Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Monday, April 25, 2011

Kita Bertanya, Rasulullah Menjawab






#Bagaimanakah cara untuk menjadi insan yang paling berilmu?

Bertaqwalah kepada Allah.

#Bagaimanakah cara untuk menjadi insan yang paling kaya?
Bersederhanalah dan berasa cukup dengan rezeki yang diberikan.

#Bagaimanakah cara untuk menjadi insan yang paling baik?
Berilah manfaat kepada orang lain.

#Bagaimanakah cara untuk menjadi insan yang paling adil?
Kasihanilah orang lain sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri.

#Bagaimanakah cara untuk menjadi insan yang istimewa di sisi Allah?
Banyakkanlah berzikir.

#Bagaimanakah cara untuk menjadi insan yang sempurna imannya?
Perbaikilah akhlak.

#Bagaimanakah cara untuk menjadi insan yang paling taat?
Tunaikanlah amalan fardhu.

#Bagaimanakah cara untuk bertemu dengan Allah dalam keadaan suci?
Mandi wajiblah dengan bersih dan sempurna.

#Bagaimanakah cara untuk bangun pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya?
Janganlah menzalimi orang lain.

#Bagaimanakah cara untuk menjadi insan yang dirahmati oleh Allah?
Kasihanilah diri sendiri dan makhluk Allah yang lain.

#Bagaimanakah cara untuk mengurangkan dosa?
Banyakkanlah beristighfar.

#Bagaimanakah cara untuk menjadi insan yang paling mulia?
Janganlah mengadu melainkan kepada Allah.

#Bagaimanakah cara untuk menjadi insan yang murah rezekinya?
Sentiasalah berwudhu'.

#Bagaimanakah cara untuk menjadi aman daripada kemurkaan Allah?
Janganlah marah kepada orang lain.

#Bagaimanakah cara untuk menjadi insan yang makbul doanya?
Jauhilah daripada makan makanan yang haram atau daripada sumber yang haram.

#Bagaimanakah cara untuk menjadi insan yang yang ditutupi aibnya pada hari kiamat?
Tutuplah keaiban orang lain.

#Apakah benda yang dapat menghapuskan dosa-dosa?
Air mata, patuh kepada Allah, dan sakit.

#Apakah amalan yang paling utama di sisi Allah?
Berakhlak mulia, merendah diri, sabar dengan ujian Allah, dan redha dengan Qadar dan Qadha'.

#Apakah keburukan yang paling besar di sisi Allah?
Sifat kedekut dan tamak.

#Apakah amalan yang dapat memadamkan api neraka Jahannam?
Puasa sunat.

#Apakah tempat di dunia yang paling hina di sisi Allah?
Pasar, tempat hiburan, dan tempat yang bercampur antara lelaki dan perempuan.

#Apakah tempat di dunia yang paling mulia di sisi Allah?
Masjid.

#Apakah amalan yang dapat menjadikan manusia berkasih sayang?
Menyebarkan salam.

#Apakah sifat yang dapat mengelakkan manusia daripada melakukan dosa?
Jangan berbohong.

#Bagaimanakah cara untuk menjadi insan yang paling gagah dan berani?
Tahanlah kemarahan.

#Bagaimanakah cara untuk menjadi insan yang dipanjangkan umur dan diberkati hidupnya?
Hubungkanlah silaturrahim dan berbaktilah kepada ibu bapa.

#Apakah suara yang paling disukai oleh Allah?
Suara ayam jantan berkokok, suara orang yang membaca Al-Quran, dan suara orang yang beristighfar.

#Bagaimanakah cara untuk menjadi insan yang lebih kuat daripada bukit, besi, api, air, dan angin?
Sembunyikanlah sedekah.

No comments:

Post a Comment