Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Sunday, March 11, 2012

wanita solehah, layakkah aku???


Apabila memikirkan kenangan-kenangan lama bersama rakan-rakan dahulu teringat satu peristiwa yang bagi ana merupakan lumrah kehidupan dan ianya adalah fitrah yang telah Allah kurniakan kepada setiap hamba ciptaan-Nya.

Pernah ada satu ketika seorang muslimat lalu di hadapan ana dan kawan ana. Lalu kawan ana mungkin secara sengaja atau tidak sengaja telah mengeluarkan satu kenyataan yang bagi ana merupakan satu kenyataan yang amat tepat untuk diberikan kepada seorang wanita yang solehah.

"Wah, beruntung lelaki yang dapat muslimat ni. Dah la cantik, baik plak tu." 

Begitulah antara ungkapan yang terkeluar dari mulut kawan ana yang seorang ni. Tapi tidak pastilah pula sama ada kawan ana memang menyimpan perasaan kepada muslimat tu. Yang itu hanya Allah yang tahu.

JATUH HATI

"Ana rasa ana dah jatuh hati la dengan seorang muslimat tu. Apa pandangan nta?"Antara soalan yang pernah diajukan kepada ana.

Sebagai seorang insan biasa yang diciptakan oleh Allah swt maka ianya satu fitrah untuk mempunyai keinginan untuk disayangi dan menyayangi. Maka sudah menjadi fitrah seorang lelaki jatuh hati kepada seorang perempuan dan begitulah sebaliknya. Boleh dikatakan orang itu berbohong apabila mereka mengatakan mereka tidak pernah ada perasaan suka atau minat kepada seseorang yang berlainan jantina dengan mereka. Cuma apabila manusia melampaui batas dalam menangani fitrah yang telah dikurniakan kepada mereka maka pada masa itu akan timbullah fitnah.

Ingatlah Allah menjadikan agama ini mudah untuk hamba-Nya. Maka setiap apa yang diharamkan pasti akan ada jalan alternatif yang lain yang disediakan oleh-Nya. Oleh sebab itu Allah telah menyediakan jalan yang paling sesuai buat mereka-mereka yang telah jatuh hati iaitu dengan mengikat hubungan mereka dengan ikatan perkahwinan supaya fitrah mereka dapat dipenuhi dengan cara yang halal dan dalam keredhaan Allah.

WANITA SOLEHAH IDAMAN HATI

“Ana kalau boleh nak cari seorang wanita yang solehah yang dapat sentiasa mengingatkan ana kepada Allah.” Kata seorang kawan ana kepada ana.

Ya, wanita solehah sememangnya menjadi rebutan. Bukan rebutan untuk dipermain-mainkan untuk tujuan memuaskan nafsu tetapi mereka menjadi rebutan untuk dijadikan bakal isteri yang halal. Dan sememangnya muslimah sejati ini secara fitrahnya akan menjadi tumpuan dalam kalangan kaum adam khususnya dan juga masyarakat awam umumnya tetapi bukan kerana dek keindahan tubuh badan yang mereka tonjolkan dan bukan juga dek kerana kelunakkan suara mereka yang manja yang akhirnya menjadi pemuas nafsu semata tetapi mereka menjadi tumpuan oleh kerana kerana akhlak dan keperibadian mereka yang baik dan juga kehormatan mereka yang dijaga rapi. Mereka seumpama jelmaan bidadari yang menghiasi muka bumi ini.

Jadi, sebagai seorang insan biasa sudah pasti menginginkan yang terbaik. Maka mengidamkan seorang wanita yang solehah untuk menjadi pelengkap hidup seorang lelaki adalah impian setiap insan yang bernama lelaki. Tidak kira sejahat mana pun orang itu pasti tersimpan di lubuk hatinya mendapat seorang peneman yang baik sebagai pelengkap hidupnya. Walaubagaimanapun hanya yang beruntung sahaja yang mampu memiliki mereka. Moga-moga ana adalah diantara insan yang beruntung untuk memiliki seorang wanita yang solehah. Amin...



KELEBIHAN WANITA SOLEHAH

“Ana suka kat seorang muslimat ni tapi ana orang biasa je sedangkan dia tu seorang yang baik. Dah la baik, cantik plak tu. Mesti ada ramai orang yang berkenan kat dia. Kalau macam tu tak ada can la ana sebab ana memang tak layak buat dia.” Adu seorang sahabat kepada ana.

“Jadi nta cubalah berusaha untuk menjadi insan yang baik supaya kelak nta akan layak buat dia.” Balas ana kepada dia.

Lalu selepas daripada itu ana dapat melihat kesungguhan sahabat ana tersebut dalam memperbaiki dirinya untuk menjadi seorang lelaki yang baik untuk melayakkan dirinya buat seorang muslimat yang diminatinya.

Lihatlah betapa hebatnya penangan seorang muslimah sejati. Dia bukan sahaja mampu untuk membawa dirinya kepada Islam tetapi mereka juga secara tidak langsung mampu menarik orang lain kepada Islam.

KESIMPULANNYA...

Wahai wanita di luar sana, anda tidak akan rugi apabila menjadi seorang wanita solehah. Kerana wanita yang solehah ini pangkatnya bukan sahaja tinggi pada pandangan masyarakat tetapi yang lebih penting ialah ketinggian kedudukan mereka di sisi Rabbul ‘Izzati. Mereka diibaratkan seperti mutiara yang amat berharga. Kehadirannya di nanti dan kehilangannya ditangisi.

Allahu’alam...




Perkukuhkan Iman, Perbanyakkan Ibadah dan Perbaiki Akhlak.
Usrah Tunjang Kekuatan Tarbiyyah,
Tarbiyyah Tunjang Kekuatan Jemaah.

Disediakan oleh :
Muhammad Zulhilmi b. Mohd Razali
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kampus Kuantan.

Friday, March 9, 2012

Sedikit Renungan Buat Semua


Kita sering kali menggadaikan kepentingan akhirat demi kepentingan dunia. Apakah kita mengira bahawa kehidupan dunia adalah segala-galanya dan kekal buat selama-lamanya. Kita menghabiskan hampir keseluruhan masa kita yg 24 jam sehari ini untuk kepentingan dunia tp kita tak boleh nak luangkan masa kita untuk islam 5 minit pun. Contoh situasi yg mudah :
1) Study untuk kuiz sampai awal pagi last2 terlepas solat subuh.

2) Dari bgn tidur sampai tidur blk kerja yg kita akan buat (sbg mahasiswa)
-pagi pegi kelas. lps blk kelas tidur. Ptg bersukan klau tak pun lepak n malam study. Tak pernah sikit pun kita nak buat sesuatu untuk kehidupan akhirat kita, tp bila ade seseorg yg nak bg tazkirah buat peringatan sekadar 5 minit sahajapun kita tak boleh nak dengar sedangkan sehari2 kita sering lalai dr mengingati Allah.

3) Pagi sampai tengah hari kita boleh concentrate dlm kelas apabila lecturer sdg mengajar tp bila khatib menyampaikan khutbah jumaat masa itulah kita jadikan ianya masa untuk kita tidur melepaskan lelah.

Nampak tak betapa byknya kita gadaikan kepentingan akhirat untuk kepentingan dunia sedangkan dunia ni hanyalah sebagai persinggahan semata2...

Oleh itu, saya menyeru terutamanya kepada diri saya sendiri dan buat sahabat2 semua, marilah kita sama2 memuhasabah diri dan cuba untuk mengubah diri kita supaya menjadi lebih baik.

p/s : Jgn tinggalkan kepentingan dunia tp dalam masa yang sama jgn abaikan kepentingan akhirat. Allah'alam...

Perkukuhkan Iman, Perbanyakkan Ibadah dan Perbaiki Akhlak.
Usrah Tunjang Kekuatan Tarbiyyah,
Tarbiyyah Tunjang Kekuatan Jemaah.

Disediakan oleh :
Muhammad Zulhilmi b. Mohd Razali
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kampus Kuantan.