1.0 MUQADDIMAH
Dalam ketiadaaan sebuah khilafah Islamiyyah yang di dalamnya terlaksana satu system pemerintahan Islam yang berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah s.a.w, maka harakah Islamiyyah lah yang bertanggungjawab mengambil alih dalam rangka mengembalikan kedaulatan Khilafah Islamiyah seterusnya tertubuhnya Daulah Islamiyyah. Ini dikukuhkan dengan kaedah fiqh :
“ Tidak sempurna sesuatu yang wajib itu melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”
yang membawa maksud kewujudan sebuah jama’ah Islam yang memperjuangkan cita-cita mengembalikan kedaulatan khilafah Islamiyyah adalah wajib.
2.0 AMAL JAMA’IE
Amal Jamaie adalah amal yang berasal dari jama’ah yang munazzamah (tersusun) yang ada sistem (manhaj) yang jelas dan membawa kepada maslahat agama. Walaupun amal itu sepatutnya dilakukan oleh individu sahaja tetapi jika membawa kebaikan semua, maka ia juga adalah amal jamaie. Terdapat di masa tertentu arahan amir tidak memerlukan persetujuan umum atau jama’ah sekiranya amat terdesak sekali (benar- benar kecemasan).
2.1 KEFAHAMAN PERTAMA
Pertamanya kita perlu tahu mengapa kita menggabungkan diri dalam jama’ah Islam. Ahli yang memasuki jama’ah atas dasar kebetulan adalah sesuatu perkara yang tidak diiktiraf dan kita perlu yakin akan kefardhuannya untuk keberjayaan Islam. Jama’ah sepatutnya tidak perlu mengiktiraf mana-mana ahli yang hanya menyertai secara mengisi borang dan membayar yuran tanpa ada apa-apa pengorbanan. Ahli perlu ada sesuatu yang di sebut sebagai AL – FAHMU (kefahaman)
yang hanya terhasil dengan penyertaan ahli ke usrah dan program tarbiah yang akan menghasilkan ahli yang ikhlas dan mampu terus berkorban secara berterusan. Ahli perlu tahu akan kepentingan bai’ah iaitu pengakuan dan perjanjian selamanya patuh akan arahan pimpinan dalam gerak kerja Islam ini.
2.2 KEFAHAMAN KEDUA
Kita juga perlu faham bahawa penggabungan kita dalam jama’ah akan menyebabkan tindak – tanduk kita bersifat jamaie .Walaupun kegiatan yang bersifat individu, ada kaitan dan manfaat untuk semua ahli jama’ah dan tidak membawa mudharat kepada wasilah Islam ini. Segala tindak tanduk yang dilakukan oleh individu untuk maslahatnya atau kepentingannya adalah ternafi sekiranya memudaratkan jama’ah yang ramai dan Islam. Ini berdasarkan Qaidah Fiqhiyyah “ Ditanggung kemudharatan khas untuk menolak kemudharatan umum.” Ahli yang benar – benar faham akan sanggup menerima kemudharatan untuk dirinya demi menjaga maslahat(kebaikan) umum atau jama’ah tetapi perlukan ilmu dan pandangan pimpinan demi menjaga kebajikan ahli itu sendiri.
2.3 KEFAHAMAN KETIGA
Kita perlu membuang kemalangan fikrah di kalangan ahli kita. Iaitu tidak memahami amal jamaie yang meraikan semua bidang yang dapat membawa maslahat kepada Islam. Contohnya didalam membawa jama’ah terdapat ahli yang hanya bersyarah atau memberi ilmu dan pandangan, ada ahli yang bersifat amilin iaitu bekerja tanpa henti, ada yang mahir dari segi teknikal seperti IT, perhubungan dan apa sahaja yang bersifat kemahiran luaran. Ada ahli yang menumpukan bidang pengkhususan dalam bidang sekreteriat (urusan pejabat dan kesetiausahaan) dan bidang management atau pengurusan jama’ah. Adakah semua ini tidak penting dalam jama’ah?
Jarang terdapat ahli yang memiliki kesemua kemahiran secara serentak. Golongan ilmuan atau ustaz di dalam jama’ah tidak boleh mempertikaikan ilmu dan tarbiah ahli yang sibuk dalam urusan teknikal jama’ah dan golongan pengurusan tidak boleh mengatakan golongan ulama’ kolot dan hanya pandai bercakap dalam jama’ah .Kesemua ini adalah tindak balas fleksible sesama ahli demi membawa jama’ah yang maju , kreatif dan berkesan.
Dalam kehidupan ini, terdapat satu matlamat yang kukuh dan utuh untuk kita capai, iaitu matlamat ubudiyyah (matlamat perhambaan secara total kepada Allah). Matlamat ini hanya dapat di capai melalui konsep berjama’ah. Ini kerana apabila sekumpulan manusia berganding bahu bersama-sama untuk memilih Islam sebagai cara hidup mereka, mengamalkan Islam secara total dan ingin menegakkan Islam secara ajmali (menyeluruh) di muka bumi ini. Maka dengan sendirinya konsep Mardhatillah akan menjadi realiti dan mampu dilaksanakan.
Dunia kian rapuh dengan penguraian bacteria sekularisme, mengalami keracunan ajaran Islam yang sesat, penyeludupan barang-barang musuh Islam (Yahudi, Nasrani dan sebagainya) yang kini telah pun membutakan kebenaran, memekakkan dunia dengan alunan muzik syaitan yang segala-galanya membaluti, menjerap permukaan pemikiran masyarakat yang mengaku beragama Islam! Seruan aspirasi negara memangkinkan segala tenaga pengaktifan yang ada dan di bantu oleh enzim dendam musuh-musuh Islam secara ‘ istiqamah’ ghairah menghancurkan satu persatu nilai- nilai murni Islam yang telah terpacak di hati masyarakat Islam.
No comments:
Post a Comment