Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Wednesday, April 20, 2011

CINTA








Sekali aku ingin berbicara soal cinta,
Aku jadi malu untuk berkata-kata,
Entahkan nyata entahkan sirna,
Aku mula rasa terhina...

Diriku selalu mendambakan cinta,
Kerana cinta itu kuasa,
Dengan cinta aku mampu ketawa,
Dengan cinta diriku jadi hiba...

Aku ingin menjadi pencinta,
Yang mengejar tanpa putus asa,
Bila cinta membisikkan rasa,
diriku mula mendapat cahaya...

Bukankah Tuhan telah tunjukkan dengan ayat-ayatNya???

Sungguh cinta itu buta,
Tidak mengenal siapa,
Namun cahayanya menunjukkan syurga,
Bagi para pencinta yang tunduk padaNya,
Kerana cintakan-Nya...

Aku ingin dilamun cinta,
Cinta sebagai hambaNya,
Dengan ikhlas demi agama,
Memelihara syariatNya...

Sungguh aku hanya insan biasa,
Inginkan kekuatan dengan kuasa cinta,
Alangkah indahnya jika beroleh redhaNya,
Di akhirat sana dengan syurga...

No comments:

Post a Comment