Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Wednesday, April 20, 2011

Istighfar Dan Sedekah

FADHILAT BERISTIGHFAR

1. Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan  ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”  Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 kali sehari.  Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
2. Sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”
3. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap  rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak.


FADHILAT SEDEKAH 

Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang  ringgit. Sedekah juga termasuk:
1. Tuturkata / percakapan yang baik.
Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.  Diriwayatkan, Saidatina Khadijah RA, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril AS setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.  Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, “Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tutur-katanya” .
2. Memberi Salam.
3. Memaniskan Wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.”   Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : “Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.”
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan  bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

No comments:

Post a Comment