Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Saturday, February 25, 2012

Jahiliyyah Moden Suatu Perspektif


Sestengah manusia mengira bahawa Jahiliyyah adalah tempoh tertentu daripada zaman sebelum Islam di Semenanjung Arab. Jahiliyyah adalah intipati tertentu yang mungkin mengambil gambaran yang berbagai-bagai mengikut bi’ah, situasi, masa dan tempat. Maka semua gambaran itu serupa bahawa Jahiliyah meskipun berbagai-bagai bentuk rupa. Jahiliyah bukan lawan kepada apa yang dinamakan ilmu, makrifat, ketamadunan, madaniah, kemajuan kebenaran dan nilai-nilai pemikiran, sosial, politik dan kemanusiaan secara mutlaknya.

Sesungguhnya Jahiliyah sebagaimana yang dimaksudkan dan tentukan oleh Al-Quran ialah keadaan nafsiyyah (diri) yang menolak untuk berpandukan dengan petunjuk Allah serta system tanzimi yang menolak pemerintah dengan apa yang diturunkan Allah:

لِقَوْمٍ حُكْمًا اللَّهِ مِنَ أَحْسَنُ وَمَنْ يَبْغُونَ الْجَاهِلِيَّةِ أَفَحُكْمَ يُوقِنُونَ

Ertinya: “Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin". (Al-Maidah : 50)
_________________________________________________________________

Berkata Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah:

Ibnu Qayyim berkata: “Panggilan dengan panggilan (slogan) Jahiliyah seperti panggilan kepada qabilah-qabilah  dari puak bagi seseorang dan seumpamanya taasub dengan mazhab-mazhab, golongan-golongan, tuan-tuan guru, melebihi setengahnya ke atas sesetengah yang pada sudut hawa nafsu dan asobiyah……”.


Ciri-ciri Jahiliyah Moden

PERTAMA :

Jahiliyah ialah penyelewengan daripada peribadatan yang sebenar kepada Allah. Peribadatan ini terlaksana dengan penghakiman Allah sahaja di dalam seluruh urusan kehidupan. Aqidah ialah penyusun hubungan, ikatan, tasawur dan pemikiran manusia. Apabila betul aqidah, luruslah imej dan langkah-langkah manusia. Arab Jahiliyah beriman dengan kewujudan Allah.


..اللَّهُ لَيَقُولُنَّ وَالأرْضَ السَّمَاوَاتِ خَلَقَ مَنْ سَأَلْتَهُمْ وَلَئِنْ

Ertinya: “Demi, jika engkau bertanyakan pada mereka : Siapakah yang menciptakan langit dan bumi nescaya mereka menjwab : Ialah Allah”.(Luqman : 25)

Tetapi mereka tidak mengenali dan tidak beriman dengan sebenarnya kepada Allah dan tidak menjadikan Allah sebagai hakim kepada segala urusan mereka.


...قَدْرِهِ حَقَّ اللَّهَ قَدَرُوا وَمَا

Ertinya : “dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan
               yang semestinya”, (Al-An’am : 91)

KEDUA :

Mengikut hawa nafsu bagi setiap jahiliyah adalah lahir daripada asalnya tidak beriman dengan Allah dan Islam.


Ertinya : “Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau, dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada mereka”. 
(Al-Maidah : 49)

Tapi syariat Allah terlepas dari hawa nafsu kerana Allah tidak berhajat kepada apa-apa maslahah makhluk.

Ertinya : “Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan”. (Al-Zariyat : 57)

KETIGA :

Kewujudan taghut-taghut di muka bumi yang bertugas untuk memalingkan manusia daripada pengabdian kepada Allah dan pemerintah dengan syariatnya supaya berubah untuk menjadi untuk mengabdi taghut-taghut dan memerintah dengan hawa nafsu mereka.



وَالَّذِينَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ مِنَ يُخْرِجُهُمْ آمَنُوا الَّذِينَ وَلِيُّ اللَّهُ إِلَى النُّورِ مِنَ يُخْرِجُونَهُمْ الطَّاغُوتُ أَوْلِيَاؤُهُمُ كَفَرُوا الظُّلُمَاتِ

Ertinya : “Allah pelindung orang2 yang beriman. Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman), dan orang2 yang kafir, pelindungnya ialah syaitan yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran)”. (Al-Baqarah : 257)


Sama sahaja taghut itu, berbentuk peribadi, puak, jamah, adapt, taqlid atau apa-apa kekuatan yang menjadikan manusia hamba kepada mereka. Manusia tidak boleh keluar daripada arahan dan perintah mereka. Taghut akan berpendirian permusuhan dengan aqidah yang sebenar kerana ia menghendaki wala’ untuknya dan kemaslahatannya bukan wala’ kepada Allah.

KEEMPAT :

Terjebak di dalam arus syahwat hasil daripada jauh dengan manhaj Allah. Syahwat ialah perkara yang dicintai oleh manusia.



وَالْقَنَاطِيرِ وَالْبَنِينَ النِّسَاءِ مِنَ الشَّهَوَاتِ حُبُّ لِلنَّاسِ زُيِّنَ وَالأنْعَامِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْخَيْلِ وَالْفِضَّةِ الذَّهَبِ مِنَ الْمُقَنْطَرَةِ
بِالْمَآ حُسْنُ عِنْدَهُ وَاللَّهُ الدُّنْيَا الْحَيَاةِ مَتَاعُ ذَلِكَ ثِوَالْحَرْ

Ertinya : Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang, itulah kesenangan hidup di dunia”.(Ali-Imran : 14)

Berbagai-bagai sebab yang menjadikan syahwat menguasai dan menghancurkan imej manusia, di antaranya ialah kesibukan taghut yang memerintah dengan sesuatu yang lain daripada yang diturunkan Allah, maka ia sebenarnya taghut. Oleh itu ia tidak menghiraukan penyelewengan manusia pada urusan seks dan tidak berusaha untuk memperbetulkannya.

Kemungkinan juga yang menjadi sebab ialah usaha taghut dengan sengaja untuk menyebarkan dan berseronok dengan keseronokan yang haram atau melalaikan manusia daripada kezaliman yang berlaku ke atas mereka dengan tenggelam di dalam keenakan seks yang keji.

Ciri-ciri terpancar pada asalnya daripada ciri yang utama iaitu penyelewengan daripada pengabdian kepada Allah. Setiap jahiliyah di dalam sejarah memiilki ciri-ciri yang khusus selain ciri-ciri ini:
  •  Kemajuan keilmuan yang tinggi digunakan untuk menyesatkan manusia daripada petunjuk Allah dan merngenakan keburukan dan kepedihan terhadap makhluk Allah.
  • Manusia berbangga dalam menghadapi pencipta, dalam keadaan disamarkan dengan natijah-natijah ilmu dan kemajuan kebendaan sehingga manusia mengira bahawa manusia tidak berhajat kepada Allah atau dia menjadi seperti Allah.
  • Teori-teori keilmuan yang berbagai-bagi yang menghadapkan manusia kepada penyelewengan sosial, ekonomi, psikologi ddan semua bidang kehidupan.
  • Fitnah dengan tatawwur atau perkembangan.
  • Kebebasan wanita

Sesungguhnya fitnah besar di dalam jahiliyah moden ini kerana ia banyak memiliki  pada sudut ilmu dan kekuatan kebendaan. Ia boleh memastikan perjalanan ketamadunan kebendaan yang banyak kepada diri manusia di atas muka bumi di dalam keadaan menghimpun setengahnya di atas asas kebaikan dan manfaat kepada manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa akan terhimpun satu bahagian daripada kebaikan yang zahir di dalam diri kemanusiaan. Tetapi kebaikan ini tidak bersandarkan kepada kebenaran dan manhaj yang sahih (seperti penerapan nilai-nilai Islam) mereka akan menyelewengkan pendengar-pendengar manusia dan mereka mengira bahwa mereka bukan jahiliyyah.

….مُهْتَدُونَ أَنَّهُمْ وَيَحْسَبُونَ

Ertinya : “Dan mereka mengira mereka mendapat petunjuk”(Al-A’raf : 30)

Keilmuan, kekuatan dan tanzim adalah ciri-ciri zaman moden dan alat-alat yang dipergunakan oleh taghut pada hari ini untuk meneguhkan jahiliyyah.

 
Kesimpulan :

Jahiliyyah moden merosakkan segala tasawwur manusia terhadap Allah, alam, kehidupan dan manusia, penyelewengan yang menjerumuskan segala kehidupan manusia di dalam kefasadan dan kegelapan. Seorang falsafah barat berkata : “Telah tamat zaman yang dipimpin oleh(orang putih)…”. Sesungguhnya kehancuran jahiliyyah memberi peluang kepada manusia untuk mendirikan kehidupan di atas asas kebaikan yang berpandukan manhaj Allah dan beriman kepada kebenaran daripada Allah.


Allahu’alam.

Perkukuhkan Iman, Perbanyakkan Ibadah dan Perbaiki Akhlak.
Usrah Tunjang Kekuatan Tarbiyyah,
Tarbiyyah Tunjang Kekuatan Jemaah.

Disediakan oleh :
Muhammad Zulhilmi b. Mohd Razali
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kampus Kuantan.

No comments:

Post a Comment