Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Wednesday, June 22, 2011

Dewan Ulamak PAS Pusat Menyeru Diadakan Munajat Perdana Sempena Himpunan BERSIH 2.0 Di Seluruh Negara

Kenyataan rasmi Dewan Ulamak PAS Pusat

lg_bersih_2Kuala Lumpur, 21 Jun 2011 - Sempena Himpunan BERSIH 2.0 yang insyaAllah akan diadakan 9 Julai ini, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru supaya seluruh pendokong PAS samada pimpinan, ahli dan penyokong mengadakan Munajat Perdana secara besar-besaran di stadium, padang-padang, markaz-markaz tarbiyah atau di mana-mana lokasi yang sesuai.

Setiap Dewan Ulamak PAS Negeri/Wilayah diberikan tugas untuk menggerakkan dan merealisasikan ketetapan ini.

Seluruh ahli dan pendokong PAS diseru supaya berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t dengan rasa rendah diri dan tawadhuk di atas luar keupayaan kita untuk menghadapi tipu daya dan kejahatan oleh pihak-pihak tertentu yang mencemarkan proses pilihanraya di negara ini.

Sebelum ini kita telah mendengar pelbagai penyelewengan yang telah berlaku untuk mengkhianati suara rakyat yang mahukan perubahan terhadap Negara Malaysia yang tercinta ini. Apa yang berlaku di Terengganu dalam pilihanraya tahun 2004 menyedarkan kita bahawa BN-UMNO sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan survival mereka terus kekal di Malaysia.

Manakala baru-baru ini, kita telah dikejutkan dengan laporan yang menyatakan bahawa terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba menyalahgunakan pendatang-pendatang asing untuk mencemarkan kemurniaan dan keBERSIHan pilihanraya di Negara ini.

Dewan Ulamak PAS Pusat tidak akan merelakan perkara tersebut daripada terus berlaku di bumi Malaysia ini.

Dewan Ulamak PAS Pusat akan menggunakan keupayaan yang syar'ie dan berlandaskan undang-undang negara untuk menjadi benteng bersama sayap yang lain untuk mempertahankan kemurniaan ini.

Dewan Ulamak PAS Pusat tidak akan membiarkan mana-mana pihak tertentu samada parti atau NGO untuk menangguk di air yang keruh bagi merosakkan hubungan yang harmoni di antara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini.

Dewan Ulamak PAS Pusat  insyaAllah akan memastikan agar Himpunan BERSIH menjadi platform dan simbol perpaduan dan kesatuan rakyat dari pelbagai latar belakang.

No comments:

Post a Comment