Sebuah kisah yang sangat menarik untuk perkongsian bersama yang dikisahkan oleh Al-'Allamah Syeikh Muhammad Shalih Al-'Utsaimin (rhm) dalam kitabnya Tafsir Juz 'Amma.
Kata Ibnu 'Utsaimin (rhm) :
"Para ulama menukil dari Ibnu Hajar Al-'Asqalani yang menulis syarh kitab Sahih Al-Bukhari yang diberinya nama Fathul Bari, dan pernah menjawat kedudukan sebagai Qadhi al-Qudhat (hakim tertinggi) di Mesir, bahawa pada suatu hari beliau (Ibnu Hajar) berjalan dengan gerobak yang ditarik oleh seekor keledai sementara orang-orang berkerumun mengelilinginya. Saat itu beliau melewati seorang Yahudi penjual minyak samin dan zaitun, dan biasanya penjual minyak samin pakaiannya selalu kotor dan keadaannya teruk. Tiba-tiba si Yahudi tersebut memberhentikan gerobak milik Ibnu Hajar dan berkata : "Sesungguhnya Nabi kalian bersabda : "Dunia ini ibarat penjara bagi orang mukmin dan Jannah bagi orang kafir" (H/R Muslim)
Lalu bagaimana dengan keadaanku yang sangat teruk ini sementara keadaanmu begitu baik?"
Maka Ibnu Hajar menjawab perkataannya : "Aku memang berada dalam penjara yang sempit bila dibandingkan dengan apa-apa yang telah Allah siapkan berupa pahala dan kenikmatan bagi para hamba-Nya yang beriman, di alam kehidupan akhirat kelak. Sebab dunia ini tidak ada apa-apanya jika dibandingkan dengan akhirat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW : "Tempat cemeti seseorang di Jannah nanti lebih baik dibandingkan dunia seisinya"
Dan engkau wahai Yahudi! Engkau seolah berada di dalam Jannah jika dibandingkan dengan azab yang kelak akan engkau terima apabila engkau mati dalam keadaan kafir!"
Akhirnya orang Yahudi itu merasa puas dengan jawaban Ibnu Hajar dan menjadi penyebab ia masuk Islam, dan akhirnya Yahudi itu berkata : "Aku bersaksi tiada Rabb yang haq yang disembah selain Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah".
Begitulah beruntungnya orang mukmin. Ingatlah bahawa nikmat yang Allah berikan kepada kita di dunia ini hanya sedikit. Sesungguhnya nikmat Allah di syurga kelak amat luas dan tidak terbayang oleh aqal fikiran kita. Wallahu'alam.
Showing posts with label Cerita Teladan. Show all posts

Sunday, August 21, 2011
Thursday, June 23, 2011
Kenapa Orang Islam Sembah Bangunan Kotak Hitam Tu?
Kafir: Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah
Kafir: Baitullah tu apa?
Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah
Kafir: Allah ada dalam tu?
Muslim: Tak..
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?
Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu...
Kafir: Kau sembah apa?
Muslim: Aku sembah Allah SWT
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?
Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah...
Kafir: Bukankah aku sujud ke arah Kaabah, maknanya aku sembah Kaabah la...
Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV?
Kafir: Pernah.. selalu...
Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola?
Kafir: Tengok perlawanan bola la...
Muslim: Di mana?
Kafir: Dalam TV la...
Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak...
Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada...
Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
Kafir: Jadi...?
Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak?
Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu...
Muslim: Peliknya...
Kafir: Sebab apa pulak pelik?
Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat...
Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya...
Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...?
Kafir: Ya.. tak pelik
Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah...
Kafir: Erk.. kau betul..
Credit: Wann Mohd Firdaus
Sumber

Thursday, June 16, 2011
Kisah Seorang Wanita Berpurdah
Suatu kisah...Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.
Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.
Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.
"Siapakah wanita itu?"
Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
"Adakah wanita itu orang gila?"
Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.
Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.
Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.
"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.
"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.
"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.
"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

Sumber: Qalam Sufi
Sunday, June 12, 2011
Teguran Fudhail bin Iyadh terhadap Khalifah Harun Ar-Rasyid
Nama sebenar beliau ialah Abu 'Ali al-Fudhail bin 'Iyadh bin Mas`ud bin Bisyr at-Tamimi al-Yarbu`iy al-Khuraasaani. Beliau dilahirkan pada tahun 105 Hijrah di Samarqand dan dibesarkan di suatu tempat di daerah Khurasan. Ulama yang hidup seangkatan dengannya ialah seperti Imam Malik, Sufyan bin ‘Uyainah, dan Abdullah bin Al-Mubarak.
Banyak kisah diriwayatkan daripada Imam Fudhail bin Iyadh berkenaan dengan sikap tegasnya kepada kepimpinan dan pemerintah antaranya ucapan beliau yang terkenal apabila menyebut :
لو كان لي دعوة مستجابة ما صيرتها إلا في الإمام لأني لو جعلتها للنفسي لم تجاوزني ولو جعلتها له كان صلاح الإمام صلاح العباد والبلاد
Yang bermaksud : “Seandainya aku memiliki doa yang mustajab nescaya aku tidak akan menyimpannya untuk diriku tetapi akan aku doakan kepada pemimpin kerana jika aku menggunakannya untuk diriku maka manfaatnya tidak melepasi diriku(hanya untuk diriku sendiri) tetapi jika aku menggunakannya untuk kebaikan pemimpin (maksudnya mendoakan agar pemimpin menjadi baik) nescaya akan baiklah manusia dan negara.” (Lihat dalam Syar As-Sunnah oleh Imam Al-Barbahari rahimahullah)
Teguran Fudhail bin Iyadh terhadap Khalifah Harun Ar-Rasyid (193 H)
Fadhl bin Rabi’ (Salah seorang menteri Harun Ar-Rasyid)(1)meriwayatkan, “Ketika tiba suatu musim haji, Amirul Mukminin Harun Ar-Rasyid menunaikan ibadah haji. Ketika itu aku sedang tidur di Mekkah. Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu. Aku pun bertanya, “Siapa?” Si pengetuk pintu menjawab, “Amirul Mukminin!.” Dengan serta merta aku keluar. Aku berkata, “Wahai Amirul Mukminin! Kalau tuan mengirimkan utusan kepadaku sebelumnya, nescaya aku akan datang menghadap.” Harun berkata,”Celaka-lah kamu! Ada sesuatu keinginan dalam diriku. Tunjukkan kepadaku orang yang alim. Aku ingin bertanya kepadanya!” Aku berkata , “Ya, di sini ada Sufyan bin Uyainah.” Harun berkata, “Mari kita mengunjunginya!”
Kami pun mengunjunginya.
Ketika aku mengetuk pintu, Sufyan bertanya, “Siapa?” aku berkata, “Jumpailah Amirul Mukminin.!” Dia pun keluar dengan tergesa-gesa untuk menemuinya seraya berkata, “Wahai Amirul Mukminin! Kalau tuan mengirimkan utusan kepadaku sebelumnya, nescaya aku akan datang menghadap.” Harun berkata, “Ambillah apa yang kami bawakan ini untukmu. Semoga Allah merahmatimu!” Dia pun bercakap-cakap dengannya dalam beberapa ketika. Kemudian, dia bertanya,”Adakah kamu mempunyai hutang?” Sufyan berkata , “Ya.”Harun berkata, “Lunaskan semua hutangmu!” sambil memberi kepada Sufyan belanja untuk melunaskan hutangnya.
Ketika kami keluar, Harun berkata, “Kawanmu tadi tidak menolak apa yang aku berikan. Bawakan aku orang yang lain. Aku ingin bertanya kepadanya!” Aku berkata, “Ya, di sini ada Abdul Razzaq bin Hammad.”
Harun berkata,”Mari kita mengunjunginya!”
Kami pun pergi menemuinya. Ketika Ali mengetuk pintu, Abdul Razzaq bertanya,”siapa?” Aku berkata, “Jumpailah Amirul Mukminin!” Dia pun keluar dengan tergesa-gesa untuk menemuinya seraya berkata, “Wahai Amirul Mukminin ! Kalau tuan mengirimkan utusan kepadaku sebelumnya, nescaya aku datang menghadap.” Harun berkata, “Ambillah apa yang kami bawakan ini untukmu, semoga Allah merahmatimu!” Dia pun bercakap-cakap dengannya dalam beberapa ketika. Kemudian, dia bertanya, “Adakah kamu mempunyai hutang?” Abdul Razzaq menjawab, “Ya” Harun Berkata, “Wahai orang Abbasi, lunaskanlah semua hutangmu!” sambil memberi kepadanya belanja untuk melunaskan hutangnya.
Kemudian, kami beranjak pun pergi.
Harun berkata kepadaku, “Kawan kamu tadi tidak menolak apa yang kuberikan. Tunjukkan kepadaku orang yang lain. Aku ingin bertanya sesuatu kepadanya!” Aku berkata, “Ya, di sini ada Fudhail bin Iyadh!” Harun berkata, “Mari kita mengunjunginya!”
Kami pun pergi menemuinya. Waktu itu Fudhail sedang solat dengan maembaca salah satu ayat Al-Quran serta mengulang-ulanginya. Harun berkata, “Ketuklah pintunya!” Aku pun mengetuk pintu. Fudhail bertanya, “Siapa di luar?” Aku berkata, “Jumpailah Amirul Mukminin!” Namun,Fudhail sebalik bertanya, “Ada urusan apa antara aku dengan Amirul Mukminin?” Aku berkata, “Subhanallah, mengapa tuan tidak patuh kepadanya?” Fudhail pun turun, lalu membukakan pintu. Kemudian, dia naik lagi ke mimbarnya dan mematikan lampu, lantas beranjak ke salah satu sudut rumahnya.
Kami pun masuk. Kami sibuk mencari-carinya dengan telapak tangan. Akan tetapi, tangan Harun lebih dulu memegangnya berbanding aku. Fudhail berkata, “Oh,betapa lembut dan indahnya telapak tangan ini. Hendaknya kelak pada hari kiamat ia selamat dari seksa Allah SWT.” Dalam hati aku berbisik, “Pada malam ini, Fudhail akan berbincang dengannya dengan kata-kata mutiara yang indah penuh makna dari hati yang jernih.” Harun berkata kepadanya, “Ambillah apa yang kami bawakan ini untukmu, semoga Allah merahmatimu!”
Fudhail berkata, “Ketika Umar bin Abdul Aziz r.a. menjadi khalifah, dia pernah mengundang Salim bin Abdullah bin Umar r.a., Muhammad bin Kaab Al-Qurzhi, dan Raja’ bin Haiwah. Umar bin Abdul Aziz berkata kepada mereka, “Sesungguhnya aku sedang diuji dengan musibah ini (jabatan kekhalifahan). Oleh itu, berilah saran dan nasihat kepada saya!”
Fudhail melanjutkan perkataannya kepada Harun, “Umar bin Abdul Aziz menganggap jawatan khalifah sebagai musibah. Sementara kamu dan para pegawaimu menganggapnya sebagai nikmat dan anugerah.”
Salin bin Abdullah bin Umar r.a. berpesan kepada Umar, “Jika kamu ingin selamat dari seksaan Allah SWT, berpuasalah dirimu dari keduniaan, dan jadikanlah kematian sebagai santapan berbukamu!”
Muhammad bin Kaab r.a berpesan kepadanya, “Jika kamu ingin selamat dari seksaan Allah SWT, jadikanlah orang-orang tua dari kalangan kaum muslimin sebagai bapa(pendidik), orang-orang dewasa(yang sebaya) sebagai saudara, dan anak-anak kecil sebagai anak. Lalu, hormatilah ibu bapamu, muliakanlah saudaramu, dan sayangilah anak-anakmu!”
Raja’ bin Haiwah juga berpesan kepadanya, “Jika kamu ingin selamat dari seksaan Allah SWT. Kasihanilah kaum muslimin dengan segala sesuatu yang kamu kasihi untuk dirimu sendiri. Di samping itu, bencilah bagi mereka dengan segala sesuatu yang kamu benci untuk dirimu sendiri. Selanjutnya, matilah kamu jika kamu berkehendak. Sesungguhnya, aku mengutarakan ini kepadamu kerana aku sangat bimbangkan dirimu. Sesungguhnya, pada suatu hari kelak, ketika semua kaki akan tergelincir, adakah kamu-semoga Allah merahmatimu-memiliki orang-orang yang akan memberi pesanan dan nasihat kepadamu sebagaimana kaum muslimin? Atau, yang menyuruh kamu melakukan hal seperti ini?”
Harun Ar-Rasyid pun menangis semahunya hingga hampir tidak sedarkan diri. Aku berkata kepada Fudhail, “Kasihanilah Amirul Mukminin!” Fudhail berkata, “ Wahai Ibnu Ummu Rabi’! Justeru kamu dan rakan-rakanmu yang telah membunuhnya. Oleh itu, kenapa aku yang harus kasihan kepadanya?” Setelah Harun reda dan sedar, dia berkata, “Tambahkan nasihatmu, semoga Allah merahmatimu!”
Fudhail berkata, “Wahai Amirul Mukminin! Aku pernah mendengar khabar bahawa salah seorang gabenur yang dipilih oleh Umar bin Abdul Aziz diajukan kepadanya”. Fudhail melanjutkan, “Umar bin Abdul Aziz menuliskan sepucuk surat kepada gabenur itu yang berisi,’Wahai saudaraku! Ingatlah betapa panjang penderitaan para penghuni neraka dalam neraka, sementara mereka kekal selama-lamanya. Sesungguhnya, hal yang demikian itu cukup membuatkanmu berlari menuju pangkuan Rabb-mu, baik dalam keadaan tidur mahupun jaga. Oleh itu, jangan sekali-kali kamu berpaling dari sisi Allah SWT menuju api neraka sehingga ia menjadi tempat terakhir bagimu dan pemupus harapanmu.”
Fudhail berkata,”Saat pegawai tersebut membaca surat tadi, dia pun keluar sehingga berjumpa dengan Umar bin Abdul Aziz r.a, Umar bertanya kepadanya,”Apa yang membuatkanmu sampai disini?” Dia menjawab, “Tuan telah mencabut hatiku dengan tulisan tuan. Lalu aku tidak akan menjadi pegawai tuan lagi hingga berjumpa dengan Allah SWT.”
Harun ar-rasyid menangis semahunya. Lalu, dia berkata, “Berikan lagi nasihatmu,semoga Allah merahmatimu!”
Fudhail berkata, “wahai Amirul Mukminin ! Ketika Abbas bin Abdul Mutthalib r.a.,iaitu bapa saudara Rasulullah SAW menghadap baginda meminta jawatan seraya berkata, “Wahai Rasulullah, berikanlah jawatan kepadaku!”
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :“Wahai Abbas, wahai bapa saudara Rasulullah! Nyawa yang kamu selamatkan adalah lebih baik daripada jawatan yang tidak dapat kamu pertanggungjawabkan. Sesungguhnya, jawatan itu akan menjadi bahan penyesalan dan kerugian besar pada hari kiamat kelak. Jika kamu mampu untuk tidak menjadi pemimpin terhadap seseorang, maka lakukanlah!”(2)
Harun Ar-Rasyid pun menangis. Kemudian, dia berkata “ Berikan lagi nasihat semoga Allah merahmatimu!”
Fudhail berkata, “Wahai pemilik raut wajah yang tampan! Kamulah yang akan disoal Allah SWT tentang wajah ini. Jika kamu mampu melindungi wajah ini dari jilatan api neraka,lakukanlah. Selanjutnya,jangan sampai ada dalam hatimu ada rasa benci dan dengki terhadap sesiapapun dari rakyatmu, sama ada pada waktu pagi mahupun petang.”
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :“Barangsiapa yang berada pada pagi hari dalam keadaan menipu kepada mereka(rakyatnya), maka dia tidak akan tercium bau syurga.” (3)
Harun Ar-Rasyid pun menangis semahunya. Kemudian, ia berkata, “Apakah kamu mempunyai hutang?”
Fudhail menjawab, “Ya,aku ada hutang dengan Allah yang belum lagi Dia hisab (tagih). Sungguh betapa celakanya aku jika Dia bertanyakannya. Betapa celakanya aku jika Dia menuntutnya, dan betapa celakanya aku jika tidak dapat berhujah.”
Harun berkata, “ Maksud aku ialah hutang dengan sesama manusia!”
Fudhail berkata, “ Sesungguhnya, Rabb-ku tidak pernah memerintahkan hal ini kepadaku. Rabb-ku hanya menyuruh untuk membenarkan semua janji-Nya dan mematuhi segala perintah-Nya.
“Sesungguhnya Dialah sahaja yang memberi rezeki (kepada Sekalian makhluk-Nya),(dan Dialah sahaja) yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi yang Amat Kuat Kukuh kekuasaan-Nya.(Setelah ternyata hakikat yang demikian) maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim(yang menentang ajaran Nabi Muhammad)itu ada bahagiannya(dari azab seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka(kaum kafir yang telah lalu). Oleh itu, janganlah mereka meminta kepadaku menyegerakan kedatangannya. (Surah adz-Dzariyat, 51 : 58-59)
“Nah, ini wang 1000 Dinar. Ambillah ! Belanjakanlah dan manfaatkanlah untuk menguatkan dirimu dalam beribadat kepada Rabb-mu!” kata Harun kepada Fudhail.
“Maha Suci Allah, aku menunjukkanmu jalan menuju keselamatan, tetapi kamu membalasnya seperti ini. Semoga Allah menyelamat dan memberikan taufik kepadamu!” balas Fudhail. Kemudian, dia pun diam tanpa mahu bercakapapa-apa lagi. Oleh itu, kami pun beranjak dari hadapan Fudhail.
Namun, ketika kami menghampiri pintu, Harun berkata kepadaku, “Wahai orang Abbasi! Jika kamu ingin menemukan aku dengan seseorang lagi, pertemukanlah aku dengan orang seperti ini (Fudhail bin Iyadh). Orang ini adalah pemimpin kaum muslimin pada masa ini,” kata Harun ketika kami sudah hampir di pintu.
Seterusnya, Abu Umar (Fadhl bin Rabi’) berkata, “ketika kami sedang seperti itu, tiba-tiba salah seorang isteri Fudhail menghampirinya dan berkata, “Wahai fulan! Tahukah kamu,betapa miskin dan susahnya kita sekarang? Kalau kamu terima wang itu, dapatlah meringankan bebanan kita.” Fudhail berkata. “ Diumpamakan aku dengan semuanya, laksana suatu kaum yang mempunyai seekor keldai. Mereka makan dari hasil pencarian keldai itu. Namun, ketika keldai itu besar mereka sembelih dan memakan dagingnya.” Apabila Harun Ar-Rasyid mendengarnya, dia pun berkata “ Mari kita kembali kepada Fudhail, mudah-mudahan dia mahu menerima wang ini!”
Harun pun masuk dan ketika Fudhail mengetahui siapa yang masuk, dia pun keluar dan duduk diatas tanah di tingkat atas tepat di tepi pintu bilik. Lalu, Harun menghampirinya dan duduk bersebelahan Fudhail. Seterusnya, Harun mengajaknya bercakap, tetapi Fudhail sedikit pun tidak mahu membuka mulut dan bercakap dengannya.
Ketika kami berada dalam keadaan begitu, tiba-tiba seorang hamba perempuan berkulit hitam keluar lalu berkata, “Wahai fulan! Sejak malam tadi kamu telah menyakiti syaikh ini(Fudhail)!
Pergilah kamu, semoga Allah merahmatimu!”
Maka kami pun pergi.
Kisah ini dimuatkan di dalam Tarikh Ad-Dimasyq oleh Imam Ibn Asakir rahimahullah dan Tarikh Al-Bagdad oleh Imam Khatib Al-Baghdadi serta banyak lagi tulisan buku-buku nasihat oleh para ulama salaf rahimahumullah.
-------------------
(1)Beliau ialah Abu Abbas Fadhl bin Rabi’ bin Yunus meninggal tahun 208 Hijrah.
(2)Hadis ini marfu dan mauquf darjatnya riwayat baihaqi tetapi mempunyai syawahid dari jalan riwayat yang lain dan maksudnya adalah sahih serta mempunyai jalan riwayat lain yang lebih sahih seperti dari hadis riwayat Bukhari, Nasaie dan Ibn Hibban.
(3)Hadis ini mursal dan masyhur dalam kitab-kitab tazkirah ulama salaf dan perkataan mereka terhadap larangan menipu rakyat dan mempunyai jalan riwayat yang sahih daripada Bukhari dan Muslim.

Monday, May 9, 2011
Kisah Seorang Alim Dan Seorang Abid Tanpa Ilmu
Assalamualaikum...
Segala pujian bagi Allah, Tuhan kepada segala makhluk di muka bumi ini. Selawat dan salam buat kekasihku junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya masih lagi kita diberi pinjaman nyawa oleh Allah swt untuk menghirup udara yang segar pada hari ini dan selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah saw kerana berkat usaha baginda, barulah hari ini kita dapat merasa dua nikmat terbesar dalam kehidupan kita iaitu nikmat iman dan islam.

InsyaAllah pada kali ini saya ingin berkongsi satu kisah menarik yang telah disampaikan oleh
al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah tentang kisah sang alim dan sang abid tanpa ilmu. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) .
Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas.
Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina.
Bilamana dimasukkan si alim dan si abid di dalam bilik masing-masing yang sudah tersedia di dalamnya ketiga-tiga perkara tersebut. Maka kedua-duanya sebaik sahaja berhadapan dengan ketiga-tiga perkara yang diarahkan oleh Sang Raja melaksanakan salah satu daripadanya, masing-masing punya pemikiran dan cara penyelesaian yang berbeza.
Bagaimana Sang Alim dan Sang Abid ini menyelesaikannya? Saya akan ceritakan satu persatu mengikut turutan. Kita lihat dahulu apa yang difikirkan oleh Sang Abid dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut.
SANG ABID DAN PENYELESAIANNYA
Sebaik sahaja masuk di dalam bilik tersebut, Sang abid melihat ketiga-tiga perkara telah berada di hadapannya. Sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita cantik. Maka terlintas di dalam fikiran sang abid bahawa ketiga-tiga ini adalah dosa . Mengambil pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita cantik tersebut bagi mengelakkan zina adalah merupakan dosa yang besar. Berzina dengan wanita tersebut juga merupakan dosa yang besar. Perkara yang paling ringan sedikit berbanding membunuh dan berzina adalah minum arak. Maka , sang abid yang yakin dengan jalan penyelesaiannya terus mengambil botol arak dan meneguk isinya .
Apa yang berlaku seterusnya? Sebaik sang abid tersebut selesai minum arak, dia terus mabuk dan di dalam keadaan tersebut , dia menghampiri wanita cantik itu lalu mengajaknya bersetubuh dan akhirnya mereka berzina . Sebaik selesai berzina, sang abid sedar akan kesalahan yang dilakukannya . Bagi mengelakkan si wanita membongkarkan rahsianya, maka dia terus mengambil pisau dan membunuh wanita tersebut.
Maka , secara tidak sedar , Sang Abid telah melakukan ketiga-tiga perkara dosa tersebut secara sekaligus.
Bagaimana pula keadaan Sang Alim di bilik yang lain? Bagaimanakah dia menyelesaikannya?
Kita akan melihat pula bagaimanakah cara penyelesaian dan pemikiran Sang Alim tersebut.
SANG ALIM DAN PENYELESAIANNYA
Sebaik sahaja sang alim tersebut masuk ke dalam bilik itu, beliau tersentak dengan kewujudan ketiga-tiga perkara tersebut. Sang Raja telah mengarahkan agar melaksanakan salah satu daripada tiga perkara itu.
Sang Alim berfikir, “ Jika aku mengambil pisau dan membunuh wanita itu maka aku telah melakukan dosa membunuh. Membunuh adalah dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku berzina dengan wanita tersebut juga ianya merupakan dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku mengambil arak dan meminumnya maka itu juga merupakan dosa yang besar. Jadi bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku laksanakan?”
Sang Alim terfikir lagi , “ Jika aku meminum arak, akalku akan hilang dan kemungkinan aku akan laksanakan perkara yang aku tidak fikirkan. Maka jalan yang terbaik pada waktu sekarang adalah dengan aku mengambil pandangan di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu yang membenarkan seorang wanita tersebut mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kewujudan dan persetujuan walinya”
Maka sang alim terus pergi kepada wanita tersebut dan mengatakan kepadanya : “ Wahai wanita, sudikah kamu berkahwin denganku?
Wanita tersebut bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Sang Alim tersebut. Maka sang alim tersebut melafazkan lafaz nikah dan sang wanita bersetuju dan menerimanya. Maka secara hukumnya mereka telah berkahwin mengikut pendapat di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah rahimahullah.
Secara tidak langsung, sang alim telah menjauhkan dirinya daripada kesemua dosa tersebut. Beliau tidak membunuh, tidak minum arak dan berzina. Malah beliau mendapatkan perkara yang lebih besar daripada itu iaitu dengan berkahwin dengan wanita cantik tersebut.
Selesai perkara tersebut, Sang Raja tersenyum kerana akhirnya beliau dapat membuktikan tetap ilmu itu lebih mulia daripada segalanya. Tanpa ilmu seseorang itu akan tersilap melakukan penilaian yang terbaik.
Wallahu'alam.
Sumber
Sunday, May 1, 2011
Di Mana Bahagia?
Assalamualaikum
Segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia kekasih hati Nabi Muhammad SAW, penghulu kepada segala nabi dan rasul.
InsyaAllah kali ini saya tertarik untuk berkongsi satu cerita yang telah saya baca tentang di mana letaknya kebahagiaan. Moga-moga cerita ini mampu menjadi teladan buat kita semua dalam mencari kebahagiaan yang hakiki.
Di Mana Bahagia?
Seorang suami marah kepada isterinya dan dengan segera mengancam isterinya : "Aku akan lenyapkan kebahagiaanmu." Si isteri menjawab dengan tenang, "Anda tidak mampu melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana anda tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadaku."
Suami bertanya : "Mengapa aku tidak mampu melenyapkan kebahagiaanmu?
Isteri menjawab dengan penuh keyakinan : "Kalau seandainya kebahagiaanku terletak dalam perbelanjaan, tentu anda akan mampu menghilangkannya. Dan kalau terletak dalam pakaian dan perhiasan, tentu anda juga sanggup menahannya. Tetapi kebahagiaanku adalah sesuatu yang bukan milikmu dan tidak dapat kamu kuasai, baik kamu sendiri ataupun orang lain."
Suami bertanya dengan penuh kehairanan : "Di manakah kebahagiaanmu?"
Isteri menjawab dengan penuh keyakinan : "Sesungguhnya aku memperoleh kebahagiaan dalam keimananku. Dan imanku itu dalam hatiku. Tiada seorang pun yang dapat menguasai hatiku selain Allah."
(Petikan daripada buku Iman Dan Kehidupan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi)
Wednesday, April 27, 2011
Gurauan Kekasih
Anas r.a. menceritakan bahawa seorang lelaki badwi bernama Zahir, seorang yang buruk rupa parasnya tetapi sangat mulia akhlaknya serta sangat dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.
Sekiranya Zahir datang ke Madinah, beliau akan menghadiahkan Rasulullah s.a.w. barang-barang yang dibawa dari kampungnya. Apabila dia hendak pulang, Rasulullah s.a.w. akan membekalkan barang-barang keperluannya pula sambil baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Zahir orang kampong kita dan kita orang kotanya.”
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi ke tempatnya. Ketika itu dia sedang menjalankan urusan perniagaannya. Dengan perlahan-lahan Rasulullah s.a.w. datang dari belakang dan memeluknya kuat-kuta. Dia tidak menyedari bahawa yang memeluknya itu adalah Rasulullah s.a.w. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Rasulullah s.a.w. membiarkan saja Zahir meronta-meronta sehinggalah Zahir menoleh ke belakang dan didapati yang memeluknya itu adalah kekasihnya, Rasulullah s.a.w. Maka dengan bahagianya dia membiarkan belakangnya tersandar di dada Baginda.
Rasulullah s.a.w. masih tidak melepaskan pelukannya. Sebaliknya dengan keadaan tangannya yang mulia yang tetap memeluknya Zahir itu baginda berkata: “Siapa nak beli hamba ini? Siapa nak beli?”
Zahir yang memahami gurauan Rasulullah s.a.w. itu berkata: “Ya Rasulullah! Saya ini tak laku untuk dijual, saya barang yang tidak berharga!”. Lantas Nabi s.a.w. berkata kepada Zahir: “Tetapi kamu di sisi Allah berharga. Kamu mahal di sisi-Nya!” Musnad Ahmad
Masya-Allah! Demikianlah tingginya pekerti Nabi s.a.w. dan betapa kasihnya baginda kepada sahabatnya tanpa mengira kedudukan, rupa dan harta. Baginda menegaskan dengan perbuatan, bukan sekadar kata-kata bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.
Tuhan itu adil atau zalim?
Diceritakan bahawa seorang ibu telah datang menemui Nabi Daud a.s. lalu berkata:
Ibu – Wahai Nabi Allah! Adakah Tuhanmu zalim atau adil?
Nabi Daud – kenapa kamu ini wahai perempuan? Tuhan itu Maha Adil dan tidak pernah melakukan kezaliman! Apa yang telah berlaku ke atas dirimu?
Ibu – Aku seorang balu. Bersamaku tiga orang anak perempuan yang masih kecil. Aku menjaga mereka seorang diri dengan hasil tenunan tanganku. Semalam aku mengikat kemas-kemas tenunanku dalam sehelai kain berwarna merah dan membawanya ke pasar untuk dijual kemudian membeli barang-barang keperluan anak-anakku. Di pertengahan jalan, tiba-tiba seekor burung menyerangku, lantas menyambar tenunanku dan terbang entah ke mana. Kini tiada lagi yang tinggal untukku menyara anak-anakku.
Belum sempat Nabi Daud menjawab kata-kata ibu tersebut, tiba-tiba pintu diketuk dan Nabi mengizinkan orang yang mengetuk pintu itu masuk. Tetamu yang baru tiba itu terdiri daripada 10 orang saudagar yang di dalam tangan masing-masing terdapat wang sebanyak 100 dinar. Mereka berkata:
Saudagar – Wahai Nabi Allah, ambillah wang dinar ini dan berilah kepada orang yang berhak menerimanya!
Nabi Daud – Apa yang menyebabkan kamu menyerahkan wang ini kepadaku?
Saudagar – Wahai Nabi Allah, semalam kami berada di atas kapal layar untuk pergi berniaga. Tiba-tiba angin bertiub sangat kencang sehingga kapal layar kami hampir pecah dan kami hampir-hampir akan karam. Tiba-tiba seekor burung mencampakkan sehelai kain berwarna merah yang terdapat di dalamnya hasil tenunan. Maka kami gunakan kain dan benang itu untuk mengikat kapal layar kami dan menampung kebocorannya. Dengan itu kami dapat mengharungi angin rebut itu dengan selamat. Kami telah bernazar dengan Nama Allah bahawa setiap orang daripada kami mengeluarkan 100 dinar sebagai sedekah kerana Allah. Dan inilah wang tersebut. Ambillah dan berilah kepada sesiapa yang berhak pada pandangan Nabi.
Nabi Daud a.s. berpaling kepada ibu tadi seraya berkata:
Nabi Daud – Tuhan yang berniaga untuk kamu di darat dan di laut, sedang kamu menuduh-Nya zalim? Ambillah wang ini dan belanjakannya untuk anak-anakmu.

Keimanan Para Sahabat ra Dalam Tiga Peristiwa (Badar, Uhud Dan Baiah Ridhwan)
1. Para Sahabat RA sanggup mati untuk menyelamatkan Agama Islam.
2. Keberanian Para Sahabat RA dalam memperjuangkan Islam dan menghadapi musuh Allah.
3. Kesungguhan Para Sahabat RA dalam memperjuangkan Islam
4. Keyakinan dan kecintaan terhadap Rasulullah SAW
- Saidina Umar al Khattab berikrar supaya bersama dengan Baginda SAW berhadapan dengan apa sahaja rintangan, di dalam Perang Badar. Manakala Saad bin Muaz pula sanggup berperang walaupun kekurangan kelengkapan, sekiranya itu adalah perintah Baginda SAW
- Saidina Ali, Hamzah dan Ubaidah bingkas bangun apabila diberi arahan untuk beradu kekuatan dengan pahlawan Musyrikin di dalam Perang Badar
- Beberapa orang yang masih muda, telah disuruh supaya pulang kerana kemampuan mereka yang kurang dalam Perang Uhud. Mereka ialah Abdullah bin Umar al Khattab, Usamah bin Zaid, Usaid bin Zahir, Zaid bin Thabit, Zaid bin Arqam dan beberapa orang lagi.
- Samurah, seorang muda telah menunjukkan kehebatannya di hadapan Rasulullah, semata-mata untuk turut serta dalam peperangan. Hasilnya beliau dibenarkan walaupun umurnya masih muda.
- Anas bin an Nadr tetap meneruskan perang walaupun umat Islam lemah disebabkan berita kewafatan Baginda SAW. Saad bin Muaz bertanya kepadanya : Ke mana kamu hendak pergi? Beliau menjawab : Ah, bau syurga wahai Saad. Aku menghidu baunya di sebali Uhud. Beliau syahid dengan 80 kesan tusukan dan rupa jezanahnya tidak dapat dikenali.
- Mus’ab bin Umair terputus dua belah tangannya kemudian dipancung semata-mata untuk menyelamatkan panji tentera Islam. Ini kerana, panji tersebut merupakan nyawa bagi perjuangan di dalam Perang Uhud ini.
- Abu Sinan al Asadi dan beberapa orang sahabat yang lain, sanggup berikrar setia untuk sanggup mati dalam memperjuangkan Islam, di dalam peristiwa Bai’ah ar Ridhwan.
2. Keberanian Para Sahabat RA dalam memperjuangkan Islam dan menghadapi musuh Allah.
- Saidina Hamzah syahid dalam Perang Uhud sebagai seorang pahlawan. Beliau dibunuh secara curi-curi. Keberaniannya di dalam Perang Badar dan Uhud tidak dapat dihalang oleh sesiapa.
- Auf bin Harith menerjah ke pihak musuh tanpa memakai baju besi kerana berani untuk syahid di jalan Allah, walaupun pada mulanya beliau memakainya.
- Muaz bin Amru dan Mu’awwidh bin Afra telah membunuh Abu Jahal, dan ketika itu mereka berdua terlalu muda. Akhirnya Muaz terputus tangannya, dan Mu’awwidh pula terbunuh.
- Abu Dujanah memakai serban merahnya di dalam Perang Uhud, sebagai tanda keberaniannya berhadapan musuh, dan kesanggupannya untuk mati di jalan Allah.
- Az Zubair menerkam Talhah bin Abi Talhah yang berada di atas kuda. Beliau mencabar umat Islam di awal Perang Uhud, sehingga menyebabkan kepalanya dipancung oleh az Zubair disebabkan keangkuhannya.
- Talhah bin Ubaidillah mengalami 35 tusukan dan jari jemarinya terputus kerana berhadapan dengan 11 tentera Musyrikin sekaligus ketika melindungi Baginda SAW di dalam Perang Uhud.
- Saidina Uthman al Affan sanggup menjadi Duta kepada Rasulullah SAW untuk berbincang dengan pimpinan Quraisy di dalam peristiwa Bai’ah ar Ridhwan, sedangkan nyawanya dalam keadaan terancam.
3. Kesungguhan Para Sahabat RA dalam memperjuangkan Islam
- Umair bin al Hammam baru sahaja ingin memakan beberapa biji kurma, tetapi apabila mengetahui bahawa dia telah dijanjikan syurga, segera dia ke medan Peperangan Badar, tanpa menghiraukan kurma tadi.
- Apabila hampir terjadinya Perang Uhud, Hamzah berkata : Demi Tuhan yang menurunkan al Quran kepadamu, aku tidak akan menjamah makanan melainkan setelah aku libas mereka (orang kafir) dengan pedangku ini di luar Madinah (Uhud)
- Abdullah bin Haram memaki dan menghina golongan munafik yang berpaling tadah daripada menyertai tentera Islam dalam Perang Uhud, setelah diperingatkan berkali-kali.
- Hanzalah yang baru sahaja berkahwin, apabila mendengar seruan berperang di Uhud, segera ditinggalkan isterinya walaupun sedang berada dalam keadaan berjunub. Lalu beliau digelar Hanzalah al Ghasil kerana beliau dimandikan oleh para Malaikat.
- 9 Orang daripada 50 pasukan pemanah di dalam Perang Uhud, tidak terpengaruh dengan harta material yang berada di hadapan mata. Ini kerana mereka mengikut arahan oleh Rasulullah SAW supaya tidak meninggalkan posisi mereka.
- Thabit bin Dahdah memperingatkan kepada orang Islam setelah tersebarnya berita kewafatan Baginda SAW : Wahai sekalian kaum Ansar, kalau benar Muhammad telah terbunuh, sesungguhnya Allah hidup dan tidak mati... Akhirnya beliau terbunuh di tangan Khalid al Walid yang masih kafir ketika itu.
- Salamah bin al Akwa’ berbai’ah sebanyak tiga kali untuk berjuang bersama Islam dan menghadapi sebarang ancaman di dalam peristiwa Bai’ah ar Ridhwan.
4. Keyakinan dan kecintaan terhadap Rasulullah SAW
- Ukasyah bin Mihsan telah terpatah pedangnya di dalam Perang Badar. Lalu Baginda SAW memberikan sebatang kayu supaya dia menggunakannya untuk berperang. Setelah menghayun beberapa kali kayu tersebut, ia bertukar menjadi sebilah pedang. Pedang inilah yang digunakannya di setiap peperangan.
- Saad bin Muaz, Usaid bin Hudair, dan Saad bin Ubadah bertindak sebagai pengawal Baginda SAW sebagai persediaan menghadapi serangan hendap musuh sebelum Perang Uhud.
- Ketika bermalam di antara Uhud dan Madinah, Muhammad bin Maslamah seorang jaguh telah dilantik sebagai pengawal khas Baginda SAW.
- Abu Dujanah membenteng dirinya semata-mata untuk melindungi Rasulullah SAW di dalam Perang Uhud.
- Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar al Khattab dan Saidina Ali yang berada di barisan hadapan di dalam Perang Uhud, segera meluru ke belakang apabila mendapati keselamatan Baginda SAW dalam bahaya disebabkan serangan melalui belakang oleh pihak musuh.
- 9 orang yang bersama Baginda SAW berjuang bermati-matian sehingga 7 daripadanya terkorban Ketika itu Nabi SAW sedang dikepung oleh tentera berkuda.
- Saad bin Abi Waqas dan Talhah bin Ubaidillah melindungi Nabi SAW berhadapan dengan tentera berkuda sehinggalah para sahabat yang lain datang memberikan bantuan di saat genting ini.
Badar Dalam Ingatan
Perang Badar adalah peperangan pertama yang dilalui oleh umat Islam. Ia berpunca daripada sekatan ekonomi dan rampasan harta penduduk Islam di Mekah. Pada Jamadil Awal dan Jamadil Akhir 2 Hijrah bersamaan November dan Disember 623 Masihi, pedagang Quraisy, Abu Sufian, bergerak ke Syam dengan membawa harta kekayaan milik mereka untuk diniagakan bersama 40 orang pengawal.
Lalu, Nabi SAW mengambil kesempatan ini untuk membuat serangan kepada mereka bertujuan melumpuhkan ekonomi mereka. Bahkan harta yang didagangkan oleh mereka, antaranya hasil daripada rampasan terhadap umat Islam sendiri. Lalu, Baginda SAW cuba membuat sekatan di Zil Usairah. Namun, pedagang Quraisy sudah pun melepasi kawasan tersebut.
Namun, kesempatan sekali lagi diambil ketika pedagang Quraisy dalam perjalanan pulang dari Syam. Lalu Baginda SAW mengutuskan Talhah bin Ubaidillah dan Sa’id bin Zaid sebagai perisik. Setelah mengetahui kedudukan, lokasi dan laluan mereka, Rasulullah SAW bersedia dengan tentera seramai 313, 314, atau 317 orang, dan 82, 83 atau 86 orang.
Mereka bergerak dengan sederhana, iaitu tanpa kelengkapan, 2 ekor kuda dan 70 ekor unta. Setelah selesai bersiap, mereka mula bergerak ke Badar. Abu Sufian agak berhati-hati kerana bimbangkan sebarang serangan. Beliau telah dimaklumkan bahawa Rasulullah telah pun menghantar pasukan untuk berhadapan dengannya.
Beliau segera mengupah Damdam bin Amru untuk meminta bangsa Quraisy menghantar tentera untuk menjejaki Rasulullah dan tentera. Tentera Mekah seramai 1300 orang, di antaranya ialah 100 ekor kuda, dan 600 pejuang yang memakai baju besi.
Tetapi di pertengahan jalan, iaitu di al Juhfah, mereka menerima surat daripada Abu Sufyan bahawa keselamatannya terjamin, dan tidak perlu menghantar apa-apa bantuan. Tetapi Abu Jahal masih ingin meneruskan perjalanan ke Badar, dan mengadakan pesta di sana.
Namun, pandangannya tidak dipersetujui oleh sebahagian pembesar. Ini menyebabkan Bani Zuhrah mengambil pendekatan dengan kembali pulang ke Mekah mengikut arahan ketua mereka. Maka, tentera Musyrikin yang berbaki meneruskan perjalanan ke Badar.
Apabila berita kedatangan tentera Musyrikin ini sampai kepada Baginda SAW, Baginda SAW mengadakan perbincangan, kerana situasi yang agak merbahaya dengan kekuatan tentera Islam yang ada. Namun, sidang perbincangan tertinggi bersetuju untuk meneruskan peperangan.
Setelah itu, Nabi SAW mengatur strategi dengan menyusun tentera Islam di tempat yang strategik. Mereka telah tiba di kawasan tersebut lebih awal, dan berlakulah pertemuan di Badar yang menyaksikan pertempuran yang dahsyat di sana.
Peperangan bermula dengan beradu kekuatan di antara dua pihak. Ubaidah bin al Harith berjaya membunuh Utbah bin Rabi’ah, Hamzah membunuh Shaybah bin Rabi’ah, dan Saidina Ali membunuh al Walid bin Utbah. Ketiga-tiganya ialah orang ternama di kalangan Musyrikin.
Setelah ketiga-tiga orang ternama ini terbunuh, tentera Musyrikin semakin marah dengan Islam, lalu peperangan pun tercetus. Pada permulaan peperangan ini, tentera Islam hanya bertahan, sehinggalah sampai satu ketika, arahan dikeluarkan untuk melakukan serangan balas.
Ketika serangan balas dibuat, serangan tentera Musyrikin mula tumpul, disebabkan serangan mereka yang terlalu bertenaga pada permulaannya. Di dalam peperangan ini juga, tentera Malaikat turun membantu Islam, dan menyaksikan kekalahan yang teruk di pihak Musyrikin.
Ketika tentera Islam membuat serangan balas, pertahanan tentera Musyrik semakin bolos, dan akhirnya berjaya dibolosi sehinggalah sampai kepada Abu Jahal yang dibenteng dengan pertahanan yang ramai. Tetapi akhirnya Abu Jahal telah dibunuh oleh dua orang kanak-kanak iaitu Muaz bin Amru dan Mu’awwidh bin Afra.
Muaz bin Amru berperang sehingga terputus tangannya, dan Mu’awwidh syahid setelah kedua-duanya berjaya membunuh Abu Jahal. Tetapi, di akhir peperangan, Abu Jahal masih hidup, dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Lalu Abdullah bin Mas’ud memancung lehernya.
Demikianlah serba ringkas kisah Perang Badar, dan hasil daripada peperangan tersebut telah menyebabkan kafir Quraisy mengalami kerugian yang teruk. Tentera Musyrikin telah terbunuh seramai 70 orang, dan kebanyakannya di kalangan pembesar mereka, dan 70 orang lagi ditawan. Manakala tentera Islam, seramai 6 orang dari kalangan Muhajirin yang terkorban, dan 8 orang dari kalangan Ansar.

Perang Uhud : Pengajaran Buat Umat Islam
Perang Uhud berlaku pada 17 Syawal, 3 Hijrah. Ia berpunca daripada dendam pihak Quraisy Mekah terhadap kekalahan mereka di Perang Badar, Sariyyah Zaid bin Harithah dan beberapa peristiwa lagi, yang menyebabkan banyak kerugian yang dialami oleh mereka, dan terbunuhnya beberapa orang kenamaan di kalangan mereka.
Untuk melancarkan perang kepada umat Islam di Madinah, mereka telah membuat tawaran kepada puak-puak lain seperti Habsyah, Kinanah dan Tihamah, dengan menawarkan sejumlah wang. Mereka juga sanggup mengeluarkan kos yang tinggi untuk membantu dalam peperangan terhadap umat Islam ini. Antaranya mereka menjual 1000 ekor unta dan 50 000 dinar.
Tentera Quraisy mengumpulkan sebanyak 3000 orang dari kalangan mereka, orang-orang Habsyah, dan lain-lain. Mereka menggunakan 3000 ekor untuk sebagai pengangkutan logistik, 200 ekor kuda tempur dan 700 baju besi.
Abbas bin Abd Muthalib menghantar utusan kepada Rasulullah tentang hal tersebut. Utusan tersebut bergerak pantas ke Madinah sehingga dapat sampai ke sana dalam masa 3 hari, sedangkan jaraknya ialah 500 km. Setelah berita tersebut sampai, umat Islam berada dalam keadaan berjaga dan berwaspada dengan sebarang kemungkinan.
Dalam pada itu, Nabi SAW mengadakan mesyuarat tergempar bersama majlis tertinggi untuk membincangkan strategi tersebut. Ahli mesyuarat bersetuju untuk mengadakan pertempuran di luar Madinah, iaitu Uhud. Sementara tentera Islam, sedang bersiap sedia dengan kelengkapan yang ada.
Tentera Islam seramai 1000 orang, 400 daripadanya berbaju besi, dan 50 menggunakan kuda tempur. Tentera Islam mulakan perjalanan dan bermalam di antara Uhud dan Madinah. Seramai 50 orang diminta berkawal yang diketuai oleh Muhammad bin Maslamah al Ansari yang merupakan pahlawan handal, dan juga pengawal peribadi Baginda SAW.
Keesokan paginya, mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka bertemu dengan musuh. Ketika itu, Abdullah bin Ubay berpaling tadah, lalu menarik kira-kira 300 orang dari kalangan mereka, supaya tidak turut berperang. Bani Harithah mula merasa lemah semangat dengan tindakan itu. Tetapi umat Islam yang lain masih teguh untuk terus berperang dengan bilangan sekitar 700 orang sahaja.
Seramai 700 orang, tentera Islam menggunakan jalan pintas menuju ke Bukit Uhud dengan melalui kebun dan lembah. Sehinggalah mereka menghadap Madinah, dan Quraisy terkepung di antara Madinah dan tentera Islam. Seramai 50 orang telah ditugaskan sebagai pemanah, yang berada di atas Bukit Uhud, untuk menutup laluan yang membolehkan tentera Islam diserang dari belakang.
Peperangan tercetus disebabkan cabaran Talhah bin Abi Talhah yang merupakan “Kambing Jantan” tentera Quraisy dan juga pemegang panji mereka. Akhirnya dia dibunuh, dan digantikan beberapa kali. Malangnya, kesemua yang menyambar panji tersebut dibunuh.
Maka, tercetuslah peperangan yang sengit di antara kedua-dua pasukan. 700 tentera Islam telah menyebabkan tentera Musyrikin kucar-kacir, dan mereka hampir-hampir kalah. Sehinggakah mereka lari meninggalkan pertempuran. Setelah itu, pasukan pemanah sebanyak 50 orang tadi, mula meninggalkan posisi mereka disebabkan ingin mengaut harta rampasan perang.
Tetapi yang masih tidak berganjak hanya 9 orang sahaja. Ini membolehkan Khalid al Walid yang berada di bahagian belakang, membuat serangan. Ini kerana mereka tidak dapat melakukannya sebelum itu disebabkan serangan balas pasukan pemanah. Pasukan berkuda ini berjaya membunuh 9 orang pasukan pemanah yang berbaki, dan menyerang tentera Islam dari belakang.
Maka, tentera Islam berkecamuk apabila mendengar seruan musuh daripada belakang, sehinggakan mereka tidak dapat membezakan antara musuh dan kawan yang berada di lapisan belakang. Nabi SAW yang berada di belakang terdedah dengan serangan, dan seramai 9 orang bersama Baginda SAW ketika itu.
Dalam masa yang sama, tentera Musyrikin yang sudah bertempiaran tadi, kembali ke tempat asal apabila mendapati tentera Islam diserang daripada belakang oleh tentera berkuda. Mereka kembali mendapatkan panji mereka, dan melancarkan serangan semula. Ketika inilah tentera Islam berpecah, dan tidak tentu arah, melainkan beberapa orang yang berbaki.
Apabila mendapat tahu keselamatan Baginda SAW terdedah, beberapa sahabat Baginda SAW yang berada di barisan hadapan, segera berundur mendapatkan Baginda SAW. Orang yang paling awal sampai kepada Baginda SAW ialah Saidina Abu Bakar RA. 9 orang yang bersama Baginda SAW telah dibunuh 7 orang daripadanya. 2 orang yang berbaki tersebut ialah Talhah bin Ubaidillah dan Saad bin Abi Waqas.
Beberapa orang lagi tiba mendapatkan Baginda SAW. Mus’ab bin Umair yang mempunyai rupa paras seperti Baginda SAW, datang mempertahankan Baginda SAW. Ketika itu beliau memegang panji tentera Islam. Ibnu Qam’ah datang membunuh beliau, dan disangkanya dia telah berjaya membunuh Baginda SAW.
Lalu, dia pun menghebohkan kepada orang ramai bahawa Baginda SAW telah berjaya dibunuh. Tentera Islam yang sudah berpecah, kembali tidak bersemangat. Namun, disebabkan kata-kata semangat beberapa orang, mereka kembali bangun, dan meneruskan peperangan.
Setelah beberapa orang mendapatkan Baginda SAW, Baginda SAW menyusun strategi supaya kembali berundur ke Bukit Uhud. Nabi SAW meluru ke arah tentera Musyrikin bersama tentera Islam yang lain, sehinggalah mereka berjaya menembusi barisan tentera Musyrikin yang sudah menyangkan Nabi SAW sudah dibunuh.
Setelah mereka berjaya berada di Bukit Uhud, tentera Musyrikin masih lagi ingin membuat serangan. Namun, usaha mereka telah digagalkan oleh tentera Islam yang berbaki. Abu Sufyan yang pada mulanya menyangka bahawa Nabi SAW sudah dibunuh, akhirnya sedar bahawa Baginda SAW masih hidup ketika itu.
Setelah gagal membuat serangan kepada umat Islam yang berbaki, yang berada di atas bukit, akhirnya mereka beransur pulang. Setelah itu, para Syuhada’ dikumpulkan dan peperangan ini menyaksikan kematian yang besar. Syuhada dari kalangan Muhajirin seramai 4 orang, 65 orang dari kalangan Ansar, dan seorang Yahudi yang mengetahui kewajipan melindungi Rasulullah berdasarkan perjanjian yang telah dibuat sebelum ini.

Tuesday, April 26, 2011
Muhasabah Diri : Kisah RM10
"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan.
Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.
"Kenapa, ayah?" tanyanya.
"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.
"Koyak duit itu sehingga lumat."
Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen.
"Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya.
Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya.
Ruslan mengira jumlah pendapatan hasil jualan itu dan mendapati kesemuanya bernilai RM10. Dia menyerahkan duit itu kembali kepada Ameen kemudian berkata,
"Sekarang kamu koyak duit-duit kertas ini."
"Apa?!" Ameen ternyata sangat terkejut.
Setelah banyak dia berkorban untuk mendapatkan hasil jualannya, senang-senang saja ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit jualan itu.
"Tak mahu! Ini hasil titik peluh saya! Mustahil saya akan mengoyaknya!"
***
Mengapa pelik anak kecil bernama Ameen itu? Ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit yang sama nilainya. Tetapi, Ameen tidak rela mengoyak duit kedua berbanding duit pertama yang diperolehinya. Itulah tamsilannya dalam dunia umat Islam sekarang.
Agama Islam memerlukan pengorbanan. Dengan adanya pengorbanan, seseorang akan berasa memiliki beragama. Kita lihat kisah sebentar tadi. Disebabkan RM10 yang diberikan Ruslan diperolehi Ameen tanpa usaha (pengorbanan), maka Ameen langsung tidak marah ketika mengoyaknya. Tetapi ketika RM10 yang diperoleh dari pengorbanan, susah payah, dan keringat Ameen menjual ais potong, maka dia berasa sangat marah apabila disuruh mengoyaknya.
Hari ini agama Islam yang kita anuti pada umumnya ialah Islam warisan orang tua kita. Kita menganutinya secara langsung sejurus selepas lahir tanpa melakukan pengorbanan. Sehingga ketika agama kita diganggu oleh kekuatan kafir yang mungkar dan zalim, umat Islam hari ini tenang-tenang sahaja. Ketika Islam berganti wajah dan baju mengikuti Yahudi dan Nasrani pun, umat Islam hanya berdiam saja.
Bahkan saat haraga diri umat Islam diinjak-injak oleh kekuatan batil melalui gerakan permurtadan oleh zionis Yahudi dan missionaris Kristian, umat Islam hanya berpeluk tubuh. Seandainya proses mendapatkan Dinul Islam ini diperoleh dengan pengorbanan diri dan harta melalui perjuangan dan jerih kepayahan, maka kewibawaan agama Islam akan terjaga. Jika ada puak-puak yang cuba mengusik agama apatah lagi bermaksud untuk menghancurnya, dengan spontan umat Islam akan bergerak membelanya.
Mari kita renung firman ALLAH SWT dalam Surah as-Shaf 61:10-11 yang berbunyi:
"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui ( hakikat yang sebenarnya )".
Seterusnya, Rasulullah SAW ada bersabda:
قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ أَفْضَلُ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤْمِنٌ يُجَاهِدُ فِى سَبِيْلِ اللهِ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، قَالُوْا ثُمَّ مَنْ قَالَ مُؤْمِنٌ فِى شِعْبٍ مِنَ الشِّعَابِ يَتَّقِى اللهَ وَيَدَعُ النَّاسَ مِنْ شَرِّهِ
Ditanya orang akan Rasulullah SAW,
" Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah SAW "Orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri." Mereka berkata : "Siapa kemudian?" Bersabda Rasulullah SAW "Orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan." (Hadis Riwayat Bukhari)
Nabi Ibrahim Menguji Menantunya
Pada suatu hari, nabi Ibrahim as datang ke Mekah bertujuan untuk menziarahi anaknya Ismail. Ketika baginda tiba, nabi Ismail tiada di rumah sebaliknya ada seorang perempuan yang tidak dikenalinya dalam rumah itu. Perempuan itu merupakan menantunya sendiri tetapi baginda memang tidak mengenalinya dan perempuan itu pun tidak mengenali bapa mertuanya iaitu nabi Ibrahim. Tanpa berlengah baginda bertanya kepada perempuan itu tentang nabi Ismail. Perempuan itu memberitahu bahawa nabi Ismail keluar memburu. Apabila disoal tentang suasana kehidupan mereka maka perempuan itu menjawab : " Kami hidup susah dan kesempitan". Nabi Ibrahim bertanya lagi : " Adakah kamu mempunyai tetamu? Adakah kamu mempunyai bekalan makanan dan minuman?". Jawab perempuan tadi :" Kami tidak mempunyai tetamu dan kami juga tidak mempunyai bekalan makanan dan minuman".
Melihat dan memerhati kepada tingkah laku serta jawapan yang diberikan oleh perempuan itu maka nabi Ibrahim mendapati bahawa perempuan itu merupakan seorang tidak berakhlak mulia serta selama ini tidak pernah senang hati hidup bersama nabi Ismail. Dia juga bersifat bakhil dan tidak menghormati tetamu. Sebelum bertolak pulang maka nabi Ibrahim berpesan kepada perempuan tadi yang juga merupakan menantunya : " Sampaikan salamku kepada suamimu dan pesanlah kepadanya agar menukar bingkai pintu rumahnya".
Sebaik sahaja nabi Ibrahim meninggal rumah itu maka pulanglah nabi Ismail dalam keadaan seperti orang yang merasakan sesuatu telah berlaku sepanjang sepeninggalannya pergi memburu. Lalu baginda bertanya kepada isterinya :" Adakah ada seseorang datang menziarahimu?". Jawab isterinya :" Ya! ada iaitu seorang tua begini sifatnya telah datang menziarahi dan telah menyoalku tentang dirimu. Aku telah menerangkan segala apa yang berlaku kepadanya". Baginda bertanya lagi :" Adakah dia meninggalkan sebarang pesanan kepadamu?". Jawab isterinya : "Ya! dia telah berkirim salam kepadamu dan meminta aku memberitahumu agar engkau menukar bingkai pintu rumahmu". Mendengar jawapan daripada isterinya lantas nabi Ismail menjelaskan kepadanya :" Itulah dia bapaku dan dia telah memerintahkan aku supaya berpisah denganmu dan pulanglah kepada keluargamu semula". Nabi Ismail terus menceraikan isterinya dan mengahwini perempuan yang lain.
Setelah berlalu beberapa lama masa maka nabi Ibrahim datang semula ke Mekah untuk menziarahi anaknya Ismail. Kali ini sebagaimana yang pernah berlaku ketika penziarahannya yang dulu yang mana nabi Ismail tiada di rumah. Baginda mendapati ada seorang perempuan yang baru dalam rumah anaknya. Perempuan itu menyambut kedatangannya dengan penuh hormat dan diberi layanan yang baik. Nabi Ibrahim bertanya perempuan itu yang juga merupakan menantunya yang baru : " Adakah kamu mempunyai tetamu?". Jawab perempuan itu :" Ya! iaitu engkau". Kemudian baginda bertanya mengenai kehidupan mereka berdua lalu perempuan itu menjawab :" Kami berada dalam keadaan baik dan bahagia". Sambil itu dia memuji-muji Allah. Sebelum pulang nabi Ibrahim berpesan kepada perempuan itu : " Apabila suamimu pulang maka sampaikan salamku kepadanya dan beritahunya supaya terus kekalkan bingkai pintu rumahnya". Kemudian nabi Ibrahim berlalu pergi.
Setelah nabi Ismail tiba di rumahnya maka isterinya telah menceritakan bahawa ada seorang tua yang datang menziarahinya sepanjang ketiadaannya. Dia memberithu tentang rupa bentuk dan sifat lelaki tua itu serta menyampaikan salam dan pesanan daripada lelaki tua itu kepada nabi Ismail. Mendengar penjelasan yang diberikan oleh isterinya lalu nabi Ismail dengan gembira memberitahu :" Dia merupakan bapaku dan dia berpesan agar menjagamu dan jangan menceraikanmu". Nabi Ismail terus hidup bersama isterinya itu sehinggalah beranak cucu.

Monday, April 25, 2011
Kisah Tiga Orang Bani Israel
Ada tiga orang dari Bani Israel. Seorangnya ditimpa penyakit kusta, seorangnya berpenyakit gugur rambut dan seorang lagi buta. Maka Allah telah menguji ketiga-tiganya dengan mengutus kepada mereka seorang Malaikat.
Malaikat tersebut telah mendatangi orang yang berpenyakit kusta dan bertanya kepadanya: Apakah yang paling engkau sukai? Orang itu menjawab: Warna yang elok serta kulit yang baik dan sembuh dari kotoran yang menyebabkan manusia memandang jelek kepadaku. Maka Malaikat tersebut menyapu tempat sakitnya lalu hilanglah penyakit itu dan diberi warna serta kulit yang baik. Malaikat bertanya lagi: Harta apakah yang paling engkau sukai? Dia menjawab: Unta. Maka dia diberikan unta yang mengandung sepuluh bulan. Orang itu mendoakan semoga Allah memberkati perbuatannya itu.
Kemudian Malaikat tersebut telah datang menemui orang yang berpenyakit gugur rambut lalu bertanya: Apakah yang paling engkau sukai? Dia menjawab: Rambut yang elok dan sembuh dari penyakit yang menyebabkan manusia memandang jelek kepadaku. Malaikat menyapu tempat sakitnya lalu hilanglah penyakitnya dan diberikan rambut yang baik. Malaikat bertanya lagi: Harta apakah yang paling engkau sukai? Dia menjawab: Lembu. Maka dia diberikan seekor lembu yang sedang bunting. Dia mendoakan keberkatan dari Allah atas perbuatannya.
Kemudian Malaikat tersebut mendatangi pula seorang yang buta lalu bertanya: Apakah yang paling engkau sukai? Dia menjawab: Aku ingin Allah mengembalikan penglihatanku semoga aku dapat melihat manusia. Malaikat menyapu matanya, maka Allah mengembalikan penglihatan kepada beliau. Malaikat itu bertanya lagi: Harta apakah yang amat engkau sukai? Dia menjawab: Kambing biri-biri maka dia diberikan seekor biri-biri yang telah melahirkan anak.
Maka kedua-dua lelaki berpenyakit kusta dan yang tiada rambut menguruskan kelahirkan unta dan lembu begitu juga halnya dengan lelaki buta. Selepas sekian lama, maka bagi lelaki yang berpenyakit kusta telah memiliki satu lembah dari unta, bagi lelaki yang berpenyakit gugur rambut telah memiliki satu lembah dari lembu dan bagi lelaki yang buta telah memiliki satu lembah dari kambing biri-biri.
Kemudian Malaikat tersebut mendatangi lelaki yang berpenyakit kusta dengan jelmaan sebagaimana keadaan lelaki itu sebelumnya dan dia mengadu kepada lelaki tersebut: Aku seorang lelaki miskin yang telah kehabisan bekalan semasa aku bermusafir. Aku tidak mempunyai tempat untuk mengadu pada hari ini melainkan kepada Allah dan kepada engkau. Aku memohon dari mu demi Yang telah memberikan kepadamu warna serta kulit yang baik dan juga harta seekor unta yang boleh membantu aku meneruskan perjalanan sepanjang musafirku. Maka lelaki itu menjawab: Aku mempunyai banyak tanggungan, menyebabkan aku tidak boleh memberikannya kepadamu.
Malaikat itu berkata kepada lelaki itu: Aku rasa aku mengenalimu. Tidakkah engkau dahulunya berpenyakit kusta dan manusia memandang jelek kepadamu? Tidakkah engkau seorang yang fakir lalu Allah mengurniakan kepadamu harta? Lelaki itu menjawab: Aku mewarisi harta ini dari warisan orang tuaku. Malaikat itu berkata: Sekiranya kamu berdusta Allah akan menjadikan keadaan kamu sebagaimana kamu sebelum ini.
Kemudian Malaikat tersebut mendatangi pula orang yang berpenyakit gugur rambut seperti lelaki tadi dan bertanya seperti dia bertanya kepada lelaki berpenyakit kusta, keadaannya sama seperti yang berlaku ketika Malaikat tersebut meminta dari lelaki yang berpenyakit kusta. Malaikat berkata: Sekiranya kamu berdusta Allah akan menjadikan keadaan kamu sebagaimana kamu sebelum ini.
Kemudian Malaikat itu mendatangi pula lelaki yang buta dengan jelmaan seperti seorang yang buta lalu mengadu: Aku seorang lelaki pengembara yang miskin. Aku telah kehilangan kenderaan semasa musafir, maka aku tidak mempunyai tempat untuk mengadu melainkan kepada Allah dan kepada engkau. Aku memohon darimu demi Yang telah mengembalikan penglihatanmu seekor kambing biri-biri yang boleh membantu aku meneruskan perjalananku. Lelaki itu berkata: Aku sebelum ini adalah seorang yang buta, Allah telah mengembalikan penglihatanku, oleh itu ambillah apa yang engkau mahu dan tinggal apa yang engkau tidak mahu. Demi Allah, aku tidak akan menegah dan mengungkit kembali pemberianku kepada kamu untuk mengambil apa yang engkau kehendaki kerana Allah. Malaikat berkata: Jagailah hartamu. Sesungguhnya kamu semua telah diuji oleh Allah. Allah telah meredhai kamu dan membenci dua orang sahabatmu.

Balasan Mencari Keredhaan Allah
Pada suatu ketika, ada tiga orang sedang dalam perjalanan, tiba-tiba mereka ditimpa hujan lebat. Kerana itu mereka masuk ke dalam gua sebuah bukit. Tiba-tiba dari puncak bukit jatuh sebuah batu besar menutup rapat pintu gua itu sehingga mereka terkurung di dalamnya dan tidak dapat keluar. Maka berkata mereka sesamanya, “Marilah kita mengingati amal soleh yang pernah kita lakukan kerana mencari redha Allah. Berdoalah kepada Allah Ta’ala mudah-mudahan kerana amal soleh kita itu Allah membukakan pintu bagi kita.
Maka berdoalah orang pertama: “Wahai Allah! Aku mempunyai ibu bapa yang keduanya sudah tua, seorang isteri dan beberapa anak yang masih kecil-kecil yang kesemuanya menjadi tanggungan ku. Bila aku pulang dari gembala ku perah susu untuk mereka dan yang pertama-tama ku beri minum ialah ibu bapa ku yang sudah tua itu, setelah itu baru anak-anak ku. Pada suatu hari aku terlambat pulang dari mencari kayu api. Sampai di rumah hari sudah petang dan ku dapati kedua orang tua ku sudah tidur. Seperti biasa lebih dahulu ku perah susu lalu ku bawa untuk orang tua ku. Aku berdiri dekat kepala mereka dan tidak sampai hati membangunkan keduanya dari tidur mereka yang nyenyak. Dan aku tidak mahu memberikan susu itu kepada anak-anak ku sebelum kedua orang tua ku meminumnya terlebih dahulu. Padahal anak-anak ku yang masih kecil-kecil itu menangis di kaki ku meminta susu. Demikianlah, aku dan anak isteri ku sentiasa dalam keadaan demikian sampai terbit fajar (menunggu kedua orang tua ku bangun). Wahai Allah! Engkau tahu bahawa aku berbuat demikian kerana mencari keredhaan Engkau. Maka tolonglah bukakan pintu gua ini bagi kami supaya kami dapat melihat langit”. Lalu dibukakan Allah pintu gua itu sedikit sehingga mereka dapat melihat langit.
Kemudian berdoa orang kedua: “Wahai Allah! Aku mempunyai seorang pakcik dan pakcik ku itu mempunyai seorang anak gadis. Aku sangat mencintai anak gadis pakcik ku seperti lazimnya cinta seorang pemuda kepada seorang dara. Lalu ku minta dia menjadi isteri ku, tetapi dia menolak permintaan ku sebelum aku menyerahkan kepadanya seratus dinar. Maka dengan susah payah aku kumpulkan wang seratus dinar, lalu ku berikan kepadanya. Ketika aku hendak menyetubuhinya dia berkata kepada ku, “Hai, Abdullah! Takutlah kepada Allah! Jangan engkau buka cincin (kegadisan) melainkan dengan cara yang sah (nikah)”. Mendengar kata-katanya itu aku terus berdiri dan pergi meninggalkannya. Wahai Allah! Engkau tentu tahu aku melakukan yang demikian itu kerana berkehendakkan redha-Mu. Kerana itu tolonglah bukakan pintu gua ini bagi kami”. Maka terbukalah pintu gua sedikit.
Kemudian orang ketiga berdoa pula: “Aku pernah mengupah seseorang membuat peti tempat padi. Ketika pekerjaannya sudah selesai, dia minta upahnya kepada ku. Lalu ku berikan kepadanya semacam padi. Tetapi dia menolak menerimanya. Namun begitu, padi untuk upahnya itu ku tanam untuknya, dan hasilnya ku kumpulkan, kemudian ku belikan sapi dan ku gembalakan. Kemudian dia datang kembali kepada ku, lalu katanya: “Takutlah kamu kepada Allah! Jangan mengambil hak ku!” Jawab ku, “Pergilah ke padang rumput tempat gembala sapi-sapi itu, lalu ambillah sapi-sapi itu semuanya!” Kata orang itu, “Takutlah kepada Allah, dan jangan memperolokkan ku!” Jawab ku, “Aku tidak memperolokkan mu! Ambillah sapi-sapi itu semuanya dan gembalakanlah untukmu!” Lalu diambilnya sapi itu kemudian dia pergi. “Wahai, Allah! Tentu engkau tahu aku berbuat demikian kerana mencari keredhaan Mu juga. Maka tolonglah bukakan pintu gua ini bagi kami”. Maka terbukalah pintu gua seluruhnya.

Kisah Pencuri Dengan Abid
Di zaman Nabi Musa as ada seorang hamba Allah yang kerjanya mencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri. Suatu hari, dia terlihat Nabi Musa as sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk berjalan bersama Nabi Musa as. Katanya, “Kalau aku dapat berjalan bersama Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku”.
Tetapi setelah difikirkannya semula, dia tidak jadi melangsungkan niatnya itu. Dia berkata, “Aku ini pencuri. Manalah layak pencuri macam aku ini berjalan bersama seorang nabi”. Sejurus kemudian, dia terlihat pula seorang abid (orang yang kuat ibadat) berlari-lari anak mengejar Nabi Musa as dari belakang. Si abid ini telah beribadah secara istiqamah selama 40 tahun dan dikenali orang. Si pencuri itu berkata di dalam hatinya, “Baik aku berjalan bersama si abid ini. Moga-moga ada juga baiknya untuk aku”.
Lantas si pencuri menghampiri si abid dan meminta kebenaran untuk berjalan bersamanya. Apabila ternampak sahaja si pencuri, si abid terkejut dan terus merasa takut. Dia berkata di dalam hatinya, “Celaka aku! Kalau si pencuri ini berjalan bersama aku, takut-takut nanti rosak segala kebaikan dan amalanku”.
Si abid terus berlari laju supaya si pencuri tidak dapat ikut. Si pencuri tadi terus mengikut si abid kerana hendak berjalan bersamanya. Akhirnya kedua-dua mereka sampai serentak kepada Nabi Musa as.
Nabi Musa as terus berpaling dan bersabda kepada mereka berdua, “Aku baru sahaja mendapat wahyu dari Allah SWT supaya memberitahu kamu berdua bahawa segala amalan baik dan buruk kamu telah dimansuhkan oleh Allah”. Maka terkejutlah si abid dan si pencuri tadi. Berbahagialah si pencuri kerana segala dosanya mencuri selama 40 tahun telah diampunkan oleh Allah. Celaka dan dukacitalah si abid kerana segala amalan dan ibadahnya selama 40 tahun telah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.
Rupa-rupanya si pencuri itu, walaupun kerjanya mencuri, dia tidak suka akan perbuatannya itu. Dia miskin dan tanggungannya banyak. Masyarakat ketika itu sudah rosak dan orang kaya enggan membantu fakir miskin. Dia mencuri kerana terpaksa. Oleh itu, setiap kali dia mencuri, dia amat merasa bersalah dan berdosa. Jiwanya terseksa dan menderita. Selama 40 tahun dia menanggung rasa berdosa itu dan selama itu juga jiwanya parah menanggung derita. Selama 40 tahun hatinya merintih meminta belas kasihan, keampunan dan mengharapkan kasih sayang Tuhan.
Si abid pula, amat yakin ibadahnya mampu menyelamatkannya. Dia yakin ibadahnya akan dapat membeli Syurga. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah baik. Setiap kali dia beribadah, dia rasa dirinya bertambah mulia. Selama 40 tahun si abid ini mendidik hatinya supaya merasa lebih baik dan lebih mulia setiap kali dia membuat ibadah. Hingga dia rasa tidak layak bergaul, inikan pula berjalan bersama orang yang hina dan berdosa. Dia rasa dia hanya layak berjalan bersama para Nabi.
Maha Suci Allah yang mengetahui segala isi hati manusia. Yang tidak melihat akan amalan-amalan lahir tetapi apa yang ada di dalam hati. Yang menilai hamba-Nya mengikut apa yang termampu oleh hamba-Nya dan tidak lebih dari itu. Yang menguji manusia dengan kesusahan dan nikmat untuk mengetahui siapa di kalangan hamba-hamba-Nya yang benar-benar berjiwa hamba dan merasa bahawa Allah itu Tuhannya.

Kerana Iman
Pada zaman dahulu ada seorang raja yang mempunyai tukang sihir. Ketika tukang sihir itu telah menjadi tua, ia berkata kepada raja : “Wahai raja , saya telah tua, untuk itu kirimkanlah kepada saya seorang anak untuk mempelajari ilmu sihir agar nanti bisa menjadi pengganti saya bila saya meninggal.”
Lalu raja memilih anak (Ghulam) untuk mempelajari ilmu sihir, dan adalah jalan yang dilalui oleh Ghulam ke rumah tukang sihir terdapat Rahib (pendeta). Ghulam tertarik dengan Rahib itu, hingga ia duduk untuk mendengarkan ajaran-ajarannya dan ia merasa puas. Maka ia selalu terlambat untuk belajar pada tukang sihir, lalu ia dipukulinya.
Kemudian ia mengadu kepada Rahib, lalu Rahib berkata:
“Kalau kamu dipukul tukang sihir, katakan kepadanya bahwa kamu masih disuruh ibumu, dan kalau kamu dimarahi oleh ibumu katakan kepadanya bahwa kamu ditahan oleh tukang sihir, maka hal itu berjalan dengan baik.”
Pada suatu hari di jalan raya terdapat ular yang sangat besar, hingga jalan menjadi macet dan orang-orang sama ketakutan, lalu Ghulam maju sambil berkata :
“Hari ini saya akan mengetahui, tukang sihirkah yang lebih besar ajarannya ataukah sang Rahib, lalu ia mengambil batu dan melemparkan ular itu seraya berkata :
“Ya Allah, jika ajaran Rahib yang benar daripada ajaran tukang sihir, maka matikanlah ular ini supaya orang-orang bisa berjalan dengan aman.” Maka ular itupun mati dan orang-orang bisa meneruskan perjalanannya. Hal itu ia ceritakan kepada Rahib, lalu Rahib berkata :
“Wahai anakku, kini kamu lebih hebat daripadaku, dan kamu akan mendapat ujian yang sangat berat, maka jika hal itu telah datang, kamu jangan sekali-kali menyebut nama saya.”
Ghulam mendapat karunia dari Allah hingga ia dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti buta, belang dan lain-lainnya.
Salah seorang kawan raja ada yang buta dan ia telah berubat ke mana saja tetap belum juga sembuh, lalu dia datang kepada Ghulam dengan membawa hadiah-hadiah yang banyak, ia berkata :
“Jika kamu dapat menyembuhkan, maka seluruh permintaanmu akan kami penuhi.”
Ghulam menjawab : “Saya tidak dapat menyembuhkan, yang bisa menyembuhkan hanyalah Allah, kalau tuan mau beriman kepada Allah, maka saya akan berdo’a untuk kesembuhan tuan.”
Lalu ia beriman kepada Allah, setelah Ghulam berdo’a kepada Allah, seketika itu juga mata orang itu menjadi sembuh.
Kemudian orang itu mendatangi raja, lalu kagum kepadanya seraya bertanya :
“Siapakah yang telah menyembuhkan matamu?”
Ia menjawab : “Tuhanku.”
Raja bertanya : “Adakah Tuhan selain aku ?”
Ia menjawab : “Tuhanku dan tuhan raja adalah Allah.”
Lalu raja memaksa ia meninggalkan kepercayaannya kepada Allah. Tetapi ia menolak. Maka raja menyiksanya dan terus menyiksanya hingga ia menunjukan bahwa yang telah menyembuhkan matanya adalah Ghulam.
Kemudian raja memanggil Ghulam, lalu berkata kepadanya :
“Wahai anakku, sihirmu telah melampaui batas hingga dapat menyembuhkan penyakit buta dan belang.”
Ia menjawab : “Saya tidak dapat menyembuhkan apa-apa, sesungguhnya yang dapat menyembuhkan hanyalah Allah.”
Maka raja menyiksa dan terus menyiksa hingga ia terpaksa menunjukkan sang Rahib, lalu raja memanggil Rahib dan memerintahkan kepadanya agar meninggalkan agamanya, tetapi ia menolak. Dan akhirnya Rahib digergaji hingga badannya belah menjadi dua.
Lalu raja memerintahkan kepada orang yang telah sembuh dari butannya agar meninggalkan agamanya, tetapi ia menolak, maka iapun akhirnya digergaji seperti sang Rahib, kemudian giliran Ghulam diperintahkan untuk meninggalkan agamanya, tetapi iapun menolak, lalu raja memerintah tentara-tentaranya untuk membawa Ghulam keatas bukit dan kalau tetap menolak supaya dilemparkan.
Lalu mereka berangkat dan ketika sampai di atas bukit Ghulam berdo’a :
“Ya Allah, peliharalah saya dari kejahatan orang-orang ini.”
Tiba-tiba bukit ini bergoncang dan tentara-tentara itu jatuh dari atas bukit, mereka mati.
Maka Ghulam berangkat menghadap raja, lalu ia ditanya oleh raja : “Kemana tentara-tentara yang tadi bersamamu ?”
Ia menjawab : “Allah telah menyelamatkan saya dari kejahatan mereka.”
Lalu raja memerintahkan beberapa tentara lainnya untuk membawa Ghulam ke tengah laut dan bila masih tetap menolak untuk dilemparkan ketengah laut.
Lalu mereka berangkat dan setelah mereka sampai di tengah laut, Ghulam berdo’a :

Tiba-tiba datanglah ombak besar hingga perahu terbalik dan mereka tenggelam semuanya, lalu Ghulam kembali menghadap raja, dan ia ditanya :
“Kemana tentara-tentara yang membawamu tadi ?”
Ia menjawab : “Allah telah melindungi kami dari kejahatan mereka, wahai raja engkau tidak akan bisa membunuh saya melainkan bila raja mau menuruti perintah saya.”
Lalu raja bertanya : “Apa perintahmu itu ?
Ia menjawab : “Kumpulkan semua rakyat di alun-alun lalu salib saya pada sebuah tiang dan ambilah panahku. Kemudian panahlah aku sambil mengucapkan : Bismillahir Rabbil Ghulam (dengan nama Allah Tuhannya Ghulam), bila itu engkau lakukan maka engkau dapat membunuhku.”
Maka segeralah raja mengumpulkan semua rakyatnya di alun-alan, lalu ia menyalib Ghulam pada sebuah tiang. Kemudian ia memanahnya dengan panah Ghulam sambil membaca : Bismillahir Rabbil Ghulam, maka panah itu mengenai pelipis Ghulam dan mengucurkan darah segar dari pelipisnya. Lalu ia meletakkan tangannya di atas luka-lukanya, hingga ia mati.
Tiba-tiba rakyat yang menyaksikan kejadian itu serentak mengucapkan : Amanna bi Rabbil Ghulam (kami beriman kepada Tuhannya Ghulam), sehingga kepercayaan kepada Allah merata kepada semua lapisan rakyat.
Maka seorang pembantu raja berkata kepada raja : “Sesuatu yang tuan takuti kini benar-benar telah menjadi kenyataan, semua rakyat tuan telah beriman kepada Tuhannya Ghulam.”
Maka segeralah raja memerintahkan untuk membuat parit besar pada setiap persimpangan jalan, lalu dinyalakan api di dalamnya. Kemudian raja memerintahkan kepada pembantu-pembantunya untuk melemparkan ke dalam api tersebut siapa saja yang telah beriman kepada Tuhannya Ghulam.
Maka diantara orang yang telah beriman yang dibakar itu terdapat seorang ibu yang menggendong bayi, ketika ia mau masuk ke dalam api itu ia menjadi maju mundur karena tak tega anaknya ikut terbakar, dalam keadaan itu tiba-tiba bayi itu dapat berbicara (menasehati ibunya) : “Wahai ibu, bersabarlah engkau karena engkau berada di pihak yang benar.” (Ahmad Diar)

Kemaafan Dan Terima Kasih
Ini adalah sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, berasa sakit hati, tapi tanpa berkata apa-apa pun, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.
Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis, di mana mereka membuat keputusan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas, tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dari lemas dan rasa takut sudah hilang, dia menulis di atas sebuah batu : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.
Orang yang menolong dan menampar sahabatnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu ?"
Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup angin."

Cinta Dan Kecantikan
"Boleh saya melihat bayi saya?" pinta seorang ibu yang baru melahirkan penuh kebahagiaan. Ketika gendongan itu berpindah ke tangannya dan ia membuka selimut yang membungkus wajah bayi lelaki yang mungil itu, ibu itu menahan nafasnya. Doktor yang menunggunya segera berpaling memandang ke arah luar jendela hospital. Bayi itu dilahirkan tanpa kedua belah telinga!
Waktu membuktikan bahawa pendengaran bayi yang kini telah tumbuh menjadi seorang anak itu bekerja dengan sempurna. Hanya penampilannya saja yang tampak aneh dan buruk.
Suatu hari anak lelaki itu bergegas pulang ke rumah dan membenamkan wajahnya di pelukan sang ibu yang menangis. Ia tahu hidup anak lelakinya penuh dengan kekecewaan dan tragedi. Anak lelaki itu terisak-isak berkata, "Seorang anak laki-laki besar mengejekku. Katanya, aku ini makhluk aneh."
Anak lelaki itu meningkat dewasa. Ia cukup tampan dengan cacatnya. Dia pun disukai teman-teman sekolahnya. Ia juga mengembangkan bakatnya di bidang musik dan menulis. Ia ingin sekali menjadi ketua kelas. Ibunya mengingatkan,"Bukankah nantinya kau akan bergaul dengan remaja-remaja lain?" Namun dalam hati ibu merasa kasihan dengannya.
Suatu hari ayah anak lelaki itu bertemu dengan seorang doktor yang mampu menyambungkan telinga untuknya. "Saya percaya saya boleh memindahkan sepasang telinga untuknya. Tetapi harus ada seseorang yang bersedia mendermakan telinganya," kata doktor.
Kemudian orangtua anak lelaki itu mulai mencari siapa yang mahu mendermakan telinga pada mereka. Beberapa bulan sudah berlalu. Dan tibalah saatnya mereka memanggil anak lelakinya, "Nak, seseorang yang tak ingin dikenali telah bersedia mendermakan telinganya padamu. Kami harus segera membawamu ke hospital untuk dilakukan pembedahan. Namun, semua ini sangatlah rahsia." kata sang ayah.
Operasi pembedahan berjalan dengan jayanya. Seorang lelaki barupun lahirlah. Bakat musiknya yang hebat itu berubah menjadi kegeniusan. Dia pun menerima banyak penghargaan dari sekolahnya. Beberapa waktu kemudian dia pun menikah dan bekerja sebagai seorang diplomat. Ia menemui ayahnya, "Yah, aku harus mengetahui siapa yang telah bersedia mengorbankan ini semua padaku. Ia telah berbuat sesuatu yang besar namun aku sama sekali belum membalas kebaikannya."
Ayahnya menjawab, "Ayah yakin kau tak kan mampu membalas kebaikan hati orang yang telah memberikan telinga itu."
Setelah terdiam sesaat ayahnya melanjutkan, "Sesuai dengan perjanjian, belum saatnya bagimu untuk mengetahui semua rahsia ini."
Tahun berganti tahun. Kedua orang tua lelaki itu tetap menyimpan rahsia. Hingga suatu hari tibalah saat yang menyedihkan bagi keluarga itu. Di hari itu ayah dan anak lelaki itu berdiri di tepi peti jenazah ibunya yang baru saja meninggal. Dengan perlahan dan lembut, sang ayah membelai rambut jenazah ibu yang terbujur kaku itu, lalu membelainya sehingga nampaklah bahawa sang ibu tidak memiliki telinga. "Ibumu pernah berkata bahwa ia senang sekali memanjangkan rambutnya," bisik sang ayah. "Dan tak seorang pun menyedari bahawa dia telah kehilangan sedikit kecantikannya bukan?"
Moral :
Kecantikan yang sejati tidak terletak pada penampilan tubuh namun di dalam hati. Harta karun yang hakiki tidak terletak pada apa yang terlihat, namun pada apa yang tidak dapat terlihat. Cinta yang sejati tidak terletak pada apa yang telah dikerjakan dan diketahui, namun pada apa yang telah dikerjakan namun tidak diketahui.

Doa Seorang Sahabat
Sebuah kapal karam diterjang badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke daerah berasingan dan mereka tinggal berjauhan.
Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang lainnya tetap kosong.
Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa kesepian dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar di sisi pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.
Segera saja, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.
Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.
Pagi siang hari mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya lelaki kedua itu tidak pantas menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.
Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, "Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"
"Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan," jawab lelaki pertama.
"Doa temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,"
"Kau salah!" suara itu bertempik.
"Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa."
Lelaki pertama bertanya, "Doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini padanya?"
"Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan"
Subscribe to:
Posts (Atom)