Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Monday, April 25, 2011

Luahan Hatiku Terhadap Sahabat Dan Sahabiah Sekalian

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…

Ya Allah berikanlah taufiq dan hidayah ke dalam hatiku dan hati-hati setiap jiwa yang membaca luahan hatiku ini..

Tidaklah aku ini Ya Allah hanya hambaMu yang hina dan tidak pantas untuk memberi pendapat dan pandangan kepada mereka-mereka yang lebih banyak ilmunya daripada ku..

Walaubagaimana pun aku tetap ingin mencurahkan setiap rasa hati ku ini, di dalam penulisan ku ini dan andai ada pendapat-pendapat ku yang salah aku memohon untuk Engkau berikan petunjuk kepada ku.. InsyaAllah aku akan menerimanya walau daripada mana sekalipun petunjuk Mu itu.

Luahan Hati Sang Hamba Yang Lemah
Wahai kaum muslimin dan muslimat sekalian sebenarnya teguran ini telah lama dipendam di dalam hati ini dan telah tiba rasanya untuk aku meluahkan segala apa yang aku pendamkan selama ini.

Wahai Muslimah,
Wahai sahabiah sekalian, di sini aku ingin meluahkan rasa kesal ku yang sekian lama telah aku pendamkan. Wahai muslimin dan muslimat sekalian tidak malukah kamu akan Allah apabila kamu meletakkan gambar-gambarmu di dalam facebook atau mana-mana laman web sosial yang lain?? Walaupun gambarmu itu berpurdah sekalipun tidak tahukah kamu yang ianya juga mampu untuk menimbulkan fitnah. Mungkin ada yang mengatakan bahawa niat mereka menunjukkan gambar yang memakai purdah itu untuk memberi contoh teladan yang baik untuk kaum muslimat yang lain dan mungkin ada juga niat yang lari apabila mereka meletakkan gambar mereka berpurdah iaitu untuk meramaikan kawan dan tak kurang juga yang memakai purdah untuk menarik hati muslimin yang melihat mereka.. Wallahu’alam aku tidak menuduh sesiapa.. Niat di hati hanya kita yang tahu tapi kita juga perlu sedar bahawa Allah juga mengetahui niat kita.

Wahai Muslimin,
Wahai sahabat-sahabat yang aku kasihi kerana Allah, tidak malukah kamu apabila meletakkan gambar kalian yang mana boleh dilihat oleh kaum hawa di seluruh dunia.. Mungkin kalian akan mengatakan bahawa wajah kalian bukanlah aurat atau yang sewaktu dengannya. Walaupun bukan aurat tidak sedarkah kamu bahawa wajahmu itu mungkin akan mampu menggoncangkan iman seorang wanita apabila melihatnya??? Atau memang itu niat kalian semua?? Aku tidaklah berniat untuk menuduh sesiapa tetapi terpulang kepada kalian untuk mentafsir balik niat kalian itu..

Renung-renungkanlah Wahai Muslimah
Wahai muslimah sekalian walaupun niat mu untuk berdakwah sekalipun bukankah bahaya fitnah itu lebih perlu untuk kalian titikberatkan. Bukankah dalam kaedah usul ada mengatakan, apabila bertemu 2 kemudaratan, maka pilihlah mudarat yg paling kurang. Jadi bukankah mengambil jalan untuk tidak meletakkan gambar kalian itu lebih baik. Kerana ianya dapat menghindarkan fitnah dan dapat menenangkan hati muslimin. Ingatlah wahai muslimat walaupun gambarmu itu terlindung oleh purdahmu tetapi fikiran nakal kaum yang bernama adam ini ternyata lebih jauh daripada yang kalian sangkakan. Bukankah dengan membayangkan wajahmu walaupun berpurdah itu mampu untuk melahirkan zina hati di kalangan kaum muslimin ini. Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. telah bersabda yang artinya, “Kedua mata itu bisa melakukan zina, kedua tangan itu (bisa) melakukan zina, kedua kaki itu (bisa) melakukan zina. Dan kesemuanya itu akan dibenarkan atau diingkari oleh alat kelamin.” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Ibn Abbas dan Abu Hurairah).
 Jadi tidak mahukah kamu menolong kaum adam yang lemah ini wahai muslimah sekalian??? 
Bukankah Allah swt telah berfirman dalam al-Kitab: Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(An-Nur : 30). Bagaimana mereka boleh menundukkan pandangan mereka jika kalian dengan tanpa segan silu meletakkan gambar kalian dan membuka peluang untuk kaum muslimin ini untuk menatap wajah kalian itu sepuas hati mereka..Astaghfirullah al-azim…

Renung-Renungkanlah Wahai Kaum Muslimin
Wahai kaum muslimin tidak mahukah kamu membantu kaum muslimah yang lembut hatinya itu??? Bukankah Allah juga berfirman di dalam al-Quranul Karim: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya………..” (An-Nur : 31)
Jadi bagaimana mereka ingin menahan pandangan mereka jika kalian wahai kaum muslimin tanpa segan silu meletakkan gambarmu itu untuk tatapan umum termasuklah kaum muslimah??? Ingatlah bukan kita sahaja wahai kaum muslimin yang perlu untuk menundukkan pandangan tapi kaum hawa juga perlu lakukan perkara yang sama. Jadi walaupun wajah kita bukan aurat tapi marilah sama-sama kita saling membantu di antara satu sama lain supaya iman mereka tidak terganggu hanya semata-mata kerana wajah kita yang kacak dan hensem itu…

Renungan Bersama
Ingatlah wahai sahabat dan sahabiah sekalian janganlah jadikan kita punca jatuhnya iman seseorang. Ingatlah bahawa setiap perbuatan kita ini pasti dihisab. Semaikanlah rasa malu wahai muslimah untuk menunjukkan gambar kita itu kepada kaum yang berlainan jenis dengan kita walau pun dengan berpurdah apatah lagi kalau tidak berpurdah atau tidak menutup aurat. Dan sama juga kepada kaum muslimin, sematkanlah perasaan malu untuk meletak atau menunjukkan gambar kita itu kepada muslimah. Bukankah malu itu sebahagian daripada iman. Ingatlah balik akan sabda Rasulullah saw tentang sifat malu ini.


Hadis Abu Hurairah r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman.


Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w mendengar seseorang menasihati saudaranya dalam hal malu itu melarangnya dan menganggap perbuatan itu buruk, lalu Nabi s.a.w bersabda: “Malu itu sebahagian dari iman.”


Hadis Imran bin Husaini r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.”

p/s: Di kesempatan ini ana ingin memohon ampun dan maaf andai ada yang terasa atau tidak berpuas hati dengan pendapat ana ini. Jika ada yang ingin memberi teguran kepada ana silakanlah atau jika ada kesalahan dalam penulisan ana ini maka perbetulkanlah. Kerana ana ini tidak lah banyak ilmunya dan hanya seorang hamba yang lemah dan tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Wallahu’alam. Asif wa syukran ‘ala kulli hal… ini adalah luahan ikhlas daripada ana untuk direnungkan oleh sahabat dan sahabiah sekalian..^_^

No comments:

Post a Comment