Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Wednesday, April 20, 2011

Fadhilat Qiamullail

Fadilat qiamullail

Firman Allah:
“Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu; pasti Allah akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji.”
(79: al-Israa)

Tahajjud adalah kewajipan khusus bagi Nabi s.a.w.
Daripada ‘Aisyah r.a beliau berkata: Nabi s.a.w bangun berqiamullail sehingga bengkak2 kaki2nya.” Aisyah pun bertanya “Kenapa engkau beribadah sebegini ya
Rasulullah sedangkan dosa2 engkau yang telah lepas dan akan datang telah diampunkan.?” Rasulullah s.a.w pun bersabda:
“Tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur.” (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)


Nabi s.a.w bersabda:
“Sebaik2 lelaki adalah Abdullah sekiranya dia sembahyang malam.” (Hadis sahih riwayat bukhari dan muslim)

Nabi s.a.w bersabda:
” Sebaik2 puasa lepas puasa ramadan adalah puasa pd bulan2 haram.Dan sebaik2 sembahyang selepas solat fardu adalah solat malam” (Hadis sahih riwayat Muslim)

Sabda Nabi s.a.w:
“Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyanglah malam ketika manusia tidur nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamatnya.” (Hadis hasan sahih riwayat at-Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w:
“Hendaklah kamu berqiamullalil. sesunguhnya qiamullail ini gaya hidup orang2 yang solih, mendekatkan kamu kepada tuhan, menghapuskan dosa2 dan menegah diri dari maksiat.” (Hr Hakim)

Sebab apa tidak mampu solat malam?
Telah disampaikan cerita seorang lelaki yang tido malam sampai subuh dan tidak bangun solat malam. Nabi s.a.w bersabda:
“Lelaki itu syaitan telah kencing di kedua belah telinganya.” (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Fudail bin Iyad telah berkata:
“Apabila kamu tidak mampu untuk qimaullail dan puasa sunat pada siang hari maka ketahuilah sesungguhnya kamu telah dibelenggu dengan maksiat yang
kamu lakukan.”

No comments:

Post a Comment