Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Sunday, May 1, 2011

Di Mana Bahagia?

Assalamualaikum

Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih hati Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.
InsyaAllah kali ini saya tertarik untuk berkongsi satu cerita yang telah saya baca tentang di mana letaknya kebahagiaan. Moga-moga cerita ini mampu menjadi teladan buat kita semua dalam mencari kebahagiaan yang hakiki.

Di Mana Bahagia? 

Seorang suami marah kepada isterinya dan dengan segera mengancam isterinya : "Aku akan lenyapkan kebahagiaanmu." Si isteri menjawab dengan tenang, "Anda tidak mampu melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana anda tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadaku."

Suami bertanya : "Mengapa aku tidak mampu melenyapkan kebahagiaanmu?

Isteri menjawab dengan penuh keyakinan : "Kalau seandainya kebahagiaanku terletak dalam perbelanjaan, tentu anda akan mampu menghilangkannya. Dan kalau terletak dalam pakaian dan perhiasan, tentu anda juga sanggup menahannya. Tetapi kebahagiaanku adalah sesuatu yang bukan milikmu dan tidak dapat kamu kuasai, baik kamu sendiri ataupun orang lain."

Suami bertanya dengan penuh kehairanan : "Di manakah kebahagiaanmu?"

Isteri menjawab dengan penuh keyakinan : "Sesungguhnya aku memperoleh kebahagiaan dalam keimananku. Dan imanku itu dalam hatiku. Tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku selain Allah."

(Petikan daripada buku Iman Dan Kehidupan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi)

No comments:

Post a Comment