Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Sedikit Renungan Buat Semua


Kita sering kali menggadaikan kepentingan akhirat demi kepentingan dunia. Apakah kita mengira bahawa kehidupan dunia adalah segala-galanya dan kekal buat selama-lamanya. Kita menghabiskan hampir keseluruhan masa kita yg 24 jam sehari ini untuk kepentingan dunia tp kita tak boleh nak luangkan masa kita untuk islam 5 minit pun. Contoh situasi yg mudah :
1) Study untuk kuiz sampai awal pagi last2 terlepas solat subuh.

2) Dari bgn tidur sampai tidur blk kerja yg kita akan buat (sbg mahasiswa)
-pagi pegi kelas. lps blk kelas tidur. Ptg bersukan klau tak pun lepak n malam study. Tak pernah sikit pun kita nak buat sesuatu untuk kehidupan akhirat kita, tp bila ade seseorg yg nak bg tazkirah buat peringatan sekadar 5 minit sahajapun kita tak boleh nak dengar sedangkan sehari2 kita sering lalai dr mengingati Allah.

3) Pagi sampai tengah hari kita boleh concentrate dlm kelas apabila lecturer sdg mengajar tp bila khatib menyampaikan khutbah jumaat masa itulah kita jadikan ianya masa untuk kita tidur melepaskan lelah.

Nampak tak betapa byknya kita gadaikan kepentingan akhirat untuk kepentingan dunia sedangkan dunia ni hanyalah sebagai persinggahan semata2...

Oleh itu, saya menyeru terutamanya kepada diri saya sendiri dan buat sahabat2 semua, marilah kita sama2 memuhasabah diri dan cuba untuk mengubah diri kita supaya menjadi lebih baik.

p/s : Jgn tinggalkan kepentingan dunia tp dalam masa yang sama jgn abaikan kepentingan akhirat. Allah'alam...

Perkukuhkan Iman, Perbanyakkan Ibadah dan Perbaiki Akhlak.
Usrah Tunjang Kekuatan Tarbiyyah,
Tarbiyyah Tunjang Kekuatan Jemaah.

Disediakan oleh :
Muhammad Zulhilmi b. Mohd Razali
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kampus Kuantan.

Wednesday, October 5, 2011

Wahai Wanita, Seandainya Engkau Mengetahui




Wahai wanita…
Dirimu adalah ciptaan Allah swt yang sangat berharga. Yang melengkapkan fitrah kehidupan di muka bumi ini. Yang menjadi sumber kekuatan seorang lelaki. Setiap lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita yang sentiasa menyokong di belakangnya dan sentiasa membantu di sisinya. Rasulullah saw sendiri di waktu Baginda keletihan dalam berdakwah adanya Siti Khadijah di belakang Baginda yang sentiasa memberikan kata-kata perangsang dan kata-kata semangat kepada Baginda serta sokongan malahan Siti Khadijah juga telah banyak menginfakkan harta yang dimilikinya di jalan dakwah Rasulullah saw.

Wahai wanita…
Seandainya engkau mengetahui akan isi hati ku. Ketahuilah bahawa diriku seakan-akan nampak gagah di luaran tapi sedarkah dirimu bahawa di dalam hati ku ini tersangatlah lemah apabila berhadapan denganmu. Sungguh dirimu telah dihias supaya kelihatan menarik dalam perhatian ku. Membuatkan aku begitu mudah dirasuk hawa nafsu yang sering kali datang menggodaku. Firman Allah swt ;

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”
(Surah Ali Imran : 14)

Oleh itu, wahai wanita yang solehah, penghias dunia juga bakal bidadari syurga kelak, aku mengharapkan supaya dirimu mengasihani diriku ini dengan menjaga dirimu sebaik-baiknya. Usahlah gunakan kecantikkanmu untuk menggores imanku. Usahlah menggunakan kelembutan suaramu untuk membangkitkan hawa nafsuku. Usahlah dirimu menggoda ku dengan bentuk-bentuk tubuh mu yang diciptakan begitu unik serta mampu menarik perhatian ku. Tutuplah dirimu sebaik-baiknya kerana ianya adalah lambang ketinggian keperibadianmu dan ianya juga merupakan lambang seorang wanita solehah yang sering dinanti-nanti dan diidamkan oleh lelaki-lelaki yang soleh.

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
(Surah An-Nur : 26)

Wahai wanita…
Ketahuilah tulisanku ini tidak sekali-kali untuk menuduh dirimu sebagai penjenayah kepada iman ku sebagai kaum adam. Tetapi tulisanku ini adalah untuk meluahkan rasa hati ku ini sebagai seorang lelaki yang sering kali kecundang dalam menghadapi hawa nafsuku apabila berhadapan dengan dirimu. Ketahuilah bahawa dirimu telah dianugerahkan oleh Allah swt suatu kelebihan yang mampu menundukkan segagah-gagah lelaki di muka bumi ini.  Apatah lagi jika kelebihan dirimu itu digunakan keatas diriku yang langsung tidak mempunyai sebarang kekuatan malah mempunyai tahap keimanan yang lemah ini, sudah tentu aku dengan mudah akan tertewas. Oleh itu wahai kaum wanita,dirimu telah dijadikan begitu istimewa oleh Allah swt. Jadi gunakanlah keistimewaan dan kelebihan yang diberikan oleh Allah swt itu ke jalan yang diredhai oleh Penciptamu sekalian.

Rasulullah saw bersabda yg bermaksud ;

”aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yg pling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yg dihadapi oleh kaum lelaki dengan sebab kaum wanita” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wahai wanita…
Janganlah kalian begitu mudah termakan dengan pujuk dan rayuku. Ketahuilah bahawa aku melakukan hal tersebut hanya untuk melayan nafsuku yang sering menggoda. Ketahuilah bahawa dirimu wahai wanita mempunyai sembilan darjah keabaian iaitu malu sedangkan aku sebagai seorang lelaki hanya mempunyai satu darjah keaiban. Oleh kerana itu wahai wanita, jika kesembilan-sembilan martabat malu itu telah hilang dari dirimu maka dengan mudah aku mampu melakukan apa sahaja kepada dirimu walaupun ianya merupakan satu dosa yang besar. Oleh sebab aku hanya mempunyai satu darjah keaibanlah aku seringkali tanpa segan silu mengeluarkan kata-kata manis dan romantis semata-mata untuk menarik hatimu. Oleh itu wahai kaum wanita sekalian, jagalah martabat malumu kerana ianya adalah benteng kepada dirimu daripada termakan jerat dan umpan kaum lelaki seperti aku yang seringkali tewas kepada pujukan nafsu.


الحياء و الإيمان قرناء جميعًا فإذا رفع أحدهما رفع الأخر

Maksudnya : Perasaan malu dan Iman adalah teman.Bila satunya diangkat,yang lagi satu pun ikut sama.

Wahai wanita,
Ketahuilah bahawa hanya dirimu mampu menentukan bahawa kamu ingin menjadi seperti kelapa yang murah serta manisnya hanya sementara ataupun ingin menjadi seperti mutiara yang mahal harganya dan akan dijaga dan disayangi buat selama-lamanya. Jika kelapa yang telah dirimu pilih maka ketahuilah bahawa apabila habis santan diperah maka sisa-sisanya pasti akan dibuang. Adakah maruah serta nilai dirimu serendah itu??? Apakah dirimu sanggup untuk dijadikan sebagai alat mainan untuk memenuhi nafsu manusia??? Setelah dirimu dimiliki maka dengan mudah dirimu dibuang seperti sisa-sisa kelapa yang telah diperah santannya??? Apakah serendah itu martabat dirimu yang diciptakan sebagai makhluk yang istimewa??? Ingatlah wahai kaum hawa, seorang lelaki sudah tentu akan menyukai dirimu dan tertarik kepada keindahan yang tanpa segan silu ditonjolkan olehmu tetapi ingatlah ianya tidak lebih hanyalah sebagai mainan pemuas nafsu semata-mata. Selepas mereka mendapat apa yang mereka hajatkan maka sampai disitu sahajalah titik noktah kepada hubungan yang terjalin. Sebab walau sejahat mana pun diri seorang lelaki itu tetap mereka mempunyai cita-cita untuk memiliki seorang wanita yang solehah, yang menjaga dirinya daripada menjadi santapan-santapan lelaki-lelaki seperti mereka yang bernafsu serta wanita yang mampu mendekatkan diri mereka kepada Yang Maha Esa. Kerana wanita-wanita seperti inilah yang mempunyai nilai yang tinggi dan bukanlah sekadar sisa-sisa orang lain yang telah dibuang.

Dan jika dirimu memilih untuk menjadi seperti mutiara, maka itulah yang sebaik-baiknya. Kerana mutiara ini tersangat mahal harganya dan begitu berharga. Semakin dalam ianya tersembunyi dan semakin susah untuk menemuinya di dasar laut maka harganya semakin mahal. Oleh sebab itu mutiara ini sangat-sangat dijaga dan terjaga oleh sesiapa saja yang memilikinya. Dan kehilangannya akan ditangisi buat jangka masa yang panjang. Oleh itu wanita yang diibaratkan seperti mutiara ini ialah wanita yang betul-betul menjaga segala apa yang mampu menjatuhkan maruah dan harga dirinya tidak kira dari segi pakaian, pergaulan, akhlak dan sebagainya. Dan wanita solehah inilah yang diibaratkan oleh Rasulullah saw sebagai secantik-cantik perhiasan dunia dan amat beruntung kepada sesiapa yang memilikinya. Jadi wahai wanita di luar sana, pilihan ada di tanganmu. Yang manakah yang ingin menjadi pilihan?? Adakah seperti kelapa yang manisnya buat sementara atau seperti mutiara yang kebahagiaannya buat selama-lamanya???

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

“Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah”
(Hadis Sahih riwayat Muslim).

Ya Allah Ya Tuhanku,
Engkau anugerahkanlah kepada ku wanita yang solehah yang telah Engkau utuskan di dunia ini untuk menjadi penghulu bidadari di syurgaMu kelak. Dan Engkau berikanlah kepada ku secantik-cantik perhiasan di muka bumi Mu ini untuk menyinari dan melengkapi kehidupanku serta mampu membuatkan aku lebih dekat kepada Mu. Dan engkau baikilah akhlak serta budi pekertiku dan dekatkanlah aku dengan redhaMu supaya aku mampu memiliki wanita solehah yang pasti ingin mencari lelaki soleh untuk menjadi pendamping hidupnya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Allah swt berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud :

“Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamu”
(An-Nisa : 3).

 Selain itu Rasulullah saw juga pernah bersabda yang berbunyi :

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung” (hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Akhirul Kalam,
Wahai wanita, ketahuilah bahawa dirimu begitu berharga. Sesungguhnya Allah menciptakanmu sebagai pelengkap fitrah manusia. Maka jangan jadikannya sebagai suatu fitnah. Gunakanlah kelebihan yang ada pada dirimu sebagai kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Srikandi Islam adalah pejuang yang sentiasa berada di jalan dakwah serta menjadi sayap kiri perjuangan Islam. Teringat aku dengan satu kata-kata di dalam sebuah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Dehearty : “Akalmu senipis bilahan rambut, tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu. Jua hatimu bak kaca yang rapuh, kuatkanlah ia dengan iman yang teguh.”

Oleh itu, wahai bakal bidadari syurga lengkapkanlah dirimu dengan agama kerana itulah yang membezakanmu wahai wanita solehah dengan wanita-wanita yang lain. Untuk dirimu menjadi seorang yang taat serta menjadi seorang wanita yang solehah maka dirimu tidak dapat lari dari menuntut ilmu lebih-lebih lagi ilmu agama.

Satu kata-kata yang sangat menarik telah dipetik daripada Ibnu Qayyim al-Jauzi yang berbunyi :

“Sesungguhnya hidayah itu tidak akan sampai melainkan dengan ilmu”

Selain itu satu kata-kata yang amat bermakna telah diungkapkan oleh al-Khawarizmi, seorang ahli Matematik apabila ditanya tentang wanita terbaik. Dia menjawab ;

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada maka tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"...

Begitulah pentingnya dirimu menjadi seorang yang berilmu dan beragama kerana ianya memberi nilai kepada dirimu sedangkan yang lainnya hanyalah sebagai penambah asset kepada nilai yang dirimu miliki. Tetapi jika dirimu tidak beragama maka asset lain yang ada itu hanyalah sia-sia kerana ianya tidak mempunyai nilai sedikit pun.

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya,
Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya,
Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya,
Dan Iman mengatakan wanita cantik atas dasar AGAMANYA.



Bidadariku

Bidadariku,
Namamu tak terukir
Dalam catatan harianku
Asal usulmu tak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terekam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengalirin
Pori-pori cinta dan semangatku
Sebab
Kau adalah hadiah agung
Dari tuhan
Untukku
Bidadariku


Allahu’alam.

Perkukuhkan Iman, Perbanyakkan Ibadah dan Perbaiki Akhlak.
Usrah Tunjang Kekuatan Tarbiyyah,
Tarbiyyah Tunjang Kekuatan Jemaah.

Disediakan oleh :
Muhammad Zulhilmi b. Mohd Razali
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Kampus Kuantan.


Tuesday, August 23, 2011

Pesanan Buat Semua Pejuang Islam


Umum mengetahui bahawa Saidina Umar al-Khattab merupakan Khalifah yang kedua selepas kewafatan Baginda Rasulullah saw yang kemudiannya digantikan dengan Abu Bakar as-Siddiq dan kemudiannya tugas sebagai khalifah ini diambil alih pula oleh Saidina Umar al-Khattab.

Saidina Umar al-Khattab telah menukilkan satu pesanan dan nasihat yang amat berguna kepada bala tenteranya dalam menghadapi musuh mereka di medan perang dan pesanan ini juga secara umum perlu diambil berat oleh setiap insan yang bergelar pejuang Islam pada masa kini dalam mengharungi dugaan dalam menghadapi musuh yang sentiasa ingin memadamkan sinar Islam.

Ini adalah pesanan Saidina Umar al-Khattab kepada ketua tentera muslimin, Sa'ad bin Abi Waqqas ketika beliau mengutusnya untuk pembukaan kota Parsi:

Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Sa'ad dan juga mereka yang bersama-samamu supaya bertaqwa kepada Allah dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan..

Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa2 yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh2 Islam..

Sesungguhnya orang Islam telah mendapat pertolongan daripada Allah disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi bagi orang Islam kekuatan..

Bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka..

Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada Allah ke atas musuh2 ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka..

Ketahuilah!

Bahawasanya bersama-sama dalam perjalananmu, malaikat2 yang mengawasi, dan para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah untuk menjagamu. Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Maka malulah terhadap apa yang ingin kamu lakukan. Janganlah kamu berkata, "sesungguhnya pihak musuh lebih hina daripada kita, dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan "..

Mana tahu Allah akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang pernah berlaku kepada kaum bani israil dahulu yang akhirnya mereka telah dikuasai oleh orang kafir majusi..

Mohonlah daripada Allah kemenangan ke atas nafsu2 mu.seperti kamu memohon kemenangan ke atas musuh2mu. Aku memohon perkara yang sama ke atas diriku dan dirimu..

Begitu bermakna pesanan yang disampaikan oleh Saidina Umar al-Khattab ini kepada bala tenteranya yang akhirnya menjadi pemangkin kepada kemenangan tentera Islam. Dan pesanan yang agung ini juga sebenarnya disampaikan juga buat diri kita sebagai seorang pejuang yang berdiri di atas jalan Allah. Yang berjuang untuk menegakkan Islam. Tetapi apakah kita mampu untuk melaksanakannya jika diri kita sendiri tidak beramal dengan Islam yang sebenarnya??

Hasan al Hudaibi, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin yang ke-2 juga ada menyebut : ” Tegakkan negara Islam itu dalam diri kamu, nescaya ia tertegak di tanah air kamu”.


Ertinya kemenangan yang kita idamkan perlu datang daripada diri kita. Iman yang mantap menjadi pemangkin kepada kekuatan umat Islam. Hal ini telah dibuktikan dan ianya terlukis di dalam lembaran-lembaran sejarah Islam. Tentera Islam mampu untuk menang walaupun mempunyai tentera yang sedikit dan kelengkapan senjata yang kurang, tetapi oleh kerana Islam telah tertegak di dalam diri mereka, iman mereka yang begitu kuat di samping cintakan syahid daripada kehidupan dunia, maka mereka mampu menang walaupun di dalam serba kekurangan oleh kerana dekatnya pertolongan Allah swt kepada mereka-mereka yang ikhlas berjuang demi agamaNya. Sehinggakan kuasa besar pada masa itu iaitu Rom dan Parsi dapat dikalahkan oleh tentera Islam.

Setelah menelusuri sejarah kehebatan Islam yang berpunca daripada keimanan mereka kepada Allah swt jadi mari kita mengoreksi diri kita. Wahai sahabat-sahabat sekalian, bagaimana mungkin kita mampu menang dalam memperjuangkan agama Allah swt sedangkan diri kita yang mengaku sebagai pejuang Islam sendiri begitu jauh dengan Allah, lalai dalam mengingatinya dan sering melakukan maksiat???

Satu kisah yang menarik buat perkongsian bersama.

Suatu ketika Nabi Musa a.s mengalami sakit gigi. Nabi Musa a.s mengadu kepada Allah swt. Lalu Allah swt menyuruh Nabi Musa a.s untuk mengunyah sejenis daun. Nabi Musa a.s berbuat seperti yang diwahyukan oleh Allah swt itu dan sakit giginya sembuh.

Suatu ketika Nabi Musa a.s mengalami sakit gigi semula. Lantas Nabi Musa a.s mengambil daun yang sama dan mengunyahnya. Tetapi kali ini sakit gigi Nabi Musa a.s tidak sembuh. Nabi Musa a.s bertanya kepada Allah swt berhubung keadaan yang demikian itu. Allah swt berfirman kepada Nabi Musa a.s iaitu pertama kali sakit gigi, Nabi Musa a.s telah mengadu kepada Allah swt. Sakit gigi kali kedua. Nabi Musa a.s tidak lagi mengadu kepada Allah swt dan hanya terus mengunyah daun tersebut yang tidak memberi bekas.

Biarpun peristiwa itu berlaku kepada Nabi Musa a.s, iktibar besar bagi para pejuang Islam ialah jangan melupai Allah swt. Segala usaha ikhtiar kita para pejuang biar bagaimana pintar dan gigih, tetap tidak memberi bekas. Betapalah kalau pejuang Islam terus leka, lalai dan lupakan Allah swt, ertinya jauh dari Allah swt. Apatah lagi kalau pejuang Islam juga turut berbuat mungkar, dosa dan derhaka kepada Allah swt. Ertinya pejuang Islam bukan sahaja Allah swt tidak pandang malah turut menerima murka dan kutukan dari Allah swt. Pejuang yang berbuat maksiat, dan dalam waktu yang sama meminta pertolongan, sama seperti orang yang meminta sesuatu daripada orang yang dia sendiri musuhi.

Faktor mencukupkan syarat hingga layak mendapat pertolongan Allah swt inilah yang sangat terpinggir dan terabai. Umat Islam lebih banyak merekacipta berbagai andaian hingga terhimpunlah dalam senarai panjang mengapa pejuang Islam tidak menang dan musuh tidak tewas. Tetapi satu faktor terpenting, utama dan paling asas tidak dipedulikan. Akhirnya agama Islam milik Allah swt itu diperjuangkan oleh orang yang melupai malah menderhakai Allah swt. Para pejuang bukan saja tidak dipandang oleh Allah swt malah dimurkai oleh Allah swt.

Oleh itu, wahai pejuang Islam sekalian, aku menyeru kepada diriku dan juga kepada diri kalian semua supaya bangkit menegakkan Islam di dalam diri kita terlebih dahulu di samping kita berjuang menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Dekatkanlah diri kita kepada Allah swt. InsyaAllah moga-moga usaha yang kita lakukan demi menegakkan syiar Islam di atas muka bumi ini akan dipandang dan mendapat pertolongan daripada Allah swt. Sungguh pertolongan Allah itu terlalulah dekat kepada orang-orang yang beriman. InsyaAllah.

Wallahu'alam...

Monday, July 18, 2011

Luahan Hati Seorang Remaja Yang Hidup Di Malaysia

Assalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh...

Oleh kerana sayangnya saya kepada negara yang bernama Malaysia ni dan juga kerana sayangnya saya kepada saudara-saudara semuslim dan sebangsa maka saya luahkan segala rasa hati saya yang telah lama saya pendamkan. Sebelum saya meneruskan luahan hati saya, ingin sekali saya tegaskan di sini bahawa luahan hati saya ini adalah berpunca daripada kemungkaran yang dibuat secara terang-terangan oleh puak-puak yang mengaku Islam yang datang dari bangsa Melayu. Sehinggakan saya sendiri berasa malu untuk mengaku diri ini berbangsa Melayu oleh kerana melihatkan keadaan Umat Melayu (tak kira Islam ke tak) yang bodoh lagi mudah dibodohkan. Ya!!! Nak marah,marah lah sebab itulah realiti yang berlaku. Apa boleh kita katakan seseorang itu cerdik sedangkan dia sendiri memperlihatkan kebodohannya???

Saya sebagai remaja Malaysia ingin melihat angin perubahan datang kepada Malaysia. Di sini saya ingin kita semua buka minda kita. Jangan disempitkan hanya kepada ketuanan Melayu sahaja kerana ketuanan Melayu tu takkan sampai ke akhirat. Cuba kalian lihat sendiri di sekeliling kalian, tidak malukah kalian sebagai bangsa Melayu yang kononnya automatik beragama Islam menjuarai carta masalah sosial? Statistik menunjukkan bahawa jumlah kaum yang paling tinggi di dalam carta kes buang anak, kes zina, kes curi, kes rogol, kes dadah, kes rasuah dan segala bagai yang berkaitan dengan gejala sosial, semuanya dijuarai oleh bangsa Melayu yang dikatakan agama Islam (Islam hanya pada nama dan i/c). Di manakah letaknya maruah kalian sehinggakan kalian berbangga kerana kalian menjuarai setiap carta dalam kes gejala sosial ini??

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa hal-hal seperti ini terjadi kerana kurang pekanya ibu bapa kepada anak-anak mereka, kurang peka di kalangan masyarakat dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar dan yang paling bertanggungjawab sekali iaitu kurang pekanya kerajaan dalam menerapkan budaya hidup Islam di dalam kalangan rakyatnya.

IBU BAPA MENCORAKKAN KEPERIBADIAN ANAK

Ibu bapa adalah elemen terpenting dalam membentuk keperibadian akhlak remaja serta anak-anak. Tetapi bagaimana mungkin hal ini boleh berlaku jika ibu bapa sendiri tidak memehami tanggungjawab mereka dalam mendidik anak? Di tambah lagi oleh kedangkalan ilmu agama yang untuk bekalan diri sendiri serta bekalan untuk membimbing anak-anak mereka ke arah hidup beragama yang akhirnya menjadi penyebab anak-anak mereka semakin rosak dan semakin jauh dari nilai hidup yang berteraskan Islam. Ingatlah wahai ibu bapa sekalian bahawa kalian lah yang menjadi pembimbing kepada anak-anak kalian.

Rasulullah saw pernah bersabda : “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Di dalam hadis ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapalah yang bakal mencorak keperibadian anak-anak mereka kelak. Allah swt juga ada berfirman yang berbunyi :
“Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka.” (Surah At-Tahrim, ayat 6)

Lihatlah wahai ibu bapa sekalian, bahawa tugas kalian bukan sahaja untuk membimbing dirimu sahaja tetapi juga kalian juga menggalas tugas untuk membimbing anak-anak kalian. Oleh itu tidak lah keterlaluan jika saya katakan punca terjadinya masalah sosial yang dijuarai oleh orang melayu yang kononnya beragama Islam ini adalah berpunca dari ibu bapa yang tidak faham kepada perintah Allah dan Rasul, maka bagaimana mungkin seorang ibu dan ayah yang tidak faham ajaran Islam ingin mengajarkan anaknya perihal hidup beragama???

Ingatlah bahawa kalian adalah pemimpin kepada anak-anak kalian dan kepimpinan kalian itu akan ditanya di hadapan Allah swt kelak.

Sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah Bin Umar: “Kamu semua adalah pemimpin dan kamu akan dipersoalkan di atas setiap apa yang kamu pimpin. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


MASYARAKAT PERLU SEDAR KEPENTINGAN AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR

Masyarakat??? Apa yang pentingnya masyarakat dalam soal keruntuhan akhlak remaja ni??? Ingatlah bahawa tugas kalian wahai masyarakat Islam sekalian adalah untuk sentiasa berusaha mengubah kemungkaran yang berlaku di hadapan mata kalian. Apa yang saya dapat perhatikan, kebanyakkan masyarakat Islam (lebih-lebih lagi yang mempunyai kesedaran agama) hanya memerhatikan diri mereka sendiri dan ahli keluarga mereka sahaja tanpa melibatkan diri dalam pembentukan masyarakat Muslim dan berusaha untuk menghidupkan bi'ah solehah di kawasan mereka berada.

Ingatlah akan sabda Rasulullah saw Riwayat Al-Bukhari dan Muslim :

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
Bukanlah bermakna apabila kita sayang maka kita membiarkan sahaja kemungkaran yang berlaku itu kerana takut terjadinya perbalahan atau takut dikatakan menjaga tepi kain orang. Sedangkan makna sayang yang sebenar membawa maksud kita inginkan sesuatu yang terbaik untuk saudara semuslim kita. Bukankah Rasulullah saw juga bersabda yang bermaksud :

Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.” (Hadis Riwayat Muslim).


Bukanlah bermaksud bahawa hadis ini bertentangan antara satu sama lain, tetapi ianya membawa maksud kita akan berusaha merubah dari keburukan kepada kebaikan kerana sayangnya kita kepada saudara semuslim. Seorang ibu yang menyayangi anaknya takkan membiarkan anaknya melakukan kezaliman dan kemungkaran begitulah juga hal nya kaitan hadis berkasih sayang antara saudara semuslim dan hadis mencegah kemungkaran ini.


Tidak takutkah kalian akan azab Allah swt yang akan menimpa kita oleh kerana berleluasanya kemaksiatan dan kemungkaran yang berlaku pada zaman sekarang?


Ibnu Abbas pernah bertanya kepada Rasulullah saw: “Adakah binasa sesebuah kampung itu walaupun dalamnya ada orang soleh? Rasulullah SAW mengatakan, disebabkan mereka memandang mudah dan berdiam diri tanpa melarang perbuatan menderhaka Allah, maka Allah perintahkan malaikat supaya menterbalikkan kota itu ke atas penduduknya.”
Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk berusaha membaik pulih keadaan umat Islam yang semakin tenat dek pengaruh budaya hedonisme yang melampau dengan menjalankan bukan sahaja amar ma'ruf tetapi juga nahi mungkar dalam mengembalikan anak-anak muda kita ke pangkal jalan.

KERAJAAN DAN PEMERINTAH TUNJANG PAMBANGUNAN UMMAH

Yang ni memang banyak yang saya nak komen. Tapi oleh kerana kesuntukkan masa maka saya akan pendekkan. Kerajaan atau pemerintah, membawa maksud mereka-mereka yang memegang tampuk kekuasaan sesebuah negara. Juga merupakan orang yang boleh dikatakan paling berkuasa di dalam sesebuah negara. Malangnya zaman sekarang ini mereka yang tidak berkelayakkan memimpin dijadikan pemimpin. Sedangkan orang yang paling rapat dengan diri pemimpin itu sendiri tidak dapat ditarbiyyah untuk mengikut jalan yang lurus yang telah disediakan oleh agama bagaimana mungkin dia boleh menjadi pemimpin kepada kelompok yang lebih besar??

Kesedihan melanda kalbu apabila melihat para pemimpin sendiri jauh daripada landasan Islam yang sebenar. Dengan pemimpin sendiri dikuasai oleh budaya hedonisme. Melakukan perkara yang tidak selaras dengan syariat. Menggalakkan maksiat malah mereka sendiri tanpa segan silu terlibat secara langsung dengan maksiat tersebut. Mengawal media-media arus perdana yang sentiasa menebarkan fitnah di bumi bernama Malaysia ini, melakukan ketidakadilan dan kezaliman semata-mata untuk menutup kesalahan dan kelemahan mereka. Menggunakan jentera-jentera kerajaan untuk kepentingan peribadi serta puak-puak mereka sahaja di samping menggunakan jentera-jentera kerajaan untuk mengekalkan mereka di tampuk kekuasaan dan yang paling parah adalah mereka tiada usaha langsung untuk menegakkan hukum Islam di negara ini bahkan menghalang mereka-mereka yang ingin melaksanakannya. Jika ingin dikemukakan di sini pasti banyak lagi yang ingin dibicarakan tentang pemerintah negara kita ini yang bertentangan dengan syariat Islam, lalu bagaimana mungkin kerajaan atau pemerintah seperti ini ingin membimbing rakyat mereka untuk menuju ke arah hidup beragama??? Maka celakalah umat Islam di muka bumi Malaysia ini oleh kerana kerakusan mereka-mereka yang fasiq yang memegang tampuk pemerintahan negara.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Di dalam hadis yang lain :

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (Hadis Riwayat Muslim)


Ya, inilah yang berlaku pada zaman sekarang. Manusia yang jahil diangkat menjadi pemimpin sedangkan ulama' dihina, di caci dan diketepikan. Na'uzubillah... 


Yang menjadi satu lagi masalah ialah ulama'-ulama' yang berada di dalam kerajaan itu sendiri tidak terdengar suara mereka. Dalam hal ini saya berfikiran positif bahawa ilmuan-ilmuan agama yang berada bersama pemimpin negara ini sudah mengeluarkan pandangan-pandangan mereka cuma mungkin tidak diambil perhatian oleh kerajaan. Tapi saya berharap supaya mereka tidak menjadi ulama' su'u yang diumpamakan seperti syaitan bisu. Na'uzubillahi min zalik. Ingatlah wahai ilmuan-ilmuan agama yang berada di dalam kerajaan, ingatlah kalian akan hadis Rasulullah saw ini :


Dari Ibn Mas’ud r.a :

لما وقعت بنو إسرائيل في المعاصي نهتهم علماؤهم فلم ينتهوا فجالسوهم في مجالسهم وواكلوهم وشاربوهم فضرب الله قلوب بعضهم ببعض ولعنهم على لسان داود وعيسى ابن مريم

Ertinya : Apabila sahaja Bani Israel melakukan maksiat, para ilmuan mereka menegahnya, namun apabila tegahan tidak diendahkan, para ilmuan itu duduk bersama mereka di dalam majlis mereka, makan dan minum bersama mereka (seolah-olah redha), maka kerana itu, Allah membiarkan hati-hati sama di antara satu sama lain ( kotor dan keji), dan dilaknat mereka itu dari lisan Nabi daud dan ‘Isa. ( Hadis Riwayat Ahmad)

Dan khas buat para pemimpin, ingatlah bahawa kalian adalah imam kepada umat Islam di Malaysia ini. Maka setiap amanah yang telah dipikulkan ini akan ditanya oleh Allah swt di akhirat kelak.
Sabda Rasulullah SAW daripada Abdullah Bin Umar: “Kamu semua adalah pemimpin dan kamu akan dipersoalkan di atas setiap apa yang kamu pimpin. Seorang imam (pemimpin negara) adalah pemimpin dan akan ditanya (dipersoalkan) apa yang sudah dipimpinnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu sudah pasti masalah yang berlaku pada umat Islam khususnya para remaja pada zaman ini akan dipersoalkan di atas bahu kalian semua wahai pemimpin. Di manakah usaha kalian untuk mengurangkan masalah remaja ini??? Adakah dengan membuat rumah harapan serta tempat "buangan" anak-anak luar nikah itu mampu untuk menyelesaikan masalah ini atau menerukkan lagi keadaan??? Mengapa kalian begitu takut untuk kembali kepada Undang-Undang Allah??? Bukankah Undang-Undang Allah adalah jalan penyelesaian kepada segala masalah yang kalian hadapi sekarang???

Renung-renung dan fikir-fikirkanlah....

Wallahu'alam...

Thursday, June 23, 2011

Coretan Seorang Anak


Harapan Pada Ayah Dan Ibu (UNIC)

Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Ke hadapan ibu dan ayah yang along sayangi,
 
Inilah lirik lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman. Oleh kerana sedihnya apabila along menghayati lagu ini dan betapa rasa bersalah telah menyelubungi hati along, maka di sini along coretkan perasaan hati dan luahan hati along yang lama along pendamkan. Sebelum itu along nak mohon berjuta-juta kemaafan yang tak terhingga, daripada hujung rambut hingga hujung kaki, daripada nafas pertama along di dunia ini hinggalah along besar sekarang ini, daripada setiap perbuatan, ucapan dan lintasan hati along, along memohon berjuta-juta kemaafan andai ada walau sedikit kesalahan sama ada secara sedar atau tak dan yang menggores hati ibu dan ayah atau pun tidak, along mohon dimaafkan segala-galanya. 

Kepada ibu yang along sangat-sangat kasihi,

Wahai ibu, along mohon ibu halalkanlah setiap titis air susu ibu yang telah masuk ke dalam diri along. Along memohon ibu halalkan setiap makanan yang telah ibu masak dan masuk ke dalam diri along. Ibu, along mohon ibu halalkan setiap pengorbanan ibu yang dah ibu curahkan untuk along. Sungguh kalau ibu minta along balas balik jasa-jasa ibu itu pasti along takkan mampu walaupun along berikan setiap emas yang ada di atas bumi ini, pasti takkan mampu walau along berikan segala perhiasan yang ada di atas dunia ini. Jadi along mohon ibu halalkan semua yang dah ibu bagikan kepada along termasuk kasih sayang yang ibu dah berikan kepada along yang takkan mampu along ganti walau dikumpulkan setiap kasih sayang insan kepada diri along. Ibu, along mohon ibu ampunkan along dari saat along dilahirkan sampailah ke hari ini dan untuk sisa-sisa hidup along yang ada. Along memohon ampun dan maaf daripada sekecil-kecil kesalahan yang membuatkan ibu sedih sehinggalah ke sebesar-besar kesalahan along sampai membuat ibu menitiskan air mata oleh kerana kesalahan along. Sungguh along tak pernah lupa hari di mana along dah makan kuih pada suatu hari sehingga membuatkan ibu menangis. Mungkin pada saat itu along terasa ianya perkara yang kecil tapi kalau ibu tak ampunkan along, macam mana along nak jawab kat depan Allah nanti. Macam mana pada masa tu tergamak along membuat ibu menangis. Itu yang along nampak, yang along tak nampak mungkin banyak lagi. Oleh itu along memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga atas setiap kesalahan yang telah along buat kat ibu. Ibu, along tahu along ni seorang budak yang nakal, jadi pasti banyak kesalahan along. Masa kecil dulu pun along yang paling banyak kerenah kan ibu. Jadi along minta halal dan ampun maaf atas segala-galanya. Sekali lagi ibu, along mohon maaf sangat-sangat kepada ibu atas segala dosa along kepada ibu sedari along dalam perut ibu lagi sampailah ke hari along menghembuskan nafas along yang terakhir dan jika ada salah dan silap along yang along buat secara sedar ataupun tak.

Kepada ayah yang along sangat-sangat kagumi,

Wahai ayah, sungguh ayahlah sebenarnya idola dalam hidup along. Dari kecil sampai besar, along sentiasa bercita-cita nak jadi macam ayah. Ayah, along mohon ayah halalkanlah setiap keringat yang telah ayah titiskan hanya semata-mata untuk memberi makan kepada anak ayah yang langsung tak mengenang budi ni. Ayah, along mohon ayah halalkan setiap sen yang ayah dah bagi dan yang ayah dah keluarkan untuk along. Ayah, along minta ayah ampunkan along dari hari pertama along turun ke dunia ini sehinggalah ke akhir hayat along andai along ada terkasar bahasa walaupun sepatah kata "ah" yang telah terkeluar daripada mulut along yang telah membuatkan ayah marah atau terasa hati. Along pasti along dah buat ayah marah banyak kali kan. Ayah, along tahu ayah tak pernah zahirkan rasa hati ayah apabila ayah terasa hati kat along. Ayah, along minta halal jika ada setitis air mata ayah yang tumpah ke bumi oleh kerana sikap along yang kurang ajar dan yang tak mengenang budi ni yang telah mengguris hati ayah. Ayah along mohon ayah maafkan setiap perbuatan along yang terzahir atau yang tak, setiap perkataan along hatta setiap perkara yang terlintas di hati along yang boleh membuatkan ayah terasa hati kepada along. Ayah kalau ayah tak redha kat along, macam mana along nak dapat redha Allah ayah. Jadi along mohon ayah redha setiap perbuatan anak ayah ini yang sering kali membuat sesuatu perkara tanpa memikirkan perasaan ayah terlebih dulu.

Wahai ibu dan ayah yang along sangat-sangat hormati,

Ibu dan Ayah, andai kata ayah dan ibu terasa terkilan sebab along tak dapat nak penuhi cita-cita ibu dan ayah, along mohon berjuta-juta ampun dan maaf. Ibu dan Ayah, sungguh andai ibu dan ayah terasa terkikan sebab along tak dapat nak penuhi cita-cita ibu dan ayah, percayalah along beribu-ribu kali rasa terkilan sebab tak dapat nak penuhi cita-cita ibu dan ayah tu. Walaupun ibu dan ayah melihat along dapat ketawa secara zahirnya tapi ibu dan ayah mungkin tak tahu berapa banyak air mata along ni yang telah along tumpahkan sejak dari along tak dapat straight A dalam spm, di hari along dapat tahu yang along tak dapat ambil medik dan sehinggalah ke hari ini. Betapa along dah sia-siakan setiap sesuatu peluang untuk membalas jasa ibu dan ayah. Ibu dan ayah harapkan along dapat ambil medik tapi along dah sia-siakan peluang untuk membuatkan ibu dan ayah merasa bangga terhadap along. Tapi ayah dan ibu, percayalah along dah cuba bersungguh-sungguh untuk membuatkan ibu dan ayah berasa bangga sebab mempunyai anak seperti along tapi terbukti yang along bukanlah anak yang boleh ayah dan ibu banggakan bahkan along lebih banyak buat ibu dan ayah bersedih daripada berbangga. Ibu, Ayah, ketahuilah betapa along telah cuba untuk membuatkan ibu dan ayah berasa bangga kepada along. Along dah buang cita-cita along untuk menjadi seorang pelajar agama atau ustaz dan cuba untuk menjadi seorang doktor seperti impian ibu dan ayah tapi ternyata along dah gagal. Jadi along betul-betul memohon sejuta kemaafan kerana tak dapat menjadi anak yang boleh dibanggakan oleh ibu dan ayah. 


Wahai Ibu, Wahai Ayah,

Ibu, Ayah, along betul-betul minta maaf. Along sedar along tak dapat membalas segala jasa ibu dan ayah dan along juga tak dapat nak buat ibu dan ayah berasa bangga kepada along. Along minta maaf banyak-banyak. Along minta maaf banyak-banyak. Along minta maaf banyak-banyak sebab along dah banyak menyusahkan ibu dan ayah tapi sedikitpun along tak mampu nak balas pengorbanan ibu dan ayah tu. Betapa along ni tak menghargai anugerah ibu dan ayah yang telah Allah kurniakan kepada along ni sedangkan ramai kawan-kawan along di luar sana begitu ingin merasakan belaian kasih seorang ayah dan ibu yang along dapat ni. Along minta maaf ya ayah, along minta maaf ya ibu. Andai ditakdirkan along pergi dulu sebelum ayah dan ibu, along mohon ibu dan ayah halalkan setiap apa yang telah ayah dan ibu berikan dan maafkanlah kesalahan along sejak dari dalam kandungan sehinggalah ke akhir hayat along. Sungguh, ibu dan ayah adalah ibu dan ayah yang terbaik yang along pernah jumpa dan tak akan bisa ditukar ganti.

Khas buat ayah dan ibuku yang tercinta,
Nukilan daripada anakmu.

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَاناً حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهاً وَوَضَعَتْهُ كُرْهاً وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْراً حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya : Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". (al-Ahqaf : 15)



Monday, June 6, 2011

Pesanan Buat Sahabat-Sahabat Di Dalam Jemaah Tabligh


Assalamu’alaikum wa Rahmatullahi wa Barokatuh…

Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih hati Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi kerana sekali lagi kita telah dibangkitkan dalam keadaan bernyawa dan masih lagi diberi pinjaman nyawa kepada kita untuk meneruskan kehidupan di dunia ini dan mengutip segala hikmah yang disediakan oleh-Nya buat kita semua.

Wahai sahabat-sahabatku di dalam jemaah tabligh (JT), pertama-tamanya aku memohon seribu kemaafan andai nasihat atau kritikanku di dalam tulisan ini nanti ada yang mengguris hati sahabat sekalian.

Wahai sahabat-sahabatku di dalam JT, ini adalah pesanan ikhlas dariku buat kalian semua supaya kita sama-sama dapat merubah daripada yang buruk kepada baik dan daripada baik kepada yang lebih baik. Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah pandangan yang mengatakan JT ini sesat, ahli bidaah dan sebagainya. Dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa JT ini adalah satu-satunya Jemaah Islam yang benar. Tapi aku tidak mahu mempertikaikan itu semua kerana aku lebih senang untuk mengambil pendapat yang sederhana dan pertengahan.

Wahai sahabat-sahabatku di dalam JT, tidakku nafikan bahawa jasa kalian kepada Islam begitu besar. Siapa yang mampu dan sanggup untuk mengajak manusia ke masjid dari rumah ke rumah dan dari pintu ke pintu jika tiadanya kalian? Siapa yang akan mengimarahkan masjid jika tanpa kalian? Sungguh aku mengakui bahawa jasa kalian untuk Islam teramat besar.

Cuma aku melihat ada beberapa perkara yang perlu diperbetulkan oleh kalian. Di sini aku sampaikan beberapa perkara yang aku rasakan penting untuk kalian tahu. 

1) Double Standard Ketika Memilih Kuliah

      Aku melihat bahawa kebanyakkan kalian (p/s : tidak semua) hanya mendengar kuliah atau ceramah atau bayan yang disampaikan oleh ustaz-ustaz Tabligh sahaja. Apabila ada ustaz-ustaz tabligh yang memberi bayan atau ceramah, maka kalian berlumba-lumba bersila dan mendengar bayan yang disampaikan itu dengan penuh khusyuk tetapi malangnya apabila yang memberi ceramah atau kuliah itu bukanlah ustaz daripada Jemaah kalian, maka kalian berlalu dari situ atau membuat kerja-kerja lain seperti membaca al-Quran dan sebagainya.

Sedangkan aku sering mendengar ustaz-ustaz kalian ataupun daripada kalangan kalian sendiri sering melantunkan hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
Yaqulullahu ta’ala: Ana ‘inda Zanni ‘abdibi wa-ana ma-’ahu izha zhakarani fa-in zhakarani fi nafsihi zhakartuhu fi nafsi wa-in zhakarani fee mala-in zhakartuhu fee mala-in khairun minhum. Wa-in taqarraba illa basyibra taqarrabath ilaihi zhira-’an wa-in taqarraba ila zharra-’a taqarrabtu ilaihi ba-’an wa-in a-tani yamsyi ataituhu harwalah (Rawahu Al-Bukhari wa Muslim)
Aku itu berada pada i’tiqad hamba-hambaKu, Aku bersama mereka yang mengingatiku, jika mereka mengingatiKu di hadapan khalayak ramai, Aku mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia daripada itu (para malaikat, anbiya’ , awliya’), jika hambaKu mendekatiku secara merangkak, Aku mendekatinya secara berjalan, jika hambaKu mendekatiKu secara berjalan, Aku mendekatinya secara berlari. (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Bukankah hadis ini yang kalian sering kali lantunkan tatkala sebelum memberi bayan? Jika aku tersalah maka perbetulkanlah. Jadi mengapa ketika ustaz-ustaz kalian memberi kuliah kalian duduk dan mendengar dengan khusyuk, tetapi mengapa kalian beredar dan membuat kerja lain apabila ustaz yang memberi kuliah itu bukan daripada kalangan ustaz-ustaz Jemaah kalian??? Adakah hadis yang kalian sering tuturkan ini hanya berhak untuk jemaah kalian sahaja???

Ingatlah Allah amat murka kepada seseorang yang berkata-kata tapi mereka tidak melakukan apa yang mereka katakan itu.
Firman Allah swt di dalam Al-Quranul Karim :
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (As Shaff:2-3)

Jadi, harapanku adalah supaya kalian semua sedar dan tuntutlah ilmu daripada mana-mana ustaz sekalipun. Duduk dan dengarlah apabila ada ustaz yang memberi ceramah walaupun ustaz itu bukan daripada kalangan jemaah kalian. Ingatlah, kalian menjadi contoh kepada masyarakat. Bagaimana mungkin orang yang melihat sikap kalian ini akan mendengar dakwah kalian. Jadi aku berharap kalian mampu berubah.

      2)   Kepentingan Ilmu Dalam Dakwah
          
           Tahukah kalian peri pentingnya ilmu dalam berdakwah? Oleh sebab itu aku nasihatkan kepada kalian supaya di dalam berdakwah jangan sekali-kali mengabaikan ilmu. Sepatutnya apabila kalian berada di dalam gerakan dakwah kalian perlu untuk mendalami ilmu-ilmu agama di samping menjalankan gerak kerja dakwah. Aku berasa sedih apabila melihat ada di kalangan kalian yang bersungguh-sungguh melakukan kerja dakwah, tetapi apabila ditanya akan Islam itu sendiri pun mereka tidak mampu untuk menjawab. MasyaAllah. Bagaimana mungkin kalian mampu untuk menarik orang lain mendekati Islam jika diri kalian sendiri tidak mampu untuk memahami ajaran di dalam Islam. Dan bagaimana mungkin kalian mampu menyeru manusia untuk mendalami ilmu Islam jika kalian sendiri tidak mempunyai sikap mendalami ilmu. Ingatlah kembali surah as-Shaff di atas.

Muawiyah berkhutbah, bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda, "Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan maka Allah faqihkan dia terhadap agama. Aku (Nabi s.a.w.) hanyalah menyampaikan sedang Allah yang memberi. Sebahagian dari umat ini akan tetap berpegang teguh pada agama Allah, tidak ada yang dapat mempengaruhinya sampai hari kiamat nanti." (Riwayat Bukhari no. 69)

Oleh sebab itu berdakwahlah kerana itu kerja yang mulia, tetapi berdakwahlah dengan ilmu yang ada. Dan tuntutlah ilmu supaya apabila berdakwah nanti kalian akan berdakwah dengan ilmu dan bukannya dengan hawa nafsu.

Ingatlah bahawa Islam telah meletakkan asas dakwah buat pertama kali kepada Baginda Rasulullah s.a.w kepada menggarap ilmu pengetahuan menerusi ayat pertama turun daripada Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s.

Mana mungkin Baginda Nabi mampu menyeru manusia dengan pelbagai ragam cita rasa peribadatan pada masa itu tanpa dibekalkan Allah dengan ilmu.

Sesungguhnya ilmu itu boleh diperolehi dengan jalan membaca, memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah terhadap bahan-bahan ciptaan-Nya, memerhatikan kebesaran kerajaan Allah dalam mentadbir bumi dengan segala kebenaran daripada-Nya.

Malah Islam telah menyediakan satu dasar dalam konsep ‘Usul Fiqh’, bahawa semua amal ibadat seseorang itu yang tidak disandarkan dengan kefahaman ilmu dan makrifat, maka ia akan terbatal dengan sendirinya.
Ia memberi maksud, jika seorang muslim yang rajin beramal ibadat, tetapi amalan-amalan yang dilakukannya bukanlah kerana atas kefahaman yang dipelajarinya, malah lebih kepada warisan secara tradisi, maka adalah dibimbangi, amalannya itu tidak diterima di sisi Allah s.w.t.

Jadi betapa pentingnya ilmu bukan sekadar dalam berdakwah, tetapi di dalam kehidupan seharian.

3) Fikrah Dan Pembacaan

Wahai sahabat-sahabatku di dalam JT, di sini aku ingin berpesan kepada kalian, janganlah kalian mendakwa bahawa hanya dakwah kalian sahaja yang mengikuti sunnah Rasulullah saw. Sebab metode dalam melaksanakan kerja dakwah ini pelbagai. Jemaah kalian beri'tiqad berdakwah secara mengajak dari rumah ke rumah, dan jemaah lain mungkin beri'tiqad berlainan dengan kalian semua. Ingatlah Rasulullah saw bukan sahaja berdakwah dari rumah ke rumah tetapi Rasulullah saw juga berdakwah melalui politik. Jadi setiap jemaah ada metode tersendiri jadi janganlah kalian mendakwa bahawa jemaah kalian sahaja yang mengikut sunnah dengan hujjah jemaah kalian diambil daripada salah satu sifat-sifat Nabi saw iaitu Tabligh. Itu bagi aku tidak betul. Dan janganlah kalian hanya menghadkan bacaan kalian melalui buku-buku yang dikarang oleh ulama’ jemaah kalian sahaja tetapi perluaskanlah pembacaan kalian supaya kalian mengetahui agama Islam ini secara menyeluruh bukan setakat apa yang disampaikan oleh jemaah kalian sahaja.
 

      4)   Pandangan Terhadap Politik 
            
            Politik!!! Aku pasti perkataan ini pasti tidak mahu didengari oleh kalian semua. Aku berasa cukup sedih dan terkilan apabila bermuzakarah dengan sahabat-sahabatku di dalam JT.  Mengapa kalian secara sewenang-wenangnya mengatakan tiada politik dalam Islam??? Mengapa kalian secara tidak mengambil peduli akan politik yang penting dalam mendirikan daulah Islamiyyah.

“Kita perlu menerapkan iman dalam diri masyarakat. Kalau iman dah kuat insyaAllah Allah akan tolong. Tengok zaman Nabi dulu. Bila iman para sahabat kuat, InsyaAllah Allah akan tolong kita dapat daulah.” Jawapan seorang rakanku ketika ditanya tentang politik.

Jika benar apa yang kalian tuturkan itu, aku pasti para Sahabat Nabi saw tidak perlu berjihad dengan peperangan untuk menaikkan agama Allah. Jika apa yang kalian katakan itu adalah hakikat yang sebenar, aku pasti tiada seorang pun dari kalangan Sahabat Nabi saw yang darahnya tumpah di medan jihad. Dan jika benar Allah akan membantu kita hanya kerana iman aku pasti tiada di kalangan Sahabat Rasulullah saw yang mendapat syahid di medan perang semata-mata dalam usaha menaikkan Khilafah Islamiyyah. Ya, aku sedar memang politik zaman Rasulullah saw dan sekarang berbeza kerana keadaan semasa atau waqi' sentiasa berubah. Tetapi tidaklah bermakna tiada politik di dalam islam. Jika politik sekarang dikatakan politik kotor maka tanggungjawab kitalah untuk membersihkannya. Kerana tanpa politik kita tidak akan mungkin mampu menawan negara dan mengamalkan Undang-Undang Islam dalam pentadbiran.

Jadi, nasihatku buat sahabat-sahabat sekalian, bersama-samalah kita dalam bergerak seiring bersama gerakan-gerakan Islam yang lain. Betapa indahnya jika kalian mampu mengajak manusia ke masjid, jemaah lain dapat menyampaikan penjelasan tentang politik, yang lainnya cuba untuk berdakwah kepada remaja dan sebagainya. Jika ini semua dapat digabungkan, aku pasti Daulah Islam akan dapat tercapai. Janganlah diantara jemaah mencemuh jemaah yang lain kerana daku pasti para-para masyaikh tidak mahu kita melakukan sedemikian. Tiada siapa mahukan perpecahan. Tetapi jika kita mencemuh sesama jemaah, maka sebenarnya kita telahpun menjadi dalang kepada perpecahan (p/s : Nasihat ini buat semua ahli gerakan Islam bukan kepada JT shja). Saling membantulah kita dalam menyampaikan Islam, menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang munkar. Moga-moga amalan kita yang sedikit ini akan dipandang oleh Allah swt.

MEMBINA RUMAH PERLUKAN PELBAGAI ALAT PERTUKANGAN

Seperti juga membina rumah,kita memerlukan gergaji, tukul, pahat, pemutar skru, tangga dan pelbagai lagi peralatan, maka samalah juga dengan Islam. Untuk mewujukan sebuah negara Islam dan rakyatnya yang baik maka semua peralatan ini diperlukan. Perjuangan Islam tidak boleh tertumpu hanya kepada politik semata-mata, tidak boleh hanya tertumpu pada dakwah dari rumah ke rumah semata-mata, tidak boleh hanya tertumpu pada kuliah-kuliah agama di masjid semta-mata. Ianya memerlukan gabungan dari kesemua ini. Mungkin sesetengah pihak termasuk alim ulama ada yang memilih jalan berpolitik, ada yang memilih jalan dakwah melalui ceramah-ceramah di surau ataupun pondoknya, dan ada juga yang mengambil kesempatan untuk keluar berdakwah dari rumah ke rumah. Ianya suatu kombinasi yang sangat baik. Semuanya merupakan suatu kepentingan didalam Islam. Jika para ustaz dan ustazah di sekolah agama memperjuangkan Islam dengar mengajar murid-muridnya akan ilmu agama, maka ulama di dalam politik pula perlu untuk mempromosikan islam dan berusaha menegakkan sebuah negara Islam. Malah jemaah-jemaah tabligh pula menjalankan tugasnya untuk berdakwah dari rumah ke rumah.

Amat baik akan semua kerja dakwah ini. Jangan lah kita menafikan antara satu sama lain akan perjuangan Islam ini. Ianya akan bertambah teguh jika setiap kelompok jemaah dari kelompok yang berbeza memahami prinsip ini tanpa mempertikaikan antara satu sama lain. Dan ia akan bertambah baik jika masing-masing menyokong antara satu sama lain. Tidak perlu memilih bulu, apabila tiba giliran ceramah golongan tabligh, ahli-ahli masjid yang biasa mendengar ceramah ustaz-ustaz lain akan meninggalkan kuliah ilmu yang dilakukan oleh jemaah tabligh (berdasarkan pengalaman ditempatku). Mengapa kita tidak mahu mendengarnya, sedangkan mereka menceritakan tentang sirah Rasulullah saw, ingatan kepada melakukan amal-amal yang baik dan peringatan supaya meninggalkan perkara maksiat.

Akhirul Kalam,
Aku sekali lagi memohon berjuta-juta kemaafan andai ada kata-kataku yang mengguris hati dan perasaan sahabat-sahabat JT sekalian. Niatku tidak lain hanyalah ingin memberi sedikit teguran dan nasihat melalui apa yang aku ketahui ketika bermuzakarah dengan sahabat-sahabatku yang berada di dalam JT. Andai ada yang aku tersalah, bolehlah perbetulkan karena aku ini hanyalah insan yang sering melakukan kesalahan. Komen kalian amat aku alu-alukan.

Wallahu’alam.

Tuesday, May 17, 2011

Catatan Seorang Sahabat

Kadang-kadang hati ini meronta-ronta kesakitan. Terlalu sukar untuk menahan kehendak nafsu. Adakah hanya aku sahaja yang merasa sebegitu??? Ya, mungkin imanku belum kuat. Betapa seronoknya melihat rakan-rakan sebayaku yang bersenang lenang dengan segala nikmat dunia tanpa batasan. Boleh bergaul bebas tidak kira lelaki atau perempuan, dapat menikmati rancangan realiti tv dan mengundi artis-artis pilihan hati tidak kira Akademi Fantasia di Malaysia ataupun American Idol di luar negara, dapat merasai betapa seronoknya bercouple serta bersenda gurau dan memandu kasih bersama kekasih hati mereka mengalahkan pasangan yang telah berkahwin dan juga dapat membaca majalah-majalah gosip untuk mencari modal berbicara dan juga untuk mengumpat. Ya, keinginan itu memang ada di dalam hatiku sebagai seorang remaja yang sering dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang ingin menyesatkan.

Wanita yang sering membuatkan hati lelaki tidak keruan termasuklah diri ini

MasyaAllah, jika bukan kerana iman yang masih berbaki di dalam hati ini, pasti diriku juga akan menjadi seperti kalian semua wahai sahabat-sahabatku. Dapat merasai betapa seronoknya nikmat dunia yang mengaburi mata itu. Sungguh hati ini begitu cemburu dengan kalian semua. Kalian dapat melakukan semuanya dengan bebas tanpa ada sedikitpun rasa bersalah. Aku juga manusia biasa yang ingin merasa itu semua. Seringkali hati ini meraung dan merasa begitu pedih di kala menahan kehendak nafsu yang merasuki hati dan godaan syaitan yang sering mencuba untuk memesongkan hati ini.

Ya Allah betapa lemahnya imanku ini Ya Rabb. Aku lemah dalam menghadapi gelora syahwat. Aku lemah dalam melawan nafsuku. Aku lemah dalam menentang godaan syaitan yang tidak jemu-jemu merasuk jiwaku. Begitu sakit hatiku ini dalam melawan kehendak nafsuku. Sebab apa yang diingini oleh nafsuku ini adalah sesuatu yang aku amat sukai. Oleh sebab itu jugalah ianya terasa amat menyakitkan. Dalam era globalisasi yang tiada batas dan dalam keadaan dunia yang begitu banyak fitnah ini, maka tidak aku hairan mengapa kalian semua boleh terjatuh ke lembah kenikmatan dunia ini. Diriku juga tidak dapat lari daripada mengingini perkara tersebut. Apa yang aku mampu lakukan hanya menangis di hadapan Tuan empunya diri ini, menangis seperti kanak-kanak kecil yang tidak memperoleh barang mainan yang diingini, menangis seperti budak kecil yang tidak diberi gula-gula untuk merasai kemanisannya, menangis seperti seorang bayi yang tidak diberi susu.

Wahai sahabat-sahabat sekalian, aku juga remaja seperti kalian. Aku juga ingin lakukan seperti mana apa yang kalian lakukan. Aku juga ingin merasa nikmat dunia yang kalian rasai sekarang. Aku juga ingin mempunyai "awek" seperti kalian untuk memuaskan nafsuku. Aku juga ingin bergaul bebas, berkawan dan berbual-bual kosong dan mengumpat bersama sahabat-sahabatku apatah lagi yang berlainan jantina denganku.

Tetapi aku terfikir sampai setakat manakah kebahagian itu akan berkekalan??? Adakah boleh dibawa sehingga ke akhirat???

Wahai sahabat-sahabatku sekalian jika bukan kerana aku mengingati adanya hari kebangkitan, adanya syurga dan neraka pasti aku juga akan mengikuti jejak langkah kalian. Jika bukan kerana rasa maluku kepada Sang Pencipta diri ini pasti aku akan memenuhi segala tuntutan nafsuku ini seperti mana kalian lakukan.

Sungguh aku hilang kemanisan iman, aku hilang rasa nikmatnya beribadah oleh kerana dosa yang telah aku lakukan secara kusedari ataupun tanpa aku sedar. Sungguh aku ini insan lemah. Aku tidak tahu sampai bilakah aku mampu untuk melawan gelora nafsuku ini. Aku takut andai aku juga hanyut dengan maksiat dan kenikmatan dunia yang sementara ini. Sungguh nikmat dunia ini mampu mengaburi mata setiap insan yang tersesat di dalamnya.

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mu'min , laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta'atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu', laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzab : 35)

Ya Allah, aku memohon supaya aku termasuk di dalam golongan yang telah Engkau janjikan untuk mendapat ampunan dan pahala yang besar ini. Jika bukan kerana aku berpegang pada ayatMu ini pasti aku telah jauh sesat di dalam nikmat dunia yang telah Engkau hiaskan dengan pelbagai hiasan terutamanya hiasan wanita-wanita yang Engkau jadikan cantik umpama bidadari untuk kehidupan dunia ini. Jika bukan kerana aku mengingati ayatMu ini pasti kehormatanku telah kugadaikan untuk memenuhi gelojak nafsu yang sentiasa ingin menguasai diriku ini.

Sungguh ya Allah oleh kerana maksiat dan nafsulah manusia sanggup berbuat apa sahaja hatta membuat kerosakkan di atas muka bumi Mu ini sesuai dengan firman Mu di dalam surah ar-Rum ayat ke 41 "Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia." Oleh itu ya Allah aku memohon perlindungan dari Mu daripada golongan-golongan ini dan janganlah Engkau masukkan aku di dalam senarai yang membuat kerosakkan ini tidak kira kepada diriku sendiri atau kepada ummat ini.

Wahai sahabat-sahabat sekalian, pemuda dan pemudi, aku menyeru kepada diriku dan diri kalian semua, ayuh kembali ke landasan yang sebenar. Ingatlah kebahagian yang kalian kecapi dengan melakukan maksiat itu hanya akan menyebabkan kalian menyesal dan derita di akhirat kelak. Ingatlah nafsu dan syaitan akan sentiasa menggoda kita dengan kehidupan dunia yang kelihatan amat indah di hadapan mata. Tetapi ingatlah bahawa Allah telah menjanjikan kebahagian yang hakiki di syurga kelak kepada sesiapa yang mampu melawan hawa nafsunya dan melakukan ketaatan kepadaNya. Firman Allah swt :

Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, lagi sungguh-sungguh telah beramal saleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh tempat-tempat yang tinggi (mulia), (yaitu) syurga 'Adn yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Dan itu adalah balasan bagi orang yang bersih (dari kekafiran dan kemaksiatan). (Ta-Ha : 75-76)

Akhirul kalam teringat aku akan kata-kata Syaikh Musthafa As-Siba’I : “Apabila engkau ingin bermaksiat, maka ingatlah dirimu kepada Allah. Apabila tidak bisa kembali, maka ingatlah akhlak orang-orang besar. Apabila tidak bisa kembali, ingatlah dengan kejelekannya (maksiat) bila itu diketahui orang-orang. Apabila tidak bisa kembali, ketahuilah, di saat itu, Anda telah berubah menjadi seekor binatang.”

Wallahu'alam.

Ayuh srikandi harapan. Jadikan dirimu sayap kiri perjuangan.
Ayuh pemuda. Ayunkanlah langkah perjuangan.

Sunday, May 8, 2011

Puisi Dakwah (Inspirasi dari Arkanul Baiah)

Ini merupakan sebuah puisi yang diadaptasi daripada Rukun Baiah yang disusun oleh Hasan al-Banna.

Pergilah ke hati-hati manusia ajaklah ke jalan Rabbmu

Jika engkau cinta maka dakwah adalah FAHAM
Mengerti tentang Islam,
Risalah Anbiya dan warisan ulama Hendaknya engkau fanatik dan bangga dengannya
Seperti Mughirah bin Syu’bah di hadapan Rustum Panglima Kisra

Jika engkau cinta maka dakwah adalah IKHLAS
Menghiasi hati, memotivasi jiwa untuk berkarya
Seperti Kata Abul Anbiya,
“Sesungguhnya sholatku ibadahku, hidupku dan matiku semata bagi Rabb semesta”
Berikan hatimu untuk Dia, katakan “Allahu ghayatuna”

Jika engkau cinta maka dakwah adalah AMAL
membangun kejayaan ummat bila dan di mana saja berada
yang bernilai adalah kerja bukan semata ilmu apalagi lamunan
Sasarannya adalah perbaikan dan perubahan, al ishlah wa taghyir
Dari diri pribadi, keluarga, masyarakat hingga negara
Tingkatkan kerja secara tertib untuk mencapai nusrah dari Allah

Jika engkau cinta maka dakwah adalah JIHAD
Sungguh-sungguh di medan perjuangan melawan kebatilan.
Tinggikan kalimah Allah rendahkan kalimah syaitan durjana
Kerja keras tak kenal lelah adalah rumusnya,
Tinggalkan kemalasan, lamban, dan berpangkutangan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah TAAT
Kepada Allah dan Rasul, Alqur-an dan Sunnahnya
serta orang-orang bertaqwa yang tertata
Taat adalah wujud syukurmu kepada hidayah Allah
nikmat akan bertambah melimpah penuh berkah

Jika engkau cinta maka dakwah adalah TADHHIYAH,
Bukti kesetiaan dan kesiapan memberi, pantang meminta
Bersedialah banyak kehilangan dengan sedikit menerima
Karena yang disisi Allah lebih mulia, sedang di sisimu fana belaka
Sedangkan tiap titisan keringat berpahala lipat ganda

Jika engkau cinta maka dakwah adalah THABAT,
Hati dan jiwa yang tegar walau banyak rintangan
Buah dari sabar meniti jalan, teguh dalam barisan
Istiqomah dalam perjuangan dengan kaki tak tergoyahkan
Berjalan lempang jauh dari penyimpangan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah TAJARRUD
Ikhlas di setiap langkah menggapai satu tujuan
Padukan seluruh potensimu libatkan dalam jalan ini,
Engkau da’i sebelum apapun adanya engkau
Dakwah tugas utamamu sedang lainnya hanya sampingan

Jika engkau cinta maka dakwah adalah THIQAH
Kepercayaan yang dilandasi iman suci penuh keyakinan
Kepada Allah, Rasul, Islam, Qiyadah dan Junudnya
Hilangkan keraguan dan pastikan kejujurannya…
Karena inilah kafilah kebenaran yang penuh berkah

Jika engkau cinta maka dakwah adalah UKHUWAH
Lekatnya ikatan hati berjalin dalam nilai-nilai persaudaraan
Bersaudaralah dengan muslimin sedunia, utamanya mukmin mujahidin
Salamatus Shodri merupakan syarat terendahnya,
Itsar bentuk tertingginya
Dan Allah yang mengetahui menghimpun hati-hati para da’ie dalam cinta-Nya
berjumpa karena taat kepada-Nya
Melebur satu dalam dakwah ke jalan Allah, saling berjanji untuk menolong syariat-Nya

Nukilan :
Akhukum FiLlah,
Ahmad Akhyari Ismail, UIN Jakarta

Telah Ku Pilih JalanMu

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

Sumber: IluvIslam

Cinta Luar Biasa

http://www.hermann-uwe.de/files/images/blue_flower.preview_0.jpg


Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??