Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Wednesday, April 20, 2011

Nasihat Kepada Diri


Ingatlah wahai diri berjaya di dunia tidak bermaksud kamu akan berjaya di akhirat. Ingatlah kamu wahai diri kemenangan di dunia bukanlah penentu kemenangan kamu di akhirat kelak. Ketahuilah bahawa kejayaan yang hakiki adalah berjayanya kamu mendapat redha Allah. Dan ketahuilah bahawa kemenangan yang abadi adalah bila kamu mendapat syurga Allah SWT. Oleh itu, sedarlah wahai diriku dan bangkitlah untuk mencapai kejayaan yang hakiki dan kemenangan yang abadi itu. Ayuh lakukanlah segala suruhanNya dan tinggalkanlah segala laranganNya. Dan beramal lah wahai diri dengan amalan yang soleh dan lakukannya dengan ikhlas hanya kerana Allah. Dan jangan sekali-kali kamu ingin menunujuk-nunjuk amalan-amalan kamu kepada orang ramai kerana inginkan pujian atau sesuatu selain daripada keredhaanNya... Jika tidak maka celaka lah kamu wahai diri...

Wahai diriku jangan sesekali kamu berpaling daripada medan jihad ini. Biarlah kamu dihina atau dikeji kerana itu adalah lumrah seorang pejuang yang berjuang untuk menaikkan agama yang diredhaiNya. Jangan sesekali kamu termakan akan pujuk rayu nafsu dan syaitan yang inginkan kamu menikmati kenikmatan dunia tanpa mematuhi syariat-syariat yang telah diberi oleh Tuhan yang Esa kepada hambanya. Ingatlah wahai diri bahawa dunia ini neraka bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang-orang yang fasik. Ingatlah bahawa Allah telah menjanjikan syurga kepada sesiapa yang dapat mengalahkan godaan nafsu dan syaitan di dunia ini. Dan daku berharap wahai diriku yang hina supaya engkau tergolong di dalam golongan-golongan yang terlepas daripada godaan nafsu dan syaitan... Jika tidak maka celaka lah kamu wahai diri...

Wahai diriku ingatlah bahawa setiap yang hidup pasti merasai mati dan engkau wahai diri pasti akan merasainya juga. Jadi apakah bekalan yang telah engkau sediakan untuk bertemu dengan Rabb mu wahai diri??? Adakah dengan amalan-amalan yang soleh atau dengan dosa-dosa maksiat??? Sudah cukupkah amalan-amalan yang engkau lakukan untuk menjadi bekalan kepada mu di akhirat kelak??? Jadi nasihatku kepada mu wahai diri supaya engkau kejarlah amalan akhirat tanpa meninggalkan kenikmatan dunia. Tapi jangan sesekali wahai diri engkau meninggalkan amalan akhirat kerana ingin mengejar nikmat dunia. Jika tidak maka celaka lah kamu wahai diri...

Wahai diri engkau sering mengungkapkan bahawa cinta Ilahi yang engkau dambakan. Tapi adakah ucapan yang keluar dari dirimu itu benar ataupun palsu??? Adakah ungkapan itu lahir kerana engkau benar-benar mahukannya atau kerana hanya ingin mendapatkan pujian??? Apakah buktinya engkau benar-benar dambakan cinta Ilahi andai engkau selalu melupakanNya, selalu meninggalkan suruhanNya dan selalu melakukan segala laranganNya. Dan kenapa masih lagi engkau mencari-cari cinta selain daripada cintaNya dan kenapa cintamu kepada makhluk menyebabkan mu lupa akan Ilahi.. Jangan jadi seorang yang munafik wahai diri. Kelak kamu akan menyesal atas ungkapan palsumu itu... Astaghfirullah al-azim..

Ayuh diriku sedarlah engkau akan kelemahan-kelemahan yang ada. Bangkitlah engkau wahai diri dengan melakukan amalan dengan ikhlas. Perbetulkan balik niat mu itu. Baiki lah segala amalan-amalan mu. Jauhilah segala maksiat yang akan menjatuhkan mu ke lembah kehinaan. Dekatilah ulama' supaya dapat membimbingmu ke jalan yang benar. Dan beramal lah dengan amalan-amalan yang soleh untuk bekalan di akhirat kelak. Buktikan lah segala kata-katamu bahawa cinta yang engkau dambakan adalah cinta Ilahi. Bertaubatlah engkau wahai diri atas segala maksiat yang telah engkau lakukan. Dan yang paling penting cubalah engkau mendapat keredhaan Allah SWT yang engkau cita-citakan selama ini... Moga-moga nasihat ku ini akan merubahmu menjadi seorang insan yang lebih baik wahai diri. Aku berdoa supaya engkau akan tergolong di dalam golongan yang mendapat nikmat dan rahmat oleh Allah di dunia dan di akhirat.. Amin ya rabbal 'alamin... Astaghfirullah al-azim... Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment