Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Thursday, April 21, 2011

Wasiat Dari Perkuburan

Seorang soleh bercerita bahawa pada suatu hari dia datang ke sebuah desa dan melihat tiga kuburan sebaris di tempat yang berdekatan. Dia tertarik terhadap ketiga-tiga kuburan tersebut kerana di atasnya ada tertulis beberapa rangkap syair.


Pada kubur pertama tertulis syair:
Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya merasa seronok dan lazat dalam hidupnya?
Dia akan menyeksa orang yang zalim dalam hidupnya dan akan membalas baik orang yang baik amalnya.

Pada kubur kedua tertulis:

Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang meyakini kematian akan datang
merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba kematian akan menghempapnya dengan kerajaan
yang besar dan megah dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit sememangnya dia adalah calon penghuninya


Pada kubur ketiga terdapat syair:
Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur
di sanalah pemuda akan digugat kedudukannya wajah jelita yang yang dibanggakan
akan lenyap serta merta tinggallah badan dan anggota menanggung seksa Orang soleh tadi pergi kepada seorang tua yang banyak tahu tentang cerita desanya.


“Wahai Syeikh! Aku melihat sesuatu yang ajaib di dalam desamu ini.” kata orang soleh.
“Apa itu?” tanya Syeikh.
“Aku berjumpa dengan tiga pusara yang masing-masing di atasnya tertulis beberapa syair.” kata orang soleh sambil membacakan kandungan syair-syair yang telah dilihatnya.
“Sebetulnya cerita ketiga-tiga ahli kubur tersebut lebih ajaib daripada rangkap-rangkap syair yang kamu lihat di atas kuburnya.”
“Apa itu,? Sila ceritakan kepadaku.”

Syeikh menceritakan bahawa penghuni ketiga-tiga kubur itu adalah tiga orang adik beradik yang pekerjaannya berlainan.

Yang pertama seorang zuhud, yang kedua seorang gabenor yang berkuasa dan yang ketiga seorang saudagar kaya.
Walaupun berlainan profesi, ketiga-tiganya hidup rukun dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

No comments:

Post a Comment