Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Thursday, June 23, 2011

Polis Arah Jangan Jual Baju BERSIH

Nazri Abdullah  (HarakahDaily)
 
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Polis malam tadi mengarahkan seorang aktivis PKR, Razali Abd Ghafur agar tidak menjual baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' kepada orang ramai atau bakal berdepan tindakan.

Amaran tersebut yang didakwa "arahan pihak atasan" diberikan kepada beliau pada majlis ceramah Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas 2) di Kampung Sungai Merab Luar, Bangi.

Ceramah tersebut dihadiri Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus.

"Pada mulanya dia datang ke gerai saya, minta ambil gambar. Lepas ambik gambar, saya tanya awak siapa. Dia bagtau dia polis sambil tunjuk IC polis.

"Kemudian dia ambik dua helai baju Bersih, dan suruh saya jangan jual baju itu. Katanya arahan dari atasan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, beliau kemudiannya dijemput ke Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda dan dirakam kenyataan selama 20 minit.

Arahan tersebut dipercayai ada kaitan dengan rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini.

Dalam respon segera, Shuhaimi turut mempersoal tindakan pihak berkuasa itu.

"Sejak bila jual baju tak boleh? Umno BN makin gila," tulisnya di Twitter.

Sebelum ini, polis juga telah memberi amaran kepada penganjur himpunan itu agar membatalkan hasrat mereka.

Ratusan laporan polis juga turut dibuat diseluruh negara termasuk oleh Umno.

Selain itu, polis juga memberi amaran akan membuat tangkapan awal sebagai pencegahan.

Bagaimanapun, Bersih sehingga kini tetap dengan pendirian akan meneruskan himpunan itu.

(Petikan berita daripada HarakahDaily)

Ansarullah berkata :  Sejak bila pulak negara kita ni negara yang diharamkan jual baju??? Alangkan baju yang ada jenama arak dan gambar syaitan dan yang sewaktu dengannya pun diorang (polis) tak halang. Padahal kalau ikut syariat Islam memang tak boleh. Tapi baju BERSIH yang berwarna kuning tu tak pasal-pasal tak dibenarkan jual. Pelik, hairan tapi benar. Semua orang suka BERSIH cuma orang-orang yang bersikap munafik sahaja yang suka KOTOR (Korupsi).

Ansarullah berkata lagi : Berkata polis kepada ahli yang ingin melakukan Himpunan BERSIH, " Baik, batalkan saja niat kalian untuk adakan himpunan BERSIH. Kalau tak, kami tangkap."

Polis yang sama berkata kepada ahli PERKASA, "Sila-sila... Adakan himpunan Anti-BERSIH. Saya keluarkan permit. Kamu berhimpun secara HALAL (Bagi pihak polis semua yang dia bagi PERMIT semua HALAL walaupun dalam Islam HARAM. Mana diorang ikut undang-undang Allah. Diorang ikut undang-undang manusia=kerajaan).

Ansarullah dah tak tahu nak kata apa : Kalau cakap lebih-lebihkan nanti ada jugak yang masuk ISA. Tapi anda semua fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah. Dan selamat beramal...^_^

No comments:

Post a Comment