Ghibah (mengumpat) adalah salah satu       perbuatan yang tercela dan memiliki kesan negatif yang cukup besar.  Ghibah      dapat mencerai-beraikan ikatan kasih sayang dan ukhuwah  sesama manusia.      Seseorang yang berbuat ghibah bererti dia telah  menebarkan kedengkian dan      kejahatan dalam masyarakat. Walaupun  telah jelas besarnya bahaya ghibah,      tapi masih banyak saja orang  yang melakukannya dan menganggap remeh bahaya      ghibah  (mengum-pat/menggunjing).
 Akan tetapi ternyata ada beberapa hal  yang mengakibatkan seseorang      diperbolehkan untuk  mengumpat/menggunjing. Namun sebelum mengetahui kriteria      masalah  apa saja yang membolehkan seseorang untuk melakukan ghibah, ada       baiknya kita mengetahui dahulu apa itu ghibah.
Definisi ghibah dapat kita lihat dalam hadis Rasulullah saw berikut ini:
“Ghibah ialah engkau      menceritakan  saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali       bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang       diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah saw menjawab, “kalau  memang      benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar,  bererti engkau      telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim,  Tirmidzi, Abu Dawud, dan      Ahmad).
Berdasarkan hadis di atas telah jelas  bahawa definisi ghibah iaitu      menceritakan tentang diri saudara kita  sesuatu yang ia benci meskipun hal      itu benar. Ini bererti kita  menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan      aib saudara kita  kepada orang lain. Allah sangat membenci perbuatan ini dan       mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai       saudaranya sendiri. 
Allah SWT berfirman :
” Hai orang-orang yang beriman,  jauhilah kebanyakan dari prasangka,      sesungguhnya sebahagian  prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu      mencari-cari kesalahan  orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing      sebahagian  yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging       saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.  Dan      bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima  taubat lagi Maha      Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)
Dalam ayat ini Allah SWT melarang orang-orang yang beriman agar jangan terlalu banyak membuat prasangka buruk kepada sesama manusia, apatah lagi kepada keluarga dan orang-orang mukmin. Kerana sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu mengandungi dosa, menyebabkan orang yang melakukannya diseksa.
Kemudian Allah SWT melarang perbuatan mengintip iaitu mencari rahsia keburukan orang lain untuk disiarkan supaya kelihatan cacat celanya.
Seterusnya Allah SWT melarang pula orang yang beriman daripada melakukan perbuatan mengumpat yakni menceritakan atau menyebut keburukan seseorang kepada orang lain dibelakang individu tersebut atau tanpa disedarinya.
Allah SWT menyamakan perbuatan orang yang mengumpat sama seperti memakan daging saudaranya sendiri. Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda,
الغيبة أشد من الزنا , قالوا : كيف يا رسول الله ؟ قال عليه الصلاة والسلام : الرجل يزنى ثم يتوب فيتوب الله عليه , وأما صاحب الغيبة فلا يغفر له حتى يغفر صاحبه
Maksudnya : Mengumpat atau membicarakan aib orang lain itu lebih teruk dosanya daripada perbuatan zina. Mereka pun bertanya : “Mengapa demikian ya Rasulullah ?”. Nabi saw menjawab : “Orang lelaki yang berzina lalu bertaubat, maka Allah akan mengampuninya. Ada pun orang yang mengumpat, dia tidak akan diampuni kecuali orang yang diumpat itu memaafkannya terlebih dahulu”.
Dalam sebuah hadis yang daripada Ali bin Abi Talib kwj,
إياكم والغيبة لأن فيها ثلاث أفات : الأولى لا يستجاب له الدعاء والثانية لا تقبل له الحسنات والثالثة تزداد عليه السيئات
Maksudnya : Jauhilah kamu semua daripada dosa membicarakan aib orang lain kera sesungguhnya ia di dalam perbicaraan itu terdapat tiga bencana : 1. Doanya tidak akan dimakbulkan oleh Allah 2. Amal kebaikkannya tidak akn diterima 3. Keburukkan atau kehinaannya akan bertambah-tambah.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang itu akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
**Untuk Ringkasan tafsir ibnu Kathir dan al-Qurtubi untuk ayat Al-Hujurat ayat 12 ini KLIK SINI
Bentuk-bentuk Ghibah yang Diperbolehkan.
Imam Nawawi dalam kitab      Syarah  Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya       diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam  hal, iaitu:
1. Orang yang mazhlum  (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan      kezaliman orang yang  menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau      kepada orang  yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut       haknya.
 
Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 148:
“Allah tidak menyukai ucapan buruk  (yang diucapkan) dengan terus terang      kecuali oleh orang yang  dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”      (QS. An-Nisa’  : 148).
Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang  teraniaya boleh menceritakan      keburukan perbuatan orang yang  menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan      jika ia menceritakannya  kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan,      dan wewenang  untuk menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, seperti seorang      pemimpin  atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka       sudah jelas boleh hukumnya.
Tetapi walaupun kita boleh mengghibah  orang yang menzalimi kita, pemberian      maaf atau menyembunyikan  suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini      ditegaskan pada ayat  berikutnya, iaitu Surat An-Nisa ayat 149:
“Jika kamu menyatakan kebaikan atau  menyembunyikan atau memaafkan sesuatu      kesalahan (orang lain), maka  sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.”      (QS. An-Nisa: 149)
2. Meminta bantuan  untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang      yang berbuat maksiat  kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam      rangka isti’anah  (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan      orang  yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan       kewajiban manusia untuk ber-amar ma’ruf nahi munkar. Setiap muslim harus       saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan  orang-orang      yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata  garis perbedaan antara      yang haq dan yang bathil.
3. Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal.
Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.
Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.
4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:
a. Apabila ada perawi,  saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau      kelakuannya, menurut  ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya      kepada kaum  muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat.       Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan       untuk menjaga kesucian hadis. Apalagi hadis merupakan sumber  hukum kedua      bagi kaum muslimin setelah Al-Qur’an.
b. Apabila kita melihat  seseorang membeli barang yang cacat atau      membeli budak (untuk masa  sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang      pembantu rumah  tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si       pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau       mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah  satu      pihak.
c. Apabila kita melihat  seorang penuntut ilmu agama belajar kepada      seseorang yang fasik  atau ahli bid’ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang      akan  menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat       dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.
5. Menceritakan kepada  khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik      atau bid’ah seperti,  minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa,      memungut  pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan       keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat  kita      dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.
6. Bila seseorang telah  dikenal dengan julukan si pincang, si pendek,      si bisu, si buta,  atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan      julukan di  atas agar orang lain langsung mengerti.
Tetapi jika tujuannya untuk menghina,  maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai      nama lain yang lebih baik,  maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain      tersebut. Wallahu  a’lam bishshawab

No comments:
Post a Comment