semata-mata, kita tidak akan dapat apa-apa di akhirat kelak melainkan tergolong dalam golongan yang rugi. Ayuhlah semua, marilah kita sedar, jangan dikaburi dengan dunia semata-mata. Kembali semula kepada prinsip hidup kita sebagai seorang muslim.

Firman Allah ta’ala:

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku semata-mata.
(Adz Dzaariyat : 56)
Kita sebagai insan di dunia ini sering lalai dan alpa terhadap matlamat hidup kita. Walaupun sebenarnya sebagai muslim, kita amat mempunyai matlamat hidup yang sangat jelas. Cuma penghayatan diri terhadap matlamat ini yang menjadikan diri kita tidak menyedari.


“Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku adalah kerana Allah SWT, Tuhan sekalian alam.” [Al-An'am: 162]


Sedarkah kita, ayat di atas kita telah ulang sebanyak 5 kali sehari dalam solat kita. Namun, pernahkah kita ambil iktibar dan menghayati ayat tersebut. Bahawasanya kehidupan kita ini adalah semata-mata kepada Allah.Bahkan juga kematian kita selepas kehidupan yang fana ini adalah bermatlamatkan Allah.

Namun masih berlaku kekeliruan dalam konsep ibadah. Ramai yang memisahkan ibadah dengan kehidupan harian. Golongan ini menganggap bahawa ibadah hanya kepada spiritual sahaja. Sedangkan ibadah ini mencakupi setiap perbuatan seseorang muslim setiap hari jika diniatkan kepada perkara yang betul.


Dalam buku “Apa erti saya menganut Islam” telah menerangkan pembahagian manusia di dunia menurut pandangan islam:
1)      Golongan manusia yang hidupnya hanya untuk dunia.
2)      Golongan yang  tercari-cari antara dunia dan akhirat.
3)      Golongan yang menganggap bahawa dunia sebagai ladang akhirat.
Akhir kata, muhasabahlah diri kita, di golongan manakah kita berada sekarang ini?? Adakah kita sedang berada pada matlamat seorang muslim??

HAKIKAT KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT
“ Tiadalah hidup di dunia ini melainkan permainan dan pergurauan. 
Sesungguhnya kampung akhirat, lebih baik bagi orang-orang yang
bertaqwa.  Apa tidakkah kamu memikirkan ?”             
(Al An’am 6 : 32 )

No comments:

Post a Comment