Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Tuesday, May 31, 2011

Wahai Mujahid Sejati

Wahai mujahid sejati,
Engkaulah askar di muka bumi,
Menjadi pembela agama ini,
Supaya Islam menjulang tinggi,
Tidak gentar walaupun mati,
Kerana itu jalan dicari,
Mati syahid cita-cita tertinggi.

Wahai mujahid sejati,
Takkan gentar kepada tribulasi,
Takkan takut ujian yang bakal ditempuhi,
Kerana jalan ini jalan yang dicari,
Takkan pernah lekang musuh yang memerangi.

Wahai mujahid sejati,
Walaupun berdepan musuh yang menanti,
Walaupun musuh datang dan pergi,
Walaupun letih menguasai diri,
Takkan dikau menarik diri,
Mujahid sejati takkan lari,
Kerana ini amanah Illahi.

Wahai mujahid sejati,
Ingatlah engkau kepada janji,
Yang sentiasa dilafaz setiap hari,
Bahwa hidup dan mati,
Hanya untuk Illahi,
Jangan sesekali engkau mungkiri,
Kerana takut murka Illahi,
Kepada mereka yang memungkiri janji.

Wahai mujahid sejati,
Usah di damba kedudukan yang tinggi,
Jangan tergoda hiasan duniawi,
Kerana ini ujian Illahi,
Buat menguji keimanan di hati,
dan ianya tidak kekal abadi,
Bahkan boleh membinasakan diri,
Tunggulah ganjaran dari Illahi,
Di dalam syurga yang sedia menanti,
Di situlah kejayaan yang hakiki,
Buat pemuda yang gagah berani.

Ayuh mujahid sejati,
Jangan lupa persiapkan diri,
Kerana mehnah yang menanti,
Bukanlah mehnah yang mudah dilalui,
Hanya yang terpilih mampu menempuhi,
Segala onak dan duri,
Dalam perjuangan ini,
Terus gagah berdiri walau diperangi,
Dari depan, belakang, kanan dan kiri,
Kerana mereka percaya akan janji Illahi,
Nikmat syurga yang bakal diperolehi,
Sang bidadari setiasa merindui,
Memanggil-manggil akan kekasih hati,
Yang bakal mereka miliki,
Itulah dia mujahid sejati.

No comments:

Post a Comment