Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Thursday, April 21, 2011

Larangan Menceritakan Kecantikan Seorang Wanita



Perkara ini jarang masyrakat kita mengambil peduli sedang ianya mejadi larangan di dalam syariah untuk tidak bagi mana-mana isteri meceritakan kecantikan wanita lain kepada suami secara berlebih-lebih. Menceritakan kecantikan wanita lain secara umum dibolehkan namun bukanlah secara keseluruhan dan secara terperinci.

Sebab itulah ketika keluar Masturat (Khuruj bersama isteri) kita sebaik mungkin diarahkan mengikuti setiap tertib dengan terperinci. Bukan hanya pakaian perlu ditutup habis (Purdah penuh) serta warna yang gelap tetapi juga nama pun perlu disembunyikan hanya dikenali nama yang dikhunyakan dengan nama suami seperti ‘ahliah jaafar’, ‘ahliah Ahmad’ dan lain-lain. Kasut serta pakaian untuk berjemur pun perlu disembunyikan agar dari kasut dan pakaian itu lelaki ajnabi (bukan Mahram) tidak kelihatan yang mana jika dilihat, boleh membayangkan gemuk atau kerus wanita berkenaan. Apa lagi untuk menceritakan kecantikan seseorang wanita di hadapan suami kita berlebihlah tidak dibenarkan.

Ini semua bersabit dari hadis Nabi saw:

Dari Ibnu Mas’ud ra Rasulullah saw bersabda,”Janganlah sesaorang wanita menceritakan tentang keadaan wanita lainnya (secara detail mengenai hidungnya, wajahnya, tubuhnya dsb) kepada suami, sehingga seolah-olah suaminya itu melihat wanita (yang diceritakan tersebut).” (Bukhari / Muslim)

Bila seseorang wanita itu menceritakan keadaan rupa dan tubuh seseorang wanita lain kepada suami dengan secara jelas maka ianya sebenarnya seolah-olah telah membuka hijab wanita berkenaan. Sebagai mana seseorang itu tertarik bila melihat pada seseorang wanita begitulah ianya menjadi tertarik apabila mendegar sesuatu perihal tentang tubuh seseorang wanita. Walau pun tanpa melihat namun hati akan terpengarun oleh cerita tersebut.

Cerita seperti ini perlulah ditinggalkan dan jangan berbuat demikain kerana ianya akan mendatangkan kerugian kepada wanita itu sendiri kerana suaminya pasti akan tertarik dan sukar untuk hilang di dalam pemikiran suaminya.
Wallahu’alam

( Rujukan Kitab “Syar’I Purdah” Maulana Asyik Ilahi )

No comments:

Post a Comment