Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Friday, May 6, 2011

Dalil Dan Kewajipan Berjemaah


Assalamualaikum...

Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya masih lagi kita diberi pinjaman nyawa oleh Allah swt untuk menghirup udara yang segar pada hari ini dan selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah saw kerana berkat usaha baginda, barulah hari ini kita dapat merasa dua nikmat terbesar dalam kehidupan kita iaitu nikmat iman dan islam.


Dalam menghadapi hari-hari yang penuh cabaran ini mampukah kita hidup sendirian tanpa ada yang menemani kita? Sebenarnya sudah menjadi fitrah manusia untuk hidup secara berjemaah dan bermasyarakat supaya dapat saling membantu dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapi berapa ramaikah daripada kita mengetahui akan kepentingan bergabung dengan jemaah Islam? Jadi insyaAllah dalam posting kali ini saya ingin berkongsi dengan kalian semua mengenai "Dalil Dan Kewajipan Berjemaah". Moga-moga posting saya kali ini dapat menambah ilmu kita mengenai kepentingan bergabung dalam jemaah Islamiyyah.

Dalil Dan Kewajipan Berjemaah

Jamaah Islam adalah untuk merealisasikan segala tuntutan Islam yang diwajibkan. Tujuannya adalah untuk menegakkan daulah Islamiyyah. Adalah mustahil untuk laksanakan hasrat itu dengan hanya usaha perseorangan tanpa usaha jamaie yang tersusun rapi.

Oleh kerana merealisasikan tujuan yang besar ini merupakan satu kewajipan yang diwajibkan oleh Islam ke atas umat Islam dan tujuan ini hanya dapat dilaksanakan dengan adanya jamaah dan amal jamaie. Keperluan kepada sebuah jamaah Islamiyyah dan amal jamaie adalah berdasarkan kepada hujah-hujah berikut:

a) Dalil daripada al-Qur’an

Firman Allah swt:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah yang mungkar, dan merekalah orang yang berjaya”
(Ali Imran : 104)

Perkataan ummah di dalam ayat tersebut adalah bermaksud ‘toifah atau jamaah’. Jelas bahawa ianya bukan beerti individu-individu yang terpancar-pancar atau sekadar sekelompok manusia. Ummah disini bermaksud satu jemaah yang terdiri daripada individu yang bersatu dalam satu ikatan ukhwah atau wahdah yang padat, laksana organ-organ yang ada pada diri seseorang.

Firman Allah swt;

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ
“Kamu adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, kamu menyuruh orang berbuat baik dan melarang orang berbuat mungkar dan kamu beriman kepada Allah”
(Ali Imran ayat 110)


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوصٌ
“Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berjihad dijalannya dalam barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh”
(As Saff ayat 4)

‘Satu binaan yang tersusun kukuh’ bermaksud satu organisasi yang luas diikat dengan kesatuan dan kekuatan, sebahagian memperteguhkan sebahagian yang lain dengan caranya yang tersendiri, dan seluruh organisasi itu umpama satu organ yang hidup dan lengkap.

http://ar_rumaisa.blog.friendster.com/files/450islam05_pray2.jpg

b) Dalil daripada hadis Rasulullah saw:

“Hendaklah kamu berada dalam jamaah kerana sesungguhnya berjemaah itu rahmat sedang perpecahan itu adalah azab”

“Barangsiapa yang memecahbelahkan, maka ia bukan daripada kalangan kami. Rahmat Allah berada bersama-sama dengan jamaah, dan sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang menyendiri”

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan memisahkan diri daripada jamaah kaum muslimin, maka beerti ia mati sebagai mati jahiliyyah”

Hujah berikutnya yang menekankan kepentingan amal jamaie’ adalah waqi’ atau realiti yang kita hadapi sekarang. Realiti memberikan pengajaran bahawa usaha berseorangan walaupun ikhlas sekalipun tidak dapat meninggalkan kesan yang diperlukan untuk mencapai tujuan yang dimaksudkan. Allah menjadikan dunia ini berjalan diatas hukum sebab dan akibat. Dimana kelalaian dalam sesuatu perencanaan atau tindakan itu menjadi sebab sesuatu akibat buruk yang terjadi kepada kita.

Jika diperhatikan pada golongan yang menentang Islam, maka didapati mereka itu bekerja secara jamaah, parti dan kesatuan-kesatuan yang tersusun. Kerana itu tidak dapat diterima syara’ dan akal musuh-musuh ini dapat dihadapi dengan jayanya oleh usaha-usaha individu-individu yang tidak bersatu.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment