Photobucket

Semaikan Kecintaan Kepada Allah

Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

Penerangan Surah Ali Imran Ayat 104


AYAT TERAS

 
Kertas kerja ini ditulis selepas melihat beberapa orang rakan daripada kumpulan da’wah membuat tafsiran yang jauh daripada maksud yang asal. Sememangnya tulisan ini agak berat berbanding tulisan-tulisan sebelum ini, namun penting untuk dicernakan bersama oleh semua generasi penda’wah.
Pastinya ramai daripada kita menggunakan ayat ini dalam penghujahan kita untuk menghuraikan kewajipan berda’wah… Sila pasakkan kesabaran ketika membaca.

PERBAHASAN 1

MAKSUD وdalam وَلْتَكُنْ

Maksud وَ dalam ayat ini ialah ‘dan’ wau al-wasl (huruf wau yang berfungsi sebagai penyambung dengan ayat yang sebelumnya).

HURAIAN

Berikut adalah makna huruf wau dalam al-Quran. Sila rujuk kitab al-Wau Wa al-Faa Wa Thumma Fil Quran al-‘Azhim, Dirasah Nahwiyyah Dilaliah Ihshaiyyah lil Safa’ Abdullah Naif Hardan mukasurat 75-77.

1. Sumpah dengan masa
{وَالْعَصْرِ* إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ….}
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian …. (Al-Asr: 1dan 2)
Lihat Kitab
Tafsir Jaami’ al-Bayan Fi Takwil al-Quran lil Imam Thabari jilid 24 mukasurat 589.

2. Penyambung (‘athaf) umum ke atas khusus dan juga sebaliknya
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan” (Ibrahim: 41)

3. Penyambung kepada makna yang Sama.
أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. (al-Baqarah:157)

4. Penyambung kepada ayat yang sebelumnya iaitu bermula dari ayat 102 hingga 105.

PENDAPAT TERPILIH.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ (102) وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آَيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (103) وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (104) وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (105) Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. [102]


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. [103]

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [104]

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. [105]

MAKSUD وَلْتَكُنْ dalam ayat وَلْتَكُنْ

Maksud وَلْتَكُنْ dalam ayat ini ialah keseluruhan umat Islam. Maksud al-Khitab (ditujukan arahan ini).

HURAIAN

Huruf laam pada ayat وَلْتَكُنْ berfungsi sebagai kata suruh. Huruf laam tersebut yang berbaris sukun pada asalnya berbaris kasrah iaitu berbunyi walitakun. (Ruuh Ma’ani Fi Tafsir al-Quran al-‘Azhim Wa Sab’ul Mathani Lil Imam Alusi jilid 3 mukasurat 159).

Dari itu, apabila wujud huruf laam yang berfungsi sebagai kata suruh, maka ia akan menjadi wajib. Berikut adalah yang dimaksudkan dengan kamu dalam ayat di atas:

1. Aus dan Khazraj
Lihat Tafsir al-Bahrul Muhith lil Imam Ibn Hayyan jilid 3 mukasurat 343.

2. Umum untuk sekalian umat Islam (iaitu ia lafaz khas yang bermaksud umum). PENDAPAT

TERPILIH.

Lihat Tafsir al-Bahrul Muhith lil Imam Ibn Hayyan jilid 3 mukasurat 343.

PERBAHASAN 2



MAKSUD مِنْكُمْ dalam ayat مِنْكُمْ

Maksud مِنْكُمْ dalam ayat ini ialah sebahagian daripada umat Islam, bukan semuanya

HURAIAN

1. مِنْ bermaksud sebahagian dari umat Islam (TERPILIH)
Lihat Tafsir al-Bahrul Muhith lil Imam Ibn Hayyan jilid 3 mukasurat 343.

2. Li bayan al-jins (مِنْ untuk menjelaskan jenis). Ini ialah pendapat az-Zujaj dan ar-Razi berdalilkan kepada ayat 30 Surah al-Hajj.
Lihat Tafsir al-Bahrul Muhith lil Imam Ibn Hayyan jilid 3 mukasurat 343 dan Mafaatih al-Ghaib.

3. Bukan menunjukan keseparuhan (seperti nombor 1) berdalilkan kepada ayat 110 Surah Ali ‘Imran.
Lihat Mafaatih al-Ghaib Lil Imam Fakhruddin ar-Raazi jilid 4 329.

PERBAHASAN 3



MAKSUD أُمَّةٌ dalam ayat أُمَّةٌ

Maksud أُمَّةٌ dalam ayat ini ialah satu organisasi.

HURAIAN

Ummah mempunyai beberapa maksud seperti di bawah:

1. Orang yang mengajarkan kebaikan
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلَّهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan “satu umat”; Ia takut bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik. (An-Nahl: 120)
Lihat Kitab al-Mustadrak Bi Ta’liq azh-Zhahabi jilid 4 mukasurat 418 hadis nombor 5188.

2. Jalan agama
بَلْ قَالُوا إِنَّا وَجَدْنَا آَبَاءَنَا عَلَى أُمَّةٍ وَإِنَّا عَلَى آَثَارِهِمْ مُهْتَدُونَ
Tidak ada sebarang bukti bagi mereka) bahkan mereka (hanyalah) berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan ugama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja”. (Zukhruf: 22)
Lihat Kitab Tafsir Jaami’ al-Bayan Fi Takwil al-Quran lil Imam Thabari jilid 21 mukasurat 584.

3. Tempoh masa.
وَقَالَ الَّذِي نَجَا مِنْهُمَا وَادَّكَرَ بَعْدَ أُمَّةٍ أَنَا أُنَبِّئُكُمْ بِتَأْوِيلِهِ فَأَرْسِلُونِ
Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: “Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. Oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) “. (Yusuf: 45)
Lihat Kitab Tafsir Jaami’ al-Bayan Fi Takwil al-Quran lil Imam Thabari jilid 16 mukasurat 120.

4. Satu kelompok manusia atau satu organisasi. PENDAPAT TERPILIH. Ini dikuatkan lagi dengan status perkataan selepasnya sebagai sifat kepada ummah. Perkataan selepas ummah ialah yadda’un dengan lafaz banyak (plural). Maka, terjemahan satu kelompok manusia ialah paling tepat.
Lihat Kitab Tafsir al-Wasith lil Sheikh Syed Thantawi jilid 1 mukasurat 690.

PERBAHASAN 4



MAKSUD الْخَيْرِ dalam ayat يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ

Maksud يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ dalam ayat ini ialah al-Islam.

MAKSUD AL-KHAIR DI DALAM AL-QURAN

1. Kerajaan dan kekuasaan
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Ali imran: 26)
Sila lihat kitab Jaami’ al-Bayan fi Takwiil al-Quran lil Imam Thabari jilid 6 mukasurat 295- 301.

2. Kebaikan (iaitu hasil daripada amalan)
قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”. (Al-A’raf: 188)
Sila rujuk kitab Mafaatih al-Ghaib lil Imam Fakhruddin ar-Razi jilid 7 mukasurat 327 dan 328.

3. Akhlak mulia dan pergaulan yang baik
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (al-Hajj:77)
Sila rujuk kitab Tafsir al-Jalalain li Imamain Jalaluddin al-Muhalli dan Jalaluddin as-Syuthi jilid 6 mukasurat 171.

4. Duit dan harta rampasan
أَشِحَّةً عَلَيْكُمْ فَإِذَا جَاءَ الْخَوْفُ رَأَيْتَهُمْ يَنْظُرُونَ إِلَيْكَ تَدُورُ أَعْيُنُهُمْ كَالَّذِي يُغْشَى عَلَيْهِ مِنَ الْمَوْتِ فَإِذَا ذَهَبَ الْخَوْفُ سَلَقُوكُمْ بِأَلْسِنَةٍ حِدَادٍ أَشِحَّةً عَلَى الْخَيْرِ أُولَئِكَ لَمْ يُؤْمِنُوا فَأَحْبَطَ اللَّهُ أَعْمَالَهُمْ وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا
Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. (Ahzab: 19)
Sila rujuk kitab Tafsir Madaarik at-Tanzil wa Haqaia at-Takwil lil Imam Nasafi jilid 3 mukasurat 126.

5. Kuda
فَقَالَ إِنِّي أَحْبَبْتُ حُبَّ الْخَيْرِ عَنْ ذِكْرِ رَبِّي حَتَّى تَوَارَتْ بِالْحِجَابِ
(Kerana lekanya dengan pertunjukan itu) maka Nabi Sulaiman berkata: ” Sesungguhnya aku telah mengutamakan kesukaanku kepada (kuda pembawa) kebaikan lebih daripada mengingati (ibadatku kepada) Tuhanku, sehingga (matahari) melindungi dirinya dengan tirai malam”. (Saad:32) Sila rujuk kitab Tafsir Anwar at-Tanzil wa Asrar at-Takwil lil Imam Baidhawi jilid 5 mukasurat 93.

6. Duit dan kesihatan tubuh badan
لَا يَسْأَمُ الْإِنْسَانُ مِنْ دُعَاءِ الْخَيْرِ وَإِنْ مَسَّهُ الشَّرُّ فَيَئُوسٌ قَنُوطٌ
Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah).
(Fussilat:49)
Sila rujuk kitab Jaami’ al-Bayan fi Takwiil al-Quran lil Imam Thabari jilid 21 mukasurat 490.

7. Mengikut arahan al-Quran dan Sunnah.
(Daripada Abu Ja’far al-Baqir yang diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih. Penulis tidak menemui sumber asal tetapi diambil daripada kitab tafsir di bawah)
Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azhim lil Ibn Kathir jilid 2 mukasurat 91.

8. Islam dan syariatnya dan inilah PANDANGAN TERPILIH
Dan inilah ayat yang menjadi pokok perbahasan utama kita
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Ali imran: 104)

Ini dikuatkan lagi dengan hadis Nabi SAW
حذيفة بن اليمان يقول كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه و سلم عن الخير وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني فقلت يا رسول الله إنا كنا في الجاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير من شر ؟ قال ( نعم )….
(Sahih: al- Jaami’ as-Sahih al-Mukhtasar lil Imam Bukhari 6/2595 no 6673)

Ibn Hajar ketika mensyarahkan berkenaan hadis di atas di dalam kitabnya Fathul Baari Syarh Sahih Bukhari mengatakan maksud bi hazha al-khair ialah iman, keselamatan, kebaikan segala urusan dan dijauhkan daripada segala perkara yang keji. Begitu juga dalam kitab ‘Umdatul Qaari Syarh Sahih Bukhari lil Badriddin al-‘Aini alHanafi 35/145.

Ibn ‘Asyur menyatakan bahawasanya maksud bi hazha al-khair dalam ayat di atas ialah Islam. Lihat kitab Tafsir Tahrir Wan Tanwir jilid 3 mukasurat 180.

Beginilah juga pandangan:
1. al-Imam Thabari dalam kitabnya Jaami’ al-Bayan fi Takwiil al-Quran lil Imam Thabari jilid 7 mukasurat 90.
2. Imam Baghawi dalam kitabnya Ma’alim at-Tanzil jilid 2 mukasurat 85.
3. Imam Fakhruddin as-Suyuthi dan al-Muhalli dalam kitab mereka Tafsir al-Jalalain jilid 1 mukasurat 396.

PERBAHASAN 5

MAKSUD HURUF WAU (وَ)

Iaitu membawa maksud wau athaf (huruf yang menyambung dengan perkataan sebelumnya). Apa yang akan dijelaskan selepas ini ialah yang lebih spesifik dan merupakan huraian kepada ayat sebelumnya.

Lihat Tafsir al-Alusi jilid 3 mukasurat 159 dan kitab al-Waa’u wa al-faa’u wa thumma Fil Quran al-Karim Diasah Nahwiyyah Dilaliah Ihshai’iyyah li Safa’ Abdullah Naif Hardan (tesis MA di Universiti Najah Wathaniah, Palestin mukasurat 127-129)



MAKSUD وَيَأْمُرُونَ (kata suruh) dalam ayat وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ

Maksud وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ dalam ayat ini ialah menguatkuasakan, mengarahkan atau memaksakan.

HURAIAN

Al-amru dalam maksud asas dalam bahasa Arab ialah arahan daripada pihak yang atas kepada pihak yang bawah.

Contoh bagi perkara tersebut ialah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya Syarh al-Arba’in an-Nawawiah fi al-Ahadith as-Sohihah an-Nabawiah pada bab al-Amru bi Ihsan adz-Dzibhi wa al-Qatli menyebutkan hadis Nabi SAW:
عن أبي يعلى شداد بن أوس رضي الله عنه، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال: ” إن الله كتب الإحسان على كل شيء، فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة، وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة، وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته “
(Bab ke 17, 1/18)

Hadis di atas jelas menunjukan bahawasanya arahan Allah Ta’ala melalui lidah nabi-Nya supaya apabila menyembelih, hendaklah disembelih dengan penuh rahmah dan kasih sayang. Arahan Allah ini jelas melalui penggunaan kalimah كتب yang bermaksud Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Ini dilihat selari dan konsisten dengan ayat Allah yang lain seperti:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى…
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh (al-Baqarah: 178)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ….
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa… (al-Baqarah: 183)

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ….
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu .. (al-Baqarah: 216)

MEMAHAMI FUNGSI الأمر (kata suruh)

فعل الأمر (Fi’il amar atau kata suruh) ada mempunyai beberapa fungsi tertentu yang akan berubah mengikut status si pencakap iaitu seperti di bawah:

1. Kata suruh : iaitu memberi maksud arahan daripada atas kepada yang di bawah.
2. Kata doa : memberi maksud memohon daripada orang di bawah kepada yang di atas.
3. Kata ajak : iaitu memberi maksud ajakan atau cadangan dari orang yang sama status.

PENJELASAN

1. KATA SURUH
Ia akan berlaku apabila berlaku komunikasi antara dua pihak. Pihak yang pertama berstatus tinggi dan pihak yang kedua berstatus rendah. Ia barangkali boleh berlaku apabila ada komunikasi antara seorang raja dan rakyatnya, seorang pemimpin kepada pengikutnya, seorang ayah kepada anaknya dan Allah kepada hambaNya.

Sebagai contoh apabila seorang ayah memberikan arahan kepada anaknya dengan mengatakan

“ Amar, tolong ambilkan ayah suratkhabar itu”

“Beta mahu negeri beta ini kekal dalam pemerintahan yang aman dan tenteram”

Maka, dapat difahami dengan jelas bahawasanya ia adalah berbentuk arahan. Sekiranya kita meneliti al-Quran, maka kita akan dapati banyak ayat di dalam al-Quran yang berbentuk kata suruh daripada yang berkuasa (Allah) kepada yang tiada kuasa (hamba bernama manusia).

Seperti firman Allah
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ}
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-Baqarah: 183)
Maka, ayat di atas dapat difahami dengan jelas bahawa ia adalah berbentuk suruhan atau paksaan untuk berpuasa kerana sifat kata suruh ini ialah daripada atas ke bawah (dari Allah kepada hambaNya).

2. KATA DOA
Seperti kata suruh di atas, kata doa juga hanya akan berlaku sekiranya ada komunikasi antara dua pihak. Seorang yang meminta dan seorang yang diminta. Ia juga seperti permohonan antara seorang rakyat dengan rajanya atau seorang anak kepada ayahnya seperti dalam kisah Nabi Allah Musa:

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”. (Al-Qasas: 26)

Perkataan اسْتَأْجِرْهُ ialah kata suruh (فعل الأمر) sebenarnya dalam bahasa Arab, namun sekiranya kita melihat konteks ayat ini, ia menceritakan perbualan antara Nabi Allah Syu’aib dan anaknya. Maka, konteks kata suruh dalam ayat ini ialah berbentuk permohonan ataupun cadangan.

Manakala ayat berkenaan permohonan seorang hamba dengan PenciptaNya adalah seperti berikut:

{وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا}
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqan: 74)

Perkataan هَبْ dalam ayat di atas membawa maksud kata suruh (فعل الأمر), namun oleh kerana sifat kata suruh ini daripada bawah ke atas (permohonan daripada hamba kepada Allah), maka ia adalah dikirakan sebagai doa.

3. KATA AJAK ATAU CADANG
Ia juga hanya akan berlaku apabila ada komunikasi dengan pihak kedua atau seterusnya. Namun, kata suruh yang membawa maksud kata ajak ini hanya akan berlaku apabila orang yang mengajak atau mencadangkan berada pada satu status yang sama seperti seorang kawan dengan kawannya. Ini merujuk kepada firman Allah dalam Surah Yusuf ayat 9:

{اقْتُلُوا يُوسُفَ أَوِ اطْرَحُوهُ أَرْضًا يَخْلُ لَكُمْ وَجْهُ أَبِيكُمْ وَتَكُونُوا مِنْ بَعْدِهِ قَوْمًا صَالِحِينَ}
“Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna”. (Yusuf: 9)

Perkataan اقْتُلُوا pada dasarnya ialah memberi maksud kata suruh (فعل الأمر) yang membawa maksud dituntut untuk melakukannya, namun dalam situasi di atas ia membawa maksud cadangan atau saranan supaya membunuh Yusuf, bukan arahan. Hal ini terbukti apabila ayat seterusnya menunjukan ada di kalangan ahli mesyuarat yang membangkang cadangan tersebut.

قَالَ قَائِلٌ مِنْهُمْ لَا تَقْتُلُوا يُوسُفَ وَأَلْقُوهُ فِي غَيَابَةِ الْجُبِّ يَلْتَقِطْهُ بَعْضُ السَّيَّارَةِ إِنْ كُنْتُمْ فَاعِلِينَ}
Salah seorang di antara mereka berkata: “Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam pergi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu”.

PILIHAN

Penulis telah memilih dengan menyatakan maksud وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ dalam ayat ini ialah menguatkuasakan, mengarahkan atau memaksakan. Ini adalah berdasarkan hujah-hujah di bawah.
Arahan kata suruh dalam ayat ini وَلْتَكُنْ adalah membawa maksud kata suruh yang WAJIB, bukan sunat, bukan ajakan apatah lagi doa. Ini kerana ayat ini dikuatkan lagi dengan hadis Nabi SAW berkenaan dengan perkara yang sama.

Sabda Baginda SAW
عن حذيفة عن اليمان : عن النبي صلى الله عليه و سلم قال والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله أن يبعث عليكم عقابا منه ثم تدعونه فلا يستجاب لكم
(Hasan: Jaami’ as-Sahih Sunan at-Tirmidzi 4/468 no. 2169. Imam Tirmidzi dan Sheikh Albani mengatakan hadis ini hasan)

Antara tanda-tanda yang menunjukan arahan bagi sesuatu perkara itu adalah wajib dalam hadis di atas ialah, syariat akan mendatangkan bersama dengan arahan itu balasan sekiranya meninggalkannya. Maka dalam hadis di atas ليوشكن الله أن يبعث عليكم عقابا منه merupakan amaran dari Allah sekiranya meninggalkan kerja amar makruf ini.

Maka, kembali kepada ayat utama وَلْتَكُنْ merupakan arahan wajib kepada hambaNya. Manakala وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ merupakan ma’thuf (yang mengikuti baris perkataan sebelumnya) kepada إِلَى الْخَيْرِ يَدْعُونَ yang merupakan sifat kepada أُمَّةٌ. Dan أُمَّةٌ ialah Faa’il (pembuat atau pelaku) kepada وَلْتَكُنْ. Maka, ayat ini bermaksud, wajib ada satu kelompok manusia yang menyeru kepada Islam dan (mereka) yang menguatkuasakan ma’ruf….

RUMUSAN

Jelas dalam huraian di atas, kata suruh (فعل الأمر) dalam Bahasa Arab membawa maksud yang pelbagai. Ia akan berubah maksud dan terjemahan apabila situasi percakapan berubah. Dari itu, perlu difahami bahawasanya bukan semua kata suruh (fi’il amar) membawa maksud arahan daripada atas ke bawah (from top to bottom).

Maka,dalam situasi ayat di atas maksud bagi perkataan وَيَأْمُرُونَ ialah menguatkuasakan, mengarahkan atau memaksakan.

PERBAHASAN 6



MAKSUD الْمَعْرُوفِ dalam ayat وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ

Maksud وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ dalam ayat ini ialah Syariat Islam.

HURAIAN

1. Taat kepada Allah
Ini ialah pandangan Maqatil yang diriwayatkan daripada Al-Imam Alusi. Maqatil mengatakan al-khair ialah islam, الْمَعْرُوفِ ialah takut kepada Allah dan munkar ialah berbuat derhaka kepada Allah.
Lihat kitab Tafsir Ruh al-Ma’ani Fi tafsir al-Quran al-‘Azhim wa Sab’ul Matsani lil Imam Alusi jilid 3 mukasurat 159.

2. Mengarahkan manusia untuk taat kepada ajaran Nabi Muhammad SAW.
Lihat kitab Jaami’ al-Bayan fi Takwiil al-Quran lil Imam Thabari jilid 7 mukasurat 91.

3. Syariat.
Lihat kitab Tafsir al-Bahru al-Muhith lil Ibn Hayyan jilid 3 mukasurat 344.

4. Kebenaran dan kebaikan.
Lihat kitabTahrir Wa Tanwir lil Ibn ‘Asyur jilid 3 mukasurat 180.

5. Apa-apa yang diharuskan syara’ .
Lihat kitab at-Tafsir al-Wasith li Syed Thantawi jilid 1 mukasurat 691.

Melihat kepada maksud di atas, jelas menunjukan bahawasanya الْمَعْرُوفِ yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah syariat Islam.

Maka, apabila kita menggabungkan وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ maka ia membawa maksud menguatkuasakan syariat Islam.

PERBAHASAN 7




 
MAKSUD وَيَنْهَوْنَ dalam ayat وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ

Maksud وَيَنْهَوْنَ dalam ayat ini ialah dan mereka yang mencegah

HURAIAN

Perkataan وَيَنْهَوْنَ merupakan ma’thuf kepada يَدْعُونَ. Dari itu, kedua-dua ini adalah sifat kepada faa’il (pembuat) iaitu أُمَّةٌ. Dan merupakan kewajipan sesebuah organisasi untuk melaksanakan tiga perkara di bawah:

1. Berda’wah kepada Islam DAN
2. Menguatkuasakan syariah DAN
3. Mencegah sebarang perkara yang bercanggah dengan syara’.


PERBAHASAN 8



MAKSUD عَنِ dalam ayat وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ

Maksud وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ dalam ayat ini ialah mencegah sesuatu kemungkaran itu sebelum ia berlaku

HURAIAN

Ini berdalilkan kepada ayat Allah:
{..فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ* الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ..}
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (al- Maa’uun: 4,5)

Iaitu perkara yang perlaku di luar dari perbuatan solat iaitu berkenaan melewat-lewatkan menunaikan solat.
(Lihat Jaami’ al-Bayan Fi Takwiil al-Quran Lil at-Thobari jilid 24 mukasurat 630-633).

Ini dilihat berbeza dengan ayat Allah yang lain:
{قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ* الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ…}
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya…
(al-Mukminun: 1,2)

Yang membawa erti perkara yang berlaku di dalam solat. Iaitu kekhusyukkan itu mestilah terhasil ketika sedang menunaikan solat.

PERBAHASAN 9



MAKSUD الْمُنْكَرِ dalam ayat وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ

Maksud وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ dalam ayat ini ialah apa-apa perkara yang bercanggah dengan syara’.

HURAIAN

1. Apa-apa yang pada perkiraan syara’ tidak elok.
Lihat kitab at-Tafsir al-Wasith li Syed Thantawi jilid 1 mukasurat 690.

2. Kufur pada Allah dan menyanggah syariat Nabi Muhammad SAW.
Lihat Jaami al-Bayan Fi Takwil al-Quran lil Imam Tabari jilid 7 mukasurat 91.

3. Kebatilan dan fasad
Lihat kitabTahrir Wa Tanwir lil Ibn ‘Asyur jilid 3 mukasurat 180.

PERBAHASAN 10



MAKSUD وَأُولَئِكَ dalam ayat وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Iaitu orang yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan tadi (iaitu penda’wah, penguatkuasa dan pencegah-pen). Lihat Tafsir al-Alusi jilid 3 mukasurat 161.

MAKSUD الْمُفْلِحُونَ dalam ayat وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maksud وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ dalam ayat ini ialah orang yang berjaya yang kekal di syurga.

HURAIAN

1. Orang yang berjaya yang kekal di syurga
Lihat Jaami al-Bayan Fi Takwil al-Quran lil Imam Tabari jilid 7 mukasurat 91.

2. Para sahabat, mujahidin dan ulama’(pandangan Dhahhak)
Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azhim lil Ibn Kathir jilid 2 mukasurat 91.

PENUTUP

Penulis menutup kertas kerja ringkas ini dengan membetulkan semula ayat terjemahan Surah Ali ‘Imran ayat 104 sebagai berikut

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan wajiblah ada di antara kamu satu organisasi yang menyeru (berdakwah) kepada Islam, dan menguatkuasakan syariat, dan mencegah daripada segala perkara yang bercanggah dengan syara’. Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya (yang kekal di syurga Allah)
(Ali ‘Imran: 104)

Sheikh Syed Qutb membuat satu ulasan yang baik berkenaan ayat ini. Beliau mengatakan:
Perlu untuk wujud jemaah yang menyeru kepada kebaikan, menguatkuasakan syariah dan mencegah kemungkaran . Tidak dapat tidak kerajaanlah yang perlu memainkan peranan itu.

Perlu difahami bahawasanya bukan menjadi kemestian dalam berda’wah untuk mempunyai kerajaan, tetapi untuk menguatkasakan syariah dan mencegah sebarang kemungkaran yang bercanggah dengan syariah MESTILAH dengan mempunyai kerajaan.

Ini pandangan Islam terhadap permasalahan tersebut. Menjadi kemestian untuk mempunyai kerajaan untuk berda’wah, menguatkuasa dan mencegah. Satu kerajaan yang dengannya akan diikat tali khuwwah berpaksikan Islam.
Lihat kitab Tafsir Fi Dzhilal al-Quran li Syed Qutb jilid 1 mukasurat 413.

Daripada Allahlah segala taufik dan hidayah.

Ya Allah, saksikanlah bahawasanya aku telah menyampaikan.

Wallahu'alam.

Sumber

Sunday, June 5, 2011

Ringkasan Tafsir Surah As-Shaff Ayat 2 Dan 3

Ringkasan Tafsir surah As Shaff, ayat 2 dan 3 dari Tafsir Ibnu Katsir dan Tafsir Al Qurthubi

Surah As Shaff

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (As Shaff:2-3)

Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir

Ini merupakan pengingkaran Allah terhadap orang yang membuat janji atau mengatakan sesuatu dan tidak melaksanakannya, Oleh karena itu diantara ulama salaf ada yang menjadikan ayat ini sebagai dalil bahwa memenuhi janji itu wajib secara mutlak, baik janji tersebut mengakibatkan hukuman bagi yang berjanji, ataupun tidak.l Mereka juga beralasan dengan hadits yang tercatat dalam ash-Shahiihain, dimana Rasulullah SAW telah bersabda, "Tanda-tanda orang munafik itu tiga, : bila berjanji dia ingkar, bila berkata dia dusta, dan bila dipercaya dia khianat"

Dalam hadis lain disebutkan, "Ada empat perkara yang apabila (semuanya) ada pada diri seseorang, maka ia menjadi munafiq tulen. Dan barang siapa salah satunya ada padanya, maka (dikatakan) ia memiliki satu ciri dari orang munafiq, hingga dia meninggalkannya" (HR. Muttaffaq alaih)

Diantara para ulama ada juga yang berkata, "Ayat in diturunkan berkenaan dengan peperangan. Seorang laki-laki mengatakan bahwa dirinya telah berperang, padahal dia tidak melakukannya. Ia mengatakan bahwa dirinya telah menikam musuh, padahal ia tidak melakukannya. Ia katakan bahwa dirinya telah bersabar tetapi dia tidak melakukannya."

Kita lihat, saat ini banyak manusia sering untuk menyuruh yang ma'ruf maupun meninggalkan yang munkar, namun mereka sendiri tidak melaksanakan apa yang mereka perintahkan/anjurkan. Misalnya banyak para pemimpin (baik politik, perusahaan, dll) mengatakan, marilah kita bekerja sama memberantas korupsi..namun seringkali mereka yang menganjurkan untuk memberantas korupsi.juga terlibat dalam korupsi.. Ada juga anjuran dilarang untuk mencuri, namun justru merekalah yang malah mencuri..

Semoga kita terlindung dari kemurkaan Allah dan terhindar dari sifat Munafiq...Amin...

Ringkasan Tafsir Al Qurthubi.

Asbabun nuzul ayat , Abdullah bin Salam berkata, "Sekelompok sahabat Rasulullah SAW mempersilahkan kami mampir, kemudian kami berdiskusi. Kami berkata, 'Seandainya kami mengetahui amalan apakah yang paling disukai oleh Allah Ta'ala, niscaya kami akan mengerjakannya. 'Allah Ta'ala kemudian menurunkan ayat ini...."Telah Bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan......."dst sampai akhir ayat ke 3.'

Qatadah dan Adh-Dhahak berkata, "Ayat ini turun pada kaum yang berkata, 'Kami akan berjihad dan kami akan mati.' Namun mereka tidak melakukan (hal itu)

Ayat ini mewajibkan semua orang yang telah mewajibkan dirinya mengerjakan sebuah amalan ketaatan, bahwa dia harus memenuhi hal itu.

Sesuatu yang diwajibkan seperti Nadzar :

Nazar ini sendiri ada dua bagian :

1. Nazar untuk mendekatkan diri kepada Allah sejak awal, seperti ucapan seseorang : Aku akan menunaikan solat, puasa, sedekah, dan berbagai bentuk pendekatan diri lainnya kepada Allah. Nazar seperti ini wajib untuk dipenuhi. Hal ini telah disepakati oleh para ulama.

2. Nazar Mubah, yaitu nazar yang dikaitkan kepada syarat yang diinginkan, misalnya ucapan seseorang ; Jika milikku yang hilang kembali, aku akan bersedekah. Atau dikaitkan pada syarat yang ditakuti, misalnya ucapan seseorang : Jika Allah memelihara aku dari keburukan anu, maka aku akan bersedekah. Para ulama berbeda pendapat dalam hal ini (Bentuk nadzar ke dua)

Imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat bahwa dia wajib memenuhi nazar tersebut. Sementara Imam Syafi'i mengatakan pada salah satu pendapatnya, bahwa dia tidak wajib memenuhi nazar tersebut.

Namun keumuman ayat ini merupakan hujjah yang memperkuat pendapat kami (Imam Qurthubi) sebab ayat ini secara absolut mengecam orang yang mengatakan sesuatu, namun dia tidak melakukannya, apapun itu bentuknya, baik yang mutlak ataupun yang dibatasi oleh syarat.

An-Nakha'i berkata, "Ada 3 ayat yang menghalangiku untuk menyampaikan riwayat kepada orang-orang (Pertama Firman Allah Ta'ala), 'Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban)mu sendiri' (QS. Albaqarah: 44). (Kedua, Firman Allah Ta'ala) Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang Aku larang (QS Hud:88) (Ketiga, Firman Allah) Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan (QS Ash Shaff:3)

Abu Nu'aim Al Hafizh meriwayatkan dari hadis Malik bin Dinar, bahwa Anas bin Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Aku mendatangi suatu kaum pada malam Isra' yang lidahnya digunting dengan gunting api. Setiap kali lidahnya digunting, maka panjang kembali lidah itu. Aku bertanya (kepada malaikat Jibril), "Siapakah mereka, wahai Jibril? "Jibril menjawab, "Mereka adalah para khatib dari ummatmu yang mengatakan (sesuatu) namun mereka tidak mengerjakan(nya) dan mereka membaca kitab Allah namun mereka tidak mengamalkan(nya) (HR Ibnu Abi Daud dalam Al Mashahif, HR Baihaqi dalam Syu'ab Al Iman dan As Suyuthi dalam Al Jami' Al Kabir)

Firman Allah Ta'ala, "Kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" Firman Allah tersebut merupakan sebuah Pertanyaan (Istifhaam) yang mengandung makna pengingkaran dan cemoohan. Sebab manusia mengatakan (memerintahkan) kepada kebaikan, padahal dia sendiri tidak mengerjakannya. Sufyan bin Uyainah menakwilkan ayat diatas sbb "Kenapakah kalian mengatakan sesuatu yang tidak diperintahkan kepada kalian, sehingga kalian tidak tahu apakah kalian boleh mengerjakan atau tidak boleh mengerjakan.

Firman Allah Ta'ala "Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan" Firman Allah Ta'ala diatas merupakan dalil tentang diwajibkannya memenuhi/menepati (apa yang dikatakan) dalam keadaan tertekan dan marah, menurut salah satu dari pendapat Asy-Syafi'i.

Wallahua'lam..

Ringkasan Tafsir Surah Al-Hujurat Ayat 12

Assalamu'alaikum

Ringkasan Tafsir Al Hujurat ayat 12 dari Tafsir Al Qurthubi dan Tafsir Ibnu Katsir.

"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan dagin saudaranyan yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang" (Al Hujuraat:12)

Penjelasan ayat diatas, dari diringkas dari kitab Tafsir Al Qurthubi
Pada ayat ini terdapat beberapa masalah yang boleh dibahas.

1. Firman Allah ,"Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka"

Menurut satu pendapat, ayat ini diturunkan tentang 2 orang sahabat Nabi SAW yang menggunjing seorang temannya. Peristiwa itu bermula dari kebiasaan Nabi SAW saat melakukan perjalanan, dimana Baginda selalu menggabungkan seorang lelaki miskin kepada dua orang lelaki kaya, dimana lelaki miskin ini bertugas untuk melayani mereka.

Dalam kasus ini,Baginda kemudian menggabungkan Salman kepada dua orang lelaki kaya. Singkat cerita, pada saat 2 orang lelaki kaya tersebut lapar (tidak ada lauk maupun makanan yang dpt dimakan) maka mereka menyuruh Salman untuk meminta makan kepada Nabi SAW. Setelah bertemu Nabi, Baginda berkata kepada Salman, "Pergilah engkau kepada Usamah bin Zaid, katakanlah padanya, jika dia mempunyai sisa makanan, maka hendaklah dia memberikannya kepadamu"

Setelah bertemu dengan Usamah, beliau mengatakan bahwa beliau tidak memiliki apapun. Akhirnya Salman kembali kepada kedua lelaki kaya tersebut dan memberitahukan hal itu (tidak adanya makanan). Namun kedua lelaki tersebut berkata, "Sesungguhnya Usamah itu mempunyai sesuatu, tapi dia itu kikir" Selanjutnya mereka mengutus Salman ketempat sekelompok sahabat, namun Salman tidak menemukan apapun di tempat mereka.

Akhirnya kedua lelaki tersebut memata-matai Usamah untuk melihat apakah Usamah memiliki sesuatu atau tidak. Tindakan mereka ini akhirnya terlihat oleh Nabi SAW, dan Baginda bersabda, "Mengapa aku melihat daging segar di mulut kalian berdua?" Mereka berkata, "Wahai Nabi Allah, demi Allah, hari ini kami tidak makan daging atau yang lainnya." Baginda SAW bersabda, "Tapi, kalian sudah memakan daging Usamah dan Salman". Maka turunlah ayat ini ,"Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa".

Demikianlah yang dituturkan Ats-Tsa'labi.

Maksud Firman Allah diatas adalah : Janganlah kalian mempunyai dugaan buruk terhadap orang yang baik, jika kalian tahu bahwa pada zahirnya mereka itu baik.

2. Dalam Shohih Al Bukhari dan Shahih Muslim terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahwa Nabi bersabda,

"Janganlah kalian berprasangka (curiga), karena sesungguhnya prasangka itu pembicaraan yang paling dusta. Janganlah kalian saling mencari-cari berita atau mendengarkan aib orang, janganlah kalian mencari-cari keburukan orang, janganlah kalian saling menipu, janganlah kalian saling mendengki, janganlah kalian saling membenci, janganlah kalian saling memboikot, dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara (Lafaz hadits ini milik Al Bukhari)

Para Ulama (Mazhab Maliki) berkata, "Dengan demikian prasangka (yang dimaksud) disini, juga pada ayat tersebut, adalah tuduhan (kecurigaan) dan adanya sesuatu yang perlu diwaspadai. Tuduhan (kecurigaan) yang terlarang adalah tuduhan yang tidak ada sebabnya, seperti seseorang dituduh berzina atau mengkonsumsi khamer, misalnya, padahal tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan pada tuduhan tersebut dalam dirinya.

Bukti bahwa prasangka disini berarti tuduhan (kecurigaan) adalah Firman Allah Ta'ala, "Dan janganlah mencari-cari kesalahan orang lain".

Hal itu disebabkan sejak semula pada diri orang yang berprasangka itu sudah ada tuduhan (kecurigaan), kemudian dia berusaha mencari tahu, memeriksa, melihat dan mendengar berita mengenai hal itu, guna memastikan tuduhan/kecurigaan yang ada pada dirinya itu. Oleh karena itu Nabi SAW melarang hal itu.

Jadi intinya, prasangka yang terlarang/dilarang adalah prasangka yang tidak memiliki tanda dan sebab yang pasti. Maksudnya, bila orang yang kita curigai itu pada zahirnya baik, tidak ada cerita/informasi sebelumnya tentang keburukan yang dia pernah lakukan, maupun tabiatnya yang memang tercela, serta memang orang tersebut adalah orang yang "baik" maka kita tidak boleh berprasangka buruk kepada orang tersebut. Berbeda bila orang tersebut memang terkenal akan keburukannya, suka menipu, suka berbuat onar, mencari masalah, yang pada intinya orang tersebut memang terkenal dengan tabiat buruknya, suka berbuat keburukan terang-terangan, maka diperbolehkan kita berhati-hati dan tidak mudah / langsung percaya terhadap apa yang dikatakannya/informasinya (harus dilakukan cek dan ricek kebenaran berita tersebut)

3. Prasangka (dugaan) itu memiliki kondisi :

a. Kondisi yang diketahui dan diperkuat oleh salah satu dari sekian banyak bukti/dalil, sehingga hukum dapat ditetapkan dengan prasangka (dugaan) pada kondisi ini.

b. Kondisi dimana terdapat sesuatu (asumsi/dugaan) didalam hati tanpa ada petunjuk (manakah yang lebih kuat: apakah sesuatu tersebut ataukah lawannya), sehingga sesuatu itu tidak menjadi lebih baik dari lawannya. Ini adalah Keraguan. Hukum sesuatu tidaklah boleh ditetapkan dengan keraguan ini. Inilah yang terlarang.

Nabi SAW bersabda, "Apabila salah seorang diantara kalian menyanjung saudaranya, maka hendaklah dia mengatakan: 'Saya kira anu, dan saya tidak menyucikan (menganggap suci) seseorang kepada Allah (HR Bukhari, tentang larangan menyanjung jika itu berlebihan dan dikhawatirkan akan menimbulkan Fitnah atas tersanjung, HR Abu Dawud, HR Ibnu Majah, dan HR Ahmad)

Mayoritas Ulama berpendapat bahwa memiliki prasangka buruk terhadap orang yang zahirnya baik adalah tidak boleh. Namun tidak masalah mempunyai dugaan buruk terhadap orang yang zahirnya buruk. Demikianlah yang dikatakan Al Mahdawi.

4. Firman Allah Ta'ala "Dan janganlah mencari-cari kesalahan orang lain"

Makna ayat tersebut adalah ; Ambilah apa yang nampak, dan janganlah kalian membuka aurat kaum muslimin. Maksudnya, salah seorang dari kalian tidak boleh mencari aib saudaranya hingga menemukannya setelah Allah menutupinya. Dalam kitab Abu Daud, terdapat hadis dari Mu'awiyah, dia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya jika engkau mencari-cari aib manusia, maka engkau telah menghancurkan mereka, atau hampir menghancurkan mereka" (HR Abu Daud)

Diriwayatkan dari Abu Barzah Al Aslamai, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Wahai sekalian orang-orang yang lidahnya telah menyatakan beriman namun keimanan belum masuk ke dalam hatinya. Janganlah kalian menggunjing kaum muslimin, dan jangan pula mencari-cari kesalahan mereka. Sebab barangsiapa yang mencari-cari kesalahan mereka, maka Allah akan mencari-cari kesalahannya. Dan, barangsiapa yang kesalahannya dicari-cari Allah, maka Allah akan membukakan kesalahannya itu di rumahnya" (HR Abu Daud)

Abdurrahman bin Auf berkata, "Suatu malam, aku meronda bersama Umar bin Al Khathab di Madinah. Tiba-tiba, terlihatlah oleh kami pelita di dalam rumah yang pintunya disegani oleh orang-orang. Mereka mengeluarkan suara yang keras dan ribut. Umar berkata, "Ini adalah rumah Rabi'ah bin Umayah bin Khalaf, dan sekiranya mereka sedang minum-minum. Bagaimana menurutmu? Aku menjawab, "Menurutku sesungguhnya kita telah melakukan apa yang dilarang oleh Allah. Sebab Allah Ta'ala berfirman "Janganlah mencari-cari kesalahan orang lain dan kini kita telah mencari-cari kesalahan orang lain" Umar pun kemudian pergi dan meninggalkan mereka.

Amr bin Dinar berkata, 'Seorang penduduk Madinah mempunyai seorang saudara yang sedang sakit. Dia menjenguk saudarinya itu, lalu saudarinya itu meninggal dunia. Maka dia pun memakamnya. Dia turun ke dalam makam saudarinya, namun kantungnya yang berisi wang terjatuh. Maka dia meminta keluarganya untuk menggali makam saudarinya. Dia mengambil kantung itu lalu berkata, 'Sungguh, akan kubuka (makamnya) agar dapat kulihat bagaimanakah keadaannya.' Dia kemudian membongkar makam saudarinya itu, dan ternyata makam itu penuh dengan nyala api. Dia kemudian mendatangi ibunya dan berkata, 'Beritahukanlah padaku apa yang telah dilakukan saudariku?' Ibunya berkata, 'Saudarimu sudah meninggal dunia. Lalu, mengapa engkau bertanya tentang perbuatannya?; Lelaki itu terus mendesak ibunya, hingga ibunya berkata, 'Diantara perbuatannya adalah mengakhirkan solat dari waktunya. Apabila para tetangga tidur, dia berangkat ke rumah mereka, menempelkan telinganya di rumah mereka, mencari-cari keburukan mereka, dan menyebarkan rahsia mereka' Orang itu berkata, 'Karena inilah saudariku celaka'".

5.Firman Allah Ta'ala, 'Dan janganlah sebagian kamu menggunjing sebagian yang lain"

Allah 'azza wa Jalla melarang menggunjing, yaitu engkau menceritakan seseorang sesuai dengan apa yang ada pada dirinya. Tapi jika engkau menceritakan tidak sesuai dengan apa yang ada pada dirinya, maka itu merupakan sebuah kebohongan.

Pengertian itu terdapat dalam sebuah hadis Riwayat Muslim, Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Tahukan kalian apakah menggunjing itu?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih tahu." Baginda bersabda, "Engkau menceritakan hal-hal yang tidak disukai saudaramu" Ditanyakan kepada Baginda, :Bagaimana pendapatmu jika apa yang kau katakan memang terdapat pada saudaraku?" Baginda menjawab, "Jika apa yang engkau katakan terdapat padanya, maka sesungguhnya engkau telah menggunjingnya. Tapi jika apa yang engkau katakan tidak terdapat padanya, maka sesungguhnya engkau telah berdusta kepadanya (HR Muslim)

Al Hasan berkata, "Menggunjing itu ada 3 macam, dan semuanya terdapat dalam kitab Allah :

a) Ghiibah (menggunjing), b) Ifk (cerita bohong), c) Buhtaan (berdusta).

Ghibah adalah engkau menceritakan apa yang ada pada diri saudaramu.

Ifk adalah engkau menceritakannya sesuai dengan berita yang sampai padamu tentangnya.

Buhtaan adalah engkau menceritakan apa yang tidak ada padanya.


Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Ma'iz Al Aslami datang kepada Nabi SAW dan mengaku berzina, kemudian Baginda merejamnya. Baginda kemudian mendengar dua lelaki dari sahabatnya, salah satunya berkata kepada yang lainnya, "Lihatlah orang yang dilindungi Allah itu. Dia tidak membiarkan dirinya, hingga dirinya direjam seperti direjamnya anjing." Baginda tidak mengomentari kedua orang itu, lalu Baginda berjalan beberapa saat, hingga bertemu dengan bangkai keldai yang mengangkat kakinya. Baginda bertanya, "Dimana si fulan dan si fulan?" Kedua orang itu menjawab, "Ini kami wahai Rasulullah "Baginda bersabda, "Turunlah kalian makanlah bangkai keldai ini!" Keduanya berkata, "Wahai Rasulullah, siapa yang akan memakan bangkai (keldai) ini." Baginda bersabda, "Apa yang telah kalian nodai dari kehormatan saudaramu adalah lebih menjijikan daripada memakan bangkai keldai itu. Demi Zat yang jiwaku berada didalam kekuasaan Nya, sesungguhnya dia sekarang ini telah berada di sungai syurga, dimana dia menyelam ke dalamnya" (HR Abu Daud)

6. Firman Allah Ta'ala, "Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?"

Allah menyerupakan menggunjing dengan memakan bangkai. Sebab orang yang sudah mati tidak mengetahui dagingya dimakan, sebagaimana orang yang masih hidup tidak mengetahui gunjingan yang dilakukan orang yang menggunjingnya.

Ibnu Abbas berkata, "Allah membuat perumpamaan ini untuk menggunjing, karena memakan bangkai itu haram lagi jijik. Demikianlah pula menggunjingpun diharamkan dalam agama dan dianggap buruk di dalam jiwa (manusia).

Didalam Kitab Abu Daud, dari Anas bin Malik, Rasulullah bersabda, "Ketika aku melakukan Mi'raj, aku bertemu dengan suatu kaum yang memiliki kuku-kuku yang terbuat dari tembaga. Mereka mencakari wajah dan dada mereka. Aku berkata, "Siapakah mereka itu wahai Jibril?" Jibril Menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang memakan daging manusia (menggunjing) dan menodai kehormatan mereka" (HR Abu Daud)

Diriwayatkan dari Al Mustaurid, bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang memakan makanan karena (menggunjing) seorang muslim, maka Allah akan memberinya makanan yang serupa dengan makanan itu dari api neraka Jahannam. Barangsiapa yang diberikan pakaian/penghargaan karena (menjelek-jelekan) seorang muslim, maka Allah akan memberinya pakaian yang serupa dengan pakaian itu dari api neraka. Barangsiapa yang mendirikan seseorang di sebuah tempat karena ingin mendapatkan reputasi baik dan riya, (dimana dia menyifatinya dengan baik, bertakwa dan mulia, dan dia pun mempopularkannya dengan sifat itu, juga menjadikannya sebagai wasilah untuk mendapatkan tujuan pribadinya), maka Allah akan mendirikannya ditempat orang-orang yang ingin mendapatkan reputasi baik dan riya pada hari kiamat kelak" (HR Abu Daud)

Maimun Bin Siyah tidak pernah menggunjing seseorang, dan diapun tidak pernah membiarkan seseorang menggunjing seseorang lain di dekatnya. Dia melarangnya, Jika orang itu berhenti, (maka itu yang terbaik). Tapi jika tidak, maka diapun berdiri (untuk pergi)

Umar bin Al Khathab berkata, "Janganlah kalian menceritakan manusia, sebab itu merupakan penyakit. Berzikirlah kepada Allah, sebab itu merupakan ubat/penawar"

7. Bergunjing termasuk kezaliman yang harus mendapatkan maaf dari saudaranya (penghalalan dari saudaranya) karena mencakup masalah agama dan dunia, sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

"Barangsiapa yang memiliki kezaliman terhadap saudaranya, maka hendaklah dia meminta penghalalan pada saudaranya itu dari kezaliman tersebut" (HR Bukhari).

8. Perbuatan ini (membicarakan orang lain/berprasangka buruk kepada orang lain) merupakan dosa besar, dan orang yang membicarakan hal ini (bergunjing) harus bertaubat kepada Allah 'Azza wa Jalla.

9. Menggunjing/Membicarakan orang lain yang diperbolehkan adalah membicarakan orang yang fasik, yang terang-terangan dan menampakkan kefasikannya.

Juga diperbolehkan membicarakan orang lain yang ditujukan kepada seorang hakim , dimana hendak meminta bantuannya untuk mengambil haknya dari orang yang menzalimi tersebut, seperti contoh :"Fulan telah menzalimiku, merampas (sesuatu) dariku, mengkhianatiku, memukulku, menuduhku berzina, atau melakukan kejahatan terhadapku. Adalah termasuk dalam sesuatu yang dihalalkan (bila menceritakan keburukan seseorang) saat meminta fatwa, seperti ucapan Hindun kepada Nabi SAW, "Sesungguhnya Abu Sufyan adalah orang yang sangat kikir. Dia tidak memberiku nafkah yang dapat mencukupi aku dan anakku, sehingga aku harus mengambil (hartanya) tanpa sepengetahuannya" Nabi SAW kemudian bersabda kepadanya, "Ya Ambillah"

Demikian pula (diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang) jika menceritakan keburukannya itu mengandung suatu faedah, seperti sabda Baginda, "Adapun Mu'awiyah, dia orang yang miskin tidak mempunyai harta. Adapun Abu Jahm, dia tidak dapat meletakkan tongkatnya dari tengkuknya (ringan tangan)" Ucapan Baginda ini adalah sesuatu yang dibolehkan, sebab maksud Baginda adalah agar Fatimah Binti Qais tidak terkecoh oleh keduanya. Semua itu dikatakan oleh Al Muhasibi.

Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir.

Allah Ta'ala melarang hamba-hamba Nya yang beriman dari banyak prasangka, yaitu melakukan tuduhan dan pengkhianatan terhadap keluarga dan kaum kerabat serta ummat manusia secara keseluruhan yang tidak pada tempatnya, karena sebagian dari prasangka itu murni menjadi perbuatan dosa.

Oleh karena itu, jauhilah banyak berprasangka sebagai suatu kewaspadaan. Amirul Mukminin 'Umar bin Al Khathab RA pernah berkata, "Janganlah kalian berprasangka terhadap ucapan yang keluar dari saudara Mukminmu kecuali dengan prasangka baik. Sedangkan engkau sendiri mendapati adanya kemungkinan ucapan itu mengandung kebaikan."

Malik meriwayatkan dari Abu Hurairah RA, bahwa Rasulllah SAW bersabda, "Jauhilah prasangka, karena prasangka itu adalah sedusta-dusta perkataan. Janganlah kalian meneliti rahasia orang lain, mencuri dengan, bersaing yang tidak baik, saling dengki, saling membenci, dan saling membelakangi. Jadilah kalian ini sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara." (hadis ini juga diriwayatkan oleh Bukhari, dan Muslim, juga Abu Dawud)

Pada ayat ini juga terdapat pemberitahuan tentang larangan berghibah (penjelasannya sama dengan Ringkasan dari Tafsir Al Qurthubi)

Ghibah masih diperbolehkan bila terdapat kemaslahatan yang lebih kuat, seperti misalnya dalam Jarh (menilai cacat dalam masalah hadits), Ta'dil (menilai baik/peninjauan kembali dalam masalah hadits), dan nasihat, seperti perkataan Nabi SAW kepada Fatimah binti Qais ketika dilamar oleh Mu'awiyah dan Abul Jahm (seperti diterangkan dalam penjelasan sebelumya dalam Ringkasan Tafsir Al Qurthubi).

Adapun bagi orang-orang yang berghibah/menggunjing orang lain, diwajibkan bertaubat atas kesalahannya, dan melepaskan diri darinya (bergunjing) serta berkemauan keras untuk tidak mengulanginya lagi.

Kemudian ada sebagian ulama yang menambahkan syaratnya, bahwa bagi yang suka bergunjing/menggunjingkan orang lain, maka dia harus meminta maaf kepada orang yang digunjingkannya, atau dia harus memberikan sanjungan kepada orang yang telah digunjingkannya di tempat-tempat dimana ia telah mencelanya.

Selanjutnya, ia menghindari gunjingan orang lain atas orang itu sesuai dengan kemampuannya. Sehingga gunjingan dibayar dengan pujian..

Wallahua'alam bishowab..

Nasikh wa Mansukh : Surah Al-Baqarah Ayat 106

Al-Hafidh Ibnu Katsir rahimahullah

مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مّنْهَا أَوْ مِثْلِهَا أَلَمْ تَعْلَمْ أَنّ اللّهَ عَلَىَ كُلّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

”Ayat mana saja yang Kami nasakh-kan, atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau sebanding dengannya. Tidakkah kamu mengetahui bahwa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (QS. Al-Baqarah : 106).

Mengenai firman Allah {{ مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ}} ”Ayat mana saja yang Kami nasakh-kan”, Ibnu Abi Thalhah meriwayatkan, dari Ibnu ‘Abbas رضي الله عنهما , ia mengatakan : Artinya : ما نبدل من آية = “yang Kami (Allah) gantikan”.

Masih mengenai ayat yang sama, dari Mujahid, Ibnu Juraij meriwayatkan {{ مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ}} ”Ayat mana saja yang Kami nasakh-kan”, maksudnya adalah ما نمحو من آية = “ayat mana saja yang Kami (Allah) hapuskan”.

Ibnu Abi Nujaih meriwayatkan dari Mujahid, bahwa ia menuturkan : {{ مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ}} ”Ayat mana saja yang Kami nasakh-kan”, artinya : نثبت خطها ونبدل حكمها = “Kami (Allah) biarkan tulisannya, tetapi Kami ubah hukumnya”. Hal itu diriwayatkan dari beberapa shahabat Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه.
{{ مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ}} ”Ayat mana saja yang Kami nasakh-kan”, As-Suddi mengatakan : نسخها قبضها “Nasakh berarti menarik (menggenggamnya)”.

Sedangkan Ibnu Abi Hatim mengatakan : قبضها ورفعها “yaitu menggenggam dan mengangkatnya”; sebagaimana firman-Nya {{ «الشيخ والشيخة إذا زنيا فارجموهما البتة»}} ”Orang yang sudah tua, baik laki-laki maupun perempuan yang berzina, maka rajamlah keduanya”. Demikian juga firman-Nya : {{ «لو كان لابن آدم واديان من ذهب لابتغى لهما ثالثاً» }} ”Seandainya Ibnu Adam mempunyai dua lembah emas, niscaya mereka akan mencari lembah yang ketiga”.

Masih berhubungan dengan firman-Nya : {{ مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ}} ”Ayat mana saja yang Kami nasakh-kan”, Ibnu Jarir mengatakan, artinya : Hukum suatu ayat yang Kami (Allah) pindahkan kepada lainnya dan Kami ganti dan ubah, yaitu mengubah yanghalal menjadi haram dan yang haram menjadi halal, yang boleh menjadi tidak boleh, dan yang tidak boleh menjadi boleh. Dan hal itu tidak terjadi kecuali dalam hal perintah, larangan, keharusan, muthlaq, dan ibahah (kebolehan). Sedangkan ayat-ayat yang berkenaan dengan kisah-kisah tidak mengalami nasikh maupun mansukh.

Kata an-naskhu ( النسخ) berasal dari naskhul-kitaab ( نسخ الكتاب ), yaitu menukil dari suatu naskah ke naskah lainnya ( وهو نقله من نسخة إلى أخرى غيرها ). Demikian halnya naskhul-hukmi ( نسخ الحكم ), berarti penukilan dan pemindahan redaksi ke redaksi yang lain, baik yang dinasakh itu hukum mapun tulisannya, karena keduanya tetap[ saja berkedudukan mansukh (dinasakh).

Firman-Nya {{ أَوْ نُنسِهَا}} ”Atau Kami jadikan lupa”. Bisa dibaca dengan (salah satu dari) dua bacaan, yaitu nansa-ahaa ( ننسأها) dan nunsihaa ( ننسها ). ننسأها berarti nu-akhkhiruhaa ( نؤخرها).

Mengenai firman Allah ta’ala : {{ مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنسِهَا}}, Ali bin Abi Thalhah meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas رضي الله عنهما , ia mengemukakan, (artinya) : يقول ما نبدل من آية أو نتركها لا نبدلها Allah berfirman,”Ayat-ayat yang Kami rubah atau tinggalkan, tidak Kami ganti”.

Sedangkan Mujahid meriwayatkan dari beberapa shahabat Ibnu Mas’ud رضي الله عنه, أو ننسأها berarti : نثبت خطها ونبدل حكمها “Kami tidak merubah tulisannya dan hanya merubah hukumnya saja”.

Al-Hafidh Ibnu Katsir rahimahullah

‘Athiyah Al-‘Aufi mengatakan nunsi-uhaa {{ أو ننسأها}}, (berarti) : نؤخرها فلا ننسخها “Kami akhirkan ayat tersebut dan Kami tidak menghapusnya”.

Masih berkaitan dengan ayat {{ مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنسِهَا}}, Adl-Dlahhak mengatakan : الناسخ والمنسوخ “yaitu nasikh dari yang mansukh”.

Mengenai bacaan au nunsihaa {{size=3] أو ننسها[/size]}}, ‘Abdur-razzaq meriwayatkan dari Ma’mar, dari Qatadah mengenai firman-Nya : {{ مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنسِهَا}}, ia mengatakan : كان الله عز وجل: ينسي نبيه صلى الله عليه وسلم ما يشاء, وينسخ ما يشاء “Allah subhanaahu wata’ala menjadikan Nabi-Nya, Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam lupa dan menasakh ayat sesuai dengan kehendak-Nya”.

Ubaid bin ‘Umair mengatakan au nunsihaa {{أو ننسها}}, berarti : نرفعها من عندكم “Kami mengangkatnya dari kalian”.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas رضي الله عنهما , ia menceritakan :
قال عمر: أقرؤنا أبيّ وأقضانا علي, وإِنا لندع من قول أبي, وذلك أن أبيا يقول: لا أدع شيئاً سمعته من رسول الله صلى الله عليه وسلم, وقد قال الله: {ما ننسخ من آية أو ننسها} وقوله: {نأت بخير منها أو مثلها}, أي في الحكم بالنسبة إلى مصلحة المكلفين
“Umar bin Khaththab radliyallaahu ‘anhu mengatakan,”Orang yang terbaik bacaannya di antara kami adalah Ubay dan yang paling ahli dalam hukum adalah ‘Ali, dan kami akan meninggalkan kata-kata ‘Ubay dimana ia mengatakan : ‘Aku tidakakan meninggalkan sesuatu apapun yang aku dengan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam’; padahal Allah ta’ala telah berfirman : مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنسِهَا ”Ayat mana saja yang Kami nasakh atau Kami jadikan (manusia) lupa kepadanya” dan firman-Nya : {{ نَأْتِ بِخَيْرٍ مّنْهَا أَوْ مِثْلِهَا }} ”Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau sebanding dengannya”. Yaitu hal hukum yang berkaitan dengan kepentingan para mukallaf”.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Ali bin Abi Thalhah, dari Ibnu ‘Abbas,mengenai firman-Nya : {{ نَأْتِ بِخَيْرٍ مّنْهَا أَوْ مِثْلِهَا }} ”Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau sebanding dengannya”, ia mengatakan : “Yaitu memberi manfaat yang lebih baik bagi kalian dan lebih ringan” ( خير لكم في المنفعة وأرفق بكم.).

Masih mengenai firman-Nya {{ نَأْتِ بِخَيْرٍ مّنْهَا أَوْ مِثْلِهَا }} ”Kami datangkan yang lebih baik daripadanya atau sebanding dengannya”; Qatadah mengatakan : “Yaitu ayat yang di dalamnya mengandung pemberian keringanan, rukhshah, perintah, dan larangan”.

Dan firman Allah ta’ala :
ألم تعلم أن الله على كل شيء قدير * ألم تعلم أن الله له ملك السموات والأرض وما لكم من دون الله من ولي ولا نصير
”Tidakkah engkau mengetahui bahwa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu? Tidakkah engkau mengetahui bahwa kerajaan dan bumi adalah milik kepunyaan Allah? Dan tidak ada bagi kalian selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong”

Imam Abu Ja’far bin Jarir rahimahullah mengatakan,”Penafsiran ayat tersebut adalah sebagai berikut : ‘Hai Muhammad, tidakkah engkau mengetahui bahwa hanya Aku (Allah) pemilik kerajaan dan kekuasaan atas langit dan bumi. Di dalamnya Aku putuskan segala sesuatu sesuai dengan kehendak-Ku, dan di sana Aku mengeluarkan perintah dan larangan, dan (juga) menasakh, mengganti, serta merubah hukum-hukum yang Aku berlakukan di tengah-tengah hamba-Ku sesuai kehendak-Ku, jika Aku mengehendaki”.

Lebih lanjut Abu Ja’far mengatakan,”Ayat tersebut meskipun diarahkan kepada Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam untuk memberitahu keagungan Allah ta’ala, namun sekaligus hal itu dimaksudkan untuk mendustakan orang-orang Yahudi yang mengingkari nasakh (penghapusan) hukum-hukum Taurat dan menolak kenabian ‘Isa ‘alaihis-salam dan Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam. Karena keduanya datang dengan membawa beberapa perubahan dari sisi Allah ‘azza wa jalla untuk merubah hukum-hukum Taurat. Maka Allah memberitahukan kepada mereka bahwa kerajaan dan kekuasaan atas langit dan bumi ini hanyalah milik-Nya, semua makhluk ini berada di bawah kekuasaan-Nya. Mereka harus tunduk dan patuh menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Dia mempunyai hak memerintah dan melarang mereka, menasakh, menetapkan, dan membuat segala sesuatu menurut kehendak-Nya.

Berkenaan dengan hal tersebut, Penulis (Ibnu Katsir) katakan,”Yang membawa orang Yahudi membahas masalah nasakh ini adalah semata-mata karena kekufuran dan keingkarannya terhadap adanya nasakh tersebut. Menurut akal sehat, tidak ada suatu hal pun yang melarang adanya nasakh dalam hukum-hukum Allah ta’ala, karena Dia dapat memutuskan segala sesuatu sesuai dengan kehendak-Nya, sebagaimana Dia juga dapat berbuat apa saja yang dikehendaki-Nya. Yang demikian itu juga telah terjadi di dalam kitab-kitab dan syari’at-syari’at-Nya yang terdahulu. Misalnya, dahulu Allah ta’ala membolehkan Nabi Adam mengawinkan putrinya dengan putranya sendiri. Tetapi setelah itu Dia mengharamkan hal itu. Dia juga membolehkan Nabi Nuh setelah keluar dari kapal untuk memakan semua jenis hewan, tetapi setelah itu Dia menghapus penghalalan sebagiannya. Selain itu, dulu menikahi dua saudara puteri itu diperbolehkan bagi Israil (Nabi Ya’qub) dan anak-anaknya, tetapi hal itu diharamkan di dalam syari’at Taurat dan kitab-ktab setelahnya. Dia juga pernah menyuruh Nabi Ibrahim ‘alaihis-salam menyembelih puteranya, tetapi kemudian Dia menasakhnya sebelum perintah itu dilaksanakan. Allah ta’ala juga memerintahkan mayoritas Bani Israil untuk membunuh orang-orang diantara mereka yang menyembah anak sapi, lalu Dia menarik kembali perintah pembunuhan tersebut agar tidak memusnahkan mereka.

Di samping itu, masih banyak lagi hal-hal yang berkenaan dengan masalah itu, orang-orang Yahudi sendiri mengakui dan membenarkannya. Dan jawaban-jawaban formal yang diberikan berkenaan dengan dalil-dalil ini, tidak dapat memalingkan sasaran maknanya, karena demikian itulah yang dimaksudkan. Dan sebagaimana yang masyhur tertulis di dalam kitab-kitab mereka mengenai kedatangan Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam dan perintah untuk mengikutinya. Hal itu memberikan pengertian yang mengharuskan untuk mengikuti Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam, dan bahwa suatu amalan tidak akan diterima kecuali yang didahulukan berdasarkan syari’atnya, baik dikatakan syari’atnya terdahulu itu terbatas sampai pengutusan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam, maka yang demikian itu tidak disebut sebagai nasakh. Hal itu didasarkan oleh firman-Nya {{ ثم أتموا الصيام إلى الليل}} ”Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam”. Ada pendapat lain yang mengatakan bahwa syari’at itu bersifat mutlaq, sedangkan syari’t Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam menasakhnya. Bagaimanapun adanya, mengikutinya (Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam) merupakan suatu keharusan, karena beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam datang dengan membawa sebuah kitab yang merupakan kitab terakhir dari Allah ta’ala.
Dalam hal ini, Allah ta’ala telah menjelaskan dibolehkannya nasakh sebagai bantahan terhadap orang-orang Yahudi – la’natullaahi ‘alaihim – dimana Dia berfirman {{ ألم تعلم أن الله على كل شيء قدير * ألم تعلم أن الله له ملك السموات والأرض }} ”Tidakkah engkau mengetahui bahwa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu? Tidakkah engkau mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah?”
Sebagaimana Dia mempunyai kekuasaan tanpa ada yang menandinginya, demikian pula halnya Dia yang berhak memutuskan hukum menurut kehendak-Nya. {{ ألا له الخلق والأمر}} ”Ketahuilah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah” (QS. Al-A’raf : 54). Dan di dalam surat Aali Imran yang mana konteks pembicaraan pada bab awal surat tersebut ditujukan kepada Ahlul-Kitab juga terdapat nasakh : {{ كل الطعام كان حلاً لبني إسرائيل إلا ما حرم إسرائيل على نفسه }} ”Semua makanan adalah halal bagi Bani Israil kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil (Nabi Ya’qub) untuk dirinya sendiri”. Sebagaimana penafsiran ayat ini akan kami sampaikan pada pembahasan selanjutnya.

Kaum muslimin secara keseluruhan sepakat membolehkan adanya nasakh dalam hukum-hukum Allah ta’ala, karena di dalamnya terdapat hikmah yang sangat besar. Dan mereka semua mengakui terjadinya nasakh tersebut.

Seorang mufassir, Abu Muslim Al-Asbahani mengatakan : “Tidak ada nasakh dalam Al-Qur’an”. Pendapat Abu Muslim itu sangat lemah dan patut dotolak. Dan sangat mengada-ada dalam memberikan jawaban berkenaan dengan terjadinya nasakh. Misalnya (pendapat) mengenai masalah ‘iddah seorang wanita yang berjumlah empat bulan sepuluh hari setelah satu tahun. Dia tidak dapat memberikan jawaban yang diterima. Demikian halnya masalah pemmindahan Kiblat dari Baitul-Maqdis ke Ka’bah, juga tidak memberikan jawaban sama sekali. Juga penghapusan kewajiban bersabar menghadapi kaum kafir satulawan sepuluh menjadi satu lawan dua. Dan juga penghapusan (nasakh) kewajiban membayar sedekah sebelum mengadakan pembicaraan khusus dengan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam. Dan lain-lain.

والله أعلم

Tuesday, April 26, 2011

WAJIB Tabayyun Berita Fasik

TAFSIR AYAT 6 HINGGA 9 SURAH A HUJURAT

يا أيها الذين آمنوا ان جاءكم فاسق بنباء فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين  .واعلموا أن فيكم رسول الله لو يطيعكم كثير من الأمر لعنتم ولكن الله حبب اليكم الايمان و زينه في قلوبكم و كره اليكم الكفر والفسوق والعصيان . اولئك هم الراشدون. فضلا من الله ونعمة.والله عليم حكيم.و ان طاءفتان من المؤمنين اقتتلوا فأصلحوا بينهما , فان بغت احداهما على الأخرى فقاتلوا التي تبغي حتى تفيء الى أمر الله. فان فاءت فأصلحوا بينهما ب العدل و أقسطوا. ان الله يحب المقسطين

6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.

7. Dan Ketahuilah! bahawasanya Dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu Dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara Yang diwahyukan kepadaNya, dan kamu Wahai orang-orang Yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara Yang kamu cintai serta di perhiaskannya Dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara Yang kamu benci; mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang tetap menurut jalan Yang lurus; -

8. (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

9. Dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.

ASBABUL NUZUL AYAT 6
Ayat 6 surah al hujurat mengajar kita agar berhati-hati dalam menerima berita dari orang-orang fasik. Sebab nuzul atau turunnya ayat ini ialah bersempena kisah seorang muslim yang bernama al Walid bin Aqabah bin Abi Mu’id yang diutuskan oleh Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wasallam untuk memungut harta sedekah dari Bani Mutalib. Kemudian apabila beliau ke Kampung Bani Mutalib, tiba-tiba beliau melihat penduduk kampung ramai-ramai keluar untuk menunaikan sedekah. Al Walid menyangkakan mereka sudah murtad lalu lari ke Madinah menghadap Baginda Nabi sallalahu 'alaihi wasallam, lau menceritakan apa yang berlaku. Setelah mendengar berita itu, baginda mengarahkan kerahan bala tentera untuk menyerang kampung Bani Mutalib. Baginda melantik Khalid al Walid sebagai pemimpin bala tentera. Khalid Al Walid bertindak menghantar perisik ke kampung tersebut untuk menyiasat apa yang berlaku. Sesampainya di sana, mereka terdengar suara azan dan melihat orang kampung menunaikan solat. Ternyata mereka tidak murtad sebagaimana didakwa oleh Walid bin Aqabah. Lalu Khalid al Walid dan bala tentera Islam kembali ke Madinah bertemu Rasulullah. Kemudian Allah menurunkan ayat 6 surah al hujurat sebagai teguran dan panduan buat orang beriman dalam menerima khabar berita dari orang fasik.


PENGERTIAN FASIK
Fasik ialah orang yang keluar dari garis panduan Islam. Menurut syara’, fasik ialah orang yang mengerjakan dosa-dosa besar atau mengekalkan dosa-dosa kecil.

PENGAJARAN
Sabda nabi sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud,  ”Berhati-hati itu dari Allah dan terburu-buru itu dari syaitan.”
Kalau di zaman Rasulullah sudah ada orang-rang Islam yang membawa berita palsu dan tidak betul, maka di zaman kita ini lebih-lebih lagi, terutamanya melalui media massa yang ada sekarang ini seperti tv dan akhbar. Ditambah pula dengan teknologi internet yang sedang berkembang maju, dunia hanya di hujung jari, berita-berita cepat tersebar tanpa mempedulikan sama ada betul atau tidak. Yang penting ialah sensasi berita itu. Kebenaran menjadi perkara kedua dalam pertimbangan. Sebahagian rakyat bagaikan mendapat kedai kopi kedua di mana mereka bincangkan isu-isu semasa sama ada politik, ekonomi, sosial, agama dan lain-lain dalam internet.

Lebih teruk lagi, ada individu tertentu seolah-olah menjadikan internet terutamanya blog-blog sebagai tempat menyelesaikan masalah dalaman gerakan Islam. Blog dan laman web sebagai media baru sangat berkesan dalam menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada masyarakat. Keburukannya ialah mereka tidak dapat membezakan yang mana benar dan yang mana salah. Ini kerana hilangnya kemahiran yang diajar oleh Allah s.w.t. melalui ayat di atas agar kita menyelidik berita yang disampaikan, lebih-lebih lagi di zaman kefasikan masa kini

TAFSIR AYAT 7

7. Dan Ketahuilah! bahawasanya Dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu Dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara Yang diwahyukan kepadaNya, dan kamu Wahai orang-orang Yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara Yang kamu cintai serta di perhiaskannya Dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara Yang kamu benci; mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang tetap menurut jalan Yang lurus; -

Rasulullah masih ada di kalangan kamu, maka janganlah ada di kalangan kamu yang membohongi Rasulullah s.a.w. Kamu hendaklah memaklumkan kepadanya berita yang sebenar. Menerima berita yang sebenar daripada pengajaran yang sebenar. Kalau kamu mendustakan Rasulullah s.a.w, maka Alah Maha Mengetahui dan Allah akan mendedahkan kerja-kerja tidak betul yang kamu lakukan.

Allah ta’ala menyatakan sekiranya Rasulullah s.a.w. taat kepada kamu dalam banyak perkara atau dengar percakapan kamu semuanya, nescaya akan berlaku perkara-perkara yang berat ke atas kamu dari kesilapan-kesilapan yang diambil oleh Rasulullah tentang berita yang kamu bawakan. Kalaulah Rasulullah s.a.w. percayakan berita al Walid bin Aqabah, kemudian mengarahkan Khalid al Walid lancarkan serangan ke atas penduduk Kampung Bani Mutalib itu tanpa usul periksa terlebih dahulu, sudah tentu ramai orang beriman akan dibunuh.

Seterusnya Allah ta’ala menjadikan perasaan kamu itu kasih kepada iman sehingga kamu tidak membohongi Rasulullah s.a.w. Kamu tidak menyampaikan berita-berita yang tidak betul kerana Allah ta’ala telah menjadikan iman itu suatu perkara yang kamu kasih. Kalau tubuh badan kita ini ada perhiasan yang zahir, maka perhiasan di dalam hati kita ialah iman dan perhiasan itu adalah kurniaan daripada Allah ta’ala.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud: ” Alah ta’ala menjadikan kebencian dalam diri kamu terhadap kekufuran , kefasikan dan penderhakaan.” Allah ta’ala menjadikan dalam hati orang-orang yang beriman itu benci kepada kufur, benci maksiat dan benci kepada fasik. Ini adalah suatu sifat yang Allah ta’ala jadikan di dalam hati-hati orang yang beriman. Hasil daripada pemberian Allah ta’ala ini menyebabkan seseorang itu melihat perkara kufur, maka dia akan benci dan marah. Kalau sekiranya dia melihat perkara-perkara tersebut dan ia terasa ingin melakukannya, maka sudah tentu dalam dirinya mempunyai hati yang kotor dan keji. Tetapi Allah ta’ala menjadikan dalam hati kita benci melihat kepada kufur, maksiat dan sebagainya. Semuanya ini adalah kurniaan daripada Allah azza wajalla.

Allah berfirman lagi yang maksudnya: ”Mereka itulah orang yang berada di atas jalan yang lurus dan betul.”
Makna al Rasyidun ialah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus iaitu jalan siratal mustaqim, orang-orang yang beristiqamah, orang yang duduk di atas jalan yang betul dan sentiasa berdiri teguh di atas jalan yang lurus itu. Bukanlah kita duduk di atas jalan yang betul andai pegangan kita terhadap Islam tidak teguh dan kukuh, ibaratnya seperti angin, apabila dia bertiup ke arah timur, maka dia condong ke sebelah timur dan begitulah sebaliknya. Maksud berdiri atas jalan yang betul ialah tegak atas pegangan yang betul.

TAFSIR AYAT 8

8. (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Perasaan suka kepada iman dan benci kepada kufur merupakan antara kurniaan Allah yang paling besar kepada kita.  Nikmat lain yang kita perolehi atas muka bumi ini tidak kekal lama seperti nikmat makan, ia akan hilang apabila ia masuk ke dalam perut. Nikmatnya hanya di mulut sahaja. Adapun nikmat Iman, ia berkekalan, berpanjangan sampailah kita ke dalam kubur, bahkan tetap bersama-sama kita di hari akhirat.

TAFSIR AYAT 9

9. Dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.

Ada beberapa riwayat tentang turunnya ayat ini. Di antaranya, menurut riwayat al Mukhtar bin Sulaiman dari Anas bin Malik, beliau berkata, aku pernah berkata kepada Rasulullah s.a.w. “ Wahai Nabi Allah, alangkah baiknya kalau Rasulullah s.a.w. pergi berjumpa dengan Abdullah bin Ubay”(pemimpin kaum munafik yang ketika itu masih belum masuk Islam).
Lalu Rasulullah pergi dengan menunggang seekor keldai bersama-sama dengan beberapa orang Islam. Mereka melalui suatu kawasan tanah berdebu. Setelah sampai di tempat Abdullah bin Ubay laknatullahi alaihi, berkatalah Si Bapa Munafik itu dengan suara yang keras, ”Jauhkanlah keldai itu dariku, demi Allah aku tidak tahan menghidu bau busuk keldaimu itu.”

Lalu salah seorang lelaki di kalangan Ansar berkata kepada Abdullah, ”Demi Allah, sesungguhnya keldai Rasulullah s.a.w. adalah lebih harum baunya dari kamu.”

Rasulullah tidak menjawab barang sedikitpun dek kerana memang sikap baginda yang penyabar dan lemah lembut. Kemudian ada pengikut Abdullah bertengkar dengan lelaki Ansar tadi, menyebabkan berlakunya pergaduhan. Kemudian turun ayat ini memerintahkan agar diperdamaikan kedua-dua belah pihak.

Mengikut riwayat yang lain pula, bahawa ada seorang wanita Ansar berkahwin dengan seorang lelaki dari suku kaum lain. Pada suatu hari, berlakulah perbalahan suami isteri itu. Ummu Zaid ingin menziarahi keluarganya tetapi tidak dibenarkan oleh suaminya. Beliau dikurung dalam rumah. Secara sembunyi perempuan itu menyampaikan berita tersebut kepada keluarganya. Mereka pun datang beramai-ramai sementara suaminya pula memanggil ahli keluarganya dan akhirnya berlakulah perbalahan.

Kesimpulannya, Allah ta’ala memerintahkan supaya apabila berlaku pergaduhan, perbalahan, pertelingkahan, perselisihan faham, maka hendaklah diperdamaikan keduanya dengan al Qur’an dan sunnah Rasulullah s.a.w. Sekiranya salah satu pihak melampau(tidak mahu penyelesaian menurut al Qur’an dan Sunnah), maka perangilah mereka hingga mereka kembali kepada Qur’an dan Sunnah Nabi.

Hukum perdamaian yang diperintahkan daam ayat tersebut terpakai dalam keadaan sama ada hanya sebelah pihak yang salah ataupun kedua-duanya bersalah. Sekiranya kedua-dua belah pihak degil dan tidak mahu berdamai, maka hendaklah diperangi keduanya sehingga mereka kembai kepada hukum Allah. Tetapi jika sekiranya salah satu pihak benar, dan sebelah lagi salah; lalu kedua belah pihak berdegil untuk tidak berdamai, maka elok perangi yang salah.

Adapun sekiranya kedua-dua pihak berada dalam keraguan siapakah yang lebih benar, maka hendakah masing-masing mengemukakan hujjah yang terang lagi nyata. Apabila hujjah yang terang lagi nyata telah dikemukakan tetapi masing-masing masih berdegil, maka kedua-duanya dianggap penderhaka dan mereka boleh dikenakan tindakan sewajarnya.

Ayat ini juga menjelaskan kepada kita tentang kewajipan mengambil tindakan yang tegas terhadap golongan pemberontak yang menentang hukum hakam Allah ta’ala sama ada dia penderhaka kepada sesuatu kerajaan Islam atau dia pelampau kepada orang perseorangan atau golongan tersebut.

Ayat ini mengharuskan penyerangan dilakukan kepada penderhaka dan ia merupakan fardhu kifayah. Perlu dinyatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan penderhaka menurut Islam ialah kumpulan orang-orang yang beriman yang menentang kerajaan yang adil, kerajaan yang melaksanakan Islam dalam satu-satu negara, walaupun demikian oleh kerana berlaku silap faham di kalangan kumpulan itu disebabkan berlainan pendapat tentang cara pelaksanaan syariat Islam. Adapun jika sekiranya kerajaan itu tidak menjalankan syariat Islam, maka tidak wujudlah apa yang diistilahkan sebagai pemberontak.

Wallahu a’lam.

Kedudukan Persepsi Dalam Islam

يا أيها الذين أمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن ان بعض الظن اثم و لا تجسسوا و لا يغتب بعضكم بعض أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه و اتقو ا الله ان الله تواب رحيم
Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Hujurat : 12)

TAKRIF SANGKAAN
Sangkaan ialah Persepsi atau tanggapan. Ia terbahagi kepada sangkaan baik dan sangkaan buruk. Sangkaan buruk(prasangka) akan menjadi topik perbincangan dalam artikel ini.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, prasangka ialah sangka (anggapan) buruk terhadap sesuatu (seseorang) sebelum mengetahui (menyelidiki yang sebenarnya). Sedangkan berprasangka ialah menaruh prasangka. Adapun keprasangkaan pula ialah sifat (rasa) prasangka.

ASBABUL NUZUL

Setengah ulama’ mengatakan ayat ini diturunkan kepada dua orang sahabat nabi s.a.w. Sudah menjadi kebiasaan, apabila bermusafir, Rasulullah akan mencampurkan sahabatnya yang susah dengan sahabat yang senang. Ini bertujuan untuk menanamkan sifat ukhuwwah di antara satu sama lain. Orang yang senang akan menolong saudaranya yang susah. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. telah meletakkan Salman al farisi dengan dua orang lelaki dari kalangan sahabat yang dianggap lebih berada daripada Salman al farisi ketika itu.

Di sepanjang perjalanan dalam musafir itu berlaku suatu peristiwa di antara Salman dengan dua sahabat tadi di mana mereka terlewat bangun tidur, sedangkan Salman ditugaskan untuk menyediakan makanan buat mereka. Kedua-dua sahabat tadi menyuruh Salman bertemu Rasulullah untuk mengambil makanan. Apabila sampai, Rasulullah memberitahu Salman bahawa makanan telah habis, lalu menyuruhnya berjumpa dengan Usamah bin Zaid (ditugaskan menjaga perbekalan).

Salman pun pergi berjumpa dengan Usamah sebagaimana diarahkan nabi, tetapi malangnya Usamah juga menyatakan makanan sudah habis. Lalu Salman balik dalam keadaan tiada makanan bersamanya. Dua sahabat tadi menuduh Usamah bakhil kerana sengaja tidak mahu memberi mereka makanan. Akhirnya Salman dihantarkan pula kepada sahabat-sahabat lain untuk memperolehi makanan. Dalam keadaan ketiadaan Salman, dua sahabat tadi bercakap-cakap pula mengenai Salman dengan tidak mengharapkannya lagi.

Rasulullah s.a.w. telah melihat telatah kedua orang sahabat itu, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kedua orang sahabatnya:
ما لي أري خضرة اللحم في أفواهكما
Maksudnya:
”Aku melihat kamu berdua sedang memakan daging.”

Lalu sahabatnya berkata:
يا نبي الله و الله ما أكلنا فى يومنا هذا لحما و لا غيره
Maksudnya:
“Wahai nabi Allah, kami tidak makan apa-apa lagi pada hari ini sama ada daging atau makanan yang lain.”

Rasulullah menjawab:
ولكنكما ظلمتما تأكلان لحم سلمان و أسامة
Maksudnya:
“Tetapi kamu berdua berlaku zalim dan kamu telah memakan daging saudara kamu iaitu Salman al Farisi.”

Lalu Allah turunkan ayat 12 surah al Hujurat sebagaimana di atas. Ia menunjukkan kepada kita betapa besarnya dosa mengumpat sehingga digambarkan seolah-olah kita memakan daging saudara kita sendiri.

TAFSIR AYAT

As Sobuni menyebutkan : Jauhilah kamu dari tohmahan, khianat dan buruk sangka terhadap keluarga dan manusia. Diibaratkan dengan banyak (كثيرا ) di sini untuk mengambil langkah berhati-hati kepada setiap zhan atau sangkaan dan jangan terlalu gopoh membuat kesimpulan sehinggalah disiasat dan dipastikan kebenaran sangkaan itu. Ini kerana sebahagian zhan merupakan dosa yang mengakibatkan tuannya dengan hukuman Allah s.w.t. sama ada di dunia dan di akhirat.

Ia ada kaitan dengan konsep tabayyun(tindakan menentukan sama ada khabar berita benar atau salah) dalam ayat keenam surah yang sama.

Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat di atas, sebahagian sangkaan adalah dosa. Bermakna ada sangkaan yang membawa dosa dan ada sangkaan membawa pahala. Yang membawa dosa sudah tentulah sangkaan yang buruk atau disebut prasangka. Manakala yang membawa pahala dipanggil sangkaan baik. Dalam istilah arab, sangka buruk ialah su’uzzhan((سوء الظن, manakala sangka baik ialah husnuzzhan( حسن الظن).

Contoh prasangka : Seseorang yang berjanji untuk datang mesyuarat pada jam 3 petang. Tiba-tiba dia datang lewat. Ahli mesyuarat yang menunggu berprasangka kepada beliau dengan mengatakan beliau seorang yang tidak menjaga waktu dan tidak menghormati ahli mesyuarat sedangkan kemungkinan-kemungkinan yang lain masih ada. Mungkin beliau kesesakan lalulintas dan sebagainya.

Allah jalla wa ’ala memerintahkan orang yang beriman menjauhi sangkaan kerana kebanyakan sangkaan merupakan DOSA! Daripada sangkaan tadi, timbul pula keinginan untuk mengintip-intip dan mencari-cari keburukan orang. Lalu apabila terbongkar, terus disebarkan kepada umum menyebabkan aib kepada si mangsa intipan. Inilah yang dilarang keras dalam agama. Ia termasuk dalam dosa ghibah atau mengumpat kalau yang dibongkar itu benar. Kalau berita itu palsu, maka ia termasuk dalam namimah atau fitnah. Allah subhanahu wa ta’ala menyamakan orang yang mengumpat dengan perbuatan memakan daging saudaranya! Di akhir ayat, Allah menyeru agar orang beriman bertaqwalah kepadaNya. Sesungguhnya Allah maha menerima taubat dan maha mengasihani.

DUNIA PERSEPSI

Kini, istilah persepsi sangat popular dalam masyarakat. Sebenarnya konsep ini sudah lama berlegar dalam sistem sosial kita. Bahkan ia wujud dalam mana-mana masyarakat dalam dunia sekalipun. Persepsi atau tanggapan atau sangkaan merupakan istilah-istilah yang membawa erti yang sama. Ia boeh jadi baik dan boleh jadi juga buruk. Kalau buruk persepsi, maka natijahnya buruk. Begitulah sebaliknya. Pandangan masyarakat umum terhadap sesuatu isu atau individu, kelompok masyarakat bergantung kepada persepsi yang menguasai minda mereka. Persepsi boleh diterjemahkan sebagai ’bagaimana kita melihat sesuatu’. Perkara yang sama boleh melahirkan persepsi yang berbeza bergantung kepada cara pemikiran seseorang. Ia mungkin positif, dan mungkin juga negatif! Yang negatif inilah dipanggil sangka buruk atau suu’uzzhan.

Mungkin masyarakat tidak merasakan dosa berprasangka buruk merupakan dosa yang besar kerana ia sudah menjadi darah daging mereka, sedangkan Rasulullah pernah bersabda,  ”اياكم و الظن فان الظن أكذب الحديث”. Maksudnya: ”Awasilah kamu daripada berprasangka, kerana prasangka adalah sebohong-bohong ucapan.”(Muttafaqun alaihi).
Bahkan Allah jalla wa ’ala berfirman dalam ayat 116 surah al An’am,

و ان تطع أكثر من في الأرض يضلوك عن سبيل الله ان يتبعوك الا الظن و ان هم الا يخرصون
116. Dan jika Engkau menurut kebanyakan orang Yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah Yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

Al Sobuni menjelaskan bahawa jika kita taati golongan kafir yang jumah mereka ramai di muka bumi nescaya mereka menyesatkan orang beriman dari petunjuk Allah.

Masyarakat Islam kini banyak dipengaruhi oleh cara berfikir yang diwarisi dari barat. Pendidikan sains sosial rata-ratanya diambil dari idea-idea cendekiawan barat yang mewarnai silibus pembelajaran ilmu psikologi di institusi pengajian tinggi. Lalu lahirlah ramai doktor-doktor dan profesor-profesor Islam tetapi celupannya barat, mempromosikan ilmu dan cara berfikir ala kebaratan. Sehingga timbul ungkapan, ” Sesiapa yang tidak percayakan persepsi, maka ia adalah primitif.” Ini sangat bertentangan dengan apa yang diajar oleh Allah melalui ayat-ayat dalam surah al hujurat ini. Bagaimana mungkin kita mahu berkiblatkan orang barat dan pemikiran mereka sedangkan mereka sekali-kali tidak mengikut kaedah Islam dalam isu zhan ini melainkan hanyalah sangkaan dan waham yang mereka warisi dari nenek moyang mereka sehingga mereka merasakan berada atas jalan kebenaran. Padahal merekalah orang-orang yang berdusta atas nama ilmu sains sosial.

Adakah boleh kita katakan sesuatu itu adalah benar hanya kerana majoriti masyarakat mengatakan benar? Contohnya seorang muslim yang tinggal di negara yang majoritinya kristian, adakah wajib dia mengikut persepsi masyarakat negara itu yang memandang semua orang Islam adalah ganas? Sudah tentu tidak.

PERSEPSI BERUBAH MENJADI INFORMASI

Sebuah hadis qudsi menyebut, ” ان ظن خيرا فله و ان ظن شرا فله- رواه أحمد  ”انا عند ظن عبدي بي yang maksudnya, ”Aku di sisi(sebagaimana) sangkaan hambaKu denganKu, sekiranya dia(hambaKu) bersangka baik, maka baginya(natijah baik), dan sekiranya dia bersangka buruk, maka baginya juga(natijah buruk)”. Hadis Qudsi ini mengajar kita agar berfikiran positif kerana Allah redha dengan sangkaan baik dan murka dengan sangkaan buruk. Sekiranya kita berfikiran negatif, maka ia membentuk informasi yang salah dalam masyarakat. Menurut kajian barat, proses persepsi boleh ’mengubah’ apa yang manusia lihat. Apabila kita melihat sesuatu dengan konsep yang telah diprasangkakan, kita akan anggap prasangka itu sebagai maklumat atau fakta. Keadaan ini berlaku oleh kerana manusia mampu untuk memahami informasi baru tanpa ‘the inherent bias of their previous knowledge’ (pengetahuan lampau tentang sesuatu yang diwarisi secara berpihak).

Ada orang yang berhujjahkan hadis ini untuk menjustifikasikan bahawa benarnya konsep persepsi berubah menjadi informasi atau fakta. Kalaulah begitu, biarlah kita menjadi warga yang sentiasa berpersepsi baik agar natijahnya baik. Melainkan kita memang berniat untuk membentuk persepsi buruk terhadap individu atau organisasi tertentu.

Peranan media sangat penting dalam membentuk persepsi yang baik dalam masyarakat. Apa yang sering media paparkan, itulah yang akan menguasai minda masyarakat umum. Kesimpulannya, apa yang bermain di minda masyarakat, kemudian menjadi informasi dan fakta bagi mereka, tidak semestinya benar dan baik di sisi Islam.

Ini merupakan suatu cabaran yang sangat besar dan getir bagi umat Islam khususnya pendokong perjuangan Islam untuk membentuk persepsi yang baik di kalangan masyarakat terhadap apa yang mereka bawa selama ini agar diterima ramai dengan baik.