Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Tuesday, April 26, 2011

Jihad : Jangan Salah Anggap





Ringkasan daripada

Kitab Jundullah
karangan Sa'id Hawwa

1. Jihad ialah berperang di jalan Allah, dan menegakkan agamanya. Berperang itu banyak bentuknya yang akan dijelaskan selepas ini. Ia bukanlah hanya dengan pedang semata-mata, bahkan banyak lagi senjata yang boleh digunakan.

Contohnya, hari ini manusia lebih cenderung untuk berperang dengan menggunakan media. Ia lebih memberi kesan dengan terhasilnya generasi yang hidup tubuhnya, tetapi hilang roh Islamnya. Pemikiran mereka dirosakkan dengan serangan melalui media. Maka, media juga salah satu saluran untuk berperang.

2. Jihad tidak dapat dipraktikkan oleh mereka yang cintakan harta dan keduniaan. Bahkan ia hanya dapat direalisasikan dengan kefahaman terhadap Islam. Mereka yang ingin berjihad sedangkan tidak sanggup tinggalkan dunia, ibarat sia-sia. Mereka yang berjihad, tetapi tidak memahami tujuan jihadnya, maka mereka juga sia-sia.

Contohnya, mereka yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi apabila “dibeli” dengan harga-harga tertentu, mereka sanggup berpaling tadah daripada perjuangannya. Atau mereka yang tidak tahu, kenapa mereka perlu berjuang. Mereka sangka perjuangan itu hanya merebut jawatan semata-mata.

3. Sebahagian manusia tersilap dalam memahami erti jihad. Maka akan terjadilah beberapa kesilapan berikut :

a. Mereka menyangka bahawa Islam itu milik Allah, dan Allah pasti akan membantu agamaNya. Lalu mereka tidak berjuang dengan kesungguhan, atau hanya melepaskan batuk di tangga.

b. Mereka menyangka bahawa apabila mereka berjaya memperbaiki diri mereka, sudah pasti tiada siapa yang dapat menggugat mereka. Lalu mereka akan berlumba-lumba dengan “amalan sendiri” dan mengabaikan cegah mungkar.

4. Berjihad hanya dengan hati, adalah jihad yang paling rendah martabatnya, sekiranya dia mampu mencegahnya. Sekiranya tidak mampu, maka gunakanlah kaedah yang paling sesuai dalam berjihad, mengikut keadaan.

Contohnya, berdemostrasi yang merupakan jihad dengan hati yang paling baik ketika ini di Malaysia. Tidak mungkin kita terlalu gopoh untuk melancarkan perang bersenjata, kerana ia tidak dapat diterima oleh masyarakat hari ini (di Malaysia).

5. Berjihad dengan hati bukanlah “membiarkan” maksiat terjadi, atau cukup sekadar menanam benci dan marah. Sebaliknya, jihad dengan hati ialah merubah dan mencegah maksiat dengan hati. Bukan dengan membiarkannya.

Contohnya, orang hari ini menganggap bahawa cukup sekadar kita membenci maksiat, sudah dikira sebagai jihad. Tidak. Hakikatnya kita perlu melaporkan kepada pihak berkuasa supaya ia dapat dihapuskan, melakukan demostrasi, atau boikot.

6. Jihad terbahagi kepada 5 jenis :

a. Jihad dengan lidah
b. Jihad mengajar
c. Jihad dengan tangan dan tubuh
d. Jihad politik
e. Jihad harta

Jenis-jenis Jihad

1. Jihad dengan lidah

Berjuang untuk menyampaikan Islam dan berhujah dengan penentang-penentang Islam. Contohnya, penulisan blog untuk mematahkan fitnah, penipuan, menyedarkan orang, dan sebagainya. Atau dengan cara ceramah, tazkirah, berdebat dan banyak lagi. Bahkan mengutuk orang yang menghina Islam pun turut termasuk dalam jihad jenis ini.

2. Jihad mengajar

Berjuang untuk mendidik manusia, membina pelapis dan memahamkan manusia. Ia lebih khusus dalam penyebaran Islam. Contohnya dengan membuka kelas pengajian, rehlah tarbawi, bercamping, menyampaikan motivasi, membuat diskusi, mengajar di sekolah dan sebagainya.

3. Jihad dengan tangan dan tubuh

Iaitu berperang dengan erti kata “perang bersenjata” sepertimana yang terjadi di Palestin hari ini ATAU mencegah maksiat dengan tangan. Ia terbahagi kepada dua bahagian :

a. Ketika di bawah pemerintahan Islam

Contohnya menangkap orang yang melakukan maksiat, atau berperang menentang kafir harbi. Di zaman Nabi SAW, Baginda SAW menghancurkan berhala ketika Fathul Makkah, kerana pemerintahan ketika itu sudah berada di bawah naungan Islam.

b. Ketika bukan di bawah pemerintahan Islam

Berjuang dengan saluran-saluran yang sesuai untuk menegakkan khilafah Islam. Samada dengan berperang senjata sepertimana di Palestin, dan sebagainya.

4. Jihad politik

Jihad politik ialah berjuang melalui saluran politik. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian :

a. Jihad politik di negara Islam

Hendaklah taat dengan pemerintah, dan saling nasihat-menasihati. Contohnya ketika zaman kewujudan khalifah Islam.

b. Jihad politik di negara zalim

Berusaha menegakkan pemerintahan Islam. Sekiranya belum mampu, mulakan dengan nasihat, berdebat, berhujah, menentang secara politik dan professional, dan sebagainya. Contohnya apa yang terjadi di Malaysia hari ini.

c. Jihad politik di negara kafir

Berjuang dengan saluran politik sahaja. Contoh yang praktikal ialah menubuhkan NGO, badan kebajikan, dan sebagainya, untuk memastikan Islam dan umat Islam dilindungi, dan mendapat hak.

No comments:

Post a Comment