Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Showing posts with label Jemaah Haraki. Show all posts
Showing posts with label Jemaah Haraki. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Tabligh Dan PAS Bersatu? Boleh Ke???

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh…

Pada malam Rabu yang penuh barokah ini marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana atas nikmat dan kurnianya masih lagi kita diberi pinjaman nyawa dan masih lagi menikmati dua nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, kerana hasil titik peluh dan perjuangan Baginda barulah hari ini kita sama-sama dapat menikmati dua nikmat terbesar ini iaitu nikmat Iman dan Islam.

Sebelum daripada post ini ditulis, saya telah melayari beberapa laman web bagi mengetahui isu-isu semasa yang terjadi di dalam negara kita ini. Sebenarnya kita sebagai umat Islam turut dituntut supaya mengambil berat akan urusan atau apa yang berlaku kepada ummat Islam sekarang ini bukan sekadar beruzlah semata-mata. Satu hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
"Barang Siapa Yang Tidur Nyenyak Dan Tidak Mengambil Peduli Urusan Umat Islam, Maka Ia Bukan Dari Golongan Mereka."(Hadith Riwayat al-Baihaqi dalam 'Shuab al-iman', at-Tabari, Abu Nu'aim dalam 'Hilyah' dan al-Hakim)

Oleh sebab itulah tidak dapat tidak, kita perlu untuk mengetahui isu-isu semasa yang terjadi terhadap ummat Islam pada masa kni tidak kira di luar negara juga di dalam negara dan tidak kira daripada masalah politik, ekonomi dan juga sosial.

Baiklah kembali kepada tajuk yang diberikan diatas. Ketika sedang asyik mencari isu-isu semasa di dalam internet, mata saya tertangkap kepada sebuah tulisan yang saya kra agak menarik untuk dibaca dan dikongsikan bersama. Tajuk postnya ialah "Bolehkah PAS dan Tabligh bersatu?". Apa first impression anda apabila terbaca tajuk di atas??? Bolehkah PAS dan Tabligh bersatu sedangkan fikrah mereka jauh berbeza? Tetapi saya tertarik dengan pandangan yang dikemukakan oleh penulis blog tersebut. Di bawah ini saya copy balik apa yang ditulis oleh penulis blog berkenaaan.


Bolehkah PAS dan Tabligh bersatu?



Alhamdulillah Muktamar PAS kali ni selesai sudah.Tahniah dan takziah kepada yang menang.Tak perlu timbul isu pecah undi, pengkhianat dan pertembungan ulama dan profesional.Ini kerana biar siapa pun yang menang, dasar PAS tetap ditentukan oleh Majlis Syura Ulama yang diketuai Mursyidul Am dibantu oleh Timbalannya dan ahli majlis Syura yang lain.Inilah konsep kepimpinan ulama yang harus difahami oleh semua pejuang jamaah PAS.

Syukur juga dapat bertemu sahabat2 seperti Abg Zulkhairi, Us Hasbullah, Us Aminurrasyid, Us Razak Tantawi, Us Jijo, Along n Angah, Piji, Syaikh Ubaid, Us Hairul Nizam, Us Nazri, Us Asri, Juzaili, Asim,Us Halim,Salman Maskuri,Asyraf,Shahruz Zaman dan ramai lagi termasuk yang tak dapat dilupakan sahabat dunia akhirat Dr Azrul Azlan Iskandar Mirza.Sempat juga bermesra dengan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah waktu hujan tadi.

Saya tak berminat nak bahas panjang tentang pemilihan dan muktamar.Cuma saya berminat dengan sebuah surat(macam surat layang lak) yang mengatakan PAS dan Tabligh boleh bersatu.Saya tak mahu mempertikaikan niat penulis surat tersebut dan apa tujuan dia.Cuma saya nak hurai sedikit boleh atau tidak PAS dan tabligh bersatu atau paling tidak dapat bekerjasama.

Tabligh dalam bayan2 mereka tidak pernah menyentuh soal politik.Itu saya boleh terima kerana Gerakan Tabligh adalah internasional dan tak terikat dengan isu2 setempat.Cuba apa yang saya ingin persoalkan di sini apakah ahli Tabligh di Malaysia mengundi PAS.Kalau mereka tak mengundi, ini adalah satu kerugian kepada gerakan Islam.Jika ada di antara mereka yang mengundi UMNO itu saya rasakan mereka telah mengkhianati perjuangan Islam khususnya pemgamalan Sunnah yang mereka perjuangkan.Sunnah yang terbesar adalah pengamalan hukum jenayah Islam.UMNO tak pernah memperjuangkan perkara ini.Malah pengamalan individu seperti menutup aurat pun UMNO memandang sepi.Apa maknanya sunnah yang diperjuangkan oleh Tabligh kalau perkara ini dipandang remeh oleh mereka.

Seperkara lagi yang perlu disentuh, ahli jemaah tabligh cukup tekun dengan "bayan" mereka. Tetapi hanya segelintir yang megikuti kuliah fardu Ain oleh para tok Guru di Masjid, surau dan pondok-pondok pengajian.Niat murni mereka untuk berdakwah amat dipuji.Tetapi bagaimana hendak berdakwah sekiranya Islam tak difahami sepenuhnya.Islam bukan sekadar solat, puasa, zakat, haji, bersiwak, berserban dan berjubah.Tapi Islam adalah syumul merangkumi perkara akidah, tasawuf, ibadah, muamalah, munakahat, jinayat, pemerintahan dan sebagainya.

Saya percaya bahawa Tabligh dan PAS yang dipimpin oleh Majlis Syura masing2 mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk mendaulatkan Islam.Saya juga percaya ahli syura kedua2 jemaah ini memahami bahawa tidak ada jurang antara PAS dan Tabligh.Masalahnya adalah ahli2 bawahan kedua2 jemaah ini.Alangkah eloknya sekiranya ahli PAS dapat keluar berdakwah bersama jemaah Tabligh untuk menghayati sunnah2 yang kadangkala dipandang remeh oleh mereka yang mengaku berjiwa haraki.Manakala ahli Tabligh menyokong usaha PAS mendapatkan kuasa untuk melaksanakan Islam dengan sekurang-kurangnya memberi undi kepada PAS dalam pilihanraya.

Akhir kata saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar bukan hanya bersemangat semata2 untuk menegakkan Islam.Jangan hanya mengaku haraki tapi dada kosong daripada ilmu2 Islam. Dan apa yang paling penting peranan ulama dan tok guru agama hatta guru KAFA harus dimartabatkan.Jangan kerana perkara remeh temeh kita mengeluarkan kenyataan yang berunsur biadap kepada ulama seperti mengatakan "Apa jasa Ustaz A kepada parti kita?" Belajarlah untuk beradap dengan para ulama.Dan di sinilah pentingnya peranan guru yang mursyid.Siapa yang berjumpa dengan guru mursyid teruslah menjadi khadam kepada mereka seperti kata Syeikh Ali al-Khawwas ra:

"اذا سئل احدكم عن شيخه فليقل كنت خادمه ولا يقل كنت صاحبه فان مقام الصحبة عزيز

Maksudnya:Jika ditanya salah seorang kamu tentang guru kerohaniannya Maka katakanlah Aku adalah khadamnya.Dan jangan mengatakan aku adalah temannya.Kerana kedudukan as-Suhbah (teman) adalah kedudukan yang tinggi"

Mohd Amir Md Azmi an-Naqsyabandi,
Bandar Teknologi Kajang.

************************************ 

Komentar saya : Saya memang bersependapat dengan penulis blog berkenaan. Kheir saja jika usaha dakwah tabligh itu tidak dicampuri dengan urusan-urusan politik kerana ianya bertujuan menarik semua golongan tidak kira apa pun pandangan politik mereka. Hal ini kerana saya pernah mendengar satu kenyataan yang cukup releven daripada ceramah yang disampaikan oleh ketua Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat. 

Beliau mengatakan bahawa bukanlah caranya untuk kita menarik orang masuk PAS dengan mengajak mereka secara tiba-tiba untuk masuk dalam PAS. Hal ini kerana, apabila mereka tidak faham akan tuntutan-tuntutan yang dikehendaki oleh Islam, maka mereka akan lebih jauh dan melarikan diri daripada PAS. Seeloknya adalah apabila ingin mengajak manusia kembali kepada perjuangan Islam yang pertama sekali yang perlu kita betulkan adalah sembahyang mereka. Bukanlah bermaksud sembahyang seperti mana yang sering mereka lakukan. Tetapi maksud sembahyang yang hendak disampaikan oleh Ustaz ini adalah sembahyang dengan berasaskan ilmu. Kita terangkan tafsir surah al-Fatihah, kita suruh mereka khusyuk dalam sembahyang. (Tambahan dari penulis : Lepas itu, insyaAllah jika mereka memahami khusyuk dalam solat mereka, pasti mereka akan tahu peri pentingnya ilmu-ilmu Islam.) Oleh sebab itu, ini akan membuatkan mereka mengetahui apa tuntutan-tuntutan yang dituntut di dalam Islam yang syumul, maka dengan sendirinya mereka akan masuk PAS. Itulah antara ucapan yang diucapkan oleh Ketua Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat. Oleh itu, sebenarnya usaha golongan Tabligh ini, dalam sedar ataupun tidak memberi kelebihan kepada PAS juga.

Cuma malangnya ada segelintir daripada mereka yang berada di dalam gerakan tabligh ini yang mungkin tersalah faham akan gerakan Tabligh ini sehinggakan mereka mengatakan tiada politik yang berasaskan Islam pada masa kini dan yang sewaktu dengannya. Sedangkan hakikatnya para ustaz-ustaz Tabligh dan masyaikh-masyaikh mereka tidaklah beranggapan sedemikian. Cuma mereka tidak mahu jika wujud fahaman politik dalam gerakan mereka nanti menyebabkan dakwah yang dilakukan oleh Tabligh ini tidak dapat diterima dan sampai kepada semua lapisan masyarakat oleh kerana wujudnya fahaman politik di dalam gerakan mereka. Tetapi di dalam masa yang sama mereka (para Ustaz dan masyaikh Tabligh) tidak pernah sekali-kali menafikan wujudnya politik dan betapa pentingnya ia kepada ummat Islam pada masa kini (nota : pendapat peribadi saya setelah pergi ke bayan2 dan ceramah2 yg diadakan oleh tabligh).

Begitu juga dengan ahli-ahli jemaah PAS. Ada di kalangan mereka terlalu mengambil mudah akan sunnah-sunnah Rasulullah saw dan juga tidak dinafikan ada diantara mereka yang menafikan usaha dakwah Tabligh ini semata-mata kerana Tabligh tidak mengaitkan politik di dalam usaha Tabligh tanpa mereka melihat dahulu alasan-alasan untuk jemaah Tabligh tidak mengaitkan politik di dalam usaha dakwah mereka.

Oleh itu, marilah sama-sama kita renung-renungkan sejenak apakah boleh Tabligh dan PAS bekerjasama? Ya, sudah pasti boleh jika setiap daripada ahli mereka mempunyai ilmu yang mantap terhadap agama Islam yang syumul kerana Islam ini bukan dalam ibadah saja dan bukan dalam politik saja tetapi ianya merangkumi seluruh kehidupan kita sedari celik mata pada waktu pagi sehingga mata kita terpejam di malam harinya di samping tidak mereka saling nafi menafikan usaha yang telah dilakukan diantara jemaah mereka...^_^

Wallahu'alam...

Monday, June 20, 2011

Usul 20 Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna

1. Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan negara ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun kasih sayang dan keadilan. Ia adalah peradaban dan undang-undang ataupun keilmuan dan hukum-hukum. Ia juga adalah material dan harta benda ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Begitu juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita.

2. Al-Quran yang mulia dan sunnah yang suci adalah rujukan kepada setiap muslim dalam mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami dengan mengikut kaedah bahasa arab dengan tidak mengikut sikap memberatkan dan menyempitkan. Kefahaman kepada sunnah yang suci adalah dengan mengembalikannya kepada rijal-rijal hadis yang thiqah.

3. Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mempunyai cahaya dan kemanisan yang diberikan oleh Allah kepada hati-hati hamba yang dikehendakiNya. Manakala ilham, lintasan hati, tilikan dan tenungan adalah bukan dari dalil hukum syariah yang tidak diberikan iktibar kecuali jika tidak bertembung dengan hukum dan nas agama

4. Dan setiap tangkal, pelindung, azimat, tilikan, jampi serapah dan pengakuan mengetahui perkara ghaib adalah termasuk dalam perkara mungkar yang wajib diperangi kecualilah jika ianya adalah daripada ayat al-Quran dan tangkal yang sandarannya.

5. Pandangan Imam dan naibnya pada masalah yang tidak ada nas putus padanya dan pada perkara yang mempunyai arah pandangan yang berbagai hendaklah dipakai selagimana ia tidak bertentangan dengan kaedah syarak. Pandangan ini kadangkalanya berubah dengan perubahan situasi, uruf dan adat. Asal dalam perkara ibadat adalah mengabdikan diri tanpa berpaling kepada makna-maknanya sedangkan asal dalam perkara adat, dilihat kepada rahsia-rahsia, hikmat dan tujuannya.

6. Setiap orang boleh dipakai ataupun ditolak kata-katanya melainkan kata-kata yang keluar dari orang yang dilindungi dari dosa, Rasulullah SAW. Setiap perkara yang datang dari para salafussoleh r.a. yang bertepatan dengan kitab Allah dan sunah, kita hendaklah menerimanya. Kalau tidak bertepatan dengan nas, maka nas al-Quran dan sunah Rasulullah SAW adalah yang lebih utama untuk diikuti. Tetapi kita tidak sekali-kali mengutuk dan memburukkan seseorang dari mereka walaupun apa yang telah diselisihkan mengenainya. Kita serahkan semuanya kepada niat masing-masing kerana mereka telah bergantung kepada apa yang telah mereka kerjakan.

7. Setiap muslim yang tidak sampai kepada martabat ijtihad dalam mencari dalil hukum Islam yang furuk hendaklah mengikut kepada pegangan salah seorang dari Imam-imam mazhab Islam. Menjadi elok lagi kepadanya ketika mengikut mazhab itu jika ditambah dengan usaha yang sedaya upaya untuk mengetahui dalil-dalilnya. Dia hendaklah menerima segala petunjuk yang diserta dengan dalil, ketika diyakini kesahihan dan kebolehan orang yang memberikan petunjuk itu kepadanya. Dia juga hendaklah menyempurnakan kekurangan ilrnu yang ada pada dirinya sekiranya dia di kalangan ahli ilmu sehinggalah dia sampai kepada
peringkat Al-Nazar (ijtihad hukum).

8. Perselisihan faham dalam perkara furuk fekah tidak boleh menjadi sebab kepada berlakunya perpecahan di dalam agama, juga janganlah ia membawa kepada perbalahan, kemarahan antara satu
sama lain. Setiap mujtahid ada pahalanya. Tidak ada halangan jika dilakukan pengkajian ilmiah yang adil dalam masalah yang diperselisihkan ini yang dilakukan dalam naungan perasaan kasih mengasihi kerana Allah, bantu membantu untuk sampai kepada hakikat yang sebenarnya, dengan tidak membawa kepada perbahasan
yang dikeji dan perasaan taasub.

9. Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepada amal adalah antara takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak. Di antara masalah seperti itu adalah seperti banyaknya cabang dalam
hukum-hukum yang tidak mungkin berlaku, larut dalam membahaskan makna ayat al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal pengetahuan dan perbincangan untuk melebihkan antara sahabat-sahabat r.a dan pertentangan yang berlaku antara mereka. Setiap dari sahabat ada kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW dan kesemuanya dibalas bergantung kepada niatnya. Membincangkan perkara ini boleh membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya.

10. Makrifat Allah Taala, tauhid kepadaNya, membersihkanNya adalah akidah Islam yang paling mulia. Kita beriman dengan ayat dan hadis sahih yang menceritakan sifat Allah dan apa perumpamaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya sepertimana datangnya ayat itu tanpa takwil dan mencuaikan. Kita juga tidak mencampurkan diri kita kepada perkara yang diperselisihkan oleh ulamak mengenai perkara ini. Kita hanya mengikut apa yang diredhai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Firman Allah yang bermaksud: "Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan Kami" (Al-Imran).

11. Setiap perkara bid'maafkan saya dalam din Allah yang tidak ada asalnya walaupun diperelokkan oleh manusia dengan nafsu mereka dengan menambahkan ataupun mengurangkannya, adalah perkara kesesatan
yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang tidak membawa kepada merebaknya perkara yang lebih buruk dari itu.

12. Perkara bid'maafkan saya tambahan dan kurangan serta iltizam dengan ibadat yang mutlak adalah antara masalah fekah yang masih diperselisihkan. Setiap ulamak mempunyai pandangan yang tersendiri. Tidak menjadi halangan jika kita mencari kebenaran dengan dalil dan bukti.

13. Mencintai, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan kebaikan mereka adalah satu pendekatan diri kepada Allah Taala. Wali-wali Allah inilah yang dimaksudkan oleh Allah sebagai orang yang beriman dan mereka bertaqwa kepadaNya. Perkara keramat berlaku kepada mereka dengan syarat yang syar'ie dengan menganggap bahawa mereka telah diredhai oleh Allah dan mereka tidak mempunyai kuasa memudaratkan atau memberikan manfaat diri mereka sendiri di kala hidup atau mati mereka tambahan
pula memberikan perkara seperti itu kepada orang lain.

14. Menziarahi mana-mana kubur adalah perkara yang disyariatkan tetapi dengan caranya yang muktabar. Namun begitu, meminta pertolongan, memanggil orang mati (walaupun siapa dia), meminta tunaikan hajatnya dengannya secara dekat ataupun jauh, bernazar kepada mereka, menghiaskan dan menerangkan kubur mereka, menyapunya, bersumpah dengannya selain dari Allah dan sebagainya dari perkara yang bid'maafkan saya, kesemuanya itu adalah perkara yang bid'maafkan saya yang merupakan dosa besar yang wajib diperangi. Janganlah kita mentakwilkan perkara-perkara ini kerana kita hendaklah menyekat daripada berlakunya perkara-perkara tersebut (Saddu al-Zaraik).

15. Doa kepada Allah yang disertai dengan tawasul dengan orang lain adalah masalah khilaf furuk dalam masalah cara berdoa dan ia bukannya dari masalah akidah.

16. Uruf yang salah tidak akan menukarkan hakikat lafaz syariat bahkan kita wajib memastikannya dari hudud makna yang dimaksudkannya dan berhenti di situ. Begitu juga wajib kita bebaskan diri kita dari tertipu dengan kata-kata dalam setiap aspek kehidupan dan juga agama. Pengajaran diambil daripada apa yang dinamakan dan bukannya dan nama itu sendiri.

17. Akidah adalah asas kepada amalan dan amalan hati adalah lebih utama dari amalan anggota lain. Mencari kesempumaan dalam amalan keduanya adalah dianjurkan oleh syarak walaupun terdapat perbezaan darjah anjuran ini.

18. Islam telah membebaskan akal dan memberi galakkan supaya memerhatikan bumi ini. Islam juga telah mengangkat taraf ilmu dan ulamak dan mengalu-alukan apa yang baik dan berfaedah dalam setiap perkara. `Hikmat itu adalah perkara yang hilang dari mukminin dan sekiranya dia menjumpainya, dialah yang paling berhak dengannya.

19. Kadang-kala setiap pandangan syarak dan pandangan akal menyelusup ke dalam perkara yang tidak ada pada pandangan yang kedua tetapi keduanya ini tidak akan berselisih dalam perkara yang pasti (qat'ie). Hakikat ilmiah yang sahih tidak akan bertembung dengan kaedah syarak yang tetap. Perkara yang dzan (diragui) darinya akan ditakwilkan agar bertepatan dengan perkara yang qat'ie. Jika keduanya adalah perkara yang `dzan', maka pandangan syarak adalah lebih utama untuk dipakai dan pandangan akal ketika itu hanyalah untuk memastikannya sahaja ataupun dihapuskan terus.

20. Kita tidak akan mengkufurkan orang muslim yang mengikrarkan dua kalimah syahadah, beramal dengan tuntutannya dan mengerjakan fardhu-fardhunya, semata kerana pandangan ataupun maksiat yang dilakukan kecualilah jika dia mengakui dengan perkataan kufur, mengingkar perkara yang maklum dari asas yang
darurat dalam agama, ataupun mendustakan al-Quran yang jelas, atau mentafsirkannya dengan tafsiran yang ditafsirkan sebagai kufur oleh gaya bahasa Arab, ataupun beramal dengan amalan yang tidak boleh ditakwil lagi selain dari kufur.

"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"

Monday, May 23, 2011

Kajian Ilmiah Terhadap Isu Takfir Di Malaysia (Bahagian 2)

Dalam artikel sebelum ini, penulis mengutarakan hasil dapatan penulis berkaitan faktor yang menyebabkan isu takfir meletus di negara ini khususnya sekitar 80an dahulu. Secara ringkas dapat disimpulkan isu ini adalah permainan golongan sekular yang memanipulasi satu gerakan dakwah menerangkan batas-batas kekufuran dan keimanan untuk mengasingkan perjuangan Islam dengan masyarakat marhein.

Mengupas semula sejarah negara sekitar 80an, telah diakui isu kafir-mengkafir ini sememangnya menjadi senjata yang ampuh bagi pihak musuh menyerang manhaj perjuangan Islam. Dibantu dengan kebebasan media yang disekat serta ruang demokrasi yang disempitkan, gerakan Islam di Malaysia pada waktu itu benar-benar diuji kekuatan mereka apabila dipandang sepi oleh majoriti rakyat yang terpedaya dengan permainan pembenci Islam ini.

Perjuangan Islam yang baru sahaja dijenamakan semula dengan wajah kepimpinan ulama telah dilabel sebagai kumpulan gerakan neo-khawarij. Rakyat yang masih baru dengan penjelasan terhadap iman dan kufur itu dilihat tidak dapat menerima perkara sedemikian akibat dimanipulasi golongan sekular ini. Walaubagaimanapun, gerakan memahamkan masyarakat tentang batas-batas iman dan kufur yang menjadi tonggak kepada kefahaman sebenar terhadap Islam tetap diteruskan kerana harakah ini telah diikat dengan Akidah Islam.

Siri "brainwash" minda rakyat diteruskan melalui kursus-kursus BTN yang secara halus menanam satu kefahaman bahawa perjuangan Islam di Malaysia ini telah diseleweng. Maka, rakyat yang tidak diberi kesedaran politik sejak dari mula lagi telah diikat dengan penerangan fitnah tersebut.

Rentetan kepada isu ini pernah membawa kepada satu cadangan supaya debat terbuka diadakan. Rakyat mula dibangkitkan dengan debat terbuka yang diatur serta disangsikan. Gerakan Islam telah sedia dengan pasukan mereka bersama hujah, dalil dan fakta sementara golongan sekular sekadar menyahut cabaran tanpa ada wakil yang rela berdepan. Cabaran disahut sekadar untuk mengaburi mata rakyat supaya mereka tidak dilihat sebagai golongan yang salah.

Akhirnya, debat yang direncana itu terpaksa dibatalkan atas alasan menjaga perpaduan rakyat. Rakyat terus diperbodohkan dan Islam terus dalam fitnah agama.

Di bawah kepimpinan ulama, gerakan memberikan penerangan dalam isu ini kepada rakyat diteruskan tetap diteruskan walaupun siri tangkapan terhadap pemimpin seperti Ustaz Abdul Latif Muhammad, Ibrahim Libya serta pemimpin yang lain dilakukan secara besar-besaran. Kawasan yang paling terjejas dengan isu ini adalah Besut Terengganu. Menanbah 'perasa' kepada 'menu fitnah' kali ini segala jentera digunakan.

Dari BTN, media yang menambah panas sehinggalah diterbitkan satu tayangan filem yang menunjukkan wujud masyarakat yang solat dua imam pada bulan Ogos 1982 di saluran RTM. Isu ini juga menjadi senjata kitar semula setiap kali Pilihan Raya Umum diadakan di Malaysia. Malah, setelah dibatalkan debat terbuka mereka mengadakan pula satu debat olok-olok setelah rakyat mula meragui mereka. Debat ini diketuai Ustaz Nakhaie, 'pejuang Islam' berwajah sekular.

Sememangnya 'perang saraf' golongan sekular melaui isu ini antara senjata paling tajam. Tumpuan perjuangan Islam hampir terganggu malah ada yang telahpun terganggu tumpuan mereka sehingga hampir-hampir hilang fokus serta keutamaan dalam perjuangan.

Walaubagaimanapun, perjuangan Islam tetap diikat dengan akidah Islam. Biarlah rakyat menolak kerana kejahilan serta kedangkalan ditipu golongan yang memusuhi Islam asalkan Allah menerima serta redha terhadap perjuangan ini. Maka, atas prinsip tarbiyah itu perjuangan Islam ini terus bersabar, istiqamah dan tawakal dalam perjuangan. Dan Alhamdulillah, hari demi hari Allah merungkai satu persatu tali fitnah yang dibelit pada tubuh Islam dan hari-demi hari Islam semakin diterima semula. ALLAHUAKBAR!!!

- Saya ditanya siapa perjuangan Islam yang dimaksudkan dan siapa golongan sekular? Perjuangan Islam ialah PAS dan sekular itu UMNO.

**Dan sebagai tambahan maklumat, ustaz-ustaz PAS yang dahulunya terlalu suka mengkafirkan puak UMNO sekarang ini telahpun menyertai UMNO yang dahulunya dikafirkan oleh mereka (Ustaz Wan Ismail Machang, Ustaz Mohd Noor Idris, Ustaz Omar Khalid, Ustaz Abdul Razak Daud dan lain-lain.). Dan sekarang ada segelintir daripada mereka (Ustaz Noor Idris) baru-baru ini dengan sewenang-wenangnya telah mengkafirkan Tok Guru Nik Aziz dan PAS ketika Pilihan Raya Kecil DUN Galas tetapi tiada pula berita atau kenyataan media yang mempertikaikan kenyataan Ulama' UMNO berkaitan hal ini. Mereka-mereka ini tidak ubah seperti anai-anai kepada gerakan PAS. Sesudah tercapai misi mereka untuk menimbulkan isu dan membuatkan ramai masyarakat Melayu dan Islam terkeliru dengan tindakan mereka yang akhirnya menyebabkan isu ini terpaksa membelenggu PAS sehingga sekarang, dengan senang mereka meninggalkan PAS dan bergabung bersama puak yang mereka kafirkan dahulu. Adakah ianya satu kebetulan atau ada konspirasi di sebalik kejadian itu? Wallahu'alam...

Kajian Ilmiah Terhadap Isu Takfir Di Malaysia

Sudah hampir seminggu juga saya tidak menulis. Kesibukkan dengan tugas-tugas harian ditambah lagi dengan kajian mengenai isu takfir (kafir-mengkafir) yang pernah meletus di negara ini. Buat masa ini saya masih dalam pengkajian bagaimana isu ini boleh berbangkit di Malaysia namun saya merasakan tidak salah untuk saya menulis sedikit hasil dapatan saya di ruangan ini.

Gelodak isu kafir mengkafir ini bermula pada awal 80an. Jika dilihat dengan lebih teliti, kronologi yang membawa kepada isu takfir ini bermula sejak 1960an lagi tetapi menjadi satu isu besar bermula pada tahun 1982 apabila berlakunya transformasi kepimpinan golongan profesional kepada golongan ulama dalam manhaj perjuangan Islam Malaysia.

Bermula dari situ, dengan kebijaksanaan kepimpinan ulama gerakan Islam mula memperhebatkan program-program tarbiyah terhadap ahli-ahlinya serta mempergiatkan usaha-usaha dakwah kepada masyarakat. Buat pertama kalinya, setelah satu resolusi oleh kepimpinan ulama iaitu, Haji Yusof Rawa untuk memberi lebih penekanan terhadap persoalan tarbiah dan kaderisasi dakwah, penekanan terhadap akidah umat Islam mula dijalankan secara berstrategi melalui majlis-majlis ilmu. Maka, berlakulah suatu keadaan yang digelar fenomena penjelasan batas-batas iman dan kufur di seluruh pelusok negara.

Antara kitab-kitab yang termasuk di dalam silibus membentuk kefahaman umat tentang hakikat Islam termasuklah kitab "Beberapa Mutiara Yang Bagus Lagi Indah" yang telah diharamkan di Malaysia karya Syeikh Abdul Kadir Al-Mandili seorang tokoh ulama yang mengajar di Mekah. Kitab-kitab yang dikarang ulama-ulama besar serta tokoh gerakan Islam yang lain seperti Maududi dan Sayydi Qutb turut menjadi panduan dalam menjelaskan batas-batas iaman dan kufur kepada masyarakat yang sememangnya dahaga kepada curahan ilmu seperti ini.

Pihak pemerintah yang berfahaman sekular berasa tergugat dengan keadaan terbaru pada waktu itu. Gerakan dakwah besar-besaran menjelaskan perihal keimanan dan kekufuran kepada masyarakat mula memperlihatkan wajah sebenar golongan pemerintah yang berselindung di sebalik nama Islam dengan mengambil agama secara separuh-separuh dan bukan secara syumul (menyeluruh).

Maka, melihat kepada perkembangan negatif (bagi pihak sekular) itu, pemerintah mula memainkan isu takfir kononnya gerakan Islam tersebut mengkafirkan sesama Islam dan tindakan itu jelas terpesong daripada akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah.

Ustaz Abdul Latif (salah seorang yang ditangkap kerana isu ini) dalam satu kenyataan menegaskan beliau dan para daie yang lain pada waktu itu hanya menerangkan batas-batas iman dan kufur kepada masyarakat tanpa menuding jari kepada sesiapa dengan mengatakan seseorang itu kafir. Mereka mengajar berpandukan kitab yang diiktiraf ulama Ahli Sunnah Wa Jamaah. Buktinya tidak ada seorang ulama kerajaanpun yang berani menyanggah hujah mereka dari dahulu hingga sekarang. Bahkan suatu debat mengenai isu ini yang hangat diperkatakan ketika itu juga tidak dapat dilaksanakan apabila golongan pemerintah takut untuk duduk semeja di medan debat.

Ketika mengulas isu ini, Prof Dr Yusof Al-Qardhawi, ketua persatuan ulama sedunia mengatakan bahawa isu takfir ini merupakan isu universal yang berlaku hampir di setiap negara umat Islam khususnya di negara yang memperlihatkan kebangkitan harakah perjuangan Islam. Dapatlah disimpulkan bahawa isu takfir ini adalah suatu isu yang sengaja dimainkan oleh golongan yahudi dan musuh-musuh Islam lain melalui lidah kepimpinan sekular yang beragama Islam.

Dr Yusof Al-Qardhawi turut menggariskan 3 punca utama yang membawa kepada menularnya isu takrif ini secara umum iaitu;

1. Wujud jurang kontradiksi yang luas di antara realiti kebejatan masyarakat dengan idealisme kehidupan Islamiah yang serba menyeluruh. Jurang yang wujud melahirkan rasa kurang senang sehingga membawa kepada sikap menolak atau memencilkan masyarakat yang di luar kelompok sendiri.

2. Penindasan yang keterlaluan dan zalim oleh pihak pemerintah terhadap aktivis Islam sehingga menyebabkan timbul reaksi melampau dari pihak yang dimangsakan akibat provokasi tersebut.

3. Kedangkalan ilmu para pendakwah sendiri tentang hukum hakam dan kaedah dakwah yang terbaik sehingga timbul keberanian yang melulu dalam menghukum dan melabelkan orang lain secara lantang.

Kesimpulannya dalam konteks Malaysia, kewujudan isu takrif pada asasnya merupakan usaha golongan sekular untuk memberikan gambaran yang buruk dan ekstrem terhadap gerakan Islam di negara ini. InsyaAllah, saya akan kembali dengan artikel yang lain untuk membedah semula sejarah dalam isu ini lebih-lebih lagi dari sudut kesan atau kejadian-kejadian penting yang berlaku ketika isu ini memuncak.

Sumber

Saturday, May 7, 2011

Ibtila' Di Jalan Dakwah

Perjuangan Islam ini sememangnya telah dijanjikan ibtila' [ ujian/onak duri ] yang bakal merintang di sepanjang jalannya. Perit , jerit dan penat lelah dalam menggalas beban amanah perjuangan menjadi sunnah.

Cumanya , sebagai insan yang serba dhaif ini terkadang seperti mahu mengaku kalah . Hanya aqidah perjuangan yang dibina sekian lama masih teguh membentengi diri .

Lebih menarik , tekanan dan halangan luaran tidaklah menjadikan diri kita lemah , tetapi apabila berdepan dengan ujian dalaman terutama atas apa yang berlaku pada diri kita sendiri sementara orang lain pastinya tidak mengetahui penderitaan yang sedang kita alami .

Terkadang hati pejuang ini akan menangis sendirian melepaskan berat beban yang menindih guna mencari nafas baru dan saki baki kekuatan diri . Mungkin cara ini berkesan untuk meringankan beban perasaan bila berdepan dengan susah sukar perjuangan . Saya masih ingat bagaimana bicara Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz seketika dulu semasa saya mengunjungi beliau dirumahnya .

Tuan Guru menceritakan pengalaman sewaktu beliau seorang diri menjadi wakil rakyat di Parlimen mewakili PAS . " Terkadang memandu seorang diri ke Kuala Lumpur untuk menghadhiri sidang parlimen dengan keadaan permukaan jalan tidaklah sebaik apa yang kita nikmati hari ini . Demikian juga ke hulu dan ke hilir memenuhi undangan ceramah seorang diri memandu kereta , balik jauh jauh malam . Menangis saya sambil memandu seorang diri , peritnya nak bawa Islam pada masyarakat melayu ketika itu . Sampai di rumah pula , buka saji , makanan tak ada dan isteri sudah nyenyak tidur .."

Kala terasa penat seharian dilapangan , saya segera mengingati cerita Tok Guru , terasa nyaman jiwa dan kembali segar seperti kembali dari satu sessi motivasi . Inilah juga yang diajar oleh Nabi saw : [ dalam satu hadis yang dikeluarkan oleh As Samarqandi dalam musnadnya dari Ato' bin Abi Ribah ]

إذا أصاب أحدكم مصيبة فليذكر مصابه بي فإنها من أعظم المصائب

Apabila seseorang kamu ditimpa musibah maka ingatlah musibah yang turut menimpaku kerana sesungguhnya ia adalah sebesar - besar musibah .

Pastinya jauh langit dan bumi jika dibanding tahap tekanan dan bebanan yang kita hadapi pada hari ini dengan apa yang dihadapi oleh Rasulullah saw sebagai Rasul ulul A'zmi . Namun jelas , tatkala membaca sirah Rasulullah saw , bagai satu tamparan terhadap diri sendiri betapa tidak layak pun kita nak mengeluh dengan sedikit ujian yang kita hadapi .

Jamaludin Al Afghani pernah menganggap ujian seperti buang daerah laksana melancung , penjara seperti istirehat dan dibunuh pula merupakan jalan pintas untuk menemui Allah swt sebagai kekasih yang dirindui . Sungguh dahsyat ibarat ini . Siapakah gerangannya yang mampu menganggap penjara sebagai tempat istirehat dan buang daerah sebagai pakej pelancungan jika ia bukan terdiri dari pejuang - pejuang Islam yang tinggi pergantungannya kepada Allah swt .

Manisnya berjuang apabila kita merasai keperitannya . Seperti lazatnya orang berpuasa setelah ia melalui detik lapar dan dahaga kemudian ia berbuka dihujung hari . Indahnya hidup orang yang mendapat sijil pengajian setelah berpenat lelah saban tahun mencari ilmu . Begitulah manisnya berjuang biar difitnah dan ditohmah . Biar penat dan lelah segala anggota namun dikala ada kesempatan bertelingkuh bermunajat ke hadhrat Ilahi , terasa diri cukup bertuah .

Selamat berjuang buat semua biarpun payah .

Dipetik daripada artikel ini

Wednesday, April 27, 2011

Si Pemalas Yang Tak Sedar Dirinya Malas

InsyaAllah, dalam post kali ini, suka untuk saya menulis tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan gerak kerja Islam yang sering dipandang sebelah mata oleh beberapa pihak yang tidak memahami tentang Konsep Syumul dalam Islam.

Kisah

Satu kisah yang diceritakan oleh Dr Yusof al Qaradhawi di dalam bukunya, "Ainal Khalal" - Di manakah kesilapan - :

Satu hari seorang ustaz mengajar seperti biasa di sebuah masjid. Setelah selesai mengajar, seorang daripada hadirin bangun dan berkata "Sudah 30 tahun berlalu, sedangkan kamu masih lagi berkata-kata.. Apa yang kamu buat untuk kemenangan Islam? Ustaz tersebut menjawab : Sudah 30 tahun berlalu, sedangkan kamu hanya mendengar.. Apa yang kamu buat untuk kemenangan Islam?

Kisah di atas adalah salah satu contoh pengajaran bagi kita. Kadangkala kita begitu suka mempertikaikan gerak kerja orang lain, sedangkan kita hanya bergoyang kaki. Sibuk mengatakan itu tak kena, dan ini tak kena, sedangkan apa usaha kita untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut?

Di dalam kisah tersebut juga menerangkan 2 peranan yang perlu dimainkan :

1. Peranan Ulama

2. Peranan Masyarakat

Bahkan semua pihak perlu berperanan dalam mengislah umat. Antara yang lain, pimpinan juga terlibat sama dalam gerak kerja ini. Bukan hanya tahu menunding jari kepada orang lain, tetapi diri sendiri hanya tahu menggoyangkan kaki.

Empat Perkara

Empat perkara yang ingin saya tekankan :

1. Memikirkan tentang Islam

Sebagai seorang yang bergelar umat Islam, kita perlulah berfikir untuk Islam. Gunakan beberapa minit untuk berfikir tentang umat manusia, berfikir tentang perancangan dalam membangunkan Islam dan lain-lain. Kita menghadapi masalah apabila umat Islam malas berfikir!

Mereka hanya tahu memikirkan tentang periuk nasi sendiri. Hanya tahu memikirkan kejayaan sendiri.. sambil berkata "tengok.. inilah hasil usaha aku" sedangkan hasil tersebut adalah anugerah Allah.

Lihat kisah ulama mazhab. Mereka memainkan peranan untuk menghidupkan golongan yang mampu berfikir tentang Islam. Mereka sendiri berfikir untuk Islam. Imam Syafie ketika bermalam di Rumah Imam Ahmad, berfikir pelbagai masalah sehinggakan wudhu Isya digunakan untuk subuh keesokannya. Kita bagaimana?

2. Bekerja untuk Islam

Tidak cukup dengan hanya berfikir untuk Islam, perlu juga bekerja untuk Islam. Ramai juga golongan yang hanya tahu berfikir, tetapi malas untuk bekerja. Tetapi lebih teruk sekiranya terdapat golongan yang malas berfikir, dan malas bekerja.

Ingat, ramai orang mampu berfikir, tetapi tidak ramai yang mahu bekerja walaupun dia mampu. Ada juga yang hanya tahu bekerja untuk periuk nasi sendiri.. sambil berkata : Lantaklah apa nak jadi.. asalkan aku bahagia.

Lihat pula sejarah ulama Hadis. Kita hanya tahu mereka ini bersungguh-sungguh dalam mendapatkan hadis. Hakikatnya, apa yang kita nak daripada sejarah kesungguhan mereka ialah "mereka bekerja untuk Islam". Hari ini, kita hanya tahu berkata : Saya nak jadi ulama Hadis.. lalu dia akan menuntut ilmu, tetapi tidak mahu bersama dengan gerakan Islam. Pelik, sedangkan ulama'-ulama hadis tersebut bekerja untuk Islam, bukan untuk periuk nasi mereka.

3. Berkorban untuk Islam

Tidak cukup dengan hanya berfikir dan bekerja untuk Islam.. Tingkatkan lagi dengan "berkorban untuk Islam". Ada juga yang sanggup berfikir dan bekerja untuk Islam, tetapi belum sanggup untuk berkorban.

Lalu golongan ini akan meninggalkan kerja tersebut (tidak istiqamah) apabila diancam atau menerima rintangan dalam gerak kerja tersebut. Lihat kisah Asy Syahid Abdullah Azzam, meninggal dunia dalam dunia jihadnya.

Beliau pernah berkata : "Kita tanpa jihad umpama ikan tanpa air.."

Ikan akan mati tanpa air, dan roh seorang muslim akan hilang sekiranya malas berjihad, tidak mahu berkorban untuk Islam.

4. Ithar untuk Islam

Ithar adalah melebihkan kepentingan orang lain berbanding kepentingan sendiri. Contohnya kita telah meletakkan bahawa masa tidur aku adalah 5 jam. Tetapi disebabkan kewajipan terhadap umat yang begitu besar, maka saya sanggup tidur 3 jam sahaja kerana 2 jam lagi adalah untuk Islam.

Cuba lihat sejarah salafussoleh, mereka bukan hanya tahu berzikir seorang diri, beruzlah, bahkan mereka mengeluarkan harta mereka untuk Islam. Asy Syahid Abdullah Azzam sanggup melepaskan kerja sebagai pensyarah yang bergaji 20 000 sebulan, semata-mata untuk berjihad. Kita bagaimana?

Sudahlah sukar berkorban, apatalah lagi ithar? Sanggupkah kita tak tidur malam untuk memberi ruang kepada orang lain untuk tidur? Ramai yang mampu berkata : Kita kena berkorban.. kita kena itu dan ini.. Kemudian orang yang berkata ini balik rumah, minum susu dan tidur.

Kesimpulan

Perkara yang perlu diingatkan kepada kita termasuk diri ini ialah empat perkara yang disebutkan. Mengabaikan salah satu daripada empat perkara tersebut menampakkan kerompangan dalam perjuangan. Seolah-olah ada yang tak kena sekiranya salah satu daripadanya terabai.

Berfikirlah untuk Islam, bekerjalah untuk Islam, berkorbanlah untuk Islam dan itharlah untuk Islam. Janganlah kita berfikir, bekerja, berkorban dan ithar untuk memecahbelahkan Islam, atau meruntuhkannya.

Tidak perlu berpaling tadah, cukuplah dengan hanya kita malas, sudah menyebabkan kita tergolong dalam golongan yang merosakkan Islam.

Di dalam buku "Ainal Khalal" karangan Dr Yusof al Qaradhawi menukilkan kalam dari Syeikh Jamaluddin al Afghani, beliau berkata :

"Kalaulah jutaan kamu ini adalah lalat yang menghinggapi telinga Inggeris, sudah pasti kamu akan merosakkan telinga-telinga mereka!"

Cukup dengan kita ini hanya kumpulan lalat yang bersatu, kita boleh menghalau penjajah dari negara kita. Lihatlah bagaimana Raja Namrud yang mati dengan hanya seekor nyamuk. Lihatlah bagaimana tentera bergajah Abrahah yang mati disebabkan serangan burung. Lihatlah bagaimana tentera Yakjuj dan Makjuj akan musnah disebabkan serangan wabak.

Cukup dengan kita memainkan peranan sebagai kumpulan lalat.. Kita hari ini bagaimana? Bilangan kita ramai, tetapi kita tidak bersatu..

1. Fikrah tidak satu.. masing-masing membawa agenda masing-masing sambil berkata : "Lantaklah Islam itu berpecah.. Lantaklah Islam itu tak menang.. asalkan kamu bersama kami.." Bukan kerana Allah.

2. Gerak kerja tidak satu.. Jemaah yang kedua sibuk dengan gerak kerja mereka.. "Lantaklah gerak kerja Islam tak selaras (disebabkan perpecahan).. Asalkan kamu bersama kami.. " Bukan kerana Allah.

Adakah matlamat kita "menyeru kepada kami"? Tidak.. Matlamat kita adalah menyeru kepada Allah.

Kesatuan Islam Takkan Kukuh Dengan Adanya Anai-Anai

Pertama

InsyaAllah, kali ini saya tertarik untuk mengulas beberapa perkara yang berkaitan dengan tajuk di atas. Sebelum itu, suka untuk saya perkenalkan “falsafah anai-anai”. Anai-anai adalah serangga yang diciptakan oleh Allah, supaya manusia berfikir dan sedar.

Anai-anai adalah satu kelompok yang bersatu, taat kepada pimpinan, bekerjasama dan banyak lagi. Cuma, anai-anai ini akan memberi kerosakan kepada sesuatu binaan. Anai-anai akan bekerjasama mengorek dinding-dinding rumah, tanpa mengira rumah siapakah itu. Bahkan, anai-anai juga akan membuat “rumah di dalam rumah”.

Iaitu, mereka membina masyarakat mereka di dalam rumah yang dibina. Akhirnya rumah yang kita bina akan rosak disebabkan rumah yang dibina oleh anai-anai ini. Walaupun mereka bekerjasama, tetapi bekerjasama merosakkan dinding rumah. Fikirlah wahai manusia yang berakal.

Kedua

Gerakan Islam yang dibina, sering juga diserang oleh anai-anai ini. Mereka akan membina rangkaian sulit di dalam gerakan Islam tadi. Lalu anai-anai ini akan merosakkan gerakan Islam secara dalam dengan cara membina “rumah di dalam rumah”. Maka, “rumah” gerakan Islam ini tidak akan kukuh, disebabkan kewujudan anai-anai ini.

Anai-anai di dalam gerakan Islam ini akan bercanggah dengan arahan pimpinan, buat kepala sendiri, tidak ilzam (berpegang) dengan keputusan mesyuarat, membuat jemaah belakang di dalam jemaah yang asal dan sebagainya.

Antara yang boleh kita lihat ialah, sejarah pembinaan Masjid Dhirar. Anai-anai di dalam Gerakan Islam yang dibina oleh Nabi SAW di Madinah, telah membina sebuah Masjid bertujuan memecah belahkan umat Islam di Madinah.

وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفَنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. (Surah at Taubah : 107)

Ambillah iktibar dari kisah ini.

Ketiga

Masjid Dhirar yang diceritakan sebelum ini sarat dengan falsafah anai-anai yang telah saya kaitkan sebelum ini. Firman Allah SWT :

وَالَّذِينَ اتَّخَذُواْ مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِّمَنْ حَارَبَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ مِن قَبْلُ وَلَيَحْلِفَنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلاَّ الْحُسْنَى وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ (107) لاَ تَقُمْ فِيهِ أَبَدًا لَّمَسْجِدٌ أُسِّسَ عَلَى التَّقْوَى مِنْ أَوَّلِ يَوْمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِ فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ (108)

Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: "Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.

Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (Surah at Taubah : 107-108)

Anai-anai ini menyatakan bahawa :

“kami bina masjid ini adalah untuk kebaikan semata-mata”.

Tetapi hakikatnya pembinaan tersebut bertujuan :

1. Membahayakan keselamatan ahli gerakan Islam
2. Menguatkan keingkaran mereka terhadap dakwah Nabi SAW
3. Memecahbelahkan kesatuan gerakan Islam
4. Dijadikan tempat intipan untuk merosakkan gerakan Islam

Lalu, pengajaran yang Allah SWT berikan daripada kisah ini ialah :

1. Janganlah engkau bersolat di masjid yang dibina oleh anai-anai itu selama-lamanya
2. Teruskan bersolat di masjid asal yang telah dibina lebih awal, di atas dasar taqwa.

Huraiannya selepas ini. InsyaAllah

Keempat

Berdasarkan artikel tentang anai-anai ini, saya cuma ingin mengajak para pembaca berfikir, dan berhati-hati dengan kelompok anai-anai ini, yang suka membina rumah di dalam rumah. Mereka saling bekerjasama antara satu sama lain, berusaha gigih dan sebagainya, tetapi mereka telah merosakkan rumah yang susah payah kita bina, iaitu gerakan Islam.

Mereka juga mempamerkan bahawa “kami cuma ingin membawa kebaikan” tetapi hakikatnya matlamat mereka adalah “membina rumah di dalam rumah”. Mereka inginkan jemaah yang mereka bina di dalam jemaah besar itu mengembang, sehinggakan meruntuhkan jemaah yang asal.

Lalu, Allah SWT telah menyebutkan kisah kewujudan golongan ini di dalam al Quran, dan membentangkan kepada kita pengajaran-pengajaran kisah tersebut. Supaya kita berfikir, dan mendalami tentang perkara ini.

Kemudian, Allah SWT juga menyenaraikan 2 penyelesaian yang cukup mudah untuk dilaksanakan, iaitu :

1. Janganlah engkau bersolat di masjid yang dibina oleh anai-anai itu selama-lamanya. Iaitu, janganlah engkau bersama dengan golongan anai-anai tersebut walaupun mereka mengadakan sesuatu yang baik.

2. Teruskan bersolat di masjid asal yang telah dibina di atas dasar taqwa. Iaitu, engkau perlulah mengukuhkan kebersamaan kamu dengan jemaah yang asal, yang dibentuk lebih awal, di atas dasar taqwa.

(Sila lihat Tafsir Syeikh Sya’rawi ayat 107-108, Surah at Taubah)

Piawaian Jemaah Islam Contoh

(petikan dari buku Sheikh Mustafa Mashyur)
Oleh : Us Din Tantawi

Seperti kata-kata Saidina Ali (ra), "Janganlah kamu kenali sesuatu kebenaran itu kerana orangnya, sebaliknya kenalilah kebenaran tersebut dahulu, nanti kamu akan kenali orangnya".

Hatta, dengan jemaah juga, seseorang itu harus mengetahui terlebih dahulu ciri-ciri jemaah tersebut sebelum menggabungkan diri kedalamnya.

Artikel ini adalah berdasarkan huraian Sheikh Mustafa Mashyur dalam bukunya, 'Contoh Tauladan Sepanjang Jalan Dakwah' dan 'Dakwah Fardiah'. Perkara-perkara yang dihuraikan hendaklah diambil sebagai panduan atau rujukan bagi sesiapa sahaja yang ingin membuat pilihan dan menggabungkan diri dalam sesebuah jemaah untuk menunaikan tanggungjawab dakwah yang diwajibkan keatasnya.

Pilihan seseorang itu memerlukan perincian yang halus, hikmah, penjelasan yang terang dan meyakinkan dan tidak terburu-buru. Dalam medan dakwah masakini, terdapat banyak jemaah-jemaah yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, dan huraian ini juga tidak bertujuan untuk menimbulkan perbezaan dan persengketaan antara jemaah yang sedia ada, tetapi sebaliknya mengharapkan ianya dijadikan sebagai titiktolak bagi sesebuah jemaah tersebut untuk kembali kepada hakikat kesatuan ummah sejagat berdasarkan ciri-ciri haraki Islam yang dihuraikan.

Dua puluh (20) perkara asasi yang perlu ada pada sebuah Jemaah Islam Contoh ialah :

1) Tujuan menegakkan jemaah ini ialah kerana Allah dan memiliki segala ciri-ciri Rabbani, serta mencari keredhaanNya (mardhatillah). Jemaah ini jauh dari matlamat keduniaan seperti mencari kemasyhuran, kedudukan atau suka menonjol diri. Jemaah ini hendaklah juga jauh dari dorongan-dorongan Jahiliyyah seperti taa'sub kelompok (assabiyah), batas-batas geografi atau kenegaraan (nationalisma), dan seumpamanya.

Perkara seperti ini akan merosakkan amalannya dan membawa jemaah ini kearah kegagalan.

2) Jemaah Islam ini hendaklah menggunakan AlQuran dan Sunnah sebagai sumber rujukan, dan menjaga dirinya supaya ia tidak tunduk dibawah kehendak orang tertentu, kerajaan ataupun apa sahaja, sekiranya ia memberi kesan buruk kepada kepada gerakan dakwahnya atau mempengaruhi mesej dakwahnya.

3) Jemaah itu dibangunkan atas tujuan yang menyeluruh dan bersepadu yakni untuk menegakkan agama Allah dibumi ini dengan mendirikan Daulah Islamiah Alamiyyah (Negara Islam Sedunia). Manhajnya (methodologi) adalah berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah (saw) untuk mencapai tujuan ini, dan juga apa yang disyariatkan oleh Islam (ijmak atau qias). Jemaah tidak sepatutnya mengongkong dirinya dalam 'perkara-perkara juzuk' dalam Islam seperti ekonomi, politik, ibadah dan sebagainya.

4) Kefahaman jemaah ini terhadap Islam hendaklah menyeluruh (kesyumulan Islam) dan pendekatan dakwah yang digunakan juga adalah bersifat menyeluruh (syamil). Kefahaman Islam, cara dan mesej dakwah yang dibawa mesti bertepatan dengan Quran dan Sunnah Rasulullah (saw), dan bersih dari sebarang kesamaran, penyelewengan dan perbezaan pendapat yang boleh memecah-belahkan orang-orang Islam.

5) Jemaah ini mestilah bersifat universal (alamiyyah) dan tidak tertakluk pada batas-batas negeri dan suku bangsa, kerana dakwah Islam adalah ditujukan kepada sekelian alam. Jemaah ini juga menekankan bahawa orang-orang Islam semuanya adalah umat yang satu (wahdatul ummah) dan sentiasa bergerak kearah kesatuan ummah. Dengan sifat alamiyyahnya, jemaah ini berjuang untuk menegakkan Negara Islam Alamiyyah dengan menggunakan Kaedah Sulbah, bukan Negara Islam Geografi sahaja. (sila rujuk karangan Ustaz Said Hawa, 'Durus Fil Amal AlIslami')

6) Jemaah ini mestilah mengikut kaedah perjuangan yang digunakan oleh Rasulullah saw ketika baginda mendirikan Negara Islam. Kaedah yang digunakan oleh Rasulullah (saw) adalah berperingkat (marhalah), beransur-ansur (tadarruj), kejelasan risalah dakwah, kemampuan ahli, melaksanakan hikmah dan kewaspadaan dalam setiap langkah, serta mengambil kira faktor persekitaran (waqi').

Baginda mementingkan perkara-perkara seperti kemantapan aqidah, iman dan ibadah, mengutamakan kekuatan persaudaraan dan penyatuan umat Islam, mengambil kira prinsip jihad dan ketenteraan, tarbiyyah, dan lain-lain lagi.

Jemaah ini mesti menekankan Kaedah Sulbah yakni, membina individu Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam, negara Islam dan baharulah Dunia Islam. Perlu ditegaskan bahawa penggunaan kekuatan senjata sebelum aqidah, tarbiyyah dan penyatuan umat Islam akan membawa kepada perpecahan umat Islam dan kemudharatan yang besar. Sesungguhnya, pembinaan yang membesar secara tabii (Kaedah Sulbah) itu bermula dari dasar (individu) dan bukan dari puncak (negara).

7) Jemaah ini hendaklah menjaga amalannya dari mencari propaganda dan menunjuk-nunjuk, kerana ini boleh menghilangkan sifat keikhlasan dan ganjaran pahala. Setiap anggota jemaah itu hendaklah mengutamakan dirinya untuk terus berdakwah dan bekerja untuk Islam dan menghindarkan dirinya dari sebarang sifat tercela (mazmumah), perdebatan, prasangka, menabur fitnah dan 'tajassus' dan apa sahaja yang boleh menimbulkan perselisihan dan kurang daya produktif dalam berdakwah.

Firman Allah swt, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum itu merendah-rendahkan kaum lain kerana mungkin kaum lain itu adalah lebih baik... jauhilah prasangka... janganlah kamu mencari-cari kesalahan atau mengunjing orang lain; sukakah kamu memakan daging saudaramu yang telah mati? Hai manusia, Allah telah mencipta kamu lelaki dan perempuan, bangsa-bangsa, suku-suku supaya kamu saling berbaik. Sesungguhnya, orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa diantara kamu" (Surah Hujurat:11-13)

8) Jemaah ini bekerja mengikut perancangan yang sempurna dan realistik. Segala tindakan yang diambil bukan lah secara spontan ataupun hanya reaksi yang tidak dikaji terlebih dahulu kerana ini boleh mengakibatkan risiko atau natijah yang buruk. Membangunkan individu, keluarga, dan masyarakat dalam semua lapisan umat Islam dilakukan atas dasar taqwa sebagai persediaan sebelum mendirikan Negara Islam.

9) Jemaah ini mengambil berat tentang semua aspek pendidikan dan pekerjaan yang dikehendaki, yakni aspek rohani, jasmani, mental, dan ilmu. Dari segi politik, jemaah ini hendaklah melahirkan suara Islam dengan jalan kesedaran politik, dan tidak semestinya dengan cara berparti dan jauh sekali dari mengamalkan putar-belit ataupun kemelut parti sekular. Dari segi komunikasi, jemaah ini mementingkan peranan sebaran am, akhbar, penulisan serta apa jua cara yang dapat menyebarkan kan dakwah serta menolak kekeliruan yang boleh timbul dari fitnah musuh atau sesiapa sahaja.

10) Jemaah contoh ini jangan sekali-kali meninggi diri serta sentiasa membuat perbandingan dengan jemaah-jemaah Islam yang lain dan tidak menganggap jemaahnya sahaja yang sempurna dan benar, sementara jemaah lain adalah sesat. Jangan memperkecil-kecilkan usaha jemaah-jemaah lain atau melihat jemaah lain sebagai saingan atau lawan, tetapi sebaliknya carilah ruang-ruang untuk bekerja sama.

Hendaklah dia sentiasa berusaha kearah penyatuan (wahdatul ummah) dengan jemaah-jemaah lain dan sentiasa bersabar, berlapang dada dan menerima segala kritikan dengan baik. Dengan izin Allah swt, kita semua mengharapkan akan tiba masanya, hilanglah semua nama-nama, gelaran dan perbezaan teknikal antara semua jemaah yang ada sekarang dan akan digantikan dengan satu Jemaah Muslimun.

11) Jemaah ini hendaklah bercampur-gaul dengan semua orang dari segenap lapisan tidak kira bangsa, warna kulit, bahasa ataupun pangkat, demi mematuhi konsep alamiyyah yang disarankan. Mereka adalah ladang dakwah dan tapak semaian yang perlu disediakan terlebih dahulu sebelum mendirikan Negara Islam.

12) Jemaah ini mempunyai peraturan yang kemas serta organisasi (tanzim) yang tersusun, yang menentukan tujuan kerja dan cara-cara berdakwah. Anggota jemaah adalah terdiri daripada mereka yang telah dididik (tarbiyyah) sepenuhnya, membentuk barisan-barisan yang terpilih dan berkeperibadian Islam, dan tidak dicampuri anasir-anasir yang tidak sihat, demi menjamin penerusan serta mesej dakwah yang dibawanya.

13) Konsep syura hendaklah diamalkan dalam setiap peringkat dan menggalakkan ahlinya supaya terus berbincang dan mengeluarkan pendapat serta kritikan yang membina kepada orang-orang yang memegang tanggungjawab tertentu atau pimpinan. (muhasabah) Konsep ketaatan dan kepatuhan dalam perkara yang bukan maksiat sentiasa ditekankan

14) Jemaah ini sentiasa bersifat sederhana dan tidak melampau, samada dalam aspek pemikiran seperti isu kafir-mangkafir dan isu perbezaan jemaah-jemaah Islam; atau dalam aspek gerakan seperti menggunakan kekerasan dalam tindakan, mengeluarkan kecaman-kecaman, dan fitnah dengan sewenang-wenangnya, yang mana boleh membuatkan orang Islam lari ataupun benci kepada Islam. Segala tindakan yang diambil hendaklah berteraskan kasih sayang (mahabbah), waqii (persekitaran) semasa, tawazun (keseimbangan), hazar (waspada) dan tasawwur (prospek) amal yang jelas. Dari segi aqidah dan ibadah, jemaah ini tidak bertolak-ansur sedikitpun..

15) Sentiasa memeriksa tanggungjawab serta mengikuti isu-isu semasa yang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia dan sama-sama memberi sumbangan sekadar mampu. Sentiasa menyeru orang-orang Islam agar sama- sama memberi sumbangan bagi tujuan menghidupkan semangat perpaduan serta sama-sama merasa tanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada umat Islam keseluruhannya.

16) Jemaah ini sentiasa berwaspada dengan tipu-helah musuh Islam, sentiasa bersabar, tetap bekerja, berkorban dan banyak bermunajat kepada Allah apabila menanggung penderitaan dan kecaman semasa berdakwah.

17) Jemaah ini sentiasa menekankan kepentingan dakwah dan penegakan Negara Islam Alamiyyah kepada anggotanya. Kegiatan dakwah yang dilakukan adalah sebagai saham yang berharga kepada generasi akan datang. Ganjaran daripada Allah akan datang kepada mereka yang beriman dan bersabar, didunia ini dan juga diakhirat sebagaimana firman Allah swt dalam surah Al-Hadiid: 28:

"Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya, nescaya Allah akan memberi rahmatNya kepada kamu dua bahagian, dan menjadikan untukmu cahaya yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan, dan Allah akan mengampunimu".

18) Jemaah ini sentiasa memikirkan langkah-langkah masa depan serta bergerak (muharriq) untuk menyediakan kemahiran dalam berbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, perundangan, dakwah, kesihatan, ketenteraan, sosial dan lain-lain lagi.

19) Jemaah ini hendaklah mengambil kesempatan dalam setiap penerokaan baru samada dalam bidang pemikiran, pengalaman-pengalaman dakwah, ataupun kajian sains selagi ia tidak menyalahi prinsip Islam.

20) Jemaah ini sentiasa menketakutan yang dialami. Mereka ini akan terus beribadat kepada Allah dengan tidak mempersekutukanNya dengan apa sekalipun. Dan ingatlah, sesiapa yang kufur atau engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka".

Demikianlah penjelasan yang terperinci mengenai marhalah ini. Apa yang baik itu sesungguhnya bersumberkan dari Allah swt, dan segala kekurangan itu adalah merupakan kelemahan diri saya sendiri.

Berbahagialah Sang Ghuraba'

1. Perjuangan Islam bermula dalam keadaan asing atau dagang [gharib]. Berdepan dengan manusia jahiliah yang rendah upaya untuk membezakan antara haq dan bathil. Sistem nilai yang kabur diselaputi fahaman syirik dan kebendaan. Mereka merajakan nafsu dan mempertuhankan aqal. Rasuulul ummah saw. sebagai utusan Allah swt. difitnah, dinista dan dicerca. Risalahnya ditertawa dan menjadi bahan lelucon ummat jahiliah.

2. Islam dibawa untuk menyelamatkan ummah. Risalahnya disasarkan kepada semua kecuali mereka yang tekun dan konsisten memerangi Islam. Slogan yang dibawa oleh Pendakwah Agong saw. ialah [Aslim Taslam] Terima Islam Engkau Selamat. Serendah - serendah pangkat manusia seperti lelaki gasar di padang pasir sehinggalah setinggi - tinggi pangkat manusia seperti raja di istana menjadi sasaran risalah Islam.

3. Islam didokong dan diperjuangkan dengan gigih tanpa peduli pahit getir. Islam digalas dan dipertahankan dengan tabah tanpa peduli susah sukar. Gurun sahara diredah dan lautan luas diharungi demi menyemarakan kebangkitan Islam dan mendaulatkan syariatnya. Sabar membelah masa dan merempuh waktu menanti detik janji Allah ditunaikan. Tidak mengenal erti putus asa dan kecewa.

4. Akhirnya Islam tegak berdaulat dengan bertiangkan aqidah, berdindingkan syariat, berbumbungkan jihad dan berlantaikan akhlak. Bumi diimarahkan dengan peraturan dan manhaj rabbani. Keadilan merata kepada semua tanpa membezakan latar belakang agama, bangsa, kaum dan bahasa lidah. Keamanan dan kesejahteraan dinikmati, bukan sahaja oleh manusia bahkan binatang dan tumbuhan.

5. Namun Nabi saw telah menegaskan :

بَدَءَ الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بدء فطوبى للغرباء

Telah bermula Islam dalam keadaan asing , kelak ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka berbahagialah mereka yang asing [tetap bersama Islam].

6. Hari ini Islam kembali ditertawa. Syariat dan syiar Islam dipersenda. Kerja dakwah menjadi bahan lelucon. Dunia kembali menganggap pelik cara kita berjuang dan mengajak ummat manusia kembali kepada Islam dan perjuangannya. Menyeru dan mengajak orang menyertai perjuangan Islam dianggap kerja bodoh sebagaimana tanggapan ummat jahiliah. Firman Allah swt :

  و إذا قيل لهم ءامنوا كما ءامن الناس قالوا أنؤمن كما ءامن السفهاء ألا إنهم هم السفهاء ولكن لا يعلمون

dan apabila diseru kepada mereka , Berimanlah sebagaimana berimannya manusia yang lain. Mereka menjawab : Apakah kami akan beriman sebagaimana berimannya orang - orang yang bodoh. Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang - orang yang bodoh akan tetapi mereka tidak mengerti.

Surah al Baqarah : Ayat 13

7. Sungguhpun Islam kembali menjadi asing dan pejuangnya ditertawa dan diperbodohkan, ianya adalah sunnah yang telah dijanjikan kebahagiaannya oleh Rasulullah saw kepada mereka yang tetap gigih berjuang, berjihad dan berdakwah. Biarpun Nabi saw telah sekian lama meninggalkan ummah, namun kesediaan para pejuang menggalas tugas besar untuk menyelamatkan manusia dari neraka Allah adalah tugas berat yang penuh dengan kemuliaan. Istiqamah dan  iltizam bersama kerja - kerja amal Islami biarpun disinis dan disindir tajam, ia adalah ghuraba' yang dijanjikan kebahagiaan oleh Rasulullah saw.

8. PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Pakej yang dimaksudkan ialah tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui pakej ini, PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerakkerja amal Islaminya secara seimbang berasas ramuan 3 elemen dari pakej tersebut.

9. Adunan 3 elemen dari pakej itulah tercetusnya pelbagai slogan seperti :
  • Pemuda PAS adalah Duta Penyelamat dan Kasih sayang. Bermaksud Pemimpin dan anggota pemuda PAS turun ke medan, menyantuni masyarakat dengan penuh kasih sayang biarpun mungkin suatu masa dahulu, mereka adalah musuh kita. Mereka menentang kita dengan kejahilan dan hasad dendam yang menyelubungi jiwa mereka. Namun mereka mesti diselamatkan dari terus menjadi hamba nafsu dan syaithan yang menguasai diri mereka untuk memusuhi Islam. Pemuda PAS adalah penyelamat, lalu selamatkan seramai mungkin manusia dari api dosa yang sedang membakar mereka.
  • Orang Muda Geng Kite . Adalah slogan lanjutan untuk menterjemah "Duta Penyelamat dan Kasih sayang" bagi mendekati golongan muda dari pelbagai lapisan dan latar belakang. Dari anak muda professional sehinggalah kepada anak muda yang bergelandangan. Mereka didekati oleh pemuda PAS dengan pelbagai cara dan kaedah. Tertubuhnya Alternative Riding Club [ARC] dan wujudnya aktiviti seperti Alternative Futsal Club, Alternative Band Club dan sebagainya adalah untuk melengkapkan usaha mendekati anak muda.
  • Jom Sertai PAS . Juga antara slogan popular PAS untuk mendekati semua golongan masyarakat agar mereka menyertai PAS. Menyertai PAS hanya semudah mengisi borang, membayar yuran tahunan dan bersedia mematuhi perlembagaan PAS atau undang - undang tubuh PAS. Penyertaan mereka akan diperkasa dari masa ke semasa melalui proses pentarbiyahan yang wujud di dalam PAS sehinggalah akhirnya mereka menjadi seorang ahli PAS yang soleh dan berjuang. Melalui slogan ini, telah ramai tokoh - tokoh yang suatu masa dahulu sangat memusuhi PAS namun kini berjuang bersama saf perjuangan PAS. Laksana tokoh - tokoh yang menentang Nabi saw kemudiannya menerima Islam lalu gigih berjuang disamping Nabi saw. Kepada mereka Nabi saw menyebut :
خياركم في الجاهلية خياركم الإسلام إذا فقهوا

yang terpilih [hebat] di zaman jahiliah jua terpilih [hebat] di zaman Islam asal sahaja mereka memahami Islam.
  • PAS For All atau PAS Untuk Semua. Sebahagian dari slogan PAS yang berjaya meletakkan PAS dihati mereka. Bukan sahaja ummat Islam mahu menyertai PAS lalu menjadi ahli yang baik, malah non muslim turut melahirkan hasrat mahu bersama perjuangan Islam lalu tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS [DHPP]. "PAS Untuk Semua" membawa maksud perjuangan PAS adalah untuk semua tanpa mengira latar belakang bangsa dan bahasa malah juga bermaksud semua boleh menyertai PAS asal sahaja mereka bersedia untuk mematuhi dasar dan manhaj perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

10. Alhamdulillah, melalui gerakkerja amal Islami bersandarkan slogan - slogan di atas, kini menjadikan keluarga PAS kian besar sehingga mencecah angka sejuta. Pada tahun 1985 saya menjadi ahli PAS yang ke 274,589. Kini angka keahlian tentunya telah mencecah 9 angka. Kita menyedari, ada yang menyertai PAS kemudian gugur ditengah jalan kerana gagal bertahan dengan ujian atau tribulasi perjuangan ini justeru itulah sunnatullah, namun kita jangan kecewa dan putus asa untuk terus berdakwah, menyeru dan mengajak masyarakat ummat Islam menyertai PAS dan non muslim menyertai DHPP.

Biarpun seribu manusia sedang mentertawakan gerakkerja Amal Islami yang dilakukan oleh saudara, lalu menganggap dakwah saudara sebagai suatu lelucon dan kebodohan politik, yakin lah saudara sedang menjadi manusia dagang dan asing dengan Islam yang diperjuangkan. Sedang Rasulullah saw pernah menegaskan : Berbahagialah Sang Ghuraba'

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Jangan Teruja Dengan Pengikut Yang Ramai


Sumber : Us Din Tantawi

1. Sejarah Harakah Islam (Ikhwan Al-Muslimin) tidak berapa lama dahulu telah dapat melihat pertambahan bilangan anggota tanpa mutu yang telah menyukar dan melalaikan harakah.


2. Ini memaksa da’i hari ini untuk mengambil pengajaran. Perkembangan yang seimbang adalah pesanan untuk hari esok.

3. Kita katakanan, ia adalah pesanan untuk hari esok kerana kita dapati ramai orang telah melupakannya. Padahal itulah wasiat lama dari Imam Hassan al-Banna rahimahulLah yang ditegaskan sejak tahun 1938 di dalam Muktamar (Ikhwan) Ke-5. Ketika menjelaskan pelbagai jenis manusia ketika berdepan dengan kerja. Khayalan langsung tidak menyumbang apa-apa kerana ia hanyalah gambaran sahaja dalam memikul bebanan jihad.

4. Hassan al-Banna telah berkata:

“Jadi saya mahu berterus-terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung.

- Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal.
- Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap.
- Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal.
- Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap.


5. Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata.

6. Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal.

7. Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad.

8. Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.


9. Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.” (243 Al-Muktamar Al-Khamis, al-Majmu’ah, m.s. 258)

10. Fiqh itu dipusakai oleh Syed Qutb rahimahulLah. Ini menyebabkan beliau gelisah menjelang hari kematiannya apabila melihat keadaan Sudan yang dilanda dengan demonstrasi umat Islam yang merebak dan meluas memenuhi jalan-jalan raya. Beliau pun memberi wasiat kepada para da’i dari Sudan yang melawatnya. Beliau berkata kepada mereka:

“Janganlah sambutan orang ramai itu menyibukkan kamu dari menyusun barisan dalaman dan menyediakan para pejuang yang mampu menghadapi segala kesukaran dan akan dapat bertahan lama.” (244 Syed Qutb, Kitab al-Syahid, m.s. 91)

11. Sebenarnya kepentingan pemantapan barisan dalaman bukan hanya kerana untuk memudahkan penyusunan dan memudahkan penggunaan tenaga secara selaras, tetapi, kewujudan “masyarakat tarbawi” ini akan mampu menjadi nursery kepada pentarbiahan ‘anak-anak baru’. Ia akan mampu memperlihatkan bentuk-bentuk Islam dan mendinding mereka dari melihat pemandangan jahiliyyah orang-orang jahil dan menghalang dari mendengar jahiliah dan sekaligus menjauhkan ‘anak-anak baru’ dari kesan dan pengaruh tarbiyyah yang bukan Islam.

Rujuk : Al-Muntalaq – Muhammad Ahmad Ar-Rasyid m.s.159

Jawapan Terhadap Tohmahan Ustaz Abdullah Zaik Terhadap Ulama Sufi

Jawapan Terhadap Tohmahan Ustaz Abdullah Zaik Terhadap Ulama Sufi

Ada seorang sahabat telah menghantar kepada saya link penulisan tokoh ISMA Malaysia iaitu Ust Abdullah Zaik berkaitan Tauhid Tiga Serangkai. Saya memuji sikapnya yang tidak ingin membahaskan perkara-perkara furu’ bimbang akan semakin berpecah umat Islam hanya dengan petelingkahan yang boleh diselesaikan dengan cara baik. Namun apa yang sangat saya kesali adalah bilamana beliau mengatakan bahawa :

“Cabaran yang dihadapi oleh Ibnu Taimiyyah pada waktu itu ialah suasana umat Islam yang tenggelam dengan tasawuf / tarikat sehingga tidak peduli walaupun negara sedang diserang musuh. Tasawuf yang berpegang kepada hakikat dan mengabaikan syariat. Apa yang Ibnu Taimayyah ingin jelaskan ialah bahawa apa yang diasyikkan oleh golongan tasawuf dengan khawatnya (dan apa yang dia istilahkan sebagai hakikat) ialah semata-mata menyemarakkan tauhid dari segi rububiyyah sahaja, sedangkan di sana ada lagi bahagian tauhid yang perlu dipenuhi iaitu tauhid uluhiyyah. Kita tidak boleh asyik dengan zauq semata-mata sedang pada masa yang sama kita meninggalkan syariat Allah, seperti solat jamaah dan jihad fisabilillah untuk mempertahankan agama dan tanah air”.


Perkataan daripada Ust Abdullah Zaik, seolah-olah ingin mengatakan bahawa suasana ketika tersebut terbahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama adalah penyokong Tauhid Tiga Serangkai yang dipelopori oleh al-Imam Ibn Taimiyah rahimahullah , manakala kelompok kedua pula adalah terdiri daripada kalangan umat Islam yang tenggelam dengan Tasawuf dan Tarikat.

Lebih menyedihkan adalah tohmahan beliau dengan mengatakan bahawa golongan Sufi ini langsung tidak mempedulikan hal ehwal umat Islam yang diserang ketika tersebut. Benarkah dakwaan sebegini? Layakkah dakwaan sebegini keluar daripada tulisan seorang yang kononnya punya sijil dalam pendidikan ?

SUASANA ZAMAN TERSEBUT

Al-Imam Ibn Taimiyah lahir pada tahun 661 H dan wafat pada 26 Zul Qa’dah 728 H. Dalam tempoh tersebut berlakunya peperangan di antara umat Islam dan tentera TarTar. Saya ingin menyebutkan kepada sidang pembaca sekalian secara ringkas di antara para ulama sufi yang terlibat di dalam peperangan tersebut serta mana-mana peperangan sekaligus menolak tohmahan dan dakwaan Ust Abdullah Zaik yang mengatakan bahawa golongan Sufi hanya sibuk dengan zauq mereka tanpa mempedulikan hal ehwal masyarakat.

Siapa tidak kenal dengan al-Imam Muhyiddin bin Zakariyya al-Nawawi rahimahullah wafat 676 H, salah seorang mujtahid di dalam Mazhab al-Imam al-Syafie , ulama Sufi yang cukup hebat. Siapa lagi yang memberikan tekanan dan desakan kepada Sultan al-Zahir Bibris rahimahullah untuk memerangi tentera Tartar ketika itu jika bukan al-Imam al-Nawawi rahimahullah? Malah Sultan Bibris mengatakan :

“Aku cukup takut kepada lelaki ini (al-Imam al-Nawawi rahimahullah)” .

Ini disebutkan di dalam kitab Tazkirah al-Ayyubiyah ( manuskrip bernombor 7814 mukasurat 53).

PERANAN ULAMA SUFI DI DALAM MENGISLAMKAN MONGGOL

Sejarah Islam adalah merupakan sejarah yang paling memeningkan para Oreantalis. Selalunya golongan penjajah akan bisa menguasai Negara yang dijajahnya. Namun sebaliknya berlaku bilamana tentera Monggol menguasai Negara Umat Islam ketika tersebut, penjajah yang mengikut agama Negara yang dijajah, bukan yang dijajah mengikut penjajah. Bagaimana ianya berlaku? Tidak lain dengan wujudnya golongan yang dekat dirinya dengan Allah taala dan RasulNya. Kecintaan mereka kepada Allah taala dan RasulNya menjauhkan mereka daripada takut kepada celaan orang yang mencela serta kezaliman penjajah ketika tersebut.

Jika kita melihat kepada kitab-kitab sejarah Islam, disebutkan oleh para ulama bahawa di antara penyebab berjayanya Sultan Zahir Bibris memenangi peperangan adalah kerana wujudnya hubungan baik dengan Barakah Khan ( wafat 665 H) beliau merupakan cucu lelaki Gengis Khan. Hubungan ini berlaku ketika Barakah Khan pulang daripada pertemuan dengan al-Imam al-Syeikh Sofiyuddin al-Bakharzi, Khalifah Tariqat Kabrawiyah. Para ulama menyebutkan bahawa Barakah Khan berkenan untuk memeluk Islam setelah bertemu dengan ulama Sufi ini iaitu al-Syeikh Sofiyuddin al-Bakharzi rahimahullah.

Begitu juga dengan peranan yang dilakukan seorang lagi ulama besar Sufi di dalam mengislamkan para pembesar serta tentera Monggol iaitu al-Syeikh Saaduddin bin Hammuyah (wafat 652 H).

Raja Ghazan , salah seorang cucu Holako juga memeluk agama Islam hasil dakwah daripada al-Imam Ibrahim al-Juwaini al-Syafie al-Sufi rahimahullah ( wafat 722 H). Hasilnya menyebabkan seluruh tentera pimpinan Raja Ghazan yang kebanyakkannya berada di Iran dan kawasan sekitarnya telah menerima cahaya agama Allah taala.

Kawasan Asia Tengah menyaksikan bahawa hidayah Allah taala telah menusuk ke dalam kalbu Raja Kashghar Timor Khan al-Monggoli ( wafat 765 H) bilamana berlaku pertemuan di antara beliau dengan al-Imam al-Syeikh Jamaluddin al-Bukhari al-Naqsyabandi ( antara Ulama Besar bertariqat Naqsyabandi) . Keberanian serta keikhlasan al-Imam Jamaluddin al-Bukhari menyebabkan Raja Timor Khan tertarik memeluk Islam. Ianya berlaku bilamana Timor Khan mengatakan kepada al-Imam Jamaluddin dan sahabat-sahabatnya :

“Harga anjing lebih tinggi berbanding dengan harga diri kamu semua ( sambil mengisyaratkan kepada al-Imam Jamaluddin dan sahabat-sahabatnya)”

Al-Imam Jamaluddin al-Bukhari lalu menjawab : “Ya, Mungkin benar katamu itupun jika kami tidak memeluk agama Allah ini. Namun kami menjadi mulia hanya kerana kami memeluk agama Allah taala ini”

Di kawasan Banggal pula, kelihatan ramai para tentera Monggol berpusu-pusu memeluk agama Allah taala . Semuanya adalah berkat jasa al-Imam al-Sufi Jalaluddin al-Tibrizi rahimahullah.Ini seperti disebutkan di dalam catatan Rehlah al-Imam Ibn Battuta rahimahullah.

Joban ( wafat 736 H) salah seorang pembesar Monggol telah menjadi salah seorang pengikut setia kepada al-Syeikh al-Murabbi Sofiyuddin al-Ardabili rahimahullah. Pernah sekali Joban rahimahullah bertanyakan kepada al-Imam al-Ardabili :

“Mana lebih banyak, tentera Sultan atau murid kepada Syeikh?”

Maka al-Imam al-Ardabili menjawab :

“Murid-muridku di Iran sahaja sudah melebihi bilangan mereka daripada tentera Sultan itu sendiri”

Nah, ini adalah sebahagian daripada peranan ulama Sufi di dalam peperangan menentang tentera Monggol. Peperangan di dalam Islam bukan semata-mata bertujuan menumpahkan darah umat manusia. Jika begitu hadaf dan tujuannya, maka samalah kita dengan golongan yang tidak beragama. Namun tujuan peperangan di dalam Islam adalah menyebarkan risalah dakwah mempamerkan kecantikan Islam kepada pihak musuh. Inilah yang dijalankan oleh para ulama sufi ketika tersebut.

Jangan cepat menghukum, kaji dahulu. Tak malukah kamu jika ingin berhadapan dengan para pejuang di kalangan ulama Sufi pada zaman tersebut satu masa nanti di Syurga Allah kelak? Kamu menuduh bahawa mereka hanya sibuk dengan diri masing-masing tanpa melibatkan diri dengan perjuangan, tetapi hakikatnya ianya adalah tohmahan malah tidak salah saya katakan bahawa ianya akan menjadi fitnah. Kamu banyak pengikut, kamu akan dipersoalkan kelak jika kamu tidak menarik semula tohmahan kamu terhadap para ulama Sufi yang berjuang bermati-matian berhadapan dengan tentera TarTar ketika tersebut.

Fikir dahulu sebelum keluarkan kenyataan. Maaf jika saya terkasar bahasa. Semoga Allah taala jua memberikan petunjuk kepada kebenaran.

Rujukan :

al-Butulah Wa al-Fida' Inda al-Sufiyyah : Dirasatun Tarikikhiyyah Karangan al-Syeikh As'ad al-Khatib

Link utk artikel Presiden ISMA http://ustabdullahzaik.wordpress.com/2009/11/30/tauhid-tiga-serangkai/

Perbahasan Tentang Berbilang Jemaah


oleh :
Ustaz Nazrul
Penuntut Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff

Perbincangan berkenaan berbilang-bilang jemaah ini telah lama dibahaskan. Namun sehingga sekarang masih belum ada kata putus , malah tidak salah saya katakan masing-masing akan mempertahankan hak masing-masing.

Si jemaah A akan mengatakan bahawa kamilah yang terbaik. Si jemaah B pula turut mengatakan yang sama.

Saya mengharapkan perbincangan ini akan membuka minda semua pihak . Baca dan telitikan terlebih dahulu. Lihat hujjah dan perbahasannya . Jangan hanya kerana yang menulis ini bukanlah Presiden Pertubuhan ini, Ikatan itu maka terus diletakkan bahawa apa yang ditulis ini semata-mata untuk memenangkan sebuah pihak semata.

ISLAM DATANG MERUNGKAI KARAT JAHILIYYAH

Sebelum kedatangan Islam, manusia hidup berpuak-puak , bersuku-suku dan mengikut hawa nafsu masing-masing. Puak A ini mengatakan : “Kamilah yang terbaik”. Puak B , C dan D juga mengatakan perkara yang sama. Apa natijahnya? Ya , semua sudah pasti bahawa yang akan berlaku pastinya perpecahan dan perbalahan.

Kedatangan Baginda sallallahu alaihi wasallam memberikan sinar baru kepada umat manusia. Manusia yang sebelumnya hidup dengan membeza-bezakan antara satu sama lain, akhirnya berpegang dengan slogan

“Kita semua adalah sama, datang dari Bapa yang SATU iaitu Saidina Adam alaihi al-salam, Ibu yang SATU iaitu Saidatina Hawwa’ alaiha al-salam, yang membezakan hanyalah iman dan taqwa di sisiNya”.

Kedatangan Baginda sallallahu alaihi wasallam membawa sebuah perpaduan kepada umat manusia. Berpegang dengan SATU aqidah iaitu Islam, beriman dengan tuhan yang SATU iaitu Allah taala. Karat jahiliyyah fahaman berpuak dan bersuku yang berpasak kuat di hati masyarakat manusia ketika itu berjaya dirungkai satu persatu oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Kesimpulan perbincangan pertama kita : Berbilang-bilang kebanyakkannya membawa kepada perpecahan , manakala perpaduan di bawah satu panji pastinya akan membawa kemenangan dan kemegahan kepada umat Islam.

KISAH SAYA DAN SYAIKHUNA MUKHTAR AL-JAZA’IRI HAFIZAHULLAH

Satu hari sekitar tahun 2005 saya berjalan bersama Syaikhuna Mukhtar al-Maliki al-Jaza’iri hafizahullah. Ulama muda daripada Negara Algeria ini merupakan lepasan Ma’had Fath al-Islami serta pelajar Sarjana University al-Azhar al-Syariff. Saya sempat mempelajari ilmu Nahwu, hadis dan sedikit perbahasan fiqh Maliki dengan Syaikhuna sepanjang bersama dengannya.

Waktu Maghrib sudah masuk hampir 10 minit. Kebetulan kami melalui sebuah masjid berdekatan dengan Hayyu Sabiek, Madinat Nasr Kaherah. Saya bersama Syaikhuna terus memasuki masjid tersebut. Namun , kami dapati solat jemaah telah selesai dilaksanakan. Syaikhuna lantas menarik tangan saya untuk menuju ke Masjid lain . Saya bertanya

“Kenapa perlu ke masjid lain? Bukankah boleh sahaja kita laksanakan solat secara berjemaah di bahagian belakang?”


Syaikhuna menjawab :

“Di sisi kami yang bermazhab Maliki, jika telah selesai solat jemaah di sebuah masjid yang punya Imam Tetap , maka dilarang bagi seseorang yang datang lambat untuk menunaikan solat secara jemaah di belakang jemaah pertama yang telah selesai. Ini berbeza dengan mazhab kamu ( Syaikhuna mengisyaratkan kepada mazhab yang saya pegangi iaitu Mazhab al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu)”


Saya kurang faham mengapakah para ulama Malikiyah mengeluarkan pendapat sedemikian. Lalu saya bertanya kepada Syaikhuna tentang kekeliruan tersebut.

Syaikhuna menjawab :

“Ini kerana, kita ingin menjaga perasaan Imam Tetap tersebut. Bimbang beliau terasa bahawa jemaah yang dilakukan selepasnya adalah kerana tidak menyukai dirinya serta kami tidak mahu melakukan banyak jemaah di dalam sebuah masjid yang sudah punya imam yang dilantik.”


MasyaAllah, terus terlintas dibenak fikiran saya, Betapa cantiknya perbezaan mazhab. Maka saya terfikir, jadi mengapa perlu ada banyak persatuan sedangkan persatuan pertama telah ada tertubuh? Adakah kerana tidak menyukai pimpinan persatuan pertama maka perlu untuk ditubuhkan persatuan kedua? Atau merasakan bahawa pimpinan persatuan pertama kurang mantap dan sedap bacaannya dan tarbiahnya berbanding persatuan kedua?

Ya , permasalahan ini sama sahaja isunya.

BERBILANG-BILANG PERSATUAN SAMA SEPERTI BERBILANG MAZHAB???

Ada seseorang melontarkan soalan kepada saya :

“Apa kata jika kita menganggap bahawa berbilang-bilang persatuan ini adalah seperti berbilang-bilang mazhab? Maka sudah tentu tiada masalah”


Saya menjawab :

“Berbilang mazhab di dalam Islam adalah untuk membawa kemudahan kepada Umat Islam. Tidak terdapat seorang pun di kalangan umat Islam yang baik fikirannya akan beranggapan bahawa wujudnya empat mazhab di dalam Islam membawa kesusahan kepada umat. Adakah isunya sama seperti tertubuhnya banyak persatuan? Saya yakin kedua-dua belah pihak persatuan akan merasakan bahawa hakikatnya bukan kemudahan yang berlaku, malah perbalahan dan pertentangan”


Maka qiyas yang digunakan sudah tentu tidak sama natijahnya. Maka para ulama Usul Fiqh menamakan kaedah qiyas sebegini sebagai qiyas ma’a al-Fariq ( iaitu melakukan perumpamaan dengan perkara yang berbeza permasalahannya dan natijahnya).

Saya melalui kehidupan berpersatuan, dan bukanlah saya tidak pernah bertemu dengan kepimpinan sebelah pihak yang lain. Kita pernah bertemu dan berbincang mengapa perlu banyakkan? Mengapa ada tohmahan dan fitnah sana sini yang berlaku?

Pokok takkan bergoncang kalau tidak ada angin atau orang yang menggoncangnya.. Jika sebelah pihak tidak memulakan serangan dan merealisasikan "perpaduan TEORI" yang dicanangkan maka kita tidak akan sesekali bangkitkan isu ini. Namun sepatutnya pihak-pihak terbabit perlulah meneliti semula , di mana silapnya pergerakkan kita sehingga berlakunya perpecahan sebegini?

JANGAN BERTEORI SEMATA

Ramai yang suka berteori semata, namun tidak melihat kepada keadaan semasa serta hakikat yang berlaku di hadapan mata. Jika sudah nampak sekalipun, tetap dibutakan mata . Berteori dengan mengatakan bahawa berbilang-bilang sebenarnya membawa kebaikan.

Ya , kita tidak mengatakan bahawa berbilang-bilang itu keseluruhannya membawa keburukan. Namun kebanyakkannya ke arah keburukan. Jangan hanya melihat buruk itu pada maksiat semata. Luaskan skop pemikiran berkenaan “ BURUK”. Berpecah, berburuk sangka, merasakan kami yang terbaik, itu juga merupakan perkara yang BURUK.

Seseorang pernah mengeluarkan teorinya :

“Apa masalahnya kita berbilang-bilang persatuan dan jemaah? Anggap sahaja kita seolah-olah menaiki dua kapal menuju ke pulau ISLAM yang satu. Kan tidak ada masalah?”


Kita menjawab kembali:

“Ya itu jika tidak berlaku permasalahan di pertengahan jalan. Namun apa yang berlaku, kapal yang satu lagi belum pun sempat sampai ke Pulau ISLAM yang menjadi hadaf bersama telah dibom dipertengahan jalan. Maka masing-masing berbalas tembakan meriam. Akhirnya , kedua-duanya karam. Maka mulalah kapal Lanun-Lanun Antarabangsa mendarat di pulau Islam dan meratah isinya. Mengapa? Kerana teori-teori sebeginilah”


Umat Islam sekarang perlu hidup ke arah realiti. Jangan hanya suka berteori itu dan ini.

Jika di dalam Daulah Kecil semasa hidup bepersatuan kita sudah tidak mampu untuk melaksanakan perpaduan dan kesatuan. Maka tidak hairanlah nanti jika tertubuhnya Daulah Besar Kerajaan Islam akan tetap timbul permasalahan sebegini. Permasalahan tidak puas hati dengan Kepimpinan, Kepimpinan tidak mantap tarbiyahnya, Kepimpinan itu dan ini tetap akan timbul jika semasa berada di Daulah Kecil Persatuan tidak mampu dipraktikkan.

TIDAK BERSETUJU BUKAN BERMAKSUD MENAFIKAN KEWUJUDAN

Saya tidak menafikan bahawa berbilang-bilang itu wujud. Jika saya menafikan perkara tersebut maka bodohlah saya. Realitinya perkara tersebut telah berlaku. Cuma apa yang ingin saya persoalkan , mengapa perlu wujudnya berbilang-bilang?

Di sini bukan kita ingin timbulkan permasalahan gila kuasa dan sebagainya. Cuma ingin melaksanakan kaedah “Pimpinan pertama yang perlu ditaati”. Maka jika sudah ada pimpinan pertama di sebuah kampung, mengapa perlu adanya sebuah lagi kumpulan yang datang dan ingin memimpin orang-orang kampung tersebut sedang kepimpinan pertama masih lagi mampu memimpin dan tidak membawa orang-orang kampung tersebut ke arah kerosakan dan maksiat?

SEJARAH MEMBUKTIKAN : PERPECAHAN MENGGEMBIRAKAN MUSUH, MELETIHKAN KAWAN

Charles Martil selaku pimpinan tentera Eropah semasa peperangan dengan umat Islam yang dipimpin oleh Abdul Rahman al-Ghafiqi rahimahullah mengatakan bahawa :

“Kita tidak perku bertentangan dengan mereka secara berdepan. Ini kerana kesatuan niat mereka serta perpaduan yang mereka pegangi menyebabkan seorang lelaki di kalangan mereka sahaja sudah memadai daripada bilangan yang ramai untuk mengalahkan kita. Kesatuan hati mereka lebih hebat daripada perisai-perisai perang. Maka apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah dengan mengalihkan pandangan mereka kepada perpecahan dan perebutan. Maka jika perkara sebegini berlaku , sudah tentu kita semua akan mudah menawan mereka”


Maka disebarkan secara sedikit demi sedikit fahaman perpecahan di kalangan umat Islam ketika tersebut. Apa yang berlaku selepasnya? Akhirnya Saidina Abdul Rahman al-Ghafiqi terpaksa memimpin tentera yang sudah mula berlaku perpecahan dalam di antara mereka. Setelah tujuh hari bertempur, Saidina Abdul Rahman al-Ghafiqi syahid di dalam peperangan tersebut. Umat Islam berada di dalam kerugian yang teramat sangat. Hasil perpecahan halus yang disebarkan musuh, menyebabkan pimpinan mereka sendiri terkorban. Allahu Allah.

Inikah yang kita kehendaki berlaku semula kepada umat Islam?

Perpaduan adalah sebuah mimpi ngeri kepada golongan musuh. Maka disebabkan itulah mereka menyebarkan dan terus menyebarkan api perpecahan dan pergolakan.

Seorang Oreantalis Barat , Laurance Brown mengatakan :

“Jika golongan muslimin bersatu di bawah satu daulah, maka ini akan menjadi laknat kepada alam dan akan menyebabkan bahaya besar berlaku . Namun jika mereka tetap berpecah dan bergolak , maka mereka akan berterusan di dalam keadaan lemah dan tiada memberi sebarang kesan kepada orang lain”


Kebanyakkan Oreantalis telah nampak akan hakikat perpaduan kepada umat Islam dan kebaikan perpecahan ini berterusan kepada mereka. Namun Umat Islam tetap leka, dan tetap menganggap bahawa kamilah yang punya tarbiyah terbaik lantas memandang rendah kepada umat Islam lain. Maka sampai bilakah akan berlakunya perpaduan jika sebelah pihak sahaja memperjuangkannya sedangkan tidak disambut baik oleh sebahagian yang lain?

Semoga semua dapat memikirkan dengan baik setiap perkataan yang saya coretkan di sini. Baca dengan hati terbuka dan fikiran yang matang. Jangan hanya cepat memberikan komentar itu dan ini sebelum cuba memahaminya dengan teliti. Bimbang akan terbuka pekung di dada.

Ya Allah, ampunkan dosaku jika hambaMu berlebihan. Amin Ya Rabbal A’lamin.

Rujukan :

1. تحديات سياسة تواجه الحركة الإسلامية karangan Mustafa al-Tahhan cetakan Darul Tauzi’ Kaherah

2. التمكين للأمة الإسلامية في ضوء القرآن الكريم oleh Dr Muhammad Sayyid Muhd Yusuf cetakan Darul Salam Kaherah