بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
أما بعد
أما بعد
Setelah lama tidak menulis, alhamdulillah akhirnya diberi juga
kesempatan waktu dan juga kekuatan tubuh badan untuk berkongsi sedikit ilmu
yang ada pada diri yang terlalu hina ini. Sebabnya sudah menjadi kewajipan
kepada kita semua untuk menyampaikan ilmu yang kita perolehi walaupun sedikit
seperti mana sabda Rasulullah saw :
عَنْ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا
حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ
النَّارِ.
Dari
Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi saw, sabdanya: "Sampaikanlah
(apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah
(apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada
itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!)
sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia
menyediakan tempatnya dalam neraka.
[Hadith Riwayat Bukhari
dan Tirmizi]
Sabda
Rasulullah saw dalam riwayat yang lain seperti mana yang telah diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dan Muslim :
عَنْ
أَبِي بَكْرَةَ عَنْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
لِيُبَلِّغ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ فَإِنَّ الشَّاهِدَ عَسَى أَنْ يُبَلِّغَ مَنْ
هُوَ أَوْعَى لَهُ مِنْهُ.
Dari Abi
Bakrah r.a., dari Nabi saw, sabdanya: "Hendaklah orang yang hadir (mendengar
hadis ku) menyampaikannya kepada orang-orang tidak hadir kerana
sesungguhnya diharap orang yang disampaikan hadis itu kepadanya lebih hafaz
dan lebih faham daripada yang menyampaikannya.
[Hadith Riwayat Bukhari
dan Muslim]
Seperti
yang kita tahu, puasa di bulan Ramadhan telah diwajibkan kepada kita sebagai
umat Nabi Muhammad saw dan juga merupakan salah satu daripada rukun Islam.
Firman Allah swt di dalam surah al-Baqarah ayat 183 :
يَا أَيُّهَا
الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ
مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
.
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa”
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan puasa ke atas kamu sepertimana telah diwajibkan ke atas orang-orang daripada sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa”
Jadi
insyaAllah pada malam 1 Ramadhan ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu saya
mengenai tiga golongan orang yang berpuasa moga-moga member manfaat buat kita
bersama.
3 Golongan
Orang Yang Berpuasa
3
Kategori orang yang bepuasa yang telah dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali :
1) Puasa Orang Awam
Puasa orang awam bermaksud orang yang berpuasa perut dan kemaluan sahaja. Tetapi mereka tidak menjaga pandangan, pendengaran, hati, kaki, tangan dan lidah mereka daripada perkara-perkara maksiat dan juga mungkar. Maka golongan ini sukar untuk mendapatkan taqwa kepada Allah sedangkan puasa yang disyariatkan oleh Allah swt adalah bertujuan untuk melatih diri kita supaya bertaqwa kepada Allah seperti mana dinyatakan dipenghujung ayat surah al-Baqarah ayat 183 di atas yang berbunyi “لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ” yang bermaksud “moga-moga kamu bertaqwa”.
Jadi sesiapa yang termasuk di dalam golongan ini hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja seperti mana sabda Rasulullah saw :
1) Puasa Orang Awam
Puasa orang awam bermaksud orang yang berpuasa perut dan kemaluan sahaja. Tetapi mereka tidak menjaga pandangan, pendengaran, hati, kaki, tangan dan lidah mereka daripada perkara-perkara maksiat dan juga mungkar. Maka golongan ini sukar untuk mendapatkan taqwa kepada Allah sedangkan puasa yang disyariatkan oleh Allah swt adalah bertujuan untuk melatih diri kita supaya bertaqwa kepada Allah seperti mana dinyatakan dipenghujung ayat surah al-Baqarah ayat 183 di atas yang berbunyi “لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ” yang bermaksud “moga-moga kamu bertaqwa”.
Jadi sesiapa yang termasuk di dalam golongan ini hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja seperti mana sabda Rasulullah saw :
من لم يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ و الجهل فَلَيْسَ لِلَّهِ
حَاجَةٌ في أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
Barangsiapa yang tidak meninggalkan
ucapan dusta, dan berbuat dusta, serta amal kebodohan,maka tiadalah Allah
ingin melihat pada amalannya meninggalkan makan dan minumnya.
[Hadith shahih riwayat Bukhari]
2) Puasa Orang Khawas
Puasa orang khawas adalah peringkat pertengahan. Puasa orang khawas
adalah puasa yang bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi mereka juga
menjaga mata mereka daripada melihat perkara mungkar, menjaga lidah mereka daripada
menuturkan perkara-perkara yang haram, menjaga kaki mereka daripada melangkah
ke tempat-tempat maksiat dan menjaga seluruh pancaindera yang lain daripada
melakukan perkara-perkara mungkar. Inilah yang dimaksudkan puasa orang khawas.
Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah saw :
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِنَّ
الصِّيَامَ لَيْسَ مِنَ الأَكْلِ وَالشُّرْبِ فَقَطْ إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ
اللَّغُوِ وَالرَّفَثِ فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهِلَ عَلَيْكَ فَقُلْ إِنِّي
صَائِمٌ
Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah
SAW bersabda: “Sesungguhnya puasa itu bukan
menahan daripada makan dan minum saja, hanyalah puasa yang sebenarnya ialah
menahan daripada ucapan sia-sia (lagha) dan lucah/ mencarut (rafath), maka
apabila seseorang mencacimu atau berbuat sesuatu yang bodoh kepadamu
katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.” [Hadith shahih riwayat Ibnu Khuzaimah, Ibnu
Hibban, dan Al-Hakim]
Puasa orang khawas ini lebih tinggi daripada puasa
orang awam. Puasa orang khawas insyaAllah
akan menjadi latihan untuk diri kita menjadi insan yang bertaqwa selepas melalui madrasah Ramadhan ini. Maka
marilah kita mencuba dengan sebaik mungkin untuk
mendapat puasa di dalam kategori ini.
3) Puasa Orang Khassul / Khususul Khawas
Kategori ini adalah kategori yang paling tinggi dalam berpuasa. Inilah
puasa puasa kalangan Nabi, as-Shiddiqin, orang soleh, para wali dan
seumpamanya. Mereka bukan sahaja menjaga anggota zahir daripada melakukan maksiat
dan boleh membatalkan puasa tetapi mereka juga menjaga anggota batin daripada
melakukan perkara-perkara yang mungkar yang boleh menghilangkan pahala puasa.
Kategori ini
agak sukar untuk dicapai oleh orang biasa seperti kita tetapi ianya juga
bukanlah sesuatu yang mustahil. Sebab bila difikirkan kita mungkin boleh
menjaga anggota zahir kita untuk tidak melakukan perkara-perkara yang mampu
membatalkan puasa tetapi untuk menjaga hati kita supaya sentiasa ingat kepada
Allah dan untuk menjaga hati kita daripada terbayang perkara-perkara yang
sia-sia dan boleh mengurangkan pahala puasa adalah sesuatu yang sangat-sangat
susah. Hanya mereka yang betul-betul menjaga hati mereka sahaja yang mampu
sampai ke tahap ini.
Akhirul Kalam,
Marilah
kita beribadat bersungguh-sungguh di dalam bulan yang di amalan digandakan dan
untuk menampung kembali dosa-dosa yang telah kita lakukan selama 11 bulan yang
lalu. Sabda Rasulullah saw :
"Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kerana
keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan ganjaran pahala, maka di ampunkan
dosa-dosa yang lepas dan akan datang."
[Hadith
Riwayat Imam Bukhari]
Dan
marilah sama-sama kita menjadikan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada
Ramadhan tahun yang lepas. Marilah kita sama-sama mengambil serius akan peringatan
Rasulullah saw dengan sabdanya yang bermaksud :
''Ramai umat Islam berpuasa tetapi hasilnya ialah
lapar dan dahaga sahajalah''.
[Hadith Riwayat Ibn
Majah dan Nasai]
Moga-moga madrasah Ramadhan ini
menjadi Ramadhan yang terbaik di dalam kehidupan kita supaya kita menjadi hamba
yang bertaqwa kepada Tuhannya kerana mungkin ini adalah Ramadhan yang terakhir
buat diri kita dan menjadi bekalan buat diri kita ketika berada di Mahsyar
kelak. Dan harapannya kita tergolong di dalam golongan yang mampu memasuki
syurga melalui salah satu pintu yang khas buat golongan yang berpuasa yang
bernama “al-Raiyyan” seperti sabda Rasulullah saw Sahal bin Sa'd :
Sesungguhnya
dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang
berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya
ditutupnya.
[Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad]
Mungkin ramai yang sudah pun tahu
tentang 3 golongan orang yang berpuasa ini. Jadi yang telah tahu diharapkan
penulisan ini menjadi “tazkirah” atau peringatan kepada kita dan bagi yang
mereka yang pertama kali membaca tentang hal ini boleh dijadikan ilmu yang baru
buat kita semua.
Allahu A’lam.
Perkukuhkan Iman, Perbanyakkan Ibadah dan Perbaiki Akhlak.
Usrah Tunjang Kekuatan Tarbiyyah,
Tarbiyyah Tunjang Kekuatan Jemaah.
Disediakan oleh :
Muhammad Zulhilmi b. Mohd Razali
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kampus Kuantan.
No comments:
Post a Comment