Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Monday, June 6, 2011

Pesanan Buat Sahabat-Sahabat Di Dalam Jemaah Tabligh


Assalamu’alaikum wa Rahmatullahi wa Barokatuh…

Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih hati Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana sekali lagi kita telah dibangkitkan dalam keadaan bernyawa dan masih lagi diberi pinjaman nyawa kepada kita untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dan mengutip segala hikmah yang disediakan oleh-Nya buat kita semua.

Wahai sahabat-sahabatku di dalam jemaah tabligh (JT), pertama-tamanya aku memohon seribu kemaafan andai nasihat atau kritikanku di dalam tulisan ini nanti ada yang mengguris hati sahabat sekalian.

Wahai sahabat-sahabatku di dalam JT, ini adalah pesanan ikhlas dariku buat kalian semua supaya kita sama-sama dapat merubah daripada yang buruk kepada baik dan daripada baik kepada yang lebih baik. Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah pandangan yang mengatakan JT ini sesat, ahli bidaah dan sebagainya. Dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa JT ini adalah satu-satunya Jemaah Islam yang benar. Tapi aku tidak mahu mempertikaikan itu semua kerana aku lebih senang untuk mengambil pendapat yang sederhana dan pertengahan.

Wahai sahabat-sahabatku di dalam JT, tidakku nafikan bahawa jasa kalian kepada Islam begitu besar. Siapa yang mampu dan sanggup untuk mengajak manusia ke masjid dari rumah ke rumah dan dari pintu ke pintu jika tiadanya kalian? Siapa yang akan mengimarahkan masjid jika tanpa kalian? Sungguh aku mengakui bahawa jasa kalian untuk Islam teramat besar.

Cuma aku melihat ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan oleh kalian. Di sini aku sampaikan beberapa perkara yang aku rasakan penting untuk kalian tahu. 

1) Double Standard Ketika Memilih Kuliah

      Aku melihat bahawa kebanyakkan kalian (p/s : tidak semua) hanya mendengar kuliah atau ceramah atau bayan yang disampaikan oleh ustaz-ustaz Tabligh sahaja. Apabila ada ustaz-ustaz tabligh yang memberi bayan atau ceramah, maka kalian berlumba-lumba bersila dan mendengar bayan yang disampaikan itu dengan penuh khusyuk tetapi malangnya apabila yang memberi ceramah atau kuliah itu bukanlah ustaz daripada Jemaah kalian, maka kalian berlalu dari situ atau membuat kerja-kerja lain seperti membaca al-Quran dan sebagainya.

Sedangkan aku sering mendengar ustaz-ustaz kalian ataupun daripada kalangan kalian sendiri sering melantunkan hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
Yaqulullahu ta’ala: Ana ‘inda Zanni ‘abdibi wa-ana ma-’ahu izha zhakarani fa-in zhakarani fi nafsihi zhakartuhu fi nafsi wa-in zhakarani fee mala-in zhakartuhu fee mala-in khairun minhum. Wa-in taqarraba illa basyibra taqarrabath ilaihi zhira-’an wa-in taqarraba ila zharra-’a taqarrabtu ilaihi ba-’an wa-in a-tani yamsyi ataituhu harwalah (Rawahu Al-Bukhari wa Muslim)
Aku itu berada pada i’tiqad hamba-hambaKu, Aku bersama mereka yang mengingatiku, jika mereka mengingatiKu di hadapan khalayak ramai, Aku mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia daripada itu (para malaikat, anbiya’ , awliya’), jika hambaKu mendekatiku secara merangkak, Aku mendekatinya secara berjalan, jika hambaKu mendekatiKu secara berjalan, Aku mendekatinya secara berlari. (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Bukankah hadis ini yang kalian sering kali lantunkan tatkala sebelum memberi bayan? Jika aku tersalah maka perbetulkanlah. Jadi mengapa ketika ustaz-ustaz kalian memberi kuliah kalian duduk dan mendengar dengan khusyuk, tetapi mengapa kalian beredar dan membuat kerja lain apabila ustaz yang memberi kuliah itu bukan daripada kalangan ustaz-ustaz Jemaah kalian??? Adakah hadis yang kalian sering tuturkan ini hanya berhak untuk jemaah kalian sahaja???

Ingatlah Allah amat murka kepada seseorang yang berkata-kata tapi mereka tidak melakukan apa yang mereka katakan itu.
Firman Allah swt di dalam Al-Quranul Karim :
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (As Shaff:2-3)

Jadi, harapanku adalah supaya kalian semua sedar dan tuntutlah ilmu daripada mana-mana ustaz sekalipun. Duduk dan dengarlah apabila ada ustaz yang memberi ceramah walaupun ustaz itu bukan daripada kalangan jemaah kalian. Ingatlah, kalian menjadi contoh kepada masyarakat. Bagaimana mungkin orang yang melihat sikap kalian ini akan mendengar dakwah kalian. Jadi aku berharap kalian mampu berubah.

      2)   Kepentingan Ilmu Dalam Dakwah
          
           Tahukah kalian peri pentingnya ilmu dalam berdakwah? Oleh sebab itu aku nasihatkan kepada kalian supaya di dalam berdakwah jangan sekali-kali mengabaikan ilmu. Sepatutnya apabila kalian berada di dalam gerakan dakwah kalian perlu untuk mendalami ilmu-ilmu agama di samping menjalankan gerak kerja dakwah. Aku berasa sedih apabila melihat ada di kalangan kalian yang bersungguh-sungguh melakukan kerja dakwah, tetapi apabila ditanya akan Islam itu sendiri pun mereka tidak mampu untuk menjawab. MasyaAllah. Bagaimana mungkin kalian mampu untuk menarik orang lain mendekati Islam jika diri kalian sendiri tidak mampu untuk memahami ajaran di dalam Islam. Dan bagaimana mungkin kalian mampu menyeru manusia untuk mendalami ilmu Islam jika kalian sendiri tidak mempunyai sikap mendalami ilmu. Ingatlah kembali surah as-Shaff di atas.

Muawiyah berkhutbah, bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan maka Allah faqihkan dia terhadap agama. Aku (Nabi s.a.w.) hanyalah menyampaikan sedang Allah yang memberi. Sebahagian dari umat ini akan tetap berpegang teguh pada agama Allah, tidak ada yang dapat mempengaruhinya sampai hari kiamat nanti." (Riwayat Bukhari no. 69)

Oleh sebab itu berdakwahlah kerana itu kerja yang mulia, tetapi berdakwahlah dengan ilmu yang ada. Dan tuntutlah ilmu supaya apabila berdakwah nanti kalian akan berdakwah dengan ilmu dan bukannya dengan hawa nafsu.

Ingatlah bahawa Islam telah meletakkan asas dakwah buat pertama kali kepada Baginda Rasulullah s.a.w kepada menggarap ilmu pengetahuan menerusi ayat pertama turun daripada Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.

Mana mungkin Baginda Nabi mampu menyeru manusia dengan pelbagai ragam cita rasa peribadatan pada masa itu tanpa dibekalkan Allah dengan ilmu.

Sesungguhnya ilmu itu boleh diperolehi dengan jalan membaca, memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah terhadap bahan-bahan ciptaan-Nya, memerhatikan kebesaran kerajaan Allah dalam mentadbir bumi dengan segala kebenaran daripada-Nya.

Malah Islam telah menyediakan satu dasar dalam konsep ‘Usul Fiqh’, bahawa semua amal ibadat seseorang itu yang tidak disandarkan dengan kefahaman ilmu dan makrifat, maka ia akan terbatal dengan sendirinya.
Ia memberi maksud, jika seorang muslim yang rajin beramal ibadat, tetapi amalan-amalan yang dilakukannya bukanlah kerana atas kefahaman yang dipelajarinya, malah lebih kepada warisan secara tradisi, maka adalah dibimbangi, amalannya itu tidak diterima di sisi Allah s.w.t.

Jadi betapa pentingnya ilmu bukan sekadar dalam berdakwah, tetapi di dalam kehidupan seharian.

3) Fikrah Dan Pembacaan

Wahai sahabat-sahabatku di dalam JT, di sini aku ingin berpesan kepada kalian, janganlah kalian mendakwa bahawa hanya dakwah kalian sahaja yang mengikuti sunnah Rasulullah saw. Sebab metode dalam melaksanakan kerja dakwah ini pelbagai. Jemaah kalian beri'tiqad berdakwah secara mengajak dari rumah ke rumah, dan jemaah lain mungkin beri'tiqad berlainan dengan kalian semua. Ingatlah Rasulullah saw bukan sahaja berdakwah dari rumah ke rumah tetapi Rasulullah saw juga berdakwah melalui politik. Jadi setiap jemaah ada metode tersendiri jadi janganlah kalian mendakwa bahawa jemaah kalian sahaja yang mengikut sunnah dengan hujjah jemaah kalian diambil daripada salah satu sifat-sifat Nabi saw iaitu Tabligh. Itu bagi aku tidak betul. Dan janganlah kalian hanya menghadkan bacaan kalian melalui buku-buku yang dikarang oleh ulama’ jemaah kalian sahaja tetapi perluaskanlah pembacaan kalian supaya kalian mengetahui agama Islam ini secara menyeluruh bukan setakat apa yang disampaikan oleh jemaah kalian sahaja.
 

      4)   Pandangan Terhadap Politik 
            
            Politik!!! Aku pasti perkataan ini pasti tidak mahu didengari oleh kalian semua. Aku berasa cukup sedih dan terkilan apabila bermuzakarah dengan sahabat-sahabatku di dalam JT.  Mengapa kalian secara sewenang-wenangnya mengatakan tiada politik dalam Islam??? Mengapa kalian secara tidak mengambil peduli akan politik yang penting dalam mendirikan daulah Islamiyyah.

“Kita perlu menerapkan iman dalam diri masyarakat. Kalau iman dah kuat insyaAllah Allah akan tolong. Tengok zaman Nabi dulu. Bila iman para sahabat kuat, InsyaAllah Allah akan tolong kita dapat daulah.” Jawapan seorang rakanku ketika ditanya tentang politik.

Jika benar apa yang kalian tuturkan itu, aku pasti para Sahabat Nabi saw tidak perlu berjihad dengan peperangan untuk menaikkan agama Allah. Jika apa yang kalian katakan itu adalah hakikat yang sebenar, aku pasti tiada seorang pun dari kalangan Sahabat Nabi saw yang darahnya tumpah di medan jihad. Dan jika benar Allah akan membantu kita hanya kerana iman aku pasti tiada di kalangan Sahabat Rasulullah saw yang mendapat syahid di medan perang semata-mata dalam usaha menaikkan Khilafah Islamiyyah. Ya, aku sedar memang politik zaman Rasulullah saw dan sekarang berbeza kerana keadaan semasa atau waqi' sentiasa berubah. Tetapi tidaklah bermakna tiada politik di dalam islam. Jika politik sekarang dikatakan politik kotor maka tanggungjawab kitalah untuk membersihkannya. Kerana tanpa politik kita tidak akan mungkin mampu menawan negara dan mengamalkan Undang-Undang Islam dalam pentadbiran.

Jadi, nasihatku buat sahabat-sahabat sekalian, bersama-samalah kita dalam bergerak seiring bersama gerakan-gerakan Islam yang lain. Betapa indahnya jika kalian mampu mengajak manusia ke masjid, jemaah lain dapat menyampaikan penjelasan tentang politik, yang lainnya cuba untuk berdakwah kepada remaja dan sebagainya. Jika ini semua dapat digabungkan, aku pasti Daulah Islam akan dapat tercapai. Janganlah diantara jemaah mencemuh jemaah yang lain kerana daku pasti para-para masyaikh tidak mahu kita melakukan sedemikian. Tiada siapa mahukan perpecahan. Tetapi jika kita mencemuh sesama jemaah, maka sebenarnya kita telahpun menjadi dalang kepada perpecahan (p/s : Nasihat ini buat semua ahli gerakan Islam bukan kepada JT shja). Saling membantulah kita dalam menyampaikan Islam, menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang munkar. Moga-moga amalan kita yang sedikit ini akan dipandang oleh Allah swt.

MEMBINA RUMAH PERLUKAN PELBAGAI ALAT PERTUKANGAN

Seperti juga membina rumah,kita memerlukan gergaji, tukul, pahat, pemutar skru, tangga dan pelbagai lagi peralatan, maka samalah juga dengan Islam. Untuk mewujukan sebuah negara Islam dan rakyatnya yang baik maka semua peralatan ini diperlukan. Perjuangan Islam tidak boleh tertumpu hanya kepada politik semata-mata, tidak boleh hanya tertumpu pada dakwah dari rumah ke rumah semata-mata, tidak boleh hanya tertumpu pada kuliah-kuliah agama di masjid semta-mata. Ianya memerlukan gabungan dari kesemua ini. Mungkin sesetengah pihak termasuk alim ulama ada yang memilih jalan berpolitik, ada yang memilih jalan dakwah melalui ceramah-ceramah di surau ataupun pondoknya, dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk keluar berdakwah dari rumah ke rumah. Ianya suatu kombinasi yang sangat baik. Semuanya merupakan suatu kepentingan didalam Islam. Jika para ustaz dan ustazah di sekolah agama memperjuangkan Islam dengar mengajar murid-muridnya akan ilmu agama, maka ulama di dalam politik pula perlu untuk mempromosikan islam dan berusaha menegakkan sebuah negara Islam. Malah jemaah-jemaah tabligh pula menjalankan tugasnya untuk berdakwah dari rumah ke rumah.

Amat baik akan semua kerja dakwah ini. Jangan lah kita menafikan antara satu sama lain akan perjuangan Islam ini. Ianya akan bertambah teguh jika setiap kelompok jemaah dari kelompok yang berbeza memahami prinsip ini tanpa mempertikaikan antara satu sama lain. Dan ia akan bertambah baik jika masing-masing menyokong antara satu sama lain. Tidak perlu memilih bulu, apabila tiba giliran ceramah golongan tabligh, ahli-ahli masjid yang biasa mendengar ceramah ustaz-ustaz lain akan meninggalkan kuliah ilmu yang dilakukan oleh jemaah tabligh (berdasarkan pengalaman ditempatku). Mengapa kita tidak mahu mendengarnya, sedangkan mereka menceritakan tentang sirah Rasulullah saw, ingatan kepada melakukan amal-amal yang baik dan peringatan supaya meninggalkan perkara maksiat.

Akhirul Kalam,
Aku sekali lagi memohon berjuta-juta kemaafan andai ada kata-kataku yang mengguris hati dan perasaan sahabat-sahabat JT sekalian. Niatku tidak lain hanyalah ingin memberi sedikit teguran dan nasihat melalui apa yang aku ketahui ketika bermuzakarah dengan sahabat-sahabatku yang berada di dalam JT. Andai ada yang aku tersalah, bolehlah perbetulkan karena aku ini hanyalah insan yang sering melakukan kesalahan. Komen kalian amat aku alu-alukan.

Wallahu’alam.

25 comments:

  1. Pesanan ini bukan sahaja buat jemaah tabligh, tetapi buat semua pendokong2 jemaah Islam...^_^

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kepada saudara yang memberi komentar. InsyaAllah komentar saudara itu akan ana ulas. kerana masa tidak mengizinkan untuk ana mengulas komen saudara buat masa sekarang.

    Macam mana saudara tahu yang ana tidak pernah mengikut jemaah saudara ini (Tabligh)???

    Oleh kerana ana ikut dan bergaul dengan jemaah saudaralah, baru lah ana boleh memberi komentar ini. Apakah tidak boleh untuk kita memberi sedikit nasihat buat saudara2 seagama???

    Nah!!! Bagaimana mungkin anda boleh menegur atau mengajak orang lain sedangkan anda sendiri tidak mampu menerima nasihat???

    Ustaz-ustaz ana apabila ditanya akan jemaah tabligh, semuanya mengatakan kheir saja untuk mengikut aktiviti jemaah tabligh tetapi ustaz ana juga sering berpesan supaya jangan terlalu mengambil jika ada fahaman yang dibawa bahawa tiada politik dalam islam atau yang sewaktu dengannya. Untuk hal politik akan diulas.

    Perlu diingat dalam berdakwah terdapat banyak metode. Jadi kheir saja tabligh dengan metodenya dan jemaah lain dengan metodenya. Tidak perlu menyalahkan jemaah lain. Ana di dalam nasihat di atas tidak sekali-kali menyalahkan jemaah tabligh melainkan nasihat itu adalah buat pengikut-pengikutnya supaya mampu berubah kepada yang lebih mumtaz.

    Jangan jadikan dirimu sebagai anai2 kepada jemaah mu. Kerana jika kamu menunjukkan sikap yang sebegini maka tiada siapa akan mengikut kata2mu... berhikmahlah...

    Jagalah akhlakmu. Jangan sekali2 berkata2 mengikut kehendak nafsu. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia. Tegurlah dengan hikmah.

    Allah berfirman dalam hadith qudsi :

    “ Ini adalah agama yang telah Aku redhai untuk diriKu sendiri, dan tidak dapat dijalankan kecuali mereka yang pemurah dan BERAKHLAK YANG BAIK. Kerana itu muliakanlah dengan kedua sifat itu selama kamu menganutnya.”
    ( Hadith qudsi riwayat Sumawaih,Ibnu ‘Adi ‘Uqaili, Kharaith, Khatib,Ibnu ‘Asakir dan Rafi’i dari Anas r.a )

    “Penyebab utama masuknya manusia ke surga adalah bertakwa kepada Allah dan KEBAIKAN AKHLAKNYA. “ ( Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah )

    “Sesungguhnya orang yang paling aku CINTAI dan paling dekat tempat duduknya dari pada hari kiamat adalah orang yang PALING BAIK AKHLAKNYA.” ( Riwayat At-Tirmidzi )

    “Saya menjamin sebuah rumah yang paling tinggi tingkatannya di syurga bagi orang-orang yang BERBUDI PEKERTI. “ ( Riwayat At-Tirmidzi )

    “Sesungguhnya orang mukmin dengan AKHLAKNYA YANG BAIK akan mendapatkan kedudukan yang sama dengan orang yang (rajin) melaksanakan puasa dan shalat malam. “ (Riwayat Abu Dawud)

    Nah!! Dan banyak lagi hadis2 Rasulullah saw akan budi pekerti yang mulia.

    Dan ana tidak melihat statement anda hanya sekadar zhan kepada ana sedangkan anda tidak tahu niat ana yang sebenar.

    Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari PRASANGKA, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan dagin saudaranyan yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang" (Al Hujuraat:12)

    untuk ringkasan tafsirnya mungkin saudara bacalah di sini :
    http://mencarimardhatillah-ansarullah.blogspot.com/2011/06/ringkasan-tafsir-surah-al-hujurat-ayat.html

    InsyaAllah untuk ulasan komen saudara itu akan ana cuba ulaskan jika masa mengizinkan.

    Wallahua'alam... Syukran kerana sudi memberi komentar.

    ReplyDelete
  5. Aku berasa pelik apabila ada manusia yang menasihat dan mengajak manusia kepada kebaikan tetapi apabila dirinya yang diajak dan dinasihat kepada kebaikan, dengan sewenang-wenangnya dia tidak menerima malah menolaknya. Manusia yang bersikap sebegini tidak lebih daripada si sakit yang ingin merawat pesakit.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Baiknya akhlak nta syeikh... ini ka yg nta dpt dari jemaah itu??? sepanjang ana kenal jemaah tabligh ni ana rasa tidak pernah sekali-kali jemaah tabligh ni mengajar pengikutnya memperendah2kan org lain...

    yang baik diambil dan yang buruk diperbaiki... itu yang baik... sebab itu perlu ilmu dalam beramal dan berdakwah... bukan setakat taqlid semata2... tak apa ana serahkan urusan komen2 nta itu kepada Allah selaras dengan niat nta...

    lagi ada unsur zhan dalam perkataan nta. nampak mcm ana ni tidak bertalaqqi ya syeikh.. takpe setiap perbuatan dan ucapan akan di balas oleh Allah kelak...

    ana dapat banyak faedah daripada jemaah itu... yang baik ana akan ambil dan yang ana rasa tidak berapa betul kita cuba perbaiki... di dalam dunia ini tiada yang sempurna. itu yang ana nak sampaikan.

    Lagipun komen ana itu berunsur nasihat buat nta. kalau nak ambil, ambil. kalau tak nak biarkan saja ianya disitu...

    ReplyDelete
  8. sesungguhnya Allah tidak melihat banyak ataupun tidak komennya. Kerana sesuatu perbuatan itu akan menjadi ibadah jika kita lakukan dengan niat yang ikhlas di samping mengikut syariat yang telah ditetapkan Islam... itu yang dikejar oleh hamba ini...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. wanita yang ana puja??? salah orang ni kot. Ana tak de memuja sape2...^_^

    Dan satu lagi bukan mencari2 kesalahan tapi ingin memperbaiki kelemahan.. beza tu...

    Adat manusia akan mempertahankan kepercayaan dirinya...tidak mungkin dia saja2 memberi komen sebegitu rupa kalau tak de kene mengena dengan dirinya...^_^

    Bukan melatah tapi nasihat... dan nasihat itu juga ditujukan kepada diri sendiri...

    Wallahu'alam...

    ReplyDelete
  11. tak betul percakapan mcm ni, maaf. saya bukan lah seorang tabligh, atau apa pun, tapi saya menggauli mereka, dan cara saudara tulis artikel ini tak dapat saya elak dari berfikir yang anda menulis tanpa siasatan yg lebih dalam.

    salah tanggapan anda ttg prinsip tabligh dgn politik. utk mewujudkan kesepakatan dan kerjasama dalam dakwah satu umat, ulama' dan pemikir tabligh tak mengesyorkan perbezaan2 politik,pangkat darjat,khilaf dan mazhab dimuzakarahkan semasa khuruj dan dakwah. better unity, tapi masing2 mengetahui apa pendirian sendiri ttg politik. wallahi tak pernah saya dgr dari ulama' tabligh bhwsanya 'politik itu tak wujud dlm Islam'. alhamdulillah politik Islam di negara ini sudah ada tonggak utamanya,tak semestinya setiap jemaah dlm dunia ni harus fokus kpd semua lapangan Islah; politik Islam,ekonomi Islam dan lain2. jemaah tabligh memfokuskan kpd dakwah satu ummat, utk mencapai matlamat itu, perbezaan politik,mazhab dll tu tidak diperbincangkan. salahkah perbuatan mereka itu ??

    salah tanggapan anda ttg dakwaan JT lah satu2nya mengikut sunnah nabi. JT hny mengatakan dakwah cara Nabi lah satu2 cara utk mendapat keredhaan Allah. wallahi tak pernah saya dengar pembayan menyebut 'hny jemaah Tabligh lah satu2nya mengikut cara Nabi'.
    satu cerita, saya pernah di Jilsah Habib Umar bin Salim bin Hafidz di USJ9, dan disitu saya terjumpa dan dpt bersalam dgn Maulana Abd Hamid dari Sri Petaling berada di depan bersama ulama' lain. dia ialah salah seorang Amir jemaah tabligh Malaysia.

    tetapi betul cakap tuan, ada sesetengah dari jemaah tak menjaga adab apabila ada majlis dgn ustaz2, ini tidak betul, spttnya semua orang harus duduk dlm majlis. perbuatan mcm ini dah ditegur berkali kali. terima kasih kerana mengutarakan nasihat2 kpd jemaah.
    cuma diingatkan agar tuan bersedia memikul perkataan2 ini smp menghadap di akhirat, sekiranya ada kesalahan fakta yg tuan nisbahkan kpd Jama'ah Tabligh.


    (diharap komen ini tak membuat tuan tidak sedap hati atau berasa diserang, bkn itu yg saya maksudkan)

    ReplyDelete
  12. syukran ya akhi... pertama2nya ana ingin jelaskan bahawa ana tidak pernah menyalahkan ulama'2 atau ustaz2 di dalam JT malah ana amat menghormati mereka. Ana juga sentiasa mendengar bayan yang disampaikan oleh ustaz2 tabligh malah bayan yang disampaikan oleh rakan2 tabligh ana. Ana juga mendengar bacaan kitab fadhail amal selepas solat. Ana juga kadang2 hadir bersama2 rakan2 tabligh ana apabila mereka mengadakan mesyuarat selepas isyak di surau (klau ana sembahyang di surau). Cuma untuk keluar shja blom sempat (hari tu dah bagi nama dah, tapi tiba2 ada tugas yang diberikan untuk sukan di universiti).

    Jadi nasihat ini ana sampaikan kepada rakan2 ana yang kadang2 mempunyai sedikit salah faham. ini adalah pemerhatian ana apabila bermuzakarah bersama rakan2 ana di dalam tabligh. Tapi perlu ditegaskan bukan semua yang mempunyai sikap2 seperti di atas.

    Ana akui ana ada tersalah fakta. InsyaAllah ana tengah cuba untuk ubah fakta yang silap tu...

    terima kasih atas komentarnya.^_^

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah ana sudah pun mengedit sedikit tulisan ana di atas. Jika masih ada kesalahan2 yang ntum semua nampak, silakan tegur. Ana mengalu2kan.

    @bunyamin khair : sebenarnye tidak ana nafikan bahawa kebanyakkan ahli jemaah lain juga ada yang memilih bulu dalam memilih penceramah. bg ana di mana kita mampu untuk mengutip hikmah maka ambillah ia tak kira di mana saja dan tak kira siapa yang menyampaikannya...^_^

    ReplyDelete
  14. mengapa awak delete komen orang lain?
    kalo org lain punya 99 kejahatan dan satu kebaikan
    kita liat yg satu itu lah
    kalo kita punya 99 kebaikan dan satu keburukan
    yg satu ini lah kita liat
    Awak dah hafez quran ke? ALLAH swt dan pesan jgan cari aib orng, nak saya ajar awak ke ?

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. @shukor
    1) Buat pengetahuan saudara bukan saya yang delete komen2 di atas dan saya pun tak tahu menahu siapa yg delete... Harap Maklum..

    2) Seperti saya katakan di atas bukan mencari kesalahan tetapi untuk memperbaiki kelemahan...lain tu syeikh...sbb di dalam dunia ni tiada satu pun yang sempurna jadi pasti akan ade kelemahan...jd tak dapat lari dari berpesan2 ke arah kebenaran dan kesabaran...bukan tu ke yg biasa kita baca iaitu dalam surah al-asr yg jelas2 menerangkan bahawa manusia ni berada di dalam kerugian KECUALI yang beramal soleh, BERPESAN-PESAN KE ARAH KEBENARAN DAN BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN...

    Dan kalau ikutkan statement saudara di atas seperti menyuruh org lain supaya jgn menegur kesilapan yg dilakukan kerana ianya seperti mencari aib org...Adakah betul itu yg disyariat kan di dalam Islam??? Jadi mcm mana kita nak praktikkan berpesan2 ke arah kebenaran dan kesabaran tu??? Saudara fikirkan sendiri...Wallahu'alam...^_^

    ReplyDelete
  17. tiada jemaah yg sempurna,usaha nabi Muhd saw sahaja paling sempurna disisi Allah ,jemaah2 islam saling lengkap melengkapi antara satu sama lain,jika kita setuju,kita ikuti,mana2 jemaah islam,dan kita puji mana2 ulamak yg kite kasihi,teruskanlah sifat mulia itu,akan tetapi hindarilah sifat taksub,yakni menyangka jemaah,kelab,ulamak2 yg kita setuju sahaja betul dan tepat,dan menyangka serta menafikan jemaah,kelab,ulamak2 lain yg tidak kita sepakati salah atau kurang tepat,inilah sifat taksub yg ditegah oleh nabi kita Muhd saw,berlapang dadalah semua jamaah2 islam,Quran,sunnah2 saw dan juga para2 ulamak panduan kita semua kaum muslimin.

    ReplyDelete
  18. Salam tuan blog,satu pandangan yg bernas dan baik.Saya akui tulisan tuan ada benarnya.

    kpd bunyamin khair, saya pelawa anda utk komen di

    http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/01/membongkar-kesalahan-tabligh.html

    ReplyDelete
  19. 1. “Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

    2. “Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat” (HR. at-Tirmidzi)

    3. “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

    4. “Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya” (HR. at-Tirmidzi dan Abu Daud)

    5. “Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya.” (HR. al-Bukhari)

    6. “Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah s.a.w. menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”

    7. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata, “Ada seorang lelaki yang minum minuman keras (khamr) dibawa di hadapan Nabi s.a.w., maka Baginda bersabda: “Kalian pukullah dia”. Abu Hurairah berkata, “Di antara kami ada yang memukul dengan tangannya, ada yang memukul dengan sandalnya, dan ada yang memukul dengan pakaiannya”. Ketika orang itu akan kembali, sebahagian orang berkata kepadanya. “Mudah-mudahan Allah menghinakanmu”. Rasulullah bersabda: “Janganlah kamu berkata yang demikian itu, jangan kamu membantu perbuatan syaitan (syaitan sangat suka jika Allah menghinakan hambanya kerana memang itu pekerjaan syaitan)”. (HR. al-Bukhari)

    8. “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.” (HR. at-Tirmidzi)

    9. “Seorang Muslim itu saudara bagi Muslim yang lain. Dia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkan dia teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya maka Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Dan siapa yang menutup keaiban seorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup keaibannya di hari akhirat.” (HR. al-Bukhari)

    10. “Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).

    ReplyDelete
  20. 1)Sabda Nabi SAW,
    “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku bani Tamim yang datang dari Timur.”

    2)Sabda Nabi SAW, “Orang ramai daripada Timur (Pemuda Bani Tamim dan pengikutnya benar-benar) akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”

    3) Sabda Nabi SAW, “akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakni pemerintahnya.” (Ibnu Majah)
    4)Telah mengeluarkan Tabrani dalam Al Ausat, dari Ibnu Umar bahwa Nabi SAW telah mengambil tangan Ali dan bersabda :
    “Akan keluar dari sulbi ini pemuda(Ali) yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Putera dari Bani Tamim(dari keturunan Abu Bakar), dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang panji-panji Al Mahdi”. (dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti).

    ReplyDelete
  21. Janji Allah SWT terhadap musuh-musuh Allah SWT dalam surah Af-fussilat Ayat 19-23

    19] Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing.

    [20] Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

    [21] Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).
    [22] "Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).

    [23] "Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!"

    ReplyDelete
  22. Wahai saudara2ku sekalian aku menyeru pada kamu semua!!! Bangkit dan teruskan buat usaha Dakwah dan Tabligh dengan Istiqomah melaui Disiplin Sunnah yang telah digariskan. Tingkatkanlah pengorbanan dan janganlah kamu putus asa daripada Rahmat Allah SWT!!!

    Seketika kamu dijalan Allah SWT lebih baik dunia dan seisinya.

    1 hari kamu keluar dijalan Allah, 1000 orang para Hafiz Quran dilahirkan dibelakang kamu!!!

    1 hari kamu keluar dijalan Allah, 1000 orang para Hafiz Hadith (Muhaddithin) dilahirkan dibelakang kamu!!!

    1 hari kamu keluar dijalan Allah, 1000 gereja/kuil2 seluruh dunia Allah SWT tukar jadi Masjid-Masjid!!!

    1 hari kamu keluar dijalan Allah, 1000 orang Yahudi laknatullah kembali kepada Bani Israel yang beriman pada Allah SWT.

    Allah SWT tidak perlukan kamu atau sesiapapun untuk meninggikan agamaNya tapi kamu yang memerlukan Allah SWT untuk segala keperluan & keselamatan Dunia dan Akhirat.

    Allah SWT telah berjanji pada orang2 yang mahu beriman!!!

    Surah As Sof Ayat 10-14 :

    [10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

    [11]Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

    [12](Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

    [13]Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

    [14] Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan pengikut-pengikut) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada pengikut-pengikutnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

    Rebutlah peluang ini sebaik mungkin sebelum nyawa sampai ke halqum.

    ReplyDelete
  23. Wahai saudara2ku yang telah sedar dan telah berkecimpong dalam usaha yang mulia ini...

    Belajarlah ilmu setakat yang kamu mampu...dan amal ilmu yang kamu telah belajar dan sediakan anak-anak kamu untuk belajar ilmu yang Haq (Quran & Hadith).. Kemudian sediakan diri kamu, isteri kamu dan anak-anak kamu Keluar di Jalan Allah SWT...Demikian,Kamu adalah orang2 yang berjaya disisi Allah SWT walaupun ilmu kamu tak sehebat Ustaz Jundullah...

    Tidak ada sesiapa yang boleh halang usaha yang mulia ini selagi ada ahli Jemaah yang jaga Tertib Sunnah yang bersama2 mereka ada tentera -tentera Allah (Malaikat) yang dihantar untuk membantu melawan Hawa Nafsu Ammarah...Walaupun dihambur bermacam2 fitnah dan tohmahan...

    Allah SWT telah janji kan buat kita semua!!

    Surah Af-Fussilat ayat 30-35 :

    [30] Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

    [31] "Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.

    [32] "(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"

    [33] Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

    [34] Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
    [35] Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  24. Rasulullah pernah bersabda: “Akan datang suatu zaman di mana agama Islam hanya tinggal namanya sahaja, dan al-Quran pula hanya tinggal huruf dan tulisannya. Masjid-masjidnya cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat di antara yang ada di bawah langit. Daripada para ulama ini muncul bermacam-macam fitnah dan (fitnah itu) kembali ke dalam lingkungan mereka.” (Riwayat Baihaqi ).

    Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan di kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.” (An-Nur: 19).

    Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling buruk atau jahat?” Rasulullah menjawab, “Ya Allah, hapuskanlah dosa-dosa kami. Bertanyalah kamu daripada hal-hal kebaikan dan janganlah bertanya daripada hal kejahatan. (Ketahuilah) Sejahat-jahat manusia itu, ialah seburuk-buruk ulama di tengah-tengah manusia.” (Riwayat al-Bazzar). Dan benarlah juga pesanan yang diutarakan oleh Mu`az bin Jabal “Hendaklah kamu berhati-hati dan takut terhadap tergelincirnya seorang alim kerana kedudukannya yang agung di sisi orang ramai. Kemudian orang ramai itu ikut sama tergelincir dengannya.”

    Allah SWT berfirman : “Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6 ). Dan “Maka bertanyalah kamu semua kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.” (An-Nahl: 43).

    ReplyDelete