Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Wednesday, April 20, 2011

Hakikat Sebenar Diriku

Ramai yang mengatakan bahawa kamu adalah seorang yang alim. Maka jadilah kamu orang yang alim di mata manusia, tapi adakah kamu benar-benar alim di sisi Allah swt??? Jika tidak maka tiada keberuntungan sedikit pun yang kamu perolehi atas kata-kata hamba Allah yg mengatakan kamu alim itu sedangkan hakikatnya kamu sebenarnya adalah seorang manusia yang banyak melakukan dosa.. Bukankah alim di sisi Allah adalah yang lebih utama???

“Kamu seorang yang baik.” Pujian yang dilontarkan oleh seorang rakan kepada kamu. Pada pandangan manusia kamu adalah seorang yang baik, tapi adakah kamu juga seorang yang baik pada pandangan Allah swt??? Ikhlaskah kamu menjadi seorang yang baik atau semata-mata untuk mendapatkan pujian dan penghormatan dari orang lain??? Jadi tiadalah kamu mendapat sedikit keberuntungan pun atas kebaikkan kamu itu…

Orang melihat kamu sebagai seorang yang pemalu, tetapi adakah benar kamu mempunyai ciri-ciri sebegitu??? Kamu malu ketika berdepan sesama manusia tetapi apabila kamu bersendirian kamu tanggalkan rasa malu itu dan langsung melakukan maksiat kepada Allah.. Kamu berfikir bahawa kamu sedang bersendirian tetapi bukankah Allah sentiasa bersama kamu dan memerhatikan setiap perlakuan kamu??? Kamu malu sesama manusia tetapi kamu tidak malu kepada Pencipta manusia. Jadi adakah kamu tergolong dalam golongan yang mempunyai sifat malu??? Fikir-fikirkanlah wahai diri…

Betapa sopannya kamu di hadapan manusia sehinggakan orang lain selalu menyebut-nyebut akan kesopanan kamu.. Tetapi sopankah kamu sebagai seorang tetamu di muka bumi Allah ini apabila kamu selalu melakukan kemungkaran dan meninggalkan suruhan Allah??? Kamu ingin kelihatan sopan di hadapan manusia tetapi mengapa wahai diri, mengapa kamu tidak mahu sopan di hadapan Allah, Rabbul ‘Izzati??? Sungguh sebenarnya kamu ini wahai diri tergolong dalam golongan-golongan manusia yang biadap kepada Pencipta…

Ramai yang beranggapan bahawa kamu selalu menundukkan pandangan ketika di hadapan manusia. Tetapi adakah ianya sekadar menundukkan pandangan hanya ketika di hadapan manusia tetapi tidak ketika berseorangan??? Adakah kamu sedang tunduk sekarang ini apabila melihat ramai gadis-gadis yang meletakkan gambar mereka di dalam facebook sekarang ini tidak kiralah “yang bertudung atau tidak” ataupun “yang berpurdah atau tidak”?? dimanakah sifat menundukkan pandangan mu sekarang ini??? Bagaimana pula dengan hatimu??? Adakah hatimu tunduk akan perintah Allah??? Jika jawapannya tidak maka kamu tidak beroleh sebarang manfaat sedikit pun daripada penundukkan pandanganmu itu…

Firman Allah swt di dalam al-quran
“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin.”
(Ar-Rahman : 56)

Adakah aku layak untuk mendapatkan bidadari seperti ini andai aku tidak berlaku sopan kepada Allah dan tidak menundukkan pandangan di atas muka bumi ini??? Sungguh jawapannya pasti tidak layak… Astaghfirullah al-azim…

Ingatlah wahai diri alim atau tidak kamu di sisi Allah adalah melihat atas ketakwaan kamu… Bukankah Allah ada berfirman di dalam al-Kitab:
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(Al-Hujuraat : 13)

Sungguh Allah maha mengetahui apa yang manusia tidak ketahui… jadilah baik pada pandangan Allah kerana itu adalah lebih utama… semoga diri ini mampu untuk berubah menjadi lebih baik bukan sahaja dalam pandangan manusia tetapi baik di sisi Rabbul ‘Izzati.. Amin ya rabbal ‘alamin…

No comments:

Post a Comment