Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Monday, April 25, 2011

Kecantikan Lelaki Dan Kegagahan Wanita



KEKAYAAN, pangkat dan keturunan bukanlah darjat ketinggian dan kemuliaan seseorang mengikut Islam.
Ketakwaan kepada Allah dan kesucian hatinya yang bebas daripada segala sifat mazmumah (terkeji) adalah ciri mukmin sejati yang tinggi darjatnya di sisi Allah.

Nabi Muhammad SAW menjelaskan perkara itu ketika ditanya oleh seorang sahabat: “Wahai Rasulullah siapakah manusia yang terbaik?”
Jawab Baginda: “Orang mukmin yang bersih hatinya.”
Tanya sahabat lagi: “Apakah maksud orang yang bersih hatinya itu?”
Jawab baginda: “Bertakwa, bersih yakni tidak ada kederhakaan, pengkhianatan, dendam dan kedengkian.” (Hadis riwayat Ibnu Majjah)

Seseorang yang tipis dan tidak kuat imannya akan mudah dihinggapi penyakit hati. Hal ini kerana penyakit itu muncul daripada dorongan hawa nafsu jahat dan godaan syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan manusia.
Antara penyakit hati yang dibenci Islam adalah hasad dengki, sifat khianat dan riak.

No comments:

Post a Comment