Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Tuesday, April 26, 2011

Budaya Couple



Mutakhir ini, saya dikejutkan dengan ramainya sahabat- sahabat kita mula terjebak dengan gejala "COUPLE". Tidak pasti saya untuk menamakan ia sebagai GEJALA mahupun JENAYAH. Bercouple itu sendiri menyalahi hukum undang-undang Islam sendiri. Kita diajar supaya menjaga setiap batasan kita dengan kaum yang bukan sejenis.

LARANGAN BERCINTA SEBELUM NIKAH

“Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai KECUALI NIKAH.” (Hadith Riwayat Ibnu Majah)

Oleh itu, mungkin ini bisa menjadi motivasi dan ransangan buat sahabat-sahabat yang teringin bercouple ,mahupun sudah bercouple. Kalau cinta itu terjalin antara lelaki dan perempuan yang belum diikat oleh tali perkahwinan, maka mereka tidak perlu berjumpa, bercanda atau memerlukan apa saja ‘medium’ yang bertentangan dengan kehendak Allah.

Cinta mereka tidak akan dikotori oleh luapan nafsu yang melanggar syariat. Sebaiknya cinta itu bertaut pada rasa yang suci. Ingin sama-sama berganding bahu, bersatu rasa, untuk mentaati Allah s.w.t. Walaupun kadangkala antara mereka tidak pernah kenal atau baru berkenalan, tapi hati mereka sudah rasa sayang dan kasih. Masing-masing memendam rasa.

Menunggu saat bahagia sambil gigih melaksanakan tanggung-jawab masing-masing. Tidak ada unsur ‘mabuk’ cinta yang mengkhayalkan. Atau pembaziran masa tanpa arah tujuan. Atau ada air mata yang dialirkan sebab-sebab yang murahan.Tidak payah bersentuhan tangan, kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tidak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa. Kalau cinta ini terjalin antara suami isteri, maka isteri akan meletak seluruh ketaatan kepada suami kerana cintanya kepada suami datang dari cintanya kepada Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment