Wednesday, April 27, 2011
Dorongan Kekolotan (Jahil Tentang Agama)
Sumber : Web ILMAM
Pancaindera yang ada pada generasi sekarang sudah tidak memberi erti lagi bagi mereka. Mereka sudah tidak dapat lagi membezakan mana yang benar dan mana yang salah. Mereka menggunakan pancaindera untuk memenuhi dorongan hawa nafsu tersebut, ada di kalangan wanita Islam yang sanggup menukarkan atau meninggalkan wanita di zaman ini. Penukaran dilakukan dengan alasan supaya mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan wanita-wanita lain. Dengan demikian mereka tidaklah dianggap berpakaian ganjil dan tidak lagi menerima ejekan dari teman dan masyarakat sekeliling.
Kamu malu berpakaian Islam, tetapi tidak malu berpakaian separuh bogel asalkan fesyen demikian sudah menjadi tradisi di zaman ini. Ibarat kata lain, kamu sanggup merompak hanya semata-mata untuk melahirkan inspirasi kebenaran di hadapan perompak, kamu rela mencapai minuman keras hanya sekadar melayan dan memuaskan penagih-penagih arak…..
Sekiranya kamu lakukan ini semua, bererti kamu seorang yang tidak mematuhi ajaran Islam yang suci. Sampai hati kamu mendahulukan dan melayani kehendak nafsu sesama manusia, sedangkan keredhaan Allah dan suruhanNya kamu abai-abaikan. Bukankah Allah Pencipta diri kamu dan manusia semua…?
Oleh kerana golongan yang mengejek-ejek pakaian Islam tidak memahami perundangan Islam, seharusnya kamu yang berpelajaran pula mesti menyampaikan pelajaran tersebut kepada mereka. Sebelum itu, jadilah diri kamu, akhlak dan pakaian kamu sebagai contoh atau tauladan untuk mereka semua.
Kalau mereka masih juga mempermainkan kamu, ingatlah bahawa Allah lebih mengetahui di pihak mana yang benar dan di pihak mana pula yang bersalah. Sudah memadai kamu menyahut ejekan tersebut dengan firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu mengejek kami sesungguhnya kami mengejek kamu sebagaimana kamu sekalian mengejek kami. Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa azab yang kekal” (Hud: 39-38).
Berpakaian Islam seperti bertudung kepala dan berbaju labuh hingga menutup ‘aurat melambangkan kualiti seorang wanita Islam. Bukanlah kualiti seseorang wanita itu terletak pada alat-alat solek, kuku yang panjang serta dihiasi warna mata yang disalutkan max factor dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh kebanyakan wanita di zaman sekarang. Suatu perkara yang luar biasa di zaman ini, kaum wanita yang beragama Islam tidak menta’ati suruhan Allah s.w.t dan tidak sanggup berpakaian Islam. Malahan mereka mempermain-mainkan pula saudara mereka yang berpakaian sedemikian rupa.
Awas…! Dunia ini laksana roda. Hari ini kamu mentertawakan orang lain, tapi mungkin esok, kamu ditertawakan orang pula. Ingatlah, Allah s.w.t ada berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang berdosa adalah mereka yang mentertawakan orang-orang yang beriman dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka mengerdipkan mata mereka” (al- Mutaffifin: 29-30).
Labels:
Renungan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment