Kita
sering kali menggadaikan kepentingan akhirat demi kepentingan dunia.
Apakah kita mengira bahawa kehidupan dunia adalah segala-galanya dan
kekal buat selama-lamanya. Kita menghabiskan hampir keseluruhan masa
kita yg 24 jam sehari ini untuk kepentingan dunia tp kita tak boleh nak
luangkan masa kita untuk islam 5 minit pun. Contoh situasi yg mudah :
1) Study untuk kuiz sampai awal pagi last2 terlepas solat subuh.
2) Dari bgn tidur sampai tidur blk kerja yg kita akan buat (sbg mahasiswa)
-pagi pegi kelas. lps blk kelas tidur. Ptg bersukan klau tak pun lepak n
malam study. Tak pernah sikit pun kita nak buat sesuatu untuk kehidupan
akhirat kita, tp bila ade seseorg yg nak bg tazkirah buat peringatan
sekadar 5 minit sahajapun kita tak boleh nak dengar sedangkan sehari2
kita sering lalai dr mengingati Allah.
3) Pagi sampai tengah
hari kita boleh concentrate dlm kelas apabila lecturer sdg mengajar tp
bila khatib menyampaikan khutbah jumaat masa itulah kita jadikan ianya
masa untuk kita tidur melepaskan lelah.
Nampak tak betapa
byknya kita gadaikan kepentingan akhirat untuk kepentingan dunia
sedangkan dunia ni hanyalah sebagai persinggahan semata2...
Oleh itu, saya menyeru terutamanya kepada diri saya sendiri dan buat
sahabat2 semua, marilah kita sama2 memuhasabah diri dan cuba untuk
mengubah diri kita supaya menjadi lebih baik.
p/s : Jgn tinggalkan kepentingan dunia tp dalam masa yang sama jgn abaikan kepentingan akhirat. Allah'alam...
Perkukuhkan Iman, Perbanyakkan Ibadah dan
Perbaiki Akhlak.
Usrah Tunjang Kekuatan Tarbiyyah,
Tarbiyyah Tunjang Kekuatan Jemaah.
Disediakan oleh :
Muhammad Zulhilmi b. Mohd Razali
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kampus Kuantan.
kejar akhirat berjaya didunia:)
ReplyDelete