Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Wednesday, April 20, 2011

Ilmu Dari Seorang Sahabat



Hr ini ana ditanya oleh seorang sahabat:
"nta tahu tak................
Siapakah orang yang sombong?
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Siapakah orang yang kuat?
Siapakah orang yang lemah?
Siapakah orang yang bakhil?
Siapakah orang yang buta?
Siapakah orang yang tuli? "


lalu ana menjawab:
"ape jwpnnye???"


Lalu dijawab olehnya:
"Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya."


[Jadi di sini ana ingin berterima kasih byk2 kepada sahabat ana itu kerana telah memberikan satu ilmu yang amat berguna untuk ana dalam memuhasabah balik diri ana yang byk melakukan dosa ini.
Semoga dirimu sentiasa berada di dalam Rahmat yg Maha Esa wahai sahabatku.]

No comments:

Post a Comment