Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Sunday, May 1, 2011

Dengarlah Bicara Hatiku Ini

Assalamualaikum...

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya masih lagi kita diberi pinjaman nyawa oleh Allah swt untuk menghirup udara yang segar di pagi ini dan selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah saw kerana berkat usaha baginda, barulah hari ini kita dapat merasa dua nikmat terbesar dalam kehidupan kita iaitu nikmat iman dan islam.

Pagi ini setelah saya membaca beberapa status rakan di facebook dan di group facebook dan juga setelah memuhasabah diri ini akan masalah yang menimpa ummat islam sekarang ini maka terdetik hati ini untuk meluahkan sesuatu perkara yang amat penting bagi saya. InsyaAllah sama-sama kita ambil manfaat daripada apa yang ingin saya sampaikan ini.

MasyaAllah, Astaghfirullah...

Hati ini terlalu sedih dan sakit melihat keadaan ummat islam pada zaman sekaranng. Tidak kira lelaki atau perempuan, muslimin atau muslimat. Mengapa mereka terlalu mengambil mudah dalam soal agama??

 
Kepada Kaum Hawa

Wahai golongan wanita tak kira yang muslimah atau biasa, mengapa kalian tanpa segan silu melakukan sesuatu yang mampu menjerat dirimu ke lembah kehinaan. Adakah kamu berasa bahawa kamu selamat daripada fitnah hanya kerana kamu bertudung labuh??? Apakah kamu tidak mengira keadaan semasa kita pada masa sekarang ini boleh menyebabkan kamu jatuh ke lembah maksiat walaupun kamu seorang muslimah?? Ingat wahai kaum wanita tidak kira muslimah atau pun tidak, kalian sebenarnya tidak dapat lari daripada fitnah melainkan kamu mengambil kira segala aspek walaupun sekecil-kecil hal supaya kamu tidak jatuh ke lembah kehinaan. Sedangkan isteri Rasulullah saw, Saidatina Aisyah pun menerima fitnah apatah lagi kamu yang tidak setanding dengan keperibadian Saidatina Aisyah.

Ketahuilah kalian bahawa syaitan akan menghasut manusia daripada pelbagai sudut dan keadaan. Kalaulah kita sebagai seorang yang miskin, maka dia akan datang sebagai seorang yang miskin. Kalau kita sebagai seorang ulama' maka dia akan datang sebagai seorang ulama'. Kalau kita sebagai seorang yang berpangkat, maka dia akan datang sebagai seorang berpangkat. Begitulah juga dengan kalian wahai muslimah. Sungguh tipu daya syaitan itu sungguh licik.

Ingat Allah swt pernah berfirman yang bermaksud :
"Kemudian pasti aku (syaitan) akan mendatangi mereka (manusia) dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur".

Jadi yakinkah kalian bahawa kalian akan terselamat dengan fitnah syaitan ini jika kalian tidak menjaga diri kalian sebaik-baiknya?? Adakah perkara yang kalian sangka kecil itu tidak akan menjatuhkan kalian?? Jadi janganlah kalian wahai kaum wanita yang biasa atau muslimah membuka walau sebesar lubang jarum pun untuk syaitan mengambil peluang membinasakan kalian kerana jika kalian membukanya kalian akan tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi... MasyaAllah...
 
Kepada Kaum Adam

MasyaAllah, Astaghfirullah...

Hati ini menangis dan meraung kesedihan melihat akan kaum lelaki Islam sekarang ini. Mengapa kalian terlalu mudah terjerat dengan fitnah dunia?? Mengapa kalian terlalu jauh daripada agama?? Mengapa?? Adakah kalian mengira bahawa hidup di dunia ini adalah untuk selama-lamanya??? Ke mana hilangnya pemuda Islam segagah Saidina Ali yang mampu meruntuhkan benteng pertahanan kota kaum Yahudi ketika perang Khaibar?? Ke mana hilangnya ketokohan pemuda sebijak Sultan Muhammad Al-Fateh yang mampu menakluk kota konstantinople?? Wahai pemuda-pemuda harapan bangsa sekalian sedarlah kalian daripada lena yang panjang. Ayunkanlah langkah perjuangan kerana kebangkitan Islam terletak di tangan kalian. Jadilah seperti ashabul ukhdud, seorang pemuda yang berani kerana Allah swt, hatta ditaruhkan nyawa sekalipun.

Ingatlah Baginda saw telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Ya’la:
“Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).”

Apakah kalian tidak mahu Allah kagum kepada kalian??? Kalian adalah agen perubahan. Ayuh ayunkan langkah perjuangan menaikkan syiar Islam di muka bumi Allah swt ini.. Aku menyeru kepada kalian semua..

Renungan Bersama

MasyaAllah, Astaghfirullah...

Betapa kecewa dan marahnya hatiku ini melihat sebahagian daripada kalian semua tidak kira lelaki atau wanita, muslimin atau muslimat apabila kalian mengeluarkan sesuatu hukum tanpa merujuk kepada dahulu kepada pendapat-pendapat para alim ulama'. Apakah kalian menyangka bahawa fatwa-fatwa kalian itu cukup sahih dengan dalil-dalil yang ada?? Adakah kalian menyangka bahawa ilmu kalian lebih tinggi daripada alim ulama' sehingga mampu mengeluarkan fatwa sendiri?? Dan yang menyedihkan lagi ada di kalangan kalian menyalahkan pendapat-pendapat ulama' yang tidak sealiran dengan kalian. Tidak tahukah kalian bahawa daging ulama' itu racun??

Tidak ingatkah kalian akan sabda Nabi saw :
“Akan datang kepada kalian masa yang penuh dengan tipudaya; ketika itu orang-orang akan mempercayai kebohongan dan mendustakan kebenaran. Mereka mempercayai para pengkhianat dan tidak mempercayai para pembawa kebenaran. Pada masa itu, ruwaybidhah akan berbicara.” Mereka bertanya, “Apakah itu ruwaybidhah?” Rasulullah berkata, “Ruwaybidhah adalah orang-orang bodoh (yang berbicara) tentang urusan umat.” (HR Ibnu Majah dari Abu Hurairah ra.).

Adakah kalian ingin menjadi golongan ruwaybidhoh yang disabdakan oleh Rasulullah saw itu??

MasyaAllah, Astaghfirullah...

Ya Allah, Engkau jauhilah aku daripada menjadi golongan-golongan ini dan Engkau jauhi juga aku daripada golongan-golongan sebegini.. Amin ya Rabbal 'alamin... Di sini aku menyeru kepada semua pembaca sekalian tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, senang atau susah, muslimin atau muslimat serta lelaki atau wanita.. Jadikanlah kalian penolong agama Allah dan jangan jadikan diri kalian musuh kepada Agama yang benar ini.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud :
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad : 7)



Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt dan yang buruk itu juga datangnya daripada Allah swt tetapi disandarkan di atas kelemahan hamba yang dhoif lagi hina ini.

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment