Akhir-akhir ini kita telah dikejutkan oleh sebuah program yang akan dilancarkan oleh Astro iaitu program berbentuk realiti TV buat muslimah. Program tersebut program "Ustazah Pilihan". Maka banyaklah pendapat yang menyokong dan juga membantah program tersebut. Oleh kerana telah banyak komen yang diberikan oleh semua pihak, maka kali ini biarlah saya petik komen daripada ustaz Azhar Idrus berkenaan program Ustazah Pilihan ini. Komen ini dipetik daripada facebook.
Oleh itu, sepatutnya perhalusilah sedalam-dalamnya dahulu pandangan-pandangan ulama' apabila ingin mengeluarkan sesuatu program, lagi-lagi atas tiket agama. Kerana fitnah yang hadir selepas program ini nanti adalah fitnah buat agama kita yang tercinta. Ingatlah, Islam telah menaikkan taraf wanita daripada diperhambakan oleh nafsu para lelaki. Maka janganlah kita memperendahkan kembali martabat wanita ini semata-mata untuk mengaut keuntungan.
Wanita solehah itu tidak suka mengenali & dikenali,
tidak suka memandang & dipandang,
serta di bibirnya tidak meniti nama2 lelaki & di bibir lelaki tidak meniti namanya...
(SAIDATINA FATIMAH)
Manusia sering kali ingin tampil bergaya di dalam TV ciptaan manusia yang mana ianya hanyalah buat seketika tetapi mereka lupa bahawa CCTV Allah swt sentiasa merakam segala perbuatan dan percakapan mereka berjalan terus 24 jam tanpa berhenti. Tidak ada satu saat pun masa yang berlalu melainkan semuanya ada di dalam pengetahuan Allah swt hinggakan bisikan hati dan niat di hati mereka semuanya tidak boleh terlepas daripada pengetahuan-Nya. Dan mereka lupa bahawa setiap perbuatan yang terakam di dalam CCTV Allah swt ini kelak akan menentukan baik atau buruknya masa depan mereka di akhirat kelak sedangkan rakaman TV di dunia ini hanyalah sekadar menipu daya dan buat sementara waktu sahaja.
Oleh sebab itu, perlulah kita sentiasa berjaga-jaga serta berwaspada di samping menjauhi segala maksiat yang di dorong oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan.
Renung-renungkanlah...
Wallahu'alam...
p/s : pernah terbaca dalam blog lain ada seorang muslimin memberi komen andai kata sesiapa yang memasuki program Ustazah Pilihan ini maka automatik di reject dari list. Jadi saya juga akan memberi komen yang sama. Bagaimana mungkin saya sanggup beristerikan seorang yang telah diratap tubuh badannya untuk dijadikan tontonan umum. Cukuplah sekadar buat pencuci mata. Tidak lebih dari itu.
Maaf andai komen saya ini sedikit kasar...
Renung-renungkanlah...
No comments:
Post a Comment